Connect with us

Kisah Benar

Dengar Bunyi Gesel Yang Kuat Dari Buaian. Apa Yang Terjadi Memang Buat Dia Terkaku Sekejap

Published

on

Dunia ini bukan hanya milik kita. Ia turut menjadi tempat tinggal bagi makhluk lain tidak kira yang boleh dilihat dengan mata mahupun tidak.

Seorang pengguna Facebook berkongsi video seram ketika mana dia mendakwa menyaksikan buaian di perumahannya bergerak sendiri.

Menurut Elina Shaudi, kejadian tersebut berlaku pada tahun lepas ketika dia membawa dua anaknya bermain di kawasan tersebut.

Lebih kurang pukul 6 petang. Masa tu saya bawa 2 anak perempuan main kat taman permainan kawasan perumahan. Memang tiap-tiap petang selalu datang sini.

Tiba-tiba buaian tu berhayun sendiri. Bunyi besi bergesel yang agak kuat, sedangkan jarak dari tempat yang saya rakam tu agak jauh. Saya zoom bagi dekat.

Tak terfikir nak rasa takut lagi masa tu. Sempat rakam dulu. Pastu cabut lari. Sampai sekarang tak pergi dah situ.

RAKAMAN VIDEO YANG DIAMBIL

Sumber : Elina Shaudi via Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah Benar

Aku pgawai gred 41, suami pen0reh getah je. Suami tak mampu bagi lebih, terasanya aku.

Published

on

By

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Warga pembaca sekalian. Pertama sekali aku mengucapkan berbanyak-banyak terma kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan hati aku ini.

Namaku Zainab (bukan nama sebenar). Aku adalah pegawai kerajaan gred 41 di mana gajiku mencecah RM4000 sebulan dan telah pun berkahwin sebelum aku dapat kerja.

Untuk makluman semua, suamiku hanyalah bekerja kampung sebagai penoreh getah dengan anggaran pendapatan RM60 sehari. Jika hari cuaca hujan, memang langsung tak masuk duit apatah lagi bila tiba musim tengkujuh.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suamiku bekas pelajar madrasah pondok, tak belajar tinggi macam aku yang ada degree dari universiti tempatan.

Suamiku memang baik. Solat tak tinggal. Takde skandal. Kawan-kawan perempuan pun takde. Tak pernah naik suara terhadap aku dan anak-anak, jauh sekali nak naik tangan.

Dia selalu tolong aku uruskan rumahtangga. Anak-anak dia yang mandikan, tolong hantar dan ambik dari taska.

Kadang-kadang urusan dapur dia yang tolong settlekan bermula dari urusan beli barang dapur sehinggalah ke memasak dan kemas dapur termasuklah mengemop sisa-sisa tumpahan makanan anak-anak aku.

Pendek kata, semua perfect lah. Kiranya aku balik rumah goyang kaki je sebab semua urusan rumahtangga dah settle bila aku balik kerja.

Cuma kadang-kadang aku rasa kecil hati. Sebab duit gajiku habis di hari kedua selepas terima gaji.

Aku bayar loan perumahan, loan kereta, yuran taska anak 2 orang, beli stok pampers dan susu untuk sebulan, bayar loan PTPTN, bagi mak aku RM100 sehinggalah yang tersisa dalam akaun aku hanyalah RM50.

Dalam masa 1 hari duit gaji aku habis untuk selesaikan benda tu semua sampaikan nak reward diri sendiri pun tak dapat. Nak makan KFC dan MCD jauh sekali.

Suamiku hanya keluarkan duit untuk beli barang dapur, minyak kereta dan bil elektrik.

Nak beli baju baru jauh sekali. Pakaian dalam aku pun tak pernah dibeli dan tak pernah nak offer untuk beli.

Tiap kali raya aku yang support semua, dari baju raya hinggalalah ke duit raya dan kuih raya. Aku pergi kerja hanya pakai baju yang sama hampir setiap minggu.

Kadang-kadang aku malu kepada staff-staff lain dan cemburu bila tengok mereka pakai baju cantik-cantik walaupun mereka tu hanyalah kerani gred 19.

Alat solek aku pun aku beli di kedai Eco je (kedai RM2.10) sebab takde duit nak beli kat drugstore.

Aku cuba nak mintak semua tu dari suami tapi aku rasa serba salah sangat bila memikirkan yang dia hanya kerja sebagai penoreh getah.

Dia pernah minta izin aku untuk buat kerja sampingan, nak cari duit lebih katanya. Tapi aku tak izinkan sebab nanti siapa yang nak uruskan anak-anak.

