Malaysia
Dapat tahu Ustaz Ebit berhenti bagi sumbangan, Anak Pak Aq mula buka mulut

ALOR SETAR: “Ustaz tak bersalah, beliau menyantuni kami sekeluarga dengan baik dan kami tidak rasa pun dia aibkan keluarga kami yang sememangnya dari dahulu berkeadaan begitu,” kata Siti Nor Saadiahton Ishak.
Wanita berusia 25 tahun itu, berkata dia sangat sedih apabila mendapat tahu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew, akan berhenti daripada membantu golongan miskin secara langsung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan hari ini.
Katanya, jika keterangan itu membabitkan kes tular mengenai bantuan kepada keluarganya, dia berdoa semoga Allah membuka jalan dan rezeki yang lebih luas buat Ebit membantu golongan yang memerlukan selepas ini.
“Sesiapa pun yang membuat laporan akibat tidak berpuas hati dengan tindakan Ustaz, ketahuilah bahawa kehadiran Ustaz ke rumah kami tempoh hari membawa sinar baharu untuk keluarga saya berubah.
“Selama ini kami sekeluarga hargai setiap bantuan yang diberikan kerajaan negeri, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), penduduk kampung dan ahli jawatan kuasa masjid, bantuan yang diberikan sangat banyak dan kami bersyukur dengan pertolongan semua pihak.
“Kemudian Allah aturkan pula pertolongan daripada Ustaz yang sememangnya pada ketika itu kami sekeluarga mahu berpindah, tiada siapa yang bersalah dan kami menerima bantuan daripada sesiapa pun dengan hati terbuka,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Pesakit strok, Ishak Darus, 77, atau Pak Aq, dibantu orang ramai yang membawanya masuk ke rumah baharu selepas mendapat rawatan di hospital.
Anak ke enam daripada 10 beradik ini, berkata dia sangat mengharapkan semua pihak berlapang dada dan tidak menganggap kes tular keluarganya itu memalukan sesiapa atau pihak tertentu.
Katanya, sehingga kini ahli keluarganya sangat berharap Ebit dapat kembali ke rumah sewa baharu mereka berikutan mereka sangat ‘dahagakan’ nasihat dan kata-kata semangat daripada beliau.
“Anak-anak saudara saya sendiri sejak jumpa Ustaz Ebit Lew tak pernah lekang daripada mulut mereka menyebut nama Ustaz, mereka berulang menyuarakan mahu ke sekolah dan jadi seperti Ustaz apabila dewasa nanti.
“Kami sudah lali dih1ina orang. Namun kehadiran Ustaz memberi sinar untuk keluarga kami menjadi lebih baik, saya doakan Ustaz tak putus asa dan percayalah lebih ramai di luar sana masih memerlukan Ustaz.
“Semoga Allah memelihara dan melindungi Ustaz selalu,” kata anak kepada pasangan, Jamaliah Rejab, 54, dan Ishak Darus, 77, itu.
Keluarga Ishak atau lebih dikenali sebagai Pak Aq, sebelum ini tinggal secara bersesak dalam sebuah rumah da1if di Lorong Gedebang dekat Jalan Langgar, Alor Setar sejak sekian lama.
Bagaimanapun, mereka berjaya dipujuk Ebit untuk berpindah ke kediaman baharu yang disewa oleh pendakwah itu, yang lebih selesa terletak di Lorong Fajar, Jalan Sultanah di Alor Setar, Isnin lalu.
Kena panggil Bukit Aman, Ebit Lew henti sampaikan sumbangan
Berkongsi pengalaman yang dilalui sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ebit berkongsi luahan hati di Facebook miliknya hari ini.
“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan.
“Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.
“Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media FB saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.
“Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang di mana-mana. Masa PKP ini sudah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan.
“Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.
“Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina Islam yang sayangkan Islam dan negara Malaysia.
“Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.
“Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau,” tulisnya panjang lebar. – MalaysiaGazette
Malaysia
Terima Suntikan Pertama, Dr. Amalina Kongsi Fakta Tentang Vaksin COV19 Yg Ramai Tak Tahu

SEBUT sahaja nama Dr Nur Amalina Che Bakri, pasti ramai yang mengagumi pencapaian anak tempatan ini dalam bidang peru-batan.
Pada 2019, Dr Amalina sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara apabila dinamakan sebagai penerima anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London.
Pelatih pakar b3dah Malaysia, Dr. Nur Amalina Che Bakri menerima su-ntikan v4ksin C0vid-19 semalam.
Menurut Dr. Amalina, su-ntikan pertamanya itu merupakan v4ksin keluaran syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer.
