Connect with us

Malaysia

8 Pesakit Positif CoV-19 Dikesan Tanpa Gejala

Published

on

8 Pesakit Positif CoV-19 Dikesan Tanpa Gejala

Malaysia: Saringan Komuniti COVID-19 Selangor merekodkan sebanyak 5,433 sampel diuji dengan 10 daripadanya disahkan positif.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata daripada jumlah itu lapan pesakit tidak bergejala (asymptomatic) manakala dua pesakit dikesan dengan simptom seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak.

“Hulu Langat merekodkan satu kes dengan simptom dan empat tidak bergejala. Petaling dan Klang merekodkan satu dengan simptom dan dua tidak bergejala manakala Shah Alam dan Gombak masing-masing merekodkan satu tidak bergejala.

“Keputusan itu diperolehi melalui saringan yang membabitkan Hulu Langat sebanyak 648, Shah Alam (SUK) sebanyak 136, Petaling dan Klang (1,826), Shah Alam (391), Sepang (397), Hulu Selangor (382) dan Gombak (1,653).

“Mereka yang sudah menjalani saringan komuniti ini boleh memuat turun laporan pemeriksaan berkenaan di http://www.selangorprihatin.com mulai 1 Mei 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri menjalankan beberapa siri pemeriksaan komuniti bersasar di kawasan-kawasan zon merah bagi membantu usaha melandaikan keluk sekaligus memutuskan penularan rantaian wabak COVID-19.

“Inisiatif Saringan Komuniti COVID-19 ini berlangsung sebanyak tujuh pusingan membabitkan enam kawasan bermula di Hulu Langat pada 11 dan 12 April 2020 dan berakhir dengan Bandar Baru Selayang pada 22 dan 23 April 2020.

“Kerajaan Negeri akan meneruskan saringan komuniti di Selangor bagi membantu usaha KKM mengenalpasti individu yang dijangkiti virus ini terutama dalam kalangan mereka yang berisiko tinggi.

“Inisiatif saringan komuniti ini akan terus dilaksanakan dalam masa terdekat secara strategik dengan mengambil kira dapatan Selangor Task Force COVID-19 bagi meningkatkan kesiapsiagaan rakyat menghadapi norma baharu pasca-PKP dalam usaha memulihkan semula ekonomi negeri, ” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan secara pandu lalu dan dari rumah ke rumah (termasuk rumah penjagaan orang tua) ini menggunakan kaedah RT-PCR.

“Kaedah yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini dilaksanakan secara bersepadu antara anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), SELCARE Clinic bersama-sama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ” katanya.

Malaysia

Imigresen buru Md Rayhan Kabir. Ini lokasi tempat tinggal dia terakhir

Published

on

By

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir.

Pemuda berusia 25 tahun itu dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Alamat Terakhir

Alamat terakhir dilapor di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, No 85, Jalan Loke Yew, 52000, Kuala Lumpur.

Untuk itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Imigresen, Nurulmasha Nazlinan Hussin di talian 03-88801298 sambungan 1294 pada waktu pejabat.

Maklumat juga boleh disalur ke Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mencabar agensi berita antarabangsa, Aljazeera untuk menyenaraikan negara yang memberi kebebasan mutlak kepada warga asing.

“Kita boleh tanya Aljazeera ini, berikan kita nama mana-mana negara dalam dunia ini membenarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau dokumen tidak sah boleh bebas di negara mereka.

“Saya cabar Aljazeera tunjukkan negara mana yang memberikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak berdokumen. Jawapannya setahu saya, tidak ada,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Beliau berkata demikian dalam mengulas isu sebuah dokumentari terbitan Aljazeera yang membuat tuduhan kerajaan Malaysia bertindak ‘kejam’ ke atas migran dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang tempoh PKP sebelum ini.

Berikut reaksi dari netizan

“Mmg dasar hanjengg!! Dtg x jemput acah nk layanan cam raja. Mula2 pijak kaki kt sini buat muka kesian, dh sihat gemuk tlebih makan dpt enjoy serba serbi nikmat kt malaysia kau acah nk jadi tuan pulak..dasar x tahu diuntung.buat taik kt tempat kau cari makan!

