Connect with us

Uncategorized

Cincin Tunang Shuib Beri Pada Watie Jadi Perhatian. Ini Respond Shuib Bila Ditanya Kenapa Pilih Cincin Itu

Published

on

Usahawan yang kini tunang pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib iaitu Watie Hanifiah, 35, berkongsi detik indah dilaluinya kelmarin di Instagram.

Buat kali pertama, Watie membuat hantaran foto jarinya bersarung cincin dengan kapsyen yang cukup menggambarkan rasa bersyukur dipertemukan jodoh dengan lelaki pilihan.

“Allah timing is perfect every matter. We don’t always understand the wisdom behind it but we have to learn to trust it. (Allah adalah penentu masa sempurna bagi setiap perkara.

Kita tidak selalu memahami hikmah di sebaliknya, tetapi kita perlu belajar mempercayainya),” tulisnya berserta dua tanda pagar #alhamdulillah dan #onestepcloser.

Pada hantaran dibuat itu, kebanyakan warga maya mengucapkan tahniah kepada Watie dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, yang bakal diijabkabul pada 23 Jun depan.

Malah, Shuib juga dilihat menulis komen ringkas, ‘Assalammualaikum Tunang @iamwatie berserta emoji hati berwarna merah.

“Pemilihan cincin juga menandakan banyak batu kecil-kecil tanda dia memilih seluruh keluarga.. Semoga bahagia,” tulis seorang netizen.

Sementara itu, Shuib yang ditanya rakan penyampai segmen Morning Morning Suria, Suraya Borhan berkenaan cincin pertunangan itu berkata, ia adalah pilihan Watie sendiri yang menyifatkannya ‘simple’ dan cantik.

Watie kini tunang Shuib, nikah 23 Jun ini |

“Berkenaan cincin yang berlingkar macam ulat gonggok itu, Watie yang pilih sendiri. Kami membelinya sehari sebelum majlis pertunangan dilangsungkan kelmarin.

“Saya tidak membeli apa-apa persiapan tunang di Indonesia pun. Saya ke sana baru-baru ini atas urusan perniagaan. Persiapan majlis tunang, beli di Malaysia saja,” katanya.

Selain Watie, Shuib juga ada membuat perkongsian foto mereka bersama empat anaknya di Instagram yang gembira dan tersenyum riang.

“Allah pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya, “Jadilah, lalu jadilah ia,” tulisnya yang memetik surah Al Baqarah, ayat 117.

“Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kita,” tulisnya lagi berserta emoji hati berwarna merah @iamwatie dan tanda pagar iaitu #Tunang #6May2023 #ShuibFamily.

KOMEN NETIZEN

Gambar cincin yang cantik dan mewah tersebut membuatkan para wanita tidak senang duduk sehingga ada di dalam kalangan mereka yang mahu menempah cincin sama seperti Watie.

“Esok pergi kedai, tempah sebijik macam ini,” kata Farah Abd Wahid.

“Adoi cantik pula. Dah satu kerja esok nak pergi cari cincin macam ni,” Nora Azieyna.

Ada juga yang berseloroh mahu mengajak suami mereka ke kedai emas untuk mencari cincin yang serupa.

“Para suami, kalau esok tak kerja bagitahu isteri sebab esok kena ‘overtime’. Ramai para isteri nak pergi kedai emas esok,” ujar Noreen Zaini.

Terdahulu, pada Aidilfitri baru-baru ini, Shuib membawa Watie berhari raya bersama sekali gus bertemu dan diperkenalkan kepada keluarga masing-masing buat kali pertama.

Mereka tampil menggayakan busana sedondon berwarna ‘peach’ dan Watie juga dilihat tidak kekok mendukung anak bongsu Shuib, Ayash Affan, 2, berserta tiga lagi anaknya iaitu Uwais Alqarni, 11; Dzahira Talita Zahra, 9; dan Ariq Matin, 7.

Sebelum ini Shuib berkahwin dengan penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pada 26 Februari 2011. Bagaimanapun, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana dijangkiti Covd-19.

Sumber : HMETRO ONLINE / Kosmo Online

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Uncategorized

Shuib Keluar Berjalan Satu Keluarga Tapi Ada Sesuatu Yg Netizen Perasan Dan Terus Tegur Shuib

Published

on

By

Hantaran dimuat naik oleh Shuib semalam mengundang pelbagai respon dan komen daripada warganet selepas dia berkongsi video meluangkan masa bersama keluarga.