“Saya menerima su-ntikan dos pertama v4ksin C0vid Pfizer hari ini (semalam). Jom kita semua patuhi panduan C0ovid, kes semakin bertambah, jumlah kemasukan ke hospital meningkat, katil wad hampir penuh.
“Hospital kini berada dalam keadaan kritik4l. Ini bukan masanya untuk kita terus leka. Harapnya tahun depan akan jadi lebih baik,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam entri tersebut, Dr. Amalina turut berkongsi rakaman foto dirinya ketika menerima su-ntikan berkenaan di sebuah pusat peru-batan di London, United Kingdom.
Di ruangan komen, ketika menjawab pertanyaan pengikutnya, beliau memaklumkan su-ntikan tersebut perlu diambil sebanyak dua kali.
“Ya ada dua d0s, sekurang-kurangnya selepas 21 hari,” katanya yang menerima su-ntikan tersebut secara percuma di bawah Perkhidmatan Kesih4tan Kebangsaan (NHS) United Kingdom.
Jelasnya lagi, beliau akan berkongsi pengalaman dirinya selepas mengambil su-ntikan tersebut dalam perkongsian akan datang di media sosial.
Sebagai info, kes j4ngkitan C0vid-19 di seluruh dunia mencatatkan lebih 82.5 juta kes dengan lebih 1.8 juta kem4tian direkodkan.
Sementara itu melalui perkongsian tersebut, beliau turut menyatakan beberapa fakta mengenai C0VID-19:-
V4ksin yang dihasilkan telah mengikut protokol kes3lamatan seperti biasa, termasuklah ujian klinikal fasa 1-3.
V4ksin C0VID-19 tidak akan membuat penerima v4ksin dij4ngkiti vir-us tersebut.
Mendapatkan v4ksin boleh membantu menc3gah j4ngkitan C0VID-19.
Mendapatkan v4ksin mRNA tidak akan mengu-bah DNA si penerima.
Mereka yang mempunyai C0VID-19 masih boleh mendapat manfaat daripada su-ntikan v4ksin.
Wanita hamil atau ibu menyusu dibenarkan untuk mendapatkan v4ksin, namun perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
Sebelum ini, Dr Amalina pernah disenaraikan sebagai 10 doktor p4kar pel4tih sur-gikal terbaik seluruh United Kingdom.Beliau juga tidak terlepas dilanda kontr0versi apabila la4ntang menyuarakan pendapat berkait bidang peru-batan.
Justeru, Dr Amalina mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada laman sosial untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam latihan p4kar pemb-edahan umum dan akan meneruskan pengajian Doktor Falsafah (PhD).
Dr Amalina turut berpendapat bahawa sifat neg4tif dan keb3ncian dalam diri seseorang itu perlu dihentikan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Malaysia
Imigresen buru Md Rayhan Kabir. Ini lokasi tempat tinggal dia terakhir

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir.
Pemuda berusia 25 tahun itu dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Alamat Terakhir
Alamat terakhir dilapor di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, No 85, Jalan Loke Yew, 52000, Kuala Lumpur.
Untuk itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Imigresen, Nurulmasha Nazlinan Hussin di talian 03-88801298 sambungan 1294 pada waktu pejabat.
Maklumat juga boleh disalur ke Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.
Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mencabar agensi berita antarabangsa, Aljazeera untuk menyenaraikan negara yang memberi kebebasan mutlak kepada warga asing.
“Kita boleh tanya Aljazeera ini, berikan kita nama mana-mana negara dalam dunia ini membenarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau dokumen tidak sah boleh bebas di negara mereka.
“Saya cabar Aljazeera tunjukkan negara mana yang memberikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak berdokumen. Jawapannya setahu saya, tidak ada,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.
Beliau berkata demikian dalam mengulas isu sebuah dokumentari terbitan Aljazeera yang membuat tuduhan kerajaan Malaysia bertindak ‘kejam’ ke atas migran dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang tempoh PKP sebelum ini.
Berikut reaksi dari netizan
“Mmg dasar hanjengg!! Dtg x jemput acah nk layanan cam raja. Mula2 pijak kaki kt sini buat muka kesian, dh sihat gemuk tlebih makan dpt enjoy serba serbi nikmat kt malaysia kau acah nk jadi tuan pulak..dasar x tahu diuntung.buat taik kt tempat kau cari makan!