Duit dari hasil menoreh getah itulah dia beli barang dapur dan isi minyak kereta serta bayar bil elektrik. Duit beli baju anak-anak pun aku guna duit gaji sendiri yang berbekalkan baki RM50 sebulan.

Dan aku ikat perut setiap hari di tempat kerja. Aku hanya mengambil sarapan pagi sahaja sebab nak jimatkan wang sehinggakan aku terkena gastrik.

Aku stress. Kadang-kadang aku terfikir seolah-olah aku ni ketua keluarga yang terpaksa menanggung semuanya.

Wahai pembaca sekalian, adakah aku terlalu overthingking? Berdosakah aku berfikiran begini? Derhakakah aku terhadap suamiku? Adakah aku isteri yang tidak bersyukur?

Tolong berikan aku kata-kata semangat. Aku cintakan suami aku sangat-sangat dan sayangkan perkahwinan ini. Sekian. Terima kasih.

Reaksi warganet

Zaffran Mikhael –Woi zainab… Haderrrrr…aku sedang bersabar daripada taip yang bukan2 ni… Bersyukurlah zainab…. Bersyukurlah

Puan Zuera –Bersyukurlah.. Suami bukan biawak hidup, cuma dia tak mampu nak bagi lebih.. Apa yang dia dapat, dia beli barang dapur dan bayar bil… Kalau dia mampu, mungkin dia nak tanggung semua…

Suami pun jaga anak dan buat keje rumah… Kalau tengok orang lain, dah dapat suami biawak hidup, kaki pukul lagi.. Jadi bersyukurlah…

Suami nak buat part time, puan tak bagi.. Jadi nak macam mana lagi? Saya rasa, kalau suami puan baca ni, mesti dia menangis sebab dia tak mampu nak bagi lebih pada puan..

Syazana Kadir –“Dia pernah mintak izin buat kerja sampingan, cari duit lebih katanya. Tapi aku tak izinkan sebab nanti siapa yg nak uruskan anak anak”.

Ok to be honest confessor, aku rasa nak lempang kau lepas baca statement tu. Dah dia offer diri untuk cari duit lebih, kira dia tu suami yang bertanggungjawab lah.

Pastu kau nak bising dia tak kasi baju baru lah baju raya lah baju dalam lah. Eh emo pulak aku!

Sumaiyah Mohd Rusdi –Ya Allah, nikmat mana lagi awak nak dustakan..suami urus rumhtangga dengan baik, segala banyak kebaikan yang awak sebut tentang suami awk tapi hanya kerana gajinya kecil tapi bukan smpai dia abaikan tanggungjwb dia cuma bezanya gaji awak besar.

Jangan ikut bisikan syaitan sangat, awak kena lah pndai2 manage kewangan tu betul2 dan kalau tak boleh pun, awk bersyukur saja sebab bila awk dah plih suami awak tu bermakna awak sedia untuk terima sedikit kekurangan dia (bukan jenis kkurangan yang teruk macam kaki pukul dan seumpamanya). Perkhwinan itu melengkapi, memahami dan tolak ansur.

Din Ganu –Laki hang nak keja part time nak tambah pendapatan hang tak bagi, laki hang mintak izin dengan hang, amboi terbalik dah cek oii.

Nak kata laki hang tak bertanggungjawab dia dah ada inisiatif cuma hang tak setuju. Aku tak paham hang nak apa pun tak tau.

Hang kira ok la ada laki yang bertanggungjawab sebagai mana hang cerita la, at least dia kerja, dia uruskan anak, dia ada la bagi sikit2..

Hang tengok orang lain tu, ada laki macam galas biawak hidup malas keja. Hang slow talk la ngan laki hang, biaq pi la dia nak keja. Pagi noreh, malam jadi jaga pun ok. Jaga pun gaji dekat rm2k jugak. Ringan la beban hang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Continue Reading

Kisah Benar

Dia Nekad Masuk Meminang Lelaki Yang Dia Suka Selepas 3 Bulan Kenal. Pasti Anda Tak Sangka Dimana Mereka Berjumpa

Published

on

By

Jodoh setiap manusia telah ditetapkan oleh Tuhan sama ada cepat ataupun lambat. Ini kisah yang dikongsi oleh Aty Razali yang berkongsi pengalamannya berjumpa suaminya di gunung. Siapa sangka perkenalan yang singkat membawa pasangan ini ke jinjang pelamin.

Jumpa jodoh di gunung

Aty mula mengenali suaminya pada 7.03.2020 ketika pertama kali mereka berdua mendaki gunung bersama.

Pada mulanya, Aty membuat open trip untuk mendaki Gunung Minitinduk dan suaminya ketika itu menjadi orang terakhir yang berminat dan mendaftar untuk menyertai trip tersebut.