Menerusi rakaman itu, Shuib bersama isterinya, Watie membawa tiga anak mereka keluar berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah.

Namun begitu, ada pula sesetengah individu yang mengkritik pasangan itu tidak memimpin tangan anak dan membiarkan Uwais menolak stroller adiknya.

Bagaimanapun, segelintir warganet berpendapat perkara itu tidak perlu dijadikan isu atau diperbesarkan dan biarkan sahaja keluarga tersebut dengan cara mereka.

komen

Sementara itu, Watie yang menyedari hal itu telah membalas komen negatif warganet menerusi caption gambar dimuat naik olehnya di Instagram.

RESPOND WATIE

watie

Kalau keluar tu 5 jam, tapi sebenarnya 5 minit je pun daddy pegang tangan mommy. So aunty dan uncle sekalian janganlah risau.”

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber : BeautifulNara

Continue Reading

Uncategorized

Dulu Menyanyi Rap Sekarang Jadi ADUN. Ini Perkara Pertama Yang Altimet Akan Buat

Published

on

By

SELEPAS menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), penyanyi rap Altimet memulakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor pada Ahad.

Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, cukup bersemangat untuk bersama rakyat yang telah turun mengundi meskipun bertungkus-lumus menjalankan kempen sebelum PRN berlangsung pada Sabtu.

Melihat masjid dan rumah ibadah lain sebagai kawasan tumpuan ramai, Altimet yakin majlis agama antara salah satu kaedah terbaik untuk dia mendekati rakyat.

Altimet mahu dekati pelbagai golongan masyarakat.

“Kerja bermula hari ini. Pukul 6 pagi, Masjid Taman Kosas. Semangat!

“Antara perancangan saya adalah ke arah itu (program agama). Kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan komuniti. Perlu sentuh dan prihatin terhadap semua golongan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Altimet sebelum itu berkongsi serangkap pantun mengajak orang ramai ke masjid berkenaan selepas namanya diumumkan menang bagi DUN Lembah Jaya.

Berkesempatan berjumpa penduduk sekitar kawasan masjid, Altimet sudah menerima beberapa maklum balas yang perlu diberi perhatian kelak.

Justeru baginya tiada istilah rehat panjang selepas diberi tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum perkara tersebut.

altimet 7

“Apa pun kena tunggu upacara angkat sumpah dahulu untuk teruskan kerja. Selangor pun masih cuti umum esok (Isnin),” ujarnya.

Syukur atas kemenangan sebagai Adun, penyanyi lagu Amboi ini juga sedar namanya kini terus menjadi perhatian dalam arena politik.

“Syukur dan teruja dengan tugas yang diberikan ini. Sekarang tugas saya lebih besar dan perlu lakukan dengan betul.

“Saya sedia menjalankan tanggungjawab ini,” jelasnya.

Dalam PRN kali ini Altimet bertanding menentang calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslziah Syed Ariffin.

Altimet mendapat undian sebanyak 26,172 undian dengan majoriti sebanyak 6,320.

Manakala Sharifah Haslziah mendapat 19,852 undian.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading

Uncategorized

Janna Nick Masuk Hospital, Beliau Beritahu Sakit Apa Dan Ianya Amat Serius

Published

on

By

PELAKON Janna Nick dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya sejak Khamis lalu akibat mengalami masalah radang usus.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, bagaimanapun memaklumkan dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad namun masih dalam proses pemulihan.

“Sudah dibenarkan pulang namun masih dalam proses pemulihan,” katanya.

Janna berkongsi keadaannya di laman Instagram miliknya berserta beberapa foto ketika dia terbaring di atas katil wad.

Suami aktres itu, Dini Schatzmann turut dilihat menemani Janna sepanjang berada di wad.

Janna masih dalam tempoh pulih selepas dibenarkan pulang.

Sementara itu, Dini ketika dihubungi mStar memaklumkan Janna berada dalam keadaan baik.

“Dia okey sekarang,” ujarnya ringkas.

Perkongsian Janna di Instagram itu turut menerima komen rakan-rakan artis yang mendoakan dia segara pulih.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading

Popular