Connect with us

Kisah Benar

Anak belajar di poli tiba2 balik mngejut. Rupanya dah dah ada isi

Published

on

Foto sekadar hiasan. Gejala sosial yang semakin hari semakin banyak kita dengar berlaku di kalangan anak anak muda.

Di manakah silapnya hinggakan di awal usia remaja segelintir mereka telah terjebak dengan masalah sosial yang kian parah.

Tular harini di laman KRT, luahan seorang ibu yang terkilan, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh telah hamil diluar nikah.

Terkejut dengan berita kehamilan anaknya yang masih muda, si ibu buntu. Apakah tindakan seterusnya yang harus di ambil.

Ikuti perkongsiannya di bawah.

Salam admin. Saya sekarang tengah buntu sangat apabila anak perempuan sulung yang saya tatang bagai minyak yang penuh Hamil luar nikah ..

Ya allah dugaan apa la yang saya sedang hadapi ni. Tak tahu di mana silap saya dan suami selama mendidik dia..

Saya suri rumah suami kerja bawak lori trailer jarang2 ada kat rumah. Ada 3 org anak Yang pertama umur 18 Tahun , kedua 14 tahun , Ketiga 12Tahun.

Anak perempuan saya belajar di politeknik balik rumah secara tiba2 rupanya dah bawak perut mengandung 4 bulan. Dunia saya bagai gelap sekjp.

Suami pulak tak habis2 salahkan saya gagal mendidik anak, Saya tak tahu di mana silap saya , Saya ajar anak solat 5 waktu , Ajar menutup aurat. Tak tahu di mana silapnya saya sebagai ibu.

Lelaki yang bertanggung jawab dekat anak saya tu ada datang dengan kakaknya. Dia nak kawin dengan anak saya.

Tapi suami tak setuju suami nk hantar anak duduk di rumah permulihan akhlak sampai selamat bersalin.

Tapi hati saya macam berbelah bahagi ikutkan saya nk kawenkan anak saya sebb saya rasa anak saya dah takde masa depan lebih dia kawen belajar pun entah kemana lebih baik kawen.

Saya tak tahu sebenarnya apa yang perlu saya buat saya rasa saya dah tak berguna hidup lagi. Saya ibu yang gagal.

Apa yang perlu saya buat? sebagai ibu saya cuma nk yang terbaik untuk anak saya.

Luahan ibu ini mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Apa kita akan lakukan jika berada di tempat ibu ni. Lihat apa cadangan pembaca.

Sha Nad –Nikahkan puan dengan segera. Pas bersalin bole sambung belajar. Jangan judge anak tu. Kadang2 Allah nak uji sblm mereka mjadi insan yang lebih baik dan beetakwa. Puan tak salah apa3.

Zaman sekarang banyak godaan. Laki tu dah baik sggup datang rumah wlaupn dia tau apa akibat dia. Baiklah nikahkan. Jangan risau. Allah sdg mguji puan dan suami.

Azzinsor Niffira –Kak, pihak lelaki datang nak bertanggungjawab terima la. Jangan smpai anak akak nanti tak terima anak bila saat dilahirkn nanti.

Ada suami walaupun perut dah 4 bulan. Tetap anak tu tak sah taraf. Orang yang alami je tahu macam mane.

Zainab Sidek –Setiap dugaan pasti ada jalan penyelesaian nya. Akak setuju anak tu dihantar kerumah pemulihan tu biar disana nanti dia belajar hidup betapa susah nya melahirkan anak dan membesar anak.

Disana nanti ada guru dan ustazah memdidik dia kembali kepangkal jalan. Lepas dia keluar pasti dia berubah.

Takut nanti pekara tak disenangi berlaku sekarang ni kes buang bayi kan banyak berlaku. Jangan kawin kan tak akan menjamin masa depan anak awak masing2 maseh muda kerja tetap pun tak ada.

Mawar Blue –Puan.. Jangan hukum anak dengan perkahwinan terus puan.. Kena kenal dulu budak lelaki tu macamana.. Betul tindakan suami puan hantar dia ke pusat pemulihan akhlak biar dia dalami ilmu agama.

Boleh berfikir dengan matang dan waras.. Supaya dia boleh tentukan sambung belajar atau kawin dengan lelaki tu.

Bertanggungjawab untuk kahwin belum tentu bertanggungjawab jadi suami puan.

Banyak kes saya jumpa asal lelaki tu nak bertanggungjawab ja mak ayah nak kawinkan tanpa selidik latar belakang dan perangai lelaki tu. Last2 anak perempuan tu jadi punching bag. Digntung tak bertali.

Nak cerrai bukan senang. Suami puan tu ayah yang bertanggungjawab dan sayangkan anak.

Dia takkan semudah tu lepaskan anak pada ntah siapa-siapa dengan mudah walaupun anak tu dah buat salah..

Rizal Rodzuan –1st, jangan salahkan diri 100% klu puan dah didik anak secukupnya, dan jangan pula suami dilepaskan tanggungjawab sbgi ayah hanya kerana dia sibuk kerja kena juga main peranan ayah.

Mungkin anak perempuan kurang kasih sayang lelaki dari seorang ayah smpi menagih cinta lelaki lain dan jadi camni.

2nd, saya cadangkan puan nikahkan je la diorang lps tu pandai2 la diorang uruskan hidup sendiri, masa ziina tak fikir mak ayah kenapa skrg nak susahkan mak ayah pula, paling tak jaga masa pantang lps tu biar diorang setelkan hidup diorang.