Pada mulanya, suaminya tidak dapat menyertai trip tersebut kerana mempunyai hal yang lebih mustahak. Tapi pada saat akhir, suaminya kembali setuju untuk menyertai trip tersebut.

Sebelum ini, mereka hanya berkenalan melalui laman media sosial Facebook. Tarikh 7.0.3.2020 menjadi tarikh bermakna buat pasangan ini apabila mereka berjumpa untuk kali yang pertama.

Ajak kahwin

Perigi cari timba? Ikut la persepi masing-masing.Kalau suka usaha, kalau mahu tunggu orang bawa kawin padahal suka sama suka dua-dua sampai bila pun tidak jadi. Tiada salah pun kalau perempuan yang mulakan dulu.Yang penting dengan cara baik ja.Kalau ditolak mungkin bukan jodoh, berlapang dada.Tuhan akan bagi yg terbaik tepat pada masa. Jangan risau.

Ketika 15.5.2020 Aty bertindak menghantar pesanan kepada suaminya dan mengajak untuk berkahwin secara tiba-tiba. Suaminya ketika itu turut setuju dengan lamaran Aty dan diteruskan denga acara merisik pada 4.07.2020.

Aty ketika itu sempat bertanyakan kepada suaminya, kenapa terus memberi jawapan sanggup berkahwin dengannya. Jawapan suaminya ketika itu, cukup ringkas kerana dia takut jika dia yang terlebih dahulu membuat langkah, cintanya akan ditolak oleh Aty.

Aty turut menceritakan mereka berdua tidak sempat untuk bercinta seperti pasangan-pasangan lain disebabkan sibuk bekerja. Mereka hanya sering Whatsapp dan topik Covid-19 sering menjadi topik utama yang dibahaskan.

Tambahan pula, waktu kerja mereka yang berbeza di mana Aty bekerja di hospital manakala suaminya merupakan seorang guru.

Hiking bukan untuk cari jodoh

Jelas Aty, niatnya untuk mendaki gunung bukanlah untuk mencari jodoh semata-mata dan dia langsung tidak terfikir untuk mencari jodoh ketika mendaki.

Aktiviti ini merupakan aktiviti santai yang dilakukan bagi mengisi masa yang terluang ketika cuti setelah penat di tempat kerja. Aty mula aktif dengan aktiviti mendaki gunung sejak tahun 2019.

Pasangan ini turut meminta orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan mereka selepas mendirikan rumah tangga. Kini, perkahwinan pasangan ini telah menyambut sebulan ulang tahun perkahwinan mereka.

Sumber: Aty Razali via Oh Bulan

Continue Reading

Kisah Benar

Terpikat Dengan Gadis Nasik Lemak, Si Pilot Bersungguh Nak Tamatkan Zaman Bujang. Tapi Akhirnya Tak Sangka Ini Yang Berlaku

Published

on

By

Assalam dan hai guys. Aku harap admin approve confessor ni sbb ini iktibar berguna utk yg belum berkahwin spya jgn perjudikan masa depan dengan orang yg salah. Ini bukan cerita aku tapi kenalan aku. Aku gelarkan yg lelaki ni Amir & perempuan tu Mira lah yer supaya sng nak cerita. Ni nama samaran jer.

Ok, si Amir ni memang sedang mencari calon nk buat bini sbb umur pun dah cecah 30tahun. Dia pun suka budak2.

Kerja pulak memang dah masyuk sesangat. Kalau ikutkan, banyak aje pramugari2 kat airport tu duk mengorat dia tapi untuk buat bini dia nak cari perempuan yg bajet muslimah, xligat sangat & yang boleh duduk rumah je lepas kahwin. Duit belanjer, shopping & spa ke dia tapau semua. Yang penting duk rumah jaga anak dan jaga dia je.

Kisahnya bermula bila satu hari dia ternampak girl ayu tolong mak dia jual nasi lemak. So start dari haritu, if tak fly dan ade kesempatan je memang dia asyik singgah beli nasi lemak kat situ and sebab dia ni pakai kereta harga ratus ribu so tak susah nak mengayat. Parking depan gerai, bakal mak mertua senyum sampai telinga.

Tup-tup lepas 3-4 bulan tengok2 dah bertunang si Mira dan Amir. Serius benarlah dia dengan perempuan tu. Untung bebenor jadi perempuan cantik kan dan girl tu memang cantik orang nye. Tapi konflik bermula masa diorg dua2 family nk discuss utk majlis kahwin. Patutnya kahwin sebelum puasa aritu tak silap.

