Kisah Benar
Patut la famili tunang aku selalu tangguhkan tarikh kawin.Akhirnya semua trjawab lps dpt panggilan mngejutkan dr ibu tunang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Boleh dikatakan lama ku pendam, tiada medium untuk ku luahkan.
Page ini selalu menjadi page setia yang selalu aku lawati. Banyak yang boleh dijadikan iktibar juga sebuah pengalaman yang kurasa dekat dihati.
Namaku Tya, berasal dari selatan tanah air juga bekerja dalam daerah yang sama. Seorang yang periang, penuh gelak dan tawa. Cerita ini sedikit panjang ya.
Tiga tahun yang pertama aku bekerja, rutin ku sama. Aku sangat seronok bekerja disini. Alhamdulillah dikelilingi kawan2 dan bos yang baik semuanya.
Walaupun aku seorang sahaja perempuan disini, single pulak tu tapi mereka menghormati aku. Ada juga beberapa lelaki yang cuba mendekati, tapi kami kekal berkawan sahaja.
Masuk tahun ke empat, projek bertambah. Maka, staff baru juga ditambah. Aku dikhabarkan tentang kemasukan seseorang esok pagi, dan aku perlu mengajarnya tentang sesuatu kerja yang sebelum ini aku cover semasa kekurangan staff.
Pertama kali bertentang mata, sehingga ke hari ini, aku masih ingat tingkahnya, hatta pakaian yang pertama kali dipakainya.
Bertahun di company yang sama, bertukar staff keluar dan masuk, tidak pernah kurasa se berdebar ini. Segera aku tepis perasaan ini.
Zuhri, seumuran denganku. Berasal dari pantai timur. Simple, humble, agak pendiam diawal perkenalan tapi kelakar dan selalu bersambung dengan bahan membahan, lawak dan gurau2 kami di office.
Masa berlalu, disebabkan aku dan dia selalu bekerja bersama kami menjadi semakin rapat. Hingga diluar waktu kerja juga kami selalu berhubung.
Bagai bulan jatuh ke riba, orang yang diam diam aku cuba tepis perasaan yang membuatkan aku lebih semangat bekerja, menyatakan hasrat serius kepadaku.
Setelah beberapa bulan berkawan, Episod cinta bermula. Tapi kami bersahaja dan professional sahaja ditempat kerja hingga tiada siapa yang mengesyaki.
Zuhri ketika ini masih tidak mempunyai apa apa kenderaan, hatta lesen kereta. Aku terima seadanya dia.
Jadi, disetiap kami keluar ke bandar, aku yang mengambilnya dirumah company yang jaraknya 1jam dari rumahku, dan patah balik semula ke bandar.
Kiranya lokasi rumahku di tengah2 antara rumahnya dan bandar terdekat kami. Atau kadangkala, dia bermalam di hotel murah disekitar bandar kerana merisaukan aku yang perlu berulang alik kerana perlu melalui jalan yang sunyi seorang diri.
Jadi keesokannya, dia akan pulang sendiri dengan bas. Begitulah kononnya pengorbanan kami.
Setengah tahun berlalu, dia juga semakin kukuh, lesen dan kenderaan juga ada. Walau hanya kereta lama, tapi tak mengapa. Kami sepakat untuk mengikat tali pertunangan.
Aku ada melakukan istikharah. Semakin kuat perasaanku kerana nampak kesungguhannya. Dia berjumpa dengan ibuku, abangku, juga kakak ku yang diluar daerah kami untuk menyatakan hasratnya. Sedikit bangga aku dengan kesungguhan Zuhri.
Didalam perwatakannya yang slow, tersisip ‘gentleman’ bagiku. Keluargaku menerimanya dengan pesanan jangan mainkan perasaanku, menjaga aku dengan baik serta meminta kami berdua bersedia mental dan fizikal. Kami juga merancang untuk tidak diikat lama.
Ingin melangsungkan dihujung tahun yang sama. Selesai keluargaku, aku dipertemukan dengan keluarganya untuk pertama kali secara bersua muka.
Sebelum ini hanya sampaikan salam dan sedikit2 bualan ketika video call saja. Berpeluh dingin tapi alhamdulillah Keluarganya menyambut baik kehadiranku.
Aku rancak berbual dengan kakaknya walau ketika ketiadaan Zuhri. Kakaknya juga baik dan rajin bertanya tanya tentang aku.