3rd, saya cadangkan juga anak puan tu sambung belajar balik dapatkan sijil poli tu lps tu dapatkan kerja elok, dan bertaubat nasuha dan move on.

Ann Xagoras –Mudah org boleh bagi pendapat. Tapi saya tak bagi pendapat, cuma pandangan dari segi experience. Macam ni, awak sendiri kenal Bagaimana anak awak, die ada 2 jenis,

Jika kesilapan yang mana ank awk memang belajar bersungguh2 sebelum ni anak yang sgt baik dan taat, boleh hantar pemulihan akhlak dan bagi peluang kedua betulkan kesilapan.

Tapi Jika die memang tak berminat nak bljr bagi saya, eloklah Jika jangan di paksa dia bljr esok2 cari jantan lain pula buat perkara sama.

Tak pun bljr tak abis bayar berpuluh2 ribu alih2 dah ada bf gatal juga nk berkahwin. Kalau begini elok dari awal kahwinkan saja dari kita membazir masa dan wang mengharap kan sesuatu.

Kasi pelajaran usaha hidup sendiri. Kalau apa2 jd perlulah tegaskan diri jangan dibantu dulu, at the end Jika dia mahu berubah menjadi manusia lebih Baik, dia akan belajar dr kesilapan. Dan di situ baru kita datang support die.

Maaf saya cakap biasa perkahwinan begini susah kekal tapi apa kita boleh buat nk mengelak maksiiat.

Apa2 pun Jika dia mahu jd dewasa sgt, kita ajar cara menjadi dewasa. Syang memang Syang. Tapi biasa ibu bapa terbaik adalah yang jenis tegas. Inshaallah.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Kita doakan yang terbaik untuk wanita ini dan anaknya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Kisah Benar

Pakcik Ini Jalan Kaki Jual Askrim Sambil Pikul Tong Besar

Published

on

By

Wang ringgit merupakan satu perkara yang sangat penting bagi seseorang untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi mengikut peredaran waktu.

Dengan mengerah kudrat yang ada, seorang insan separuh abab usianya ini masih cekal mencari rezeki halal untuk menyara kehidupannya telah membuatkan ramai yang mengalir air mata sebak.

Perkongsian ini daripada seorang wanita di laman Facebooknya, Nurdiana Mohd Rapi tentang kisah seorang pakcik penjual ais krim sanggup berjalan kaki semata menjual ais krim dari satu tempat ke satu tempat yang jauh untuk habiskan jualan hariannya.

Sangat menjentik hati dan perasaanku petang ni …

Terbaca satu posting dari adik Atma Febrianti baru ja tadi. Bangun dan terus duduk, khusyuk baca smpai habis. Baca punya baca, terus teringat anak buah yang turun mau membeli jajan katanya.

Keluar ke beranda, terus pulak dengar bunyi hon hon mcm org jual aiskrim motor tu. Niat memang mau memanggil konon mau makan aiskrim roti. Sekalinya, pakcik ni pulak yang lalu.

Berbaju hitam, bermask, dengan kudrat ndak seberapa angkat tong pink di bahu kanannya, tangan kiri memicit honnya. Allahu, automatik terus sebak!

‘Terus Mengalir Air Mata..’ Pakcik Jalan Kaki Jual Askrim Sambil Pikul Tong Besar Demi Sesuap Nasi

Tidak fikir apapa, terus teriak pacik tu. Tanya dari mana, dia jawab dari Kg Pukat berjalan kaki sampai ke Logpond terus putar sampai ke sini. Jalan kaki Pakcik? Jawabnyaa YA !!

Terus mengalir airmata bahh sebab bapa ku sendiri berdiri di sebelahku tengok dalam tongnya. Pulun habis jualannya, terus minta dia balik ke rumah.

Bukan mau cakap aku baik ya gais, cuma ntah kenapa aku rasa sebaknya tu lain mcm. Membayangkan org tua kita dlm keadaan bgtu, memang kau akan terus rasa insaf tiba tiba.

‘Terus Mengalir Air Mata..’ Pakcik Jalan Kaki Jual Askrim Sambil Pikul Tong Besar Demi Sesuap Nasi

Tidak aku minta banyak sama kamulah yang membaca ni, tapi kalau kamu jumpa pakcik ni, belilah aiskrimnya.

Rm1 ja dia jualkan tu. Sedap jugakk aiskrim nyaa. Anggap lah sebagai bantuan kecil kita untuk dia. Dia tinggal di Jalan Kelapa, naik bas lepastu turun mana-mana kampung dan teruskan cari rezeki dengan berjalan kaki jaa.

‘Terus Mengalir Air Mata..’ Pakcik Jalan Kaki Jual Askrim Sambil Pikul Tong Besar Demi Sesuap Nasi

“Nikmat tuhan yang mana lagi ingin kamu dustakan?”

Masa aku tulis ni pun masih sebak aku rasa. Mampu doakan jaa pakcik ni semoga diberikan kesihatan yang baik, dan dilindungi sentiasa. Terima kasih atas doanya tadi Pakcik. Semoga Allah memberikan rezeki yang banyak lagi lepas ni ya.

