Connect with us

Selebriti

Datin Eina Azman Ditegur Kenapa Aset Bahagian Atas Nampak Tak Sama Dengan Gambar Lain. Ini Respond Padu Eina Azman

Published

on

Sekeping gambar yang dimuat naik pelakon Datin Paduka Eina Azman di Instagram miliknya menjadi perbincangan hangat segelintir warga maya apabila bahagian dadanya didakwa kelihatan lebih besar daripada biasa.

Eina yang gemar berkongsi pelbagai resepi di Instagramnya dan terkenal dengan tagline ‘it’s done’ itu berkongsi sekeping gambarnya bersama suami tercinta.

“Maaf kenapa kat bahagian dada pelik sikit Datin,” tanya nazura_zura82.

“Tu laaa macam tetiba tek Datin nampak besar,” komen rayyanrayyani.

“Breast filler tak,” balas shxln_ pula.

Soalan dan komen mereka dijawap kembali oleh Eina Azman.

RESPOND BALAS DATIN EINA AZMAN

“Eh eh, suka ya dapat free dosa. Dah banyak pahala sangat ke tu? Kesian hidup asyik nak fikir negative dan cakap fitnah.

“Itu camera angle dan baju dia macam tu. Bukan saya buat apa-apa. Faham?!” balas Eina Azman.

DAH CANTIK TAK PERLU EDIT

Kenapa Besar Tuttt

NETIZEN MEMPERTAHANKAN DATIN EINA AZMAN

Namun begitu, ramai warga maya yang turut mempertahankan baju yang dipakai oleh Eina Azman.

“Kenapalah pelik-pelik komennya. Tak ada benda lain ke yang nak tengok. Kalau betul sekalipun benda tu dibesarkan ke apa ke biarlah. Tu hak dia.

“Aku pun pernah kena, pakai baju nampak segalanya besar. Tapi kenyataannya biasa je, dan nampak gemuk pada gambar sebab angle,” komen puan_fatihah.

“Tak nampak pun yang pelik, Datin cantik je. Netizen ni semua benda dari atas sampai bawah nak kecam,” balas zuliani_asylia.

TOLONG JAGA ASET SENDIRI

Untuk rekod, Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, dan mempunyai sepasang cahaya mata kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selebriti

Kaunselor Dari Jabatan Kebajikan Datang Melawat Untuk ‘Bantu’ Sugu Pavithra Tetapi Ditolak. Ini Sebab Kenapa Mereka Tidak Perlukan Bantuan JKM

Published

on

By

YOUTUBER sensasi ‘Sugu Pavithra’, S Pavithra memaklumkan tidak memerlukan bantuan dan bimbingan daripada kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkaitan masalah dihadapinya ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, perkara itu diakui sendiri oleh wanita berusia 28 tahun itu ketika ditemui wakil JKM di kediamannya di Sungai Siput pada 22 Julai lalu.

Menurutnya, Pavithra yakin dia bersama suami, M Sugu, 29, dapat menyelesaikan kemelut dihadapi mereka dengan baik.

“Pavithra mengatakan setakat ini beliau tidak memerlukan bantuan dan bimbingan serta yakin dapat menyelesaikan (masalah) dengan baik.

“Pegawai JKM Kuala Kangsar juga ada menghubungi pasangan itu dan dimaklumkan supaya mereka diberi ruang dan tidak mahu diganggu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Fasa ke-2 di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Warga Miskin Parit di Parit, hari ini.

Dr Wan Norashikin berkata, pendirian pasangan itu perlu dihormati oleh semua pihak dan mereka juga tidak boleh dipaksa untuk menerima sebarang bimbingan.

“Bagaimanapun, kita sentiasa memantau dan bersedia untuk membantu serta turut memberikan nombor untuk dihubungi jika mereka memerlukan bimbingan,” katanya.

Terdahulu, konflik yang melanda Pavithra dan suaminya, Sugu apabila suaminya didakwa mencederakan Pavithra.

Sugu yang didakwa dua kali di Mahkamah Sesyen Ipoh, Jumaat lalu, atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya dan mendatangkan kecederaan kepada isteri.

Sementara itu, mengulas mengenai sumbangan yang disampaikan hari ini, beliau berkata, rumah kebajikan berkenaan menerima bantuan sebanyak RM6,000.

“Kerajaan negeri akan menyalurkan sumbangan kepada 215 rumah kebajikan yang berdaftar dengan JKM di seluruh Perak membabitkan seramai lebih 6,000 penghuni.

“Bantuan ini memperuntukkan RM150 untuk setiap seorang penghuni dan jumlah peruntukkan keseluruhan untuk semua rumah kebajikan itu dianggarkan hampir sejuta,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Continue Reading

Selebriti

Alya Iman Akhirnya Buka Mulut Dan Memohon Maaf. Ini Kata Kata Alya Kepada Semua

Published

on

By

Pelakon baharu, Alya Iman, 19, membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan yang telah dilakukan kerana telah menyakiti ramai pihak.

Sebelum ini, nama Alya mula menjadi tumpuan netizen apabila Penny mendedahkan kisah hubungan sulit suaminya di Instagram.

 

Menurut Alya, setiap teguran dan nasihat yang dilemparkan akan menjadikan dirinya lebih matang.

“Dulu saya muda dan naif, saya minta maaf kepada semua yang saya pernah sakiti.

“Saya terima semua nasihat, kecaman, sindiran dan fitnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya,” tulisnya di Instagram Stories.

Sementara itu, anak kepada kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha berdoa serta berusaha untuk menjadikan kehidupannya diberkati oleh Allah.

“Saya akui saya pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.

“Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya.

Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.

Satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading

Selebriti

Lelaki Ini Mengaku Bekas Teman Lelaki Alya Iman Dan Beritahu Berapa Juta Dia Sudah Habis Untuk Alya

Published

on

By

Satu persatu individu tampil mendedahkan kisah kehidupan pelakon Alya Iman selepas isteri bekas kekasihnya, Penny Salman mendedahkan hubungan sulit suaminya dengan artis itu.

Terbaharu, seorang lelaki yang mengaku sebagai bekas teman lelaki Alya menjelaskan bahawa dia juga pernah menjadi mangsa kepada Alya.

Lelaki berkenaan mendakwa dia menjalin hubungan dengan anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha itu pada awal tahun.

“Dia teman wanita saya pada Januari 2020. Tapi saya tahu dia perempuan kot*r.

“Saya dah habis RM2.3 juta dengan dia sahaja. Duit tu tak boleh buat dia kaya pun, takkan pernah cukup. Budak terkena kejutan budaya baru masuk industri,” dedah individu berkenaan menerusi satu kiriman mesej peribadi (DM) kepada Penny.

Penny kemudian berkongsi paparan mesej individu yang dirahsiakan identitinya menerusi ruangan Instagram Story miliknya.

Dalam pada itu, individu berkenaan berkata, dia kemudian bertindak meninggalkan Alya selepas mengetahui perangai sebenar dirinya.

“Kita kena beri pengajaran buat dia, Ya, dulu dia dengan saya. Saya tahu dia pisau cukur sebab tu saya berpisah. Ingat dia dah tak buah dah,” dakwa individu berkenaan.

Terdahulu, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.

Kisah kontroversi Alya Iman mula menjadi tumpuan netizen apabila seorang isteri perniagaan mendedahkan kisah hubungan sulit suaminya di Instagram.

Bahkan, satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading

Popular