Kami bertukar cerita hinggalah dia menanyakan bagaimana aku dan adiknya boleh menjalin hubungan kerana katanya adiknya agak pemalu dan tidak pernah membawa balik mana mana perempuan juga menunjukkan tanda tanda mempunyai awek sebelum ni.
Hatiku semakin kuat berbunga kerana seiiring dengan pemerhatianku tentangnya. Ya, aku tertarik kerana peribadinya yang sangat lembut dan tidak ramai kawan perempuan.
Friends di FB dan instagramnya juga hanya sekitar 100 lebih dan majority adalah lelaki.
Sedikit berbeza dengan ibunya ketika tanpa Zuhri. Hal hal lain kami rancak berbual kecuali tentang bakal majlis pertunangan dan perkahwinan kami.
Padaku, ibunya sedikit mengatur. Dari tarikh, baju, barang2 hantaran, termasuklah bakal cincin pertunangan kami.
Ibunya kata ibunya yang akan pilihkan yang biasa2 nanti. Jangan membazir bazir katanya.
Siap2 dia suruh aku sarung cincinnya untuk mengagak saiz jariku. Aku akur dan ikutkan sahaja.
Tapi keadaan berbeza bila dihadapan Zuhri, dia kata dia tak kisah dan follow kami pula kerana Zuhri ingin memilih sendiri cincin pertunangan kami.
Aku sedikit pelik kerana td macam2 syarat ibunya letakkan padaku, tapi kudiamkan saja. Tarikh pula hanya memikirkan sanak saudaranya sahaja yang free tanpa menimbang kira keluargaku.
Hari yang dijanjikan tiba, keluarganya sampai di negeri ku sehari lebih awal. Aku menyambut keluarganya di homestay yang aku dan Zuhri sewakan.
Tengah kami bersembang di petang hari, tiba tiba neneknya bersuara untuk mengawalkan majlis pada pukul 10 pagi, yang awalnya dijanjikan 2 petang.
Aku menolak cara baik kerana aku tahu tidak sempat untuk aku dan keluargaku menyediakan persiapan makanan kerana ibuku baru keluar untuk berbelanja barang dapur ketika itu.
Kalau bagitahu sedikit awal mungkin boleh kerana kami memasak sendiri dan tidak menggunakan catering.
Aku terus dijerkah dengan bermacam macam ayat seperti kami bukan datang untuk makan dan membandingkan adat adat di negerinya dengan negeriku.
Seperti peluru berpandu aku dibebelkan. Aku tersentak, Zuhri juga terdiam. Anak buahku melihat wajahku yang sedang dimarah. Sebak tidak terkata.
Aku malu. Niatku dan keluargaku hanya ingin memuliakan dan menjamu tetamu. Tapi keluarganya kata takpe jika hanya disediakan air kosong.
Zuhri memanggilku keluar. Aku keluar sambil diekori mata oleh neneknya. Akhirnya dipersetujui majlis pukul 12tengah hari.
Aku meminta diri untuk pulang. Masuk kereta, belum sempat kereta bergerak terus berjurai airmata yang aku tahan dari tadi.
Permulaan yang tidak baik padaku, tapi Zuhri tetap meyakinkan aku ini dugaan sahaja dan berharap langkah selepas ini lebih smooth.
Majlis berjalan lancar. Aku sangat bersyukur dan gembira. Hubungan aku dan Zuhri semakin baik baik saja.
Niat kami untuk melangsungkan dihujung tahun yang sama ditolak oleh keluarga besarnya kerana ada salah seorang makciknya yang tidak free tarikh tersebut. Kami akur sahaja.
Kebetulan, projek habis dan kontrak kami tamat. Aku masih bekerja di kawasan sekitar situ manakala Zuhri di tengah tengah semananjung.
Maka LDR lah kami. Memerlukan lebih kurang 5-6jam perjalanan untuk kami berjumpa.
Tapi tiada masalah bagi Zuhri kerana dia pasti akan balik 2 minggu sekali untuk bertemuku. Aku sangat menghargainya.
Berbalik soal perkahwinan kami yang dirancang awal tahun 2020 ini, Syaratnya mestilah waktu cuti sekolah.
Kerana mereka susah untuk bercuti kerja, dengan anak sekolah lagi, travel jauh lagi. Aku faham, dan aku priority kan untuk pilih tarikh diletakkn atas keluarganya.