Sumber : Siakap Keli

Continue Reading

Kisah Benar

Suami ckp pergi main futsal, rupanya dating dgn jiran bertudung labuh. Aku tanya satu soalan dan tak sangka ini jawapan aku dapat

Published

on

By

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan-lahan. Semoga dapat pengajaran. Assalam semua pembaca. Maaf, confession aku agak panjang sebab rasa nak luahkan segalanya di sini sebelum nak buka lembaran baru dalam hidup kami. Kami psangan yang bahagia. Luaran, dalaman. Maksudnya, bukan pura-pura bahagia ye. Salah faham sikit tu ada, tapi tak sampai tahap kr0nik hinggalah satu hari muncul HH dalam hidup kami.

Semua jadi secara tak tersangka sebab aku tak pernah fikir yang jiran kami akan jadi orang ketiga dalam rumahtangga kami. Ye, jiran okay, jiran. Dan terjadi di saat hubungan kami suami isteri memang okay sangat-sangat, tak ada masalah apa pun.

Kantoi pun bila aku check bil telefon suami, (walhal selama ni aku tak pernah check pun, betapa ALLAH nak tunjuk) dan aku jumpa nombor HH. Rupanya, setiap petang suami aku akan call HH lepas dia main futsal.

Kalau weekend pulak, call setiap pagi lepas jogging. Aku yang solehah sangat ni pun mengiyakan tanpa banyak tanya walaupun sebenarnya aku tak gemar suami aku aktif sangat main futsal sebab aku wanita bekerja, penat jugak urus rumah sorang-sorang dengan anak lagi setiap hari. Rasa macam bodoh kejap.

Yang lebih menyedihkan adalah mereka siap dating tepi pantai lagi seminggu sekali selama sebulan, sedang aku struggle kat rumah mengemas, siapkan anak, siapkan kerja pejabat yang tak siap. Keluar lepas Asar balik dekat nak Isya’. Cakap pergi main futsal, tapi rupanya pergi jumpa HH. Dan aku pun percaya. Lagi sekali bodoh.

Bila kantoi, dengan masih terkejut beruk sebab dengan jiran sendiri, aku pun jumpa HH nak bincang hati ke hati. Yang lagi terkejut beruk, HH pakai tudung labuh, pakai handsocks, stokin bagai tau.

Macam tak percaya pulak. Aku tanya, memang nak kahwin dengan suami aku ke, nak bermadu ke. Dia kata, kalau dah jodoh, nak buat macam mana. Amboi, jawapan artis mslimah sangat kan.

Sumpah rasa nak pijak muka dia. Tapi masa jumpa HH, aku tak menangis pun. Siap aku boleh pluk dia sebelum balik. Entah mana dapat kekuatan.

Aku tanya dia, kenapa masih layan walaupun dah tahu status suami aku? Kenapa ikut pergi tepi pantai? Sumpah, aku tak salahkan HH 100% sebab aku tahu it takes two to tango. Mesti sama-sama gatal miang.

HH balas, dia pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Dia pun tak percaya yang dia boleh jadi orang ketiga. Erm.. korang rasa apa, dengar jawapan dia? Yang tak tahan tu HH cakap, dia & suami aku keluar, duduk & berbual-bual jek, bukan buat apa-apa tak baik.

Ya Tuhan.. keluar dengan suami orang tu perbuatan baik ke? Hahaha.. mudah betul penunggang agama mensucikan perbuatan mereka. Mendidih jek aku dengar.

Bila aku tanya suami (depan HH sebab aku nak dia dengar sendiri dari mulut suami), suami kata dia tak nak kahwin pun dengan HH sebab dia tak nak duakan aku dan sayang anak kami.

Suami cakap dia tak sengaja, tergelincir, terjatuh kasihan sebab HH selalu cerita pasal kisah cinta sedih dia. Umur HH 36, tapi masih bujang, suami aku 32. Oh, lupa nak bagitahu, suami aku dan HH pernah ada urusan bersama walaupun lain syarikat, so ada contact number masing-masing. Tu yang boleh tukar-tukar cerita sampai berputik kasih sayang tu kononnya.

Pertemuan kami pun tamat dengan keputusan– mereka putus. HH janji dengan nama ALLAH yang dia takkan ganggu suami aku lagi & akan buat-buat tak kenal walaupun berjumpa dalam urusan atau majlis syarikat.

Baiklah, aku pegang janji dia sebab dengan imej mslimah yang dia bawak. Tapi selang dua hari, tiba-tiba aku dapat mesej dari HH.

HH mintak izin untuk jumpa suami aku untuk kali terakhir weh Hahahaha.. aku tak tahu nak gelak ke nak nangis. Siap nak aku ada sekali. Jumpa kat taman dekat dengan rumah kami.

Dia nak aku jadi saksi pertemuan terakhir Romeo & Juliet cinta tak kesampaian ke macam mana? Nak pitam rasa. Aku pun apa lagi, aku sekolahkan HH dengan ayat berlapik. Memang aku tak bagi jumpalah ceritanya.

Ingatkan habis cerita, rupanya HH meroyan kat FB dan IG. Post lagu-lagu jiwang, tulis ayat-ayat putus cinta, siap buat puisi untuk suami aku weh. Tak boleh blah, siap counting days dah berapa hari putus, tak dapat jumpa suami aku, post kat IG story. Hahahahaha.. buruk rupa betul orang tua bercinta ni tau. Muntah hijau aku.

So aku sound direct ke HH, aku tanya masih tak boleh lupa ke? Sebab aku risaulah kot dia meroyan cari suami aku balik. Tapi HH cakap, dia dah boleh lupa.

