Connect with us

Uncategorized

Artis Indonesia Ini Pertama Kali Jadi Pengacara Bersama Elly Mazlein Dan Dia Beritahu Sesuatu Tentang Kak Lina Pompom

Published

on

PELAWAK dan pengacara Rina Nose menyifatkan persamaan yang wujud antara dirinya dengan Elly Mazlein merupakan satu kelebihan buat mereka untuk mencipta keserasian sebagai hos dalam program Big Stage musim kelima (BS5)

Rina atau nama sebenar Nurina Permata Putri, 39, berkata mereka mempunyai pendapat dan pemikiran yang sama, sekali gus memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan baik.

“Secara peribadi apa yang saya lihat kami banyak persamaan kerana setiap kali melontarkan pandangan dalam pekerjaan, kami mempunyai pendapat dan cara fikir yang sama.

rina11 - 1

Rina teruja digandingkan bersama Elly Mazlein.

“Jadi mungkin disebabkan itu kami mudah untuk mencipta chemistry yang baik sebagai hos dalam program musim ini,” katanya kepada mStar.

Rina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media minggu pertama Big Stage musim kelima yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Pun begitu, Rina mengakui masih lagi kekok mengacarakan minggu pertama BS5 disebabkan perbezaan bahasa yang menjadi kekangan.

Kata Rina, ini merupakan pengalaman pertamanya menjadi hos dalam program televisyen di Malaysia, namun menganggap ia adalah satu cabaran dan tanggungjawab yang perlu digalas.

“Pertama kali mengacara di sini saya masih gementar, bingung, masih kekok dengan bahasanya. Kadang saya bercakap agak sedikit cepat dan saya sukar untuk ‘tangkap’ apa yang Kak Lina cakap.

“Ini pengalaman baharu, saya mahu cuba di luar Indonesia kerana saya biasa lihat penyanyi Indonesia banyak juga di Malaysia, tetapi untuk hos yang memerlukan banyak bercakap, saya ambil ini sebagai satu cabaran,” ujarnya.

Sementara itu, Rina meluahkan rasa syukur dengan respon peminat yang diterima, khususnya penonton di MBSA yang memberikan sorakan gemuruh sepanjang mereka menggendalikan program realiti berkenaan.

Bagaimanapun, dia akur dengan penerimaan sesetengah individu yang memberikan respon negatif terhadap pengacaraan mereka.

“Kalau respon penonton di studio nampaknya begitu meriah, tapi respon di media sosial seperti biasa ada yang kontra, ada yang suka ada yang tidak.

“Tapi itu perkara biasa kan, ada yang suka dan ada yang tidak. Ada bagus, ada jelik, semuanya normal dan bukan satu masalah buat saya,” katanya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Uncategorized

Shuib Keluar Berjalan Satu Keluarga Tapi Ada Sesuatu Yg Netizen Perasan Dan Terus Tegur Shuib

Published

on

By

Hantaran dimuat naik oleh Shuib semalam mengundang pelbagai respon dan komen daripada warganet selepas dia berkongsi video meluangkan masa bersama keluarga.

Menerusi rakaman itu, Shuib bersama isterinya, Watie membawa tiga anak mereka keluar berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah.

Namun begitu, ada pula sesetengah individu yang mengkritik pasangan itu tidak memimpin tangan anak dan membiarkan Uwais menolak stroller adiknya.

Bagaimanapun, segelintir warganet berpendapat perkara itu tidak perlu dijadikan isu atau diperbesarkan dan biarkan sahaja keluarga tersebut dengan cara mereka.

komen

Sementara itu, Watie yang menyedari hal itu telah membalas komen negatif warganet menerusi caption gambar dimuat naik olehnya di Instagram.

RESPOND WATIE

watie

Kalau keluar tu 5 jam, tapi sebenarnya 5 minit je pun daddy pegang tangan mommy. So aunty dan uncle sekalian janganlah risau.”

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber : BeautifulNara

Continue Reading

Uncategorized

Dulu Menyanyi Rap Sekarang Jadi ADUN. Ini Perkara Pertama Yang Altimet Akan Buat

Published

on

By

SELEPAS menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), penyanyi rap Altimet memulakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor pada Ahad.

Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, cukup bersemangat untuk bersama rakyat yang telah turun mengundi meskipun bertungkus-lumus menjalankan kempen sebelum PRN berlangsung pada Sabtu.

Melihat masjid dan rumah ibadah lain sebagai kawasan tumpuan ramai, Altimet yakin majlis agama antara salah satu kaedah terbaik untuk dia mendekati rakyat.

Altimet mahu dekati pelbagai golongan masyarakat.

“Kerja bermula hari ini. Pukul 6 pagi, Masjid Taman Kosas. Semangat!

“Antara perancangan saya adalah ke arah itu (program agama). Kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan komuniti. Perlu sentuh dan prihatin terhadap semua golongan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Altimet sebelum itu berkongsi serangkap pantun mengajak orang ramai ke masjid berkenaan selepas namanya diumumkan menang bagi DUN Lembah Jaya.

Berkesempatan berjumpa penduduk sekitar kawasan masjid, Altimet sudah menerima beberapa maklum balas yang perlu diberi perhatian kelak.

Justeru baginya tiada istilah rehat panjang selepas diberi tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum perkara tersebut.

altimet 7

“Apa pun kena tunggu upacara angkat sumpah dahulu untuk teruskan kerja. Selangor pun masih cuti umum esok (Isnin),” ujarnya.

Syukur atas kemenangan sebagai Adun, penyanyi lagu Amboi ini juga sedar namanya kini terus menjadi perhatian dalam arena politik.

“Syukur dan teruja dengan tugas yang diberikan ini. Sekarang tugas saya lebih besar dan perlu lakukan dengan betul.

“Saya sedia menjalankan tanggungjawab ini,” jelasnya.

Dalam PRN kali ini Altimet bertanding menentang calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslziah Syed Ariffin.

Altimet mendapat undian sebanyak 26,172 undian dengan majoriti sebanyak 6,320.

Manakala Sharifah Haslziah mendapat 19,852 undian.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading

Uncategorized

Janna Nick Masuk Hospital, Beliau Beritahu Sakit Apa Dan Ianya Amat Serius

Published

on

By

PELAKON Janna Nick dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya sejak Khamis lalu akibat mengalami masalah radang usus.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, bagaimanapun memaklumkan dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad namun masih dalam proses pemulihan.

“Sudah dibenarkan pulang namun masih dalam proses pemulihan,” katanya.

Janna berkongsi keadaannya di laman Instagram miliknya berserta beberapa foto ketika dia terbaring di atas katil wad.

Suami aktres itu, Dini Schatzmann turut dilihat menemani Janna sepanjang berada di wad.

Janna masih dalam tempoh pulih selepas dibenarkan pulang.

Sementara itu, Dini ketika dihubungi mStar memaklumkan Janna berada dalam keadaan baik.

“Dia okey sekarang,” ujarnya ringkas.

Perkongsian Janna di Instagram itu turut menerima komen rakan-rakan artis yang mendoakan dia segara pulih.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading

Popular