“Senang je…xdpt dia..jumpa bangla mana pun , sauk sedas dua ja..bagi bangsa depa rasa akibat xbersyukur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Malaysia

“Nak refund, tak bagi” – Hotel ‘Viral’ Di Cameron Highland Suruh Tetamu Tukar Cadar, Kemas Bilik Sendiri Lepas ‘Check In’

Published

on

By

Rancangan untuk bercuti di hujung minggu dan waktu yang diharapkan dapat dihabiskan dengan tawa riang dirosakkan oleh pihak penginapan. Melalui Twitter, Aira berkongsi pengalaman buruk dia dan abangnya menginap di sebuah hotel dekat Cameron Highland pada 3 Julai lepas.

Seumur hidup. Tak pernah lagi check in hotel kena tukar cadar sendiri. Tukar sarung bantal sendiri. Kemas bilik. Buang sampah orang duduk sebelum ni.”

Berkongsi dengan Lobak Merah, Aira berkata dia telah buat tempahan melalui Traveloka lebih awal dan telah tiba di hotel tersebut pada jam 10 malam.

 

Namun, staf hotel beritahu bilik itu belum sempat dikemas dan mereka minta Aira dan abangnya tunggu saja di dalam bilik. Tapi, sehingga jam 11.30 malam masih tiada staf yang datang untuk kemas bilik. Aira pun terus hubungi lobi tapi tak ada yang jawab panggilan.

Mula-mula depa suh saya tunggu kat bilik. Waktu saya check in jam 10 malam. Bila dah tunggu dalam 11.30 malam takde staff yang datang. Saya cuba call lobi banyak kali. Tak jawab. Jadi saya buat keputusan untuk ke lobi.”

Bila ditanya, staf masih suruh mereka tunggu di dalam bilik. Tapi, tiba-tiba ada seorang staf berkata,

Kalau abang nak cepat. Abang boleh pasang (cadar) sendiri.”

 

  

Difahamkan, bukan Aira dan abangnya saja yang kena nasib macam tu tapi ada lebih kurang 5 tetamu lain yang dah tunggu lagi lama dari mereka. Salah seorang tetamu memberitahu Aira, mereka dah tunggu sejak pukul 3 petang tapi tiada staf yang datang tukar cadar.

Tunggu sampai 11.30 malam. Bilik masih belum kemas. Pergi lobi buat aduan. Berderet customer lain kena masalah sama.”

Lebih teruk lagi, menurut Aira pihak pengurusan berkata mereka tidak boleh refund duit tetamu kerana tiada di dalam polisi. Bukan itu saja, tiada staf yang datang untuk sanitize bilik seperti yang dimaklumkan.

Kerana tiada pilihan lain, Aira dan abangnya terpaksa akur untuk tukar cadar sendiri, kemaskan bilik yang dipenuhi sampah daripada tetamu sebelum ini. namun mereka hanya tidur di hotel tersebut selama satu malam. Pihak hotel juga dikatakan tidak memohon maaf di atas apa yang berlaku kepada tetamu mereka.

 

  

 

Tak apa la kami kemas sendiri. Semalam RM480 . Ambil dua hari. Tak apa la. Esok check out. Balik je. Hotel paling horror penah check in.”

 

Tiada kata maaf dari pihak hotel, patutnya kami check in untuk 2 hari , tapi esoknya kami dah check out, sebab tak tahan bilik bau busuk.”

Korang pernah ada pengalaman dilayan staff hotel macam ni?

Sumber: lobakmerah

Continue Reading

Malaysia

Berita Gembira Terkini Kepada Rakyat Internet Percuma 1GB Kepada Pengguna Ini.

Published

on

By

TAWARAN Internet 1GB secara percuma kepada semua pengguna pengendali telekomunikasi akan dipanjangkan selama 24 jam, bermula hari ini.

Tawaran itu membabitkan pengendali telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia Berhad (TM) boleh dinikmati pengguna sehingga 31 Disember ini.

Ia mampu meningkatkan kesalinghubungan rakyat negara ini khususnya untuk keperluan kerjaya dan pembelajaran selain pengendali menawarkan akses percuma tanpa had kepada pelbagai aplikasi perkhidmatan berita bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai Cov-19.

Senarai ini merangkumi aplikasi MySejahtera dan MyTrace serta sumber dan hotline kesihatan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebelum ini, akses percuma 1GB itu hanya dinikmati bermula 8 pagi hingga 6 petang setiap hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu ekoran Cov-19.

Tawaran ini boleh digunakan untuk alat produktiviti serta keperluan penyemakan imbas kecuali media sosial, penstriman video serta muzik dan permainan.

Internet percuma ini sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Popular