Aku kata, kalau dah boleh lupa, stop lah meroyan dalam FB & IG macam perempuan kurang kasih sayang. Suami orang kot, dok sibuk gila nak buat apa. Aku bagi sedas dua, tarbiah sikit. Dia ingat aku tudung bidang 45 ni tak boleh tarbiah perempuan tudung bidang 60 ke. Cet.

Sejak tu, aku pilih untuk tak lagi fikir dan ambil tahu pasal HH. Cuma kalau keluar rumah, nampak kereta & rumah dia tu, rasa tersksa jugak jiwa raga. Tapi takkan nak pindah rumah semata-mata? Rumah dahlah mahal sekarang. Sabar banyak-banyak jek lah.

Aku share sini untuk pengajaran bersama :

Suami

1. Kalau dah ada isteri tu, tolonglah tak payah nak baik sangat dengar cerita manusia berlainan jantina ni. Aku percaya, lelaki & perempuan tak mungkin boleh jadi kawan baik. Salah sorang mesti akan ada feeling.

Kalau dua-dua ada feeling, lagilah haru. Baik kau balik rumah, kau dengar luahan & cerita isteri kau, dapat jugak menambah pahala. Jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri.

Tak baik tau aniaya perempuan yang dah lahirkan anak kau. Isteri dah bertoleransi kau bersosial dengan kawan-kawan, jangan salah guna.

2. Janganlah mainkan perasaan anak dara orang. Sebenarnya saja suka-suka jek nak cuba try test. Macam suami aku, dia cakap saja jek try chat. Nak test market. Tak sangka pulak HH membalas sampai jatuh cinta.

Sebagai perempuan, aku marah sangat. Kalau dah sampai HH tu meroyan, dah memang sayang sangatlah. Siap bagitahu mak dia. Siap sanggup bermadu, walhal suami aku tak niat pun nak buat isteri. Ingat ye, nanti kau ada anak perempuan, suka ke orang buat anak kau macam tu?

Isteri

1. Ada orang cakap, jangan check phone suami supaya tak skit hati. Berdasarkan pengalaman aku, ada pro & kon. Aku check jugak phone suami aku, tapi biasalah lelaki, pandai.

Dia dah buang segala conversation, call log segala. Memang clean & clear. Tapi kalau ALLAH nak tunjuk, bila-bila masa jek. Doalah banyak-banyak. Tunjukkan keprihatinan anda. At least, suami ada jugak rasa fikir banyak kali sebelum nak buat pelik-pelik.

2. Jangan stress sangat nak jadi yang terbaik. Macam aku, semua benda aku buat sebab nak jadi solehah terbaik. Makan suami pun aku cedok berhidang segala tau. Tinggal tak suap ke mulut dia jek.

Baju semua aku basuh, sidai, lipat, gosok. Cebok berak anak pun dia tak pernah sebab dia kata nak muntah bau busuk. Hahaha.. tapi kena cvrang jugak.

Bukanlah maksud aku kita abaikan tanggungjawab, cuma jangan paksa diri melampau sampai boleh makan diri sendiri. Bahagi tugas sama-sama supaya ada rasa tanggungjawab.

Suami & isteri

1. Selalulah bincang hati ke hati bersama. Bagitahu apa yang kurang, apa tak puas hati. Lelaki ni suka simpan. Bila ada orang luar sudi mendengar, mulalah jadi cerita lain. Yang perempuan pulak suka buruk sangka & overthinking.

Kongsilah cerita setiap hari untuk lepaskan rasa dalam hati supaya tak terbeban, tapi jangan jadi medan memburukkan pasngan pulak. Lebih kepada muhasabah diri bersama untuk jadi lebih baik.

2. Solat berjemaah dan di awal waktu adalah kunci bahagia rumahtangga. Itu yang kami suami isteri lalai lepas ada anak. Sibuk kejarkan anak, sampai solat jemaah entah ke mana.

Bila salam c1um dahi lepas solat tu, rasa syahdu, rasa sayang makin mendalam, harapnya dapat tutup hati masing-masing dari kecvrangan. Dapat jauhkan hati dari rasa tak cukup, sunyi & perasaan negatif yang menjurus kepada cuurang.

Aku pun masih mencari kekuatan untuk melupakan. Ye, aku maafkan suami & HH, tapi tak mungkin sesekali aku lupakan. Jiran pulak tu, lagilah susah nak lupa weh. Hahaha.. korang, doakan aku ye.

Aku tahu banyak lagi k3s cur4ng yang lagi teruk, aku patut bersyukur sebab ALLAH tunjukkan segalanya sebelum jadi semakin melarat. Sebab tu, jangan sesekali lupa ALLAH. Jaga hubungan dengan DIA, DIA akan jaga kita. InsyaALLAH.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini. Apa reaksi warganet

Farah idora, Benda paling aku elak ialah kawan dgn suami org. bkn nak kecam tp minta simpang la benda2 tak elok tu. fikir fikir la nak kacau rumah tangga org. kau bukan hncurkan hubungan suami isteri tp anak2 dorang jgk.

Faiz Akmal, Alhamdulillah. Suami isteri saling percaya. Aku kenalkan isteri dengan kawan aku tak kira jantina. Isteri aku juga begitu. Isteri aku ada all access to my phone. Dia boleh buka all my sosial media.

Pesan aku pada semua. Jangan salahkan jantina. Ini masalah individu tersebut. Kita jangan terlalu mencerca orang. Kita pun tak tahu macam mana masa depan kita. Ambil yang baik, buang yang buruk.