“Senang je…xdpt dia..jumpa bangla mana pun , sauk sedas dua ja..bagi bangsa depa rasa akibat xbersyukur.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Malaysia
“Nak refund, tak bagi” – Hotel ‘Viral’ Di Cameron Highland Suruh Tetamu Tukar Cadar, Kemas Bilik Sendiri Lepas ‘Check In’

Rancangan untuk bercuti di hujung minggu dan waktu yang diharapkan dapat dihabiskan dengan tawa riang dirosakkan oleh pihak penginapan. Melalui Twitter, Aira berkongsi pengalaman buruk dia dan abangnya menginap di sebuah hotel dekat Cameron Highland pada 3 Julai lepas.
Seumur hidup. Tak pernah lagi check in hotel kena tukar cadar sendiri. Tukar sarung bantal sendiri. Kemas bilik. Buang sampah orang duduk sebelum ni.”
Berkongsi dengan Lobak Merah, Aira berkata dia telah buat tempahan melalui Traveloka lebih awal dan telah tiba di hotel tersebut pada jam 10 malam.
Namun, staf hotel beritahu bilik itu belum sempat dikemas dan mereka minta Aira dan abangnya tunggu saja di dalam bilik. Tapi, sehingga jam 11.30 malam masih tiada staf yang datang untuk kemas bilik. Aira pun terus hubungi lobi tapi tak ada yang jawab panggilan.
Mula-mula depa suh saya tunggu kat bilik. Waktu saya check in jam 10 malam. Bila dah tunggu dalam 11.30 malam takde staff yang datang. Saya cuba call lobi banyak kali. Tak jawab. Jadi saya buat keputusan untuk ke lobi.”
Bila ditanya, staf masih suruh mereka tunggu di dalam bilik. Tapi, tiba-tiba ada seorang staf berkata,
Kalau abang nak cepat. Abang boleh pasang (cadar) sendiri.”
Difahamkan, bukan Aira dan abangnya saja yang kena nasib macam tu tapi ada lebih kurang 5 tetamu lain yang dah tunggu lagi lama dari mereka. Salah seorang tetamu memberitahu Aira, mereka dah tunggu sejak pukul 3 petang tapi tiada staf yang datang tukar cadar.
Tunggu sampai 11.30 malam. Bilik masih belum kemas. Pergi lobi buat aduan. Berderet customer lain kena masalah sama.”
Lebih teruk lagi, menurut Aira pihak pengurusan berkata mereka tidak boleh refund duit tetamu kerana tiada di dalam polisi. Bukan itu saja, tiada staf yang datang untuk sanitize bilik seperti yang dimaklumkan.
Kerana tiada pilihan lain, Aira dan abangnya terpaksa akur untuk tukar cadar sendiri, kemaskan bilik yang dipenuhi sampah daripada tetamu sebelum ini. namun mereka hanya tidur di hotel tersebut selama satu malam. Pihak hotel juga dikatakan tidak memohon maaf di atas apa yang berlaku kepada tetamu mereka.
Tak apa la kami kemas sendiri. Semalam RM480 . Ambil dua hari. Tak apa la. Esok check out. Balik je. Hotel paling horror penah check in.”
Tiada kata maaf dari pihak hotel, patutnya kami check in untuk 2 hari , tapi esoknya kami dah check out, sebab tak tahan bilik bau busuk.”
Korang pernah ada pengalaman dilayan staff hotel macam ni?
Sumber: lobakmerah
-
Malaysia3 years ago
“Kesalahan Ebit Lew bukan Melayu, Tak Faham Budaya Melayu” – Lando Zawawi
-
Malaysia3 years ago
Lando Zawawi Sekolahkan Ustaz Ebit Lew
-
Malaysia3 years ago
Abu Syafiq bercadang nak buat Pertubuhan Ktip Derma, PU Amin masuk Komen. Kena Stepek
-
Malaysia3 years ago
“Hanya 50 kes baharu positif CoV-19, Perlis kini Zon Hijau CoV-19”
-
Malaysia3 years ago
Usahawan berjaya walaupun tanpa Dokumen Diri Lengkap
-
Malaysia3 years ago
“Malaysia kini berada dalam fasa Penyembuhan” – Dr Noor Hisham
-
Selebriti3 years ago
Suami Tiada Disisi Untuk Sambut Kelahiran Anak Kedua, Bella Pula Digelarkan Seperti Gemuk Macam ‘B4Bl’. Ini Respond Balas Bella Astillah
-
Dalam Negeri3 years ago
PM Kata 20 Orang Boleh Ziarah Waktu Hari Raya. Hari Ini DG Noor Hisham Jelaskan Maksud Sebenar 20 Orang Tersebut Dan Rupanya Ramai Yang Salah Sangka