Uncategorized
Rezeki Tak Salah Alamat, Ini Kata Kata Bell Ngasri Bila Dapat Kereta Mewah Selepas ABPBH

PEMENANG Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke- 35 (ABPBH35), Bell Ngasri menerima kereta jenama Mini Cooper Clubman tajaan syarikat kenderaan DTC Motors pada pagi Isnin.
Bell atau nama Ngasrizal Ngasri, 43, berkata dia terlalu gembira kerana ini kali pertama dia menerima hadiah mewah dalam hidupnya.
Malah, Bell memberitahu dia tidak boleh tidur lena kerana terlalu teruja memikirkan mengenai hadiah berkenaan.
“Saya tak tahu nak cakap, ini pertama kali saya dapat hadiah sebesar ini. Dapat kereta apa pun saya tetap seronok sebab ia percuma. Kalau DTC Motors bagi saya (Perodua) Kancil pun saya seronok.
“Tapi dia bagi saya kereta ini (Mini Cooper)… memang saya suka!
“Semalam seharian saya di Pulau Pinang, balik malam tadi saya tak boleh tidur sebab terlalu berdebar… dapat tidur sejam dua sahaja tapi mengigau pula,” katanya.
Bell berkongsi perkara itu semasa penyerahan kereta di DTC Motors yang berlangsung di Ampang, Kuala Lumpur.
Kereta mewah tersebut diserahkan oleh pemilik DTC Motors, Afendy Wahid diiringi penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin
Dalam pada itu, Bell mengakui kenderaan yang diterima itu merupakan kereta idamannya selama ini.
“Alhamdulillah ini kereta idaman saya selama ini. Ini semua kuasa dan anugerah Allah. Terima kasih banyak.
“Anugerah ABPBH35 adalah anugerah terbesar yang pernah saya terima dan bertambah dasyat bila dapat sebuah kereta,” ujarnya.
Sebelum ini menerusi temubual bersama mStar, Afendy memaklumkan kereta tersebut bernilai RM200,000 yang mana termasuk jaminan dan aksesori tambahan.
Kata Afendy, hasrat untuk menaja Bell berlaku secara spontan selepas melihat tiada sebarang pihak berbuat demikian.
Bell bersama ahli keluarga dan Afendy Wahid semasa penyerahan kereta.
Sumber : MSTAR ONLINE
Uncategorized
Shuib Keluar Berjalan Satu Keluarga Tapi Ada Sesuatu Yg Netizen Perasan Dan Terus Tegur Shuib

Hantaran dimuat naik oleh Shuib semalam mengundang pelbagai respon dan komen daripada warganet selepas dia berkongsi video meluangkan masa bersama keluarga.
Menerusi rakaman itu, Shuib bersama isterinya, Watie membawa tiga anak mereka keluar berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah.
Namun begitu, ada pula sesetengah individu yang mengkritik pasangan itu tidak memimpin tangan anak dan membiarkan Uwais menolak stroller adiknya.
Bagaimanapun, segelintir warganet berpendapat perkara itu tidak perlu dijadikan isu atau diperbesarkan dan biarkan sahaja keluarga tersebut dengan cara mereka.
Sementara itu, Watie yang menyedari hal itu telah membalas komen negatif warganet menerusi caption gambar dimuat naik olehnya di Instagram.
RESPOND WATIE
Kalau keluar tu 5 jam, tapi sebenarnya 5 minit je pun daddy pegang tangan mommy. So aunty dan uncle sekalian janganlah risau.”
VIDEO:
View this post on Instagram
Sumber : BeautifulNara
Uncategorized
Dulu Menyanyi Rap Sekarang Jadi ADUN. Ini Perkara Pertama Yang Altimet Akan Buat