Ni Soalan Aku tanya suami, “Dah pernah berzina ke dgn jiran tudung labuh”

Assalam dan selamat sejahtera buat semua pembaca. Alhamdulillah, dah lebih 6 bulan aku survived lepas kess kami. Aku Rasa lega sangat-sangat bila dapat kongsi kat sini dan baca respon bernas dan rasional dari pembaca di confession sebelum ni. Tapi ada beberapa persoalan berbangkit yang agak kurang menyenangkan yang mungkin perluukan penjelasan.

1. Kenapa mesti jiran?

Kebetulan. Atau spesifiknya, takdir. Walaupun lain syarikat, tapi masa bulan Nov 2018, suami aku & HH (bersama beberapa staf yang lain) ada bekerjasama untuk satu projek. Diaorang spent masa hampir sebulan jugaklah, jumpa hari-hari untuk settlekan projek tu. Dan… ianya dalam pengetahuan aku. Cuma yang aku tak tahu, mereka masih berhubung walaupun lepas projek dah tamat.

2. Bagaimana bermula?

Rupanya HH dah suka suami aku (macam crush gitu) sejak tahun 2012. Ini aku tanya sendiri kat HH, bukan aku buat cerita ye. Masa tu suami aku bujang lagi. Mungkin sebab HH stok mslimah pemalu bertudung bidang 60, so HH simpan jek perasaan tu.

Bila terjumpa semula, berjiran pulak, suami dah kahwin dengan aku & ada anak. Bila dapat peluang bekerjasama, macam pucuk dicita ulam mendatang lah ceritanya. Yang suami aku pulak bangga lah bila tahu ada perempuan bujang dah admire dia selama enam tahun. Enam tahun, gais.

3. Macam mana aku boleh tenang?

Sebab utama aku boleh bersikap tenang adalah kerana aku sangat2 malu dengan perbuatan suami aku. Macam aku cakap sebelum ni, it takes two to tango. Kalau suami aku tak menyumbang kepada kegatalan, takkan jadi jugak kan? Aku rasa macam HH teraniaya & aku simpati dengan dia.

Aku tak naik suara sikit pun masa pertemuan hati ke hati dengan HH. Siap aku tanya, betul ke nak suami aku? Kalau betul nak, aku sanggup undur diri sebab aku tak nak bermadu.

4. Kenapa aku pilih untuk bertahan?

Jujur cakap, masa mula-mula kantoi, aku tak nampak benda lain kecuali perpisahan. Sebab tu aku berani offer HH untuk ambik suami aku. Sebab masa tu aku sangat-sangat benci mereka berdua. Sumpah, aku paling benci suami aku.

Tapi sebab suami pilih aku, mintak peluang kedua, aku cuba. Sebab aku percaya, everyone deserves a second chance. Dan aku nak buktikan pada HH yang aku adalah lebih baik & bagus dari HH, sebab tu suami pilih aku, bukan HH.

Jujur, mula-mula memang atas dasar ego & rasa nak menang, tapi lama-lama Allah tunjuk aku jalan yang sepatutnya.

5. Apa aku buat untuk legakan hati?

Aku bagitahu A to Z pada ibu aku. Aku anak bongsu so aku sangat-sangat rapat dengan ibu & ayah. Aku nangis macam orang gila depan ibu & ayah. Ayah cakap, tak apa, pisah jek. Sebab aku masih muda & boleh cari lelaki lain yang lebih baik. Hahaha.. chill jek ayah aku kan?

Ibu cakap, sabarlah & bagi peluang. Anggaplah sebagai ujian dalam rumahtangga. Yang best, layanan mereka pada suami aku tak berubah langsung walaupun mereka tahu cerita sebenar.

Aku cerita jugak pada sorang kawan baik aku. Benda macam ni tak boleh simpan sorang. Nanti boleh jadi gila.

6. Kenapa tak pindah rumah?

Rumah kami sekarang atas nama aku, tapi kami kongsi bayar. Dua bulan lepas kantoi, suami aku dah mohon rumah baru, tapi malangnya loan dia tak lepas walaupun ikutkan gaji, suami aku layak.

Aku pun pelik bila baca surat pemberitahuan tu. Tapi entahlah. Aku pun dah give up sebab kami akan bertengkar bila cakap pasal rumah.

7. Tak seram ke duduk dekat dengan madu tak jadi?

Gila tak seram. Hahaha.. Allah jek yang tahu perasaan aku tapi aku cuba lawan & tenang. Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang, tak pernah lagi aku terserempak dengan HH masa balik kerja ke, bukak pintu pagar ke, kat shopping mall ke, kat kenduri kahwin ke.

Tapi aku dah pesan kat HH, sila lari jauh-jauh kalau ternampak aku. Hahaha.. Semoga takkan jumpa lah sampai bila-bila.

8. Dua manusia tu dah berzina ke sampai HH meroyan?

Aku dah tanya dua-dua. Mereka sumpah dengan nama Allah yang mereka tak ada buat apa. Berpegangan tangan pun tak pernah. Atas dasar penampilan HH yang lebih alim & mslimah dari aku, aku pilih untuk percaya HH.

HH meroyan mungkin sebab dia ingat suami aku bersungguh nak buat HH jadi isteri, rupanya tidak. Mungkin HH ingat dah jumpa lelaki impian dia selepas tunggu 6 tahun, rupanya belum lagi.

