Connect with us

Uncategorized

Kami PJJ. Rupanya dah 2 tahun, suami lena dgn janda. Bila kant0i, aku tibai cukup2. J nangis2 merayu minta jgn call ofis dia

Published

on

#Foto sekadar hiasan.

Hai semua. Terima kasih kalau admin siarkan confession aku ni, dan terima kasih pada korang yang baca. Aku menulis dengan tangan yang menggigiI, jadi cerita mungkin berterabur tapi aku cuba tulis baik baik ye.

Nama aku Farah (mestilah bukan nama sebenar, nak tutup 4ib semua orang kan?) Umur 30-an, bekerja, ada anak kecil. Ada rumah, ada duit simpanan, ada kereta sendiri. Suami aku sebaya.

Bukan niat membuka cerita rumah tangga, tapi aku nak perempuan perempuan yang mengharapkan cinta dan duit suami orang lain (the other woman),

Dan lelaki lelaki yang pernah cur4ng kepada isteri untuk tahu, dan faham apa yang akan berlakunya selepas kant0inya korang di tangan isteri yang ditipu.

Ye, ditipu. Simpan gambar dan video tak senonoh. Berbual di whatsapp dengan imaginasi imaginasi yang 18sx. Sampai aku menggigiI membaca.

Suami aku baik, rajin layan anak anak, rajin menolong kat dapur. Dia kerja kat KL, aku kat selatan tanah air. PJJ. Bila PJJ ni, ada J (Janda) yang datang cucuk jarum.

Ye la, suami jauh dari isteri. Bila whatsapp, banyak cerita pasal anak, pasal life, tak ada cerita pasal 18sx, so suami aku layan J yang datang serah diri.

Salah aku la kot tak sempat nak layan laki aku time kitorang jauh. Habis tu kalau aku dah sibuk nak layan dia kat whatsapp, siapa pulak nak urus rumah dan anak anak kecik ni kan?

Diorang kant0i bila aku baca whatsapp diorang. MenggigiI tangan, rasa nak muntah, Ioya sangat sangat.

Siapa sangka suami yang selama ni letak handphone sepah sepah, password hp tak pernah tukar dari dulu (aku memang tau password dia), tindak tanduk yang tak mencurigakan langsung, akan buat macam ni.

Dua tahun aku kena tipu. Dua tahun yang full dengan birthday party, birthday surprises, holiday sana sini, bermaafan di hari raya, ambil gambar sweet sweet, rupanya semua tu tipu.

Tapi sebagai perempuan, isteri dan ibu, aku tak anggap diri aku lemah. Dan aku memang bukan jenis macam tu (alhamdulillah). Aku whatsapp perempuan tu. Aku screenshot segala whatsapp diorang. Aku terus terang tanya segala yang aku nak tau.

Perempuan tu? Gelabah ayam. Bl0ck aku kat whatsapp. Takpe, aku telegram dia pulak. Dia bl0ck aku kat telegram. Aku m4ki dia. Aku panggil dia peIacur.

Ye la, dia kata dia cuma berbual hal kerja je dengan suami aku. Tapi hal kerja dia sampai tunjuk segala dalam kain baju, bukankah dia bekerja sebagai peIacur maksudnya??

J kerja apa?

Kerja dia suci murni. Jaga dan mengajar anak anak kecil yang tiada d0sa. Kat rumah pun dia ada 4 lagi anak. Tapi sayangnya perangai dia, nauzubillah.

Masa aku meng4muk, suami aku kata dia tak tau apa apa pasal J. Tempat keje, nama sebenar, segala gala la. Dia cuma whatsapp je. Je.

Dia ingat aku b0doh? Aku baca setiap whatsapp diorang yang aku dah screenshot. Aku zoom setiap gambar. Sampai aku jumpa info kursus yang J attend.

Aku search nama kursus tu, aku call penganjur. Aku kalentong penganjur sampai dia bagi aku nama tempat kerja J. Binggo!

Lepas J bl0ck nombor aku, aku beli nombor baru. Aku try contact dia. Aku bagitau dia aku dah tau dia kerja mana. Aku akan call tempat kerja dia dan bukak cerita ni pada kawan tempat kerja dia yang angkat kalau aku call nanti.

Ye, giIa aku dah sampai level 100. Kira kalau charge phone dah full la. Aku akan buat apa saja. Aku dah tak pedulik.

