Connect with us

BPN

Berita Gembira Kepada 181,000 Lagi Terima Bayaran BPN Akan Bermula – Tengku Zafrul

Published

on

PUTRAJAYA : Seramai 181,000 lagi pemohon akan mula menerima Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pada Rabu, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Pada minggu lalu saya berkongsi bahawa 181,000 rayuan BPN yang diluluskan akan menerima bayaran bernilai RM162 juta pada akhir bulan ini.

“Sukacita saya berkongsi bahawa bayaran ini akan dibuat mulai esok, 24 Jun 2020. Saya berharap bantuan ini akan dapat meringankan beban kesemua bakal penerima BPN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Laksana Ke-10 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia pada Selasa.

Setakat ini, 10.19 juta penerima telah menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga 19 Jun lalu menjadikan keseluruhan bayaran berjumlah RM10.88 bilion, iaitu 97% tahap pelaksanaan.

“Antara 12 hingga 19 Jun, sebanyak RM40 juta telah dibayar kepada 40,000 penerima BPN melalui bayaran secara tunai di cawangan-cawangan BSN seluruh negara,” katanya.

Mengenai program i-Lestari KWSP, sehingga 19 Jun, sebanyak 4.3 juta permohonan telah diluluskan melibatkan RM2 bilion sebulan.

“Alhamdulillah, program i-Lestari yang dikeluarkan daripada akaun 2 KWSP telah dapat membantu mengurangkan beban aliran tunai yang dihadapi rakyat,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BPN

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional

Published

on

By

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional

Bantuan Prihatin Nasional merupakan satu inisiatif kerajaan buat rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan ketika situasi wabak CoV-19. Permohonan untuk bantuan ini dibuka sejak dari 1 April 2020.

Manakala untuk pembayaran Bantuan Prihatin Nasional akan dibuat secara berperingkat iaitu bermula pada 6 April 2020. Ini berdasarkan sumber daripada TV-3. Kami pasti dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringkan beban kewangan rakyat Malaysia.

Bagi anda yang tidak dapat lagi menyemak atau memohon bantuan ini disebabkan portal BPN “down” anda jangan terburu-buru kerana pemohonan tutup lambat lagi. Dan portal ini sedang diakses terlalu ramai orang.

Berikut kami kongsikan cara permohonan Bantuan Prihatin Nasional

  • Masuk ke portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional – www.bpn.hasil.gov.my
  • Masukkan no kad pengenalananda
  • Masukan Captcha yang diminta
  • Isikan semua maklumat yang diperlukan

Bagi anda yang mempunyai pertanyaan atau masih lagi tidak dapat melakukannya anda boleh join kumpulan di Facebook Bantuan Prihatin Nasional. Disana akan ada yang akan bantu anda atau menjawab persoalan yang anda ajukan.

Continue Reading

Popular