9. Apa khabar suami aku sekarang?

Seperti nasihat pembaca sekelian, aku dah bahagi-bahagi tugas & ikuuuuuuut jek dia ke mana jua. Tiada lagi jogging & main futsal. Tiada lagi nak keluar malam lepak mamak. Sosial kat tempat kerja, cukup. Habis kerja, berhiburlah di rumah dengan anak bini. Aku duplicate WhatsApp dia di laptop aku (dengan pengetahuan suami ye).

Aku simpan password segala socmed yang suami ada. Nak pergi isi minyak kereta, nak basuh kereta, nak beli garam kejap pun aku ikut. Tiap-tiap bulan aku check bil telefon.

Bila ada suspicious number, aku tanya suami direct. Agak-agak tak larat, aku biar jek baju tak berlipat & mainan anak bersepah. Alhamdulillah, pandai pulak suami melipat & mengemas.

10. Apa khabar aku sekarang?

Dalam proses bertenang. Kurangkan stress pada diri sendiri yang konon nak jadi isteri solehah, ibu mithali sangat. Berhenti paksa diri nak semua benda sempurna. Sekarang ni apa-apa aku tulis kat diari & bagi suami baca. Aku nak suarakan tak puas hati, aku nak ungkit, semua aku luah.

Kalau cakap berdepan, risau ternaik suara & boleh jadi gaduh pulak. Aku usahakan supaya kami solat berjemaah untuk setiap waktu. Kalau ada tak puas hati, tak bertegur untuk 5minit jek. Salah sorang kena mengalah tegur dulu & buat pas4ngan gelak. Dan biasanya suami aku yang mengalah.

11. Apa khabar HH sekarang?

Aku pun tak pasti walaupun kami berjiran. Hahaha.. tapi aku contact sepupu dia sebagai langkah berjaga-jaga. Hari tu aku mintak sepupu HH screenshot IG HH dan aku nampak HH post masak asam pedas ikan & tiru caption IG aku (IG aku memang set public).

Aku tak tahu apa tujuan HH, tapi aku malas nak fikir. Asalkan HH stop kacau suami aku, sudah. Aku hafal nombor plet kereta HH. Kalau tempat kerja HH tu memang aku tahu sangat, bila-bila masa boleh pergi. Aku kenal pasti kawan-kawan baik HH, tapi aku tak kacau lah. Just in caase perlu contact, aku dah ada nombor mereka.

Aku boleh kata, this is blessing in disguise. Ye, hati aku pecah. Tapi sekurang-kurangnya Allah uji aku dengan perempuan yang sedar diri & tak ganggu kami lagi lepas ditarbiah. Suami aku dah berubah & cuba jadi lebih baik.

Masa depan aku tak tahu & aku tak nak fikir sangat. Aku cuba untuk jaga semuanya dengan baik sekarang, semoga berakhir dengan perkara baik jugak.

Untuk yang diduakan, anda boleh pilih untuk mempertahankan, mengalah atau menerima orang kedua. Untuk aku, aku pilih untuk mempertahankan, dengan izin Allah aku berjaya. Semua terserah pada anda sebab anda yang menentukan hidup anda.

Terima kasih kepada yang membaca. Terima kasih kepada yang memberi pelbagai nasihat & idea untuk aku hadap masalah kami ni. Terima kasih jugak pada HH yang hadir dalam hidup kami untuk mengajar kami jadi manusia lebih baik.

Aku tak berani nak benci HH sangat sebab kami masih berjiran. Aku takut beria membenci, tiba-tiba Allah uji aku perlu minta bantuan HH ke kot anak aku skit, atau aku yang skit. Masa tu tak ada sesiapa kecuali dia sebagai jiran aku. Ya Allah.. seramnya. Yang paling aku tak nak, benci-benci nanti jadi sayang. Simpang malaikat 44.

Semoga kisah ini jadi pengajaran buat semua. Doakan kami bahagia, sampai syurgaNYA. InsyaAllah.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet.

Intan Farina, madu pun ape salahnye. sama2 membahagiakan tp klo ikut gaji pun xlepas nak tanggung. hmm xtaula samada diorang boleh bertahan bape lama macam tu. Jangan ada ikut jalan belakang udahle. penat hari2 nk jd FBI. suami redha x kat isteri..bahagia xdia Allah jela tau.

Sakinah Zulkifli, Tahniah puan sbb pilih utk bertahan. Terima kasih bg peluang kami yg bujang cuba selami kehidupan berumah tangga. Makin banyak membaca kadang makin down,tapi cuba positif sbb pegang 1 kata2 sahabat “hidup rumah tangga bukan bahagia sepanjang masa” semoga terus dipelihara hubungan puan & pas4ngan. Aamiin.

Lynda Lin, Perghh best btul cite tt ni. Tahniah sbb memilih utk menjadi positif wlaupun sush tp hasilnya berbaloi. Pucuk pangkal tt jd lembut hati sbb suami sendiri berubah. Alhamdulillah. Kalau masih miang ak rse xd maknanya nk berbalik semula kan.

Pape pn smoga ap yg jd ni jd pengajaran utk suami tt n tt jgak.. tuhan nk uji skit je tu utk kuatkan kembali ikatan rumahtgga tt. Smoga bahagia hingga syurga.

Nur Aira, Asyik kahwin . Crai. Mak mertua. Pak mertua. Keluarga 69 jer manjang. Saya ni yg xkawin lagi macam mana min. Muda lagi tau 24. Saya suka baca IIUM ni.