Dan macam diorg ni dua2 orang KL. So si Amir ni cakap better combine saje majlis, jimat sikit dan bolehlah dia buat grand2 kat hotel ke. Lagupun yg perempuan tu memang mak ayah orang KL. KL means keluar rumah je dah nampak KLCC dari jauh bukan duk Banting Sepang Sabak Bernam ke.

So better combine je kan. Tapi yg bakal mak mertua n bakal ipar duai si Amir tak setuju. Diorang nak buat jugak dekat rumah diorang plus 1 atau 2 lagi kenduri dekat kampung halaman belah nenek2 diorang.

Yela, time nikah nilah nak tunjuk kat semua orang yang anak dara dia walau belajar tak tinggi sangat tapi boleh kahwin dengan orang kaya. Bakal menantu fly sana fly sini, banyak duit, berharta & segak bergaya pulak tu. So si Amir ckp boleh buat kenduri seperti yang diminta.

Then keluarga perempuan tu pun mintak duit untuk kenduri tu semua dari si Amir sebab katanya diorangg pun xde duit.

Eh eh, ingatkan diorang ade duit sampai nak buat kenduri 2-3 tempat. Rupanya nak paw si Amir jugak. Amir pun cakap bolehlah dia bagi berapa belas ribu camtu kut selebihnya diorang tambahlah. Tapi diorang tak puas hati and cakap mana cukup camtu. Boleh2 kena bagi 20-30 ribu untuk cover kenduri kendara.

Hmm.. banyak cantik diorang, yang majlis grand kat hotel tu si Amir tu jgk nk keluar berpuluh ribu. Bukan share2 duit pun. Ko bajet anak ko doktor, lawyer, model atau instafamous ke nak kena keluar dekat 100k utk kahwin.

Amir pun tak puas hatilah sebab dia dah banyak keluar duit sebab dia baru beli rumah yang harga nak cecah jutaan ringgit kat Selangor ni. Punyerlah nak bagi anak bini selesa. Means si Mira ni cuci kaki je kalau kahwin dengan dia. Tak perlu susah tolong mak jual nasi lemak dah.

Last2 takde kata putus sebab family Mira nak jugak buat kenduri banyak2. Maybe dia fikir kalau jemput org taman atau kampung datang hotel nanti tak ramai yg datang. So kenalah jugak buat dekat semua tempat supaya semua orang boleh datang kenduri & tengok bakal menantu diorang.

Punyerlah nak show off. Maka terbongkarlah cerita2 yang sebelum ni yang diorang ade mintak duit si Amir utk buka bisnes lah apelah, belum ape2 dah mintak itu ini.

Buruk perangai. So diorang dua2 pihak berkeras dengan keputusan masing2. Famili Amir cakap buat 1 tempat, famili Mira cakap kena buat kat banyak tempat. Last2 keluarga si Mira bagi tempoh beberapa bulan utk Amir kumpul duit.

Korang nak tau apa?? Jeng3.. Dalam proses bertenang untuk kumpul duit tu, tiba2 si Amir decide putus tunang! Hambek ko. Amir cakap belum ape2 dah tunjuk belangnya. Esok dah kahwin mahu bengkok dia jadi mesin ATM Mira & family si Mira. Famili Mira pujuk2 dan runding pun Amir tetap taknak dah dekat Mira.

So maybe Mira sekarang sedang menangis tak berlagu dek kempunan duk rumah mewah, travel overseas dan bajet princess pergi spa, shopping LV. Tamak sangat last2 langsung tak dapat apa. Kira okeylah si Amir tak kisah pun Mira dan family Mira siapa berbanding dgn status dia. Alih2 nak demand lebih2.

Moral of the story: Sesiapa yg ada dan situasi camni ke atau adik bradik camni ke, please jangan jadi bodoh. Orang gaji sebulan berpuluh K macam si amir pun tak tahan, ko expect kalau gaji 2-3 ribu tahan ke kalau orang jadikan ko mesin ATM. Lainlah kalau susah senang bersama tapi ni semua lelaki yg sediakan, banya cantik.

Please janganlah kahwin kalau pasangan atau family pasangan korang camni. Lepas kahwin kita perlu simpan duit nak beli rumah lah, anak sekolah.

Kalau asyik kena paw sampai ke tua tak boleh menyimpan. Last2 botak kepala. Aset pun takde. Macamana nak bahagia. Kalau bakal bini tu gaji besar ada pelajaran takpe, ni belajar tak tinggi mana. Memang tak bantu sumbang duitlah. Harap muka je cantik.

So jangan jadi bodoh, perempuan kat luar banyak lagi. Please jangan hadap sangat dengan puak2 pengikis ni. Tak jadi kahwin tak teruk mana pun berbanding bercerai bila dah ada anak. Tolong jadi cerdik macam si Amir yer. Sekian.

Continue Reading

Popular