Suami aku?

Dia ambil cuti em3rgency. Dia balik rumah. Aku hent4m dia kaw kaw. Merayu rayu menangis nangis macam ada orang m4ti.

Bagi aku ni salah dua dua. So dua dua aku tib4i. Aku tak kata suami aku tak salah just because he is my husband. No.

Akhirnya J jawab call aku. J cerita semua. Menangis nangis mohon jangan call tempat kerja dia.

Aku menangis tak?

Tipu la aku tak menangis. Sambil taip ni pun aku masih gigiI, Ioya, seram sejuk kaki dan tangan aku.

Suami aku nangis teruk? Aku cerita kat dia kesusahan aku jaga anak sorang sorang isnin jumaat. Kitorang kan PJJ.

Aku cerita betapa aku takut bila malam malam tu dengar bunyi grille (mungkin orang, mungkin kucing), aku akan check dari tingkap kalau dengar ada kereta or motor lalu tengah tengah malam.

Aku ganti tayar kereta malam malam sebab tayar kena paku. Aku balik kerja dah petang tapi anak anak nak makan, nak ajak main. Semua tu aku tanggung sorang dari isnin jumaat.

Dia? Apa dia buat time aku takut malam malam tu? Dia ber’asm4ra′ dengan J. Aku pulak berdoa macam macam supaya tak ada benda buruk berlaku kat kitorang anak beranak. BuIIshIt.

Kenapa J nangis?

Dia rayu aku jangan call ofis dia. Dia ibu tunggal. Nak sara anak anak. Dia harap dapat kawen dengan laki aku supaya dia terbela. B0doh. Dia ingat laki aku kaya sangat sampai mampu nak tanggung 2 family. Hello?????

Walaupun korang mungkin nampak aku agak keras, aku menangis jugak. Kat tempat kerja bila aku teringat, aku nangis sorang sorang kat surau. Time drive balik kerja, aku stop tepi jalan untuk nangis puas puas sebelum aku sampai rumah.

Aku larikan diri dari rumah. Aku menyorok kat masjid. Aku tak boleh pandang muka suami aku. Well, kena tipu kan, hati siapa tak pedih. Malas aku nak describe, siapa yang pernah kena, dia tau la.

So apa point aku?

1. Para isteri, letakkan at least 10% ketidakpercayaan pada suami. Walaupun ko tau password hp dia.

2. Hey ladies, kita jangan lemah! Nangis la, takpe, tapi kita mesti bertindak! Kalau rasa nak menggiIa, ko menggiIa je. Selagi ko tak bukak langkah, selagi tu ko kena pijak.

3. To the other woman, open your eyes. Tak semestinya bila lelaki tu kerja helok, bawak kereta besar, dia sebenarnya kaya. Ko tak tau ada percent duit isteri dia dalam segala kemewahan dia yang ko nampak. Lepas tu ko sengaja belanja b0dy, and sedap sedap nak menumpang? Sorry.

4. Untuk para suami, sama ada yang belum, dah atau sedang menipu, percayalah bukan ko sorang boleh menipu. Isteri ko pun boleh menipu kalau dia nak, kalau dia pun buta macam ko.

Tapi terima la akibatnya, contoh macam anak anak terabai, lepas tu jadi kurang ajar, pastu ambil d4dah, masuk jaiI. Siapa diorang tu? Zuriat korang la. Diorang jadi macam tu sebab ko/isteri ko terlalu mengikut kata n4fsu.

Jadi aku macam mana sekarang?

Aku happy. Enjoying my life with my husband and kids. Honestly aku tak boleh lupa pasal ni. Parut tebal bro. Sampai sekarang aku tak percaya suami aku. 50%. Bila ada kesempatan, aku check hp dia. Cukuplah jadi lembut, jadi b0doh.

Yang pasti, bila aku fikir fikir balik, kenapa aku giIa giIa marah and f1ght masa diorang kant0i. Now aku rasa aku dah tau jawapan dia.

Sebab anak anak. Aku nak anak anak aku happy, tak perlu pilih nak ibu atau ayah.

Sebab aku nak pertahankan rumah tangga aku. Bukan sebab aku cintakan suami aku macam aku cintakan dia dulu. Its ok, aku boleh!