Tapi kisah rumahtangga je. Xde ke cerita pasal bisnes ke. Kemajuan islam ke. Yg berilmu sikit. Baca tadi ada sesetengah kata mcm KRT page dah. Share yg berilmiah la sikit. Ni dah macam diari pulak.

Dapur Kak Ros, Tarik nafas panjang2 dan lepaskan perlahan2.kosongkan minda.istigfar dan berkata Allah tetap ada.setinggi2 layang2 terbang tali nyer masih berada di dlm tangan kita.so lepaskan bukan buang.

Pasti puan akan tenang.kita berada dlm rumahtangga bukan dlm persidangan mahkamah.kebahgiaan dan ketenangan adalah dua perkara yg berbeza walaupun ia perkara yg baik.

Sarinah Hj Salleh, Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk awak mempertahankan. Ada yang x diberi peluang sebab suami kahwin senyap-senyap kat sempadan. X apa, lain org lain dugaanNya. Akak doakan semoga Mawar dan keluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.. selalu. Aamiin.

Khairul Kamariah, moga allah sentiasa kurniakan sis ketenangan…n jauh dr sifat syakwasangka terhadp HH n suami..pokok xkn bergoyang klu x ada angin yg bertiup..begitu juga la dgn hati n perasaan manusia..x kira lah dr segi sayang,cinta or benci pd seseorg..
bila pernah dikecewakn…

Akn ada rasa x percaya pada suami…itu yg pasti…cuma apa pun doalah moga suami btul2 insaf n btul2 berubah. moga sis terus tabah…bila kita dh bt yg terbaik utk suami semata2 utk dapat pahala dr allah..insy allah allah akn lindugi kita.

Ema Ri, Knapa bila pas4ngan kantoi dia jadi lebih baik ye?? Sebab nak cover kesilapan lalu ke? Mehh… Hati hncur, we may forgive but never be forgotten. Bagus la sis sentiasa berwaspada. For me, im just… Ambil pendekatan lantak kau la, itu kehidupan kau, aku tak nak masuk campur. Hmmmm

Syaidatina Hikmah, Mintak maaf cakap. Aku selalu sangat jumpa yg perangai pelik2 ni dr klgn tudung labuh, pak serban. Mcm mne lah org tak pndang serong. Penunggang agama diorg ni.

Tp tu lah..tu semua x boleh salahkan tudung labuh tu. Klau dah attitude nye buruk, pakai purdah pun buruk jgk. Cuma satu je lah nk kata, klu rase dah pakai tudung labuh, handsock bagai tlg lah tunjuk contoh yg baik pd kami yg biasa2 ni. Takde lah org pndang negatif. Silap hb ramai yg ikut jejak pkai tdung labuh.

Nur Suraya, Sebab tu kena biar laki kita busy buat kerja rumah sekali, jaga anak sama-sama. Kalau nak pegi dobi pun, kalau boleh bawak anak sekali. Nak main futsal, boleh je, sila bawa anak ya. Nak g ride? Boleh.. bawak anak skali… Haaa, gituuu.. xdela kita jaga anak sorang2, dia boleh berfoya-foya diluar. Nak g joging? Bolehhh, saya nak ikut skali. Takkan nak kuurus sorang2 kannn.. payah bawak anak? Ha, dok mereput menggemok kat rumah berdua.

Izzue Wana, HH pun, umur baru 36 tu. Ada kerja, ada kereta yg nak sondol suami orang tu desperate sangat ke. Kemain ramaiiii lelaki bujang, usaha la cari, buka ruang berkenalan, acah suci sangat konon nak mahalkan diri eh tersondol suami orang siap kena angkut tepi pantai tu pun tak boleh jugak la HH. Meroyan mengalahkan first wife, tp selalunya mcm tu la. Yg menyondol tu feeling lebih mcm kesayangan dia pulak kena rmpas, hmm.

Siti Fazila, Walaupun pjg tulisan ceritanya xboring baca smpai habis…kot kot kalau ada smbungan dr crita ni ok je aku tunggu. Semoga rumahtangga tt kekal bahagia selamanya. Buat jiran tt tu harap2 insaf la xganggu suami org lagi…carilah yg bujang atau duda ye tuk dijadikan suami.

Watie Rasid, Bak kata Umie Aida, mslimah di bawah lindungan kaabah gitew. Btw, initial nama saya dlm minit mesyuarat adalah ‘HH’ tapi tu bukan saya la ya. Lelaki macam suami awak tu saya pernah jumpa, tapi bujang. Konon nak “try”. Akhirnya saya yg merana kerana termakan harapan. saya hanya mampu doakan dia bahagia dan saya yakin saya juga boleh lebih bahagia dari dia. Aamiin.

Efa hamid, Adoi la ftnah ni memana pun ada. Dan sbb ni aku jenis menyombong dgn laki. Even laki kawan baik aku, xdak la sesuka hati mak tiri belah laki mak aku nak add fb nak inbox nak wasap bagai. Lagi nak bawak menyembang. Kalau pun kita xdak niat nak pangkah ke sailang kawan, mulut orang oii.. cepat benor berjalan nya.

Nur silah taslim, kita kena faham ramai d luar sana pki tudung labuh..pki pakaian mslimah dgn niat berbeza2… Mungkin dulu sksi dh tua berubah…mungkin berubah pemakaian kerana ikut kawan jd jgnlah kerana mereka pki tudung labuh…jubah kita dh cop mereka alim…sbb pderi pun pki tudung…..kedua jd isteri walaupun bahagia luar dlm jgn smpi tak ambik tahu hal somi….somi Allah anugerahkn akal y panjang dlm membuat penipuan dlm cita madu 3 pun kita boleh tgk mcmna….dan Alhamdullilah Allah bagi ujian nie bkn saja nk bg ujian pd somi, pd isteri dan pd org ketiga…

bila satu2 ujian itu Allah bg…Allah turunkn malaikat utk lihat reaction kita dgn masalah ini kerana Allah nk naikkn darjat sis….semoga selepas nie Allah dtgkn rahmat dan barakah dlm rumahtangga sis.

Sumber – Mawar (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Continue Reading

Kisah Benar

10 thun kawin, pagi tu tiba2 laki aku nyatakan sesuatu kt aku dgn alasan aku ni asyik dgn hp je

Published

on

By

Hai salam kepada semua pembaca. aku baru diceraikan .. alhamdulillah aku dilepaskan dengan cara baik. kisah bermula sehari sebelum raya baru2 ni pagi sebelum raya orang lain sibuk nak melemang Merendang Buat ketupat laki aku pulak pagi tu dok ketar kepala tegedk2 nak mintak kawin sorang lagi. sebagai seorang isteri.

sapa tak marah. Sapa tak kecewa. sapa tak sedih tiba2 tak ade angin tak ada ribut nak kawen.. Nak kawen dengan sapa.? bila kamu jumpa? kenal kat mana? langsung aku tak tau. bijaknya lelaki kan? 10 tahun percaya tiba2 hilang sekelip mata.. tak ada angin tak ada ribut. alasannya mudah. aku gila gadged.. aku tak layan dia.. aku tak jaga makan pakai.

tapi bila dipikirkan balik. Selama ini dia makan apa? Dia pakai baju apa? dia tidur atas apa? sapa yang buat semua tu? hantuuu kak limah ke? Dulu tak laki aku saiz x tapi sekarang ni dah jadi saiz XL. Ehh Sapa yang jaga? Hantu kak limah jugak ke ?

Aku kenal dia dari kosong sampai la sekarang. aku malas lah nak cakap dia pangkat apa.. dari susah sampai dah mula hidup senang. Dia tinggal aku macam tu je. sekelip mata Allah tarik semua dari aku.. aku mintak dia buat pilihan aku atau Dia. dia tak boleh nak buat keputusan.. dia tetap nak juga dengan yang sana. aku ambik jalan selamat aku tarik diri.. baru je sebulan benda ni jadi dan dengan mudah dan dengan sekali lafaz aku dilepaskan dengan talak 1… macam tu saja. Tak ada alasan kukuh lain.

Terbaru ni pula.. mak sedara bekas laki aku contac aku cakap bekas laki aku cakap pada sedara mara bila dia tak dak kat kem aku melayan jantan.. ya rabbi.. fitnah apakah itu? sepanjang sebulan aku kat kem dan kawan2 baik bkas laki aku banyak sangat tolong. Kawan baik dia.. bukan kawan baik aku.. dia kat mana masa tu. Dia abai aku seolah2 dah tak de ikatan.. mungkin orang lain boleh faham dan orang tau apa yang jadi bukan salah aku. tapi aku tak salahkan pon bekas laki aku tu.. mungkin pada mata dia..aku tak pandai jaga dia.

tapi pada aku. aku dah buat sehabis boleh.. lillahiitaaala aku buat semua benda Iklas untuk kamu. Walaupon kita dah tak dak apa2. aku tak simpan dendam. Yang jadi biar lahh. teruskan lah hidup macam biasa. Cuma agak susah untuk aku. sebab aku tak Punya apa2 mak abah pon dah lama pergi dulu.. pada yang merampas aku tak kisah awak nak kan suami aku.

Awak ada harta awak ada rupa awak ada segalanya.. perlu lagi ke nak kan suami orang. mula2 dulu aku pikir nak viral muka kamu tapi apa aku dapat. buang masa je. tau tak sebab apa aku tak nak jumpa kamu..

tak nak serang kamu.. walaupon kita dekat aku boleh sangat2 kalau nak buat… tapi jatuhlaa standart aku nak pegi jumpa orang macam kau.. bodh la aku kalu nak begaduh kerana seorang lelaki.. sebab tu aku ambil keputusan aku diam dan aku biar jee kamu dating depan2 mata aku..

aku tau dan aku nampak selalu. Berkali2 juga hancur bederai hati aku… rasa nak pengsan kat situ. Tapi aku kuatkan semangat.. aku tak duduk sorang2.. aku cari kawan2 aku. aku cari semangat aku balik. aku buat seolah2 tak dak apa yang jadi.. padahal dalam hati Allah saja yang tahu.. aku perempuan kamu pun perempuan sikit pon kamu tak jaga hati wanita lain.. kita Sama2 perempuan kak.. sepatutnya hormat perasaan orang lain.

Kalau nak pun sabar la. Tunggu selesai semuanya. ambik la. dating la ceruk mana kamu nak duduk. aku tak nak mendoakan yang buruk2 untuk kamu berdua. biar lah apa yang dah jadi jadikan pengajaran untuk diri aku sendiri. cuma pesanan untuk kamu. Mintak doa la pada tuhan…

supaya hidup kamu jangan merana macam aku bila satu hari benda yang sama jadi pada kamu atau anak2 kamu. baik kamu doa dari sekarang kak. Mintak kawan2 kamu tolong aminakan sekali. jaga2 kak sebab kifarah Allah ni selalunya cepat..

Continue Reading

Popular