SELEPAS menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), penyanyi rap Altimet memulakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor pada Ahad.
Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, cukup bersemangat untuk bersama rakyat yang telah turun mengundi meskipun bertungkus-lumus menjalankan kempen sebelum PRN berlangsung pada Sabtu.
Melihat masjid dan rumah ibadah lain sebagai kawasan tumpuan ramai, Altimet yakin majlis agama antara salah satu kaedah terbaik untuk dia mendekati rakyat.
Altimet mahu dekati pelbagai golongan masyarakat.
“Kerja bermula hari ini. Pukul 6 pagi, Masjid Taman Kosas. Semangat!
“Antara perancangan saya adalah ke arah itu (program agama). Kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan komuniti. Perlu sentuh dan prihatin terhadap semua golongan,” katanya ketika dihubungi mStar.
Altimet sebelum itu berkongsi serangkap pantun mengajak orang ramai ke masjid berkenaan selepas namanya diumumkan menang bagi DUN Lembah Jaya.
Berkesempatan berjumpa penduduk sekitar kawasan masjid, Altimet sudah menerima beberapa maklum balas yang perlu diberi perhatian kelak.
Justeru baginya tiada istilah rehat panjang selepas diberi tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
“Ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum perkara tersebut.
“Apa pun kena tunggu upacara angkat sumpah dahulu untuk teruskan kerja. Selangor pun masih cuti umum esok (Isnin),” ujarnya.
Syukur atas kemenangan sebagai Adun, penyanyi lagu Amboi ini juga sedar namanya kini terus menjadi perhatian dalam arena politik.
“Syukur dan teruja dengan tugas yang diberikan ini. Sekarang tugas saya lebih besar dan perlu lakukan dengan betul.
“Saya sedia menjalankan tanggungjawab ini,” jelasnya.
Dalam PRN kali ini Altimet bertanding menentang calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslziah Syed Ariffin.
Altimet mendapat undian sebanyak 26,172 undian dengan majoriti sebanyak 6,320.
Manakala Sharifah Haslziah mendapat 19,852 undian.
Sumber : MSTAR ONLINE
Uncategorized
Janna Nick Masuk Hospital, Beliau Beritahu Sakit Apa Dan Ianya Amat Serius

PELAKON Janna Nick dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya sejak Khamis lalu akibat mengalami masalah radang usus.
Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, bagaimanapun memaklumkan dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad namun masih dalam proses pemulihan.
“Sudah dibenarkan pulang namun masih dalam proses pemulihan,” katanya.
Janna berkongsi keadaannya di laman Instagram miliknya berserta beberapa foto ketika dia terbaring di atas katil wad.
Suami aktres itu, Dini Schatzmann turut dilihat menemani Janna sepanjang berada di wad.
Janna masih dalam tempoh pulih selepas dibenarkan pulang.
Sementara itu, Dini ketika dihubungi mStar memaklumkan Janna berada dalam keadaan baik.
“Dia okey sekarang,” ujarnya ringkas.
Perkongsian Janna di Instagram itu turut menerima komen rakan-rakan artis yang mendoakan dia segara pulih.
Sumber : MSTAR ONLINE
-
Selebriti3 years ago
Suami Tiada Disisi Untuk Sambut Kelahiran Anak Kedua, Bella Pula Digelarkan Seperti Gemuk Macam ‘B4Bl’. Ini Respond Balas Bella Astillah
-
Uncategorized3 years ago
Kami PJJ. Rupanya dah 2 tahun, suami lena dgn janda. Bila kant0i, aku tibai cukup2. J nangis2 merayu minta jgn call ofis dia
-
Selebriti3 years ago
Datin Eina Azman Ditegur Kenapa Aset Bahagian Atas Nampak Tak Sama Dengan Gambar Lain. Ini Respond Padu Eina Azman
-
Selebriti3 years ago
Sharifah Shahirah Pertama Kali Dedahkan Kehidupan Sebenar Sherry Alhadad Yang Ramai Tidak Tahu
-
Selebriti3 years ago
Sajat Kantoi Nampak Selulit Masa Tengah Berbikini. Ini Komen Balas Sajat Bila Orang Tanya Kenapa Ada Selulit
-
Kisah Benar3 years ago
Gaji Suami Tak Banyak Tapi Apa Isteri Nak Boleh Dapat. Satu Hari Isteri Ini Nampak Sesuatu Dalam Kereta Suami
-
Viral3 years ago
Rakyat Malaysia Ramai Marah Dengan Bros Gang Kerana Gadis Curang 20k. Bros Gang Beri Satu Kenyataan Yang Pasti Gegarkan Netizen Semua
-
Selebriti3 years ago
Selalu Berbasikal Bersama Zizan Razak, Hawa Rizwana Keluar Kenyataan Tentang Hubungan Dia Dan Zizan