Connect with us

Islamik

Ramai Yang Masih Tidak Faham, Cubaan Untuk Solat Jumaat Di Masjid Negeri Gagal Bila Disuruh Pulang

Published

on

SHAH ALAM: Ramai yang cuba memasuki Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini untuk menunaikan solat Jumaat walaupun hanya tiga hingga 12 orang maksimum dibenarkan bermula hari ini.

Tinjauan mulai jam 12.30 tengah hari mendapati, lebih 10 kenderaan cuba masuk namun dinasihatkan agar berpatah balik atau pulang oleh beberapa penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pengawal keselamatan masjid.

Mereka yang dinasihatkan berpatah balik kerana tiada dalam senarai jemaah yang dibenarkan oleh masjid. Hanya yang tersenarai sebagai jemaah yang dibenarkan sahaja dibenarkan masuk.

Antara yang dilihat memasuki masjid itu adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad dan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.

Kebanyakan yang cuba masuk kelihatan lengkap berbaju Melayu, bersongkok selain ada individu yang datang dengan pasangan.

Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta pengawal keselamatan Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah membuat pemeriksaan ke atas individu yang ingin memasuki masjid untuk solat Jumaat. - Foto Ruwaida Md Zain

Pengawal keselamatan masjid negeri dibekalkan 12 nama yang dibenarkan masuk untuk solat Jumaat. – Foto Ruwaida Md Zain

Sementara itu, hanya satu pintu masuk ke Masjid Negeri itu yang dibuka iaitu Pintu 7.

Tinjauan mendapati sebaik sahaja 12 senarai nama yang diberikan kebenaran memasuki pintu itu, pengawal keselamatan segera menutupnya kira jam 1 tengah hari.

Difahamkan penguat kuasa dan pengawal keselamatan yang berada di pintu sejak jam 12 tengah hari sudah dibekalkan senarai individu yang dibenarkan termasuk nombor pendaftaran kenderaan.

Bagaimanapun, masih ramai mencuba nasib untuk masuk walaupun selepas pintu ditutup, ada yang memberhentikan kenderaan dan bertanya pengawal keselamatan dari dalam pagar masjid.

Ada juga yang memberikan signal untuk masuk namun apabila melihat pintu tertutup mereka meneruskan perjalanan.

Difahamkan situasi sama juga di beberapa masjid lain di sekitar Shah Alam yang diberi kebenaran untuk solat Jumaat.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Pemergian Yang Dicemburui, Remaja ‘Pergi’ Ketika Dalam Perjalanan Untuk Menjadi Imam Dan Ajar Mengaji. Ini Apa Yang Terjadi

Published

on

By

Jodoh, rezeki, ajal dan maut telah ditetapkan Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam rahim ibu lagi. Sebagai muslim, kita hendaklah berserah dan percaya kepada takdir yang telah ditetapkan ini.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Nordiah memaklumkan bahawa anak lelakinya iaitu Muammar Ashraf Bin Ahmad Faizuli telah jemput Ilahi selepas terlibat dalam kem4langan jalan raya. Lebih meruntun hati apabila Allahyar-ham pada ketika itu dalam perjalanan menjadi imam dan mengajar al-Quran.

Perginya seorang anak yang berbakti

Sebelum ini, ibu Allahyarham iaitu Nordiah menerusi akaun Facebook miliknya ada memaklumkan bahawa anak lelakinya itu telah terlibat dalam satu kem4langan jalan raya.

Berikutan daripada ins1den itu, Allah-yarham kemudian dimasukkan ke h0spital kerana mengalami keced3raan serlus pada bahagian otak.

Menerusi perkongsian terbaru Nordiah di Facebook, dia memaklumkan bahawa anak lelakinya itu telah dijemput Ilahi pada 10 Julai 2020.

Wanita ini sempat meluahkan rasa sedih dan dalam masa yang sama dia bersyukur dan berbangga kerana memiliki seorang anak yang sangat bertanggungjawab serta berbakti kepada keluarga.

Al-fatifah buat anak ummi. Amar adalah anak syurga ummi abah. Amar anak yang baik, adik dan abang yang baik. Ummi abah bangga dapat anak seperti Amar. Disaat-saat akhir Amar, Amar banyak berbakti kepada ummi abah. Banyak khidmat dengan keluarga. Allahhuakhbar. syurga tempat Mu. Muammar Ashraf, ummi rindu nak dengar suara gurauan mu dengan adik-adik.

Pengakhiran yang dicemburui

Sementara itu, seorang pengguna Facebook iaitu Muhammad Iqbal Maharani turut berkongsi rasa duka atas pemergian Allah-yarham walaupun mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain apatah lagi bersua muka.

Menurut individu ini, pengakhiran Allah-yarham amat dicemburui ramai kerana dijemput Ilahi pada hari Jumaat ditambah pula dengan segala kebaikan yang dilakukannya sebelum ini.

‘Rehat di taman syurga’

Sempat hadiahkan telefon dekat adik

Matikan suis mesin sokongan hayat

‘Terlalu banyak petanda baik’

Mereka turut mendoakan agar roh Muammar Ashraf bin Ahmad Faizul berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan khusnul khatimah menjadi miliknya.

Sumber: Nordiah, Muhammad Iqbal Maharani via Oh Bulan

Continue Reading

Islamik

“Habis Bulan Puasa Jadi Syaitan Balik…”- Noorkhiriah

Published

on

By

Pelakon Noorkhiriah akui pernah jahil dalam ilmu agama suatu ketika dahulu.

Menurut Noorkhiriah dia pernah bertudung sebelum ini tetapi hanya untuk ke masjid dan ketika di bulan Ramadan sahaja.

“Masa ini akak (Noorkhiriah bahasakan dirinya) hamil anak pertama 11 tahun lepas dan ketika ini adalah bulan puasa dan akak belum bertudung, ni (gambar) bertudung sebab pergi majlis berbuka puasa dekat masjid.

“Pandai pula tutup aurat, lepatu lengging balik. Masa itu akak tak tahu apa yang akak fikir..adakah akak fikir bulan puasa je kena sopan, habis poser setan balik? ‘ngoknyelah’ diri ini bila fikir balik..” katanya.

Pelakon Nur itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya bertudung satu ketika dahulu.

Pun begitu, Noorkhiriah akui apa yang berlaku adalah proses kehidupan yang dilaluinya, malah dia berkata masih memperbaiki diri.

“Tapi bila fikir balik itulah proses kehidupan. Kadang-kadang mata yang mandang, mulut yang menegur adalah disebabkan kita sndiri yang membuka jalan untuk diperkatakan..

“Akak tak baik dan belum baik tapi minta sangat kat Allah hujung -hujung usia ni sempat jumpa jalan dan dapatlah menyebut lailahaillah di hujung nyawa,” katanya lagi.

Noorkhirah mula aktif berlakon sejak 20 tahun yang lalu.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Continue Reading

Islamik

Ebit Lew Jumpa Remaja Bangsa Cina Yang Bungkus Baju Guna Suratkhabar. Remaja Itu Sudah Lama Cari Ebit Lew

Published

on

By

Seperti yang ramai tahu, Ebit Lew suka membantu orang memerlukan. Bagi beliau jika tidak dibantu dia tidak boleh tidur lena.

Keikhlasan Ebit Lew dikenali seluruh negara, merata beliau pergi ke pelusuk negeri untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Dari bantuan makanan,pakaian sehingga lah menyediakan tempat tinggal dan pengankutan untuk memudahkan orang yang dia tolong.

Hari ini, Ebit Lew memuat satu lagi status untuk beri pertolongan dan kali ini adalah seorang remaja berbangsa cina.

Balut Kain Baju Dalam Suratkhabar

Kasihan adik ni lee weng keong 14 tahun dah 6 bulan tinggal tepi jalan berbekalkan beg kecil jer. Baju dia balut dengan surat khabar jer. Sedih tengok. Saya terbaca dia nak jumpa saya dah 2bulan. Maafkan saya adik lambat jumpa awak. Mak dah lama dari kecil tak jumpa.

Koperal Azman dan semua polis ipd subang jaya bantu selalu beri makan pada adik ini. Terima kaseh ipd Subang. Polis di Ipd subang call dah lama juga minta tolong tengokkan adik ini.

Saya tanya Lee kenapa cari saya. Katanya selalu tengok ustaz tolong orang. Saya lapar dan tidur tepi jalan.Dia nak kerja dan lapar. Dia nak jadi macam saya katanya. Saya akan bantu dia untuk sambung belajar semula nanti. Saya nak cari rumah untuknya area subang jaya.

Saya nak cari rumah untuknya. Dan minta kawan tengokkan. Serta bawa dia pergi shoping baju seluar dan semua kelengkapan lain.

Berat ujianmu adik. Muda lagi. Maafkan saya yer-ebitlew

Kredit: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Continue Reading

Popular