Reaksi warganet :

Ct Hajar Aziz –

Puas hatinya baca. Tapi at the same time, sedih wey. Cinta dan sayang tu tak kan pernah sama lagi, akan sentiasa ada keraguan selamanya. Akan sentiasa berlegar dalam fikiran. Nauzubillahiminzalik. Harap tak diuji begini.

Suzanna Anna –

Orang laki ni. Jangan “dicari” apa silapnya. Sebab orang pompuan ni detective conan. Kalau cari. Mesti jumpa dan s4kit hati, serius s4kit sangat sampai saya kene jumpa psiki4trist.

Last last pendekatan saya, saya dah tak mahu ambil pusing sangat. Dengan siapa dia bersama, asalkan dia masih tunaikan tanggungjawab dia, itu pun dah syukur. Selebihnya saya saya serah jer kat Allah. Penat dah. Serius penat.

Hidayu Md Shah –

Aku tau kalau confessor teringat, mesti nangis kan. Mesti teringat dan terbawa s4kit tu entah sampai bila. Tapi kau akan cuba kuat jugak.

Aku doakan semoga Allah akan baIas semua kesedihan serta kep3dihan hati kau dengan rezeki dan rahmat yang lebih melimpah ruah.

Julaiha Shazmira –

Saya tabik dengan tindakan awak. Sabar dan boleh fikir dengan waras. Teringat kawan yang senasib tapi dia memang call tempat kerja perempuan tu, minta bercakap dengan HR, dan sekarang dah ada “remark” kat situ yang dia pernah buat benda tak sen0noh.

Pada masa yang sama dia buat report polis jugak pasal ni sebab dia cakap, kalau jadi apa apa lagi in the future, report tu akan jadi bukti untuk dia f1ght hak penjagaan anak.

I hope Allah heals your heart.

Lily Putih –

Memang tak dinafikan banyak kes macam ni. Tak kira lah single or janda pun. Kadang kadang lelaki pun sama gataI. Depan bini pijak semut pun xmamp0ssss. Belakang bini bukan main menggataI. Ada yang pandai mengayat pompuan and nak masuk line.

Yang pompuan pulak dah kalau lelaki berduit memang amik kesempatan la. Kene pulak memang jenis high profile berduit. Memang akan pakai skandaI. Lagi teruk sampi level menikah lain tu.

So peringatan dekat kita kita as perempuan jugak. Banyak lelaki jenis macam ni. Kadang ada time keje siap bermanja dengan pompuan lain. Sekarang macam macam aplikasi ada. P4ntang nampak pompuan s3ksi menggeIupur la.

June Ros –

Memang patut kita ajar golongan ini bgini. Apa kau rasa, dulu aku dah rasa. GiIa ko tu sama macam giIa aku dululah. Tapi dia dengan J indon. Aku tak PJJ tapi ketika itu aku busy mengejar cite2 aku sambung belajar.

Aku urus rumah dan anak2. Kesilapan aku, aku busy study sampai dia sepi. Mulanya hanye untuk suka suka akhirnya tersuka dan terlebih…

Aku salute ko, ko kuat. Aku akhirnya berpisah jugak. Anak2 kini dah remaja. Hati aku pun dah sejuk dah memaafkan dia. Anak anak bebas nak ke sana kalau nak jumpa dia. Dia akhirnya nikah dengan J indon tu.

Aku kemudian berjumpa jugak imam yang baru. Aku sanggup hidup susah tapi aku tak sanggup dicurangi. Kes4kitan yang aku lalui dulu kini dia rasai.

Buat suami @isteri jagalah yang ada di depan mata, itulah amanah kita. Yang di luar tu hanya mengisi kesepian keseronokn yang membawa ke ner4ka….

Mokhzani Mohd –

Saya syorkan supaya para suami kena “diingatkan” oleh keluarga ipar from time to time tentang perkara ni. Contohnya bawak laki tu duduk dapur menyembang dengan mak mentua atau pak mentua pasal bab jaga isteri dan anak anak.

Sambil sambil tu si wife tu mintak la mak asah pisau depan dia nak pot0ng ikan. Yang pak nya pula mintak suruh asah parang nak teb4s lalang ke apa. Kasi hint tu sikit. Insya Allah dia akan paham.

On a more serious note, I wish you the best. We humans are not and will never be perfect, but kita kena cuba yang terbaik.

Sumber – Farah (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Apa kata anda?

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Uncategorized

Shuib Keluar Berjalan Satu Keluarga Tapi Ada Sesuatu Yg Netizen Perasan Dan Terus Tegur Shuib

Published

on

By

Hantaran dimuat naik oleh Shuib semalam mengundang pelbagai respon dan komen daripada warganet selepas dia berkongsi video meluangkan masa bersama keluarga.

Menerusi rakaman itu, Shuib bersama isterinya, Watie membawa tiga anak mereka keluar berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah.

Namun begitu, ada pula sesetengah individu yang mengkritik pasangan itu tidak memimpin tangan anak dan membiarkan Uwais menolak stroller adiknya.

Bagaimanapun, segelintir warganet berpendapat perkara itu tidak perlu dijadikan isu atau diperbesarkan dan biarkan sahaja keluarga tersebut dengan cara mereka.

komen

Sementara itu, Watie yang menyedari hal itu telah membalas komen negatif warganet menerusi caption gambar dimuat naik olehnya di Instagram.

RESPOND WATIE

watie

Kalau keluar tu 5 jam, tapi sebenarnya 5 minit je pun daddy pegang tangan mommy. So aunty dan uncle sekalian janganlah risau.”

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber : BeautifulNara

Continue Reading

Uncategorized

Dulu Menyanyi Rap Sekarang Jadi ADUN. Ini Perkara Pertama Yang Altimet Akan Buat

Published

on

By

SELEPAS menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), penyanyi rap Altimet memulakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor pada Ahad.

Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, cukup bersemangat untuk bersama rakyat yang telah turun mengundi meskipun bertungkus-lumus menjalankan kempen sebelum PRN berlangsung pada Sabtu.

Melihat masjid dan rumah ibadah lain sebagai kawasan tumpuan ramai, Altimet yakin majlis agama antara salah satu kaedah terbaik untuk dia mendekati rakyat.

Altimet mahu dekati pelbagai golongan masyarakat.

“Kerja bermula hari ini. Pukul 6 pagi, Masjid Taman Kosas. Semangat!

“Antara perancangan saya adalah ke arah itu (program agama). Kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan komuniti. Perlu sentuh dan prihatin terhadap semua golongan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Altimet sebelum itu berkongsi serangkap pantun mengajak orang ramai ke masjid berkenaan selepas namanya diumumkan menang bagi DUN Lembah Jaya.

Berkesempatan berjumpa penduduk sekitar kawasan masjid, Altimet sudah menerima beberapa maklum balas yang perlu diberi perhatian kelak.

Justeru baginya tiada istilah rehat panjang selepas diberi tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum perkara tersebut.

altimet 7

“Apa pun kena tunggu upacara angkat sumpah dahulu untuk teruskan kerja. Selangor pun masih cuti umum esok (Isnin),” ujarnya.

Syukur atas kemenangan sebagai Adun, penyanyi lagu Amboi ini juga sedar namanya kini terus menjadi perhatian dalam arena politik.

“Syukur dan teruja dengan tugas yang diberikan ini. Sekarang tugas saya lebih besar dan perlu lakukan dengan betul.

“Saya sedia menjalankan tanggungjawab ini,” jelasnya.

Dalam PRN kali ini Altimet bertanding menentang calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslziah Syed Ariffin.

Altimet mendapat undian sebanyak 26,172 undian dengan majoriti sebanyak 6,320.

Manakala Sharifah Haslziah mendapat 19,852 undian.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading

Uncategorized

Janna Nick Masuk Hospital, Beliau Beritahu Sakit Apa Dan Ianya Amat Serius

Published

on

By

PELAKON Janna Nick dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya sejak Khamis lalu akibat mengalami masalah radang usus.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, bagaimanapun memaklumkan dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad namun masih dalam proses pemulihan.

“Sudah dibenarkan pulang namun masih dalam proses pemulihan,” katanya.

Janna berkongsi keadaannya di laman Instagram miliknya berserta beberapa foto ketika dia terbaring di atas katil wad.

Suami aktres itu, Dini Schatzmann turut dilihat menemani Janna sepanjang berada di wad.

Janna masih dalam tempoh pulih selepas dibenarkan pulang.

Sementara itu, Dini ketika dihubungi mStar memaklumkan Janna berada dalam keadaan baik.

“Dia okey sekarang,” ujarnya ringkas.

Perkongsian Janna di Instagram itu turut menerima komen rakan-rakan artis yang mendoakan dia segara pulih.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading

Popular