Keluargaku mujur faham dan boleh bertolak ansur. Cuti sekolah bln 3 dipilih. Bersungguh kami menyediakan persiapan kecil kecilan dahulu.
Tiba tiba tangguh juga lagi kerana ada sahaja keluarganya yang tidak free. Katanya, nak semua ahli keluarganya turut serta dimajlis kami nanti. Aku akur sahaja.
Tapi dalam masa yang sama aku dingin juga dengan Zuhri kerana keadaan membuatkan aku tersepit antara keluarganya dan keluargaku.
Tapi Zuhri memujukku untuk bersabar dan bertahan deminya. Kerana dia juga akui keluarganya yang merumitkan keadaan.
Akhirnya, pada awal tahun ini, kata sepakat terakhir untuk majlis dicuti sekolah awal bulan 7.
Gembira aku dan Zuhri kerana sudah ada tarikh tetap dan mmg takkan berubah lagi katanya. Bersungguh kami menyediakan persiapan.
Lebih kurang 4 bulan sebelum tarikh, kami booking bridal, khemah dan photographer.
Aku ada terbaca kiriman whatsapp ibunya yang minta untuk Zuhri tidak kerap berjumpaku. Tapi aku positif saja.
Aku dan Zuhri masih baik baik saja, dia masih sama seperti dulu. Tiada yang hendak ku ragukan. Sehinggalah dapat panggilan dari keluarganya yang seakan memaksanya pulang hari yang sama juga.
Asri tidak tahu untuk apa, dan dia pulang menaiki bas. Aku tidak sedap hati dan hatiku kuat mengatakan ada kaitan dengan diriku. Tapi dinafikan Zuhri.
Katanya hanya hal keluarga yang belum sesuai diceritakan denganku. Seminggu berlalu, ibunya menelefon ibuku untuk menagguhkan lagi perkahwinan kami.
Katanya hal keluarga. Tapi Zuhri takda pula cerita apa apa denganku. Zuhri kerja tidak boleh menggunakan HP, maka aku ambil keputusan untuk direct call ibunya.
Persoalanku dijawab acuh tak acuh sahaja oleh ibunya. Aku bagaikan cakap seorang diri di telefon. Alasan yang diberi masih hal keluarga katanya.
Seperti biasa, Zuhri pulang kerja terus menelefonku, dia juga terkejut akan hal ini. Katanya dia sungguh2 tidak tahu.
Tapi setelah dikorek korek, katanya neneknya tidak berkenan denganku. Dan menghasut semua untuk tidak turut serta di majlis kami nanti.
Ibunya yang asalnya merestui, kadangkala terikut juga. Aku masih setia menanti Zuhri walau aku tahu keadaan seakan tidak berpihak denganku.
Kami menghabiskan sebaiknya waktu yang ada sambil berharap ada keajaiban berlaku. Zuhri juga seakan serabut dan sering menangis.
Waktu itu, aku lihat Zuhri benar benar nangis dan berharap aku dan dia seperti yang sama2 kami rancangkan.
Aku juga sungguh2 menangis di sepertiga malamku, di istikharahku. Akhirnya, diawal bulan 3, selesai sahaja aku solat asar, ibunya menelefonku disaat Zuhri bekerja, untuk memutuskan pertunangan kami.
Alasan yang diberi, Zuhri terpaksa ikut pilihan keluarga. Katanya mereka ada calon lain untuk Zuhri. Perjanjian dari dulu kerana dulu mereka susah.
Sukar untuk aku percaya cerita ini. Ibunya meminta maaf dan mendoakan aku dapat yang lebih baik dari Zuhri. Talian dimatikan.
Jantungku seakan terhenti kerana aku dan Zuhri baik baik saja seperti biasa. Pagi sebelum ibu dia menelefonku juga dia memberikan pesanan dan kata cinta seperti biasa.
Aku tunggu Zuhri pulang kerja untuk mejelaskan semua. Senyap. Waktu yang sepatutnya dia pulang, masih tiada deringan call mahupun notifikasi seperti biasa.
Aku call berkali kali, whatsapp tiada henti akhirnya dijawab dengan katanya dia serabut. Dia mahu tidur.
Katanya pulang kerja td byk missed call dari ibunya dan dia menelefon semula dan berbincang panjang yang membuatnya strss.
Baru hari ini aku rasa kelainan disikapnya. Kemana Zuhri yang selalunya cepat sahaja berbincang andai kami ada selisih faham? Aku sabarkan diri.
Disaat aku dititik terendah, dia langsung tidak menjelaskan apa apa. Aku memberinya masa, mungkin benar dia tekanan. Tapi aku?
Juga perlu penjelasan. Esoknya macam tiada apa yang berlaku. Malam dia main futsal. Aku masih sabarkan diri.
Aku memintanya penjelasan. Did i not deserve any explanation? Kenapa baru harini ada cerita macamni?
Akhirnya, dihari ketiga selepas ibunya call, baru aku dapat penjelasan dari Zuhri. Ya, dia terpaksa menurut kehendak keluarganya.
Katanya, dia sayangkan aku dia sayang hubungan kami, dia tak sanggup tapi dia terpaksa.
Ada sesuatu yang ibu dia katakan, yang membuat dia terpaksa memilih ibunya. Aku merayu untuk dikasihani. Tapi Zuhri hanya meminta maaf. Perbualan kami baik baik saja.
Aku akur akhirnya walaupun perit terasa. Aku tidak boleh membuai perasaanku lagi kerana dia bakal menjadi suami orang.
Esoknya, aku memberitahu keluargaku. Aku agak emosi, aku menangis semahunya dihadapan ibuku. Kerana semua berlaku tiba tiba.
Ibarat semalam hidupku mcm biasa, harini ibunya putuskan kami. Ibu bapaku juga menangis melihat keadaanku.
Katanya kenapa begitu? Anak ibu bukan barang mainan, bukan barang tepi jalan yang tiada perasaan.
Dan mereka juga tiada datang secara formal untuk memutuskan. Bercakap di telefon dengan ibu bapaku juga tiada.
Hanya denganku. Akhirnya senyap begitu sahaja. Berhari juga aku demam. Beratku turun mendadak. Tidurku tidak pernah nyenyak.
Oh ya, mujur waktu ini PKP diumumkan dan jadualku seminggu bekerja dari rumah, seminggu di office.
Sebab PKP juga, ada alasan kukuh untuk penangguhan bridal dan photographer tadi. Juga orang sekelilingku faham akan keadaan.
Waktu PKP semua dalam keadaan gawat kan. Aku lihat ibunya cubaan menjual kuih frozen. Sayu hatiku tidak dapat memeluk ibunya.
Memang rezeki ibunya, kawan baikku tinggal di daerah yang sama dengannya dan terperangkap tidak boleh pulang ke rumah suaminya.
Aku bank in duit ke kawan aku dan mintanya membeli banyak kuih ibunya. Serta baki separuh dari wang tersebut berikan sahaja saguhati untuk ibunya.
Itu sahaja yang mampu aku tolong dari jauh dan harap ianya bermanfaat. Juga menjadi pengubat rindu aku untuk keluarganya. Tiada niatku untuk menunjuk ya.
Tiada siapa pun yang tahu. Hal ini juga antara aku dan kawanku sahaja. Ibu Zuhri sendiri tidak mengetahui ianya dari aku.
Sungguh, aku sudah menganggap ibunya seperti ibuku sendiri dan menyayanginya. Aku tetap mendoakan yang terbaik untuk Zuhri dan keluarganya.
Ada juga Zuhri contact aku. Bertanyakan keadaanku. Katanya hidupnya seperti myat hidup. Aku hanya boleh menangis sendiri dan mendoakannya dari jauh sahaja.
Walhal ku rasa kehidupan ku lebih teruk dr itu. Dirumah juga, aku selalu pura pura happy agar ibu bapaku tidak turut sedih melihatku.
Yang sebenar benarnya saksi, adalah bantal dan selimutku yang selalu menyeka airmata ku.
Ya, tidak aku nafikan aku sejenis yang bijak menyembunyikan perasaan. Lebih kurang 5 bulan berlalu, dia sudah mula memuat naik story dengan seseorang.
Aku terkejut. Kerana wanita itu free hair, rambut berwarna dan agak s3ksi. Tak kan ini pilihan keluarganya dalam hatiku?
Tapi siapalah aku untuk menilai manusia. Walaupun jauh disudut hati aku dapat rasakan alasan yang diberi hanya sebuah alasan, tapi aku cuba menghadam untuk menenangkan hatiku.
Kerana tiada syak wasangka aku ke atas Zuhri melainkan masuk campur urusan keluarganya yang selalu membuat kami selisih faham.
Dan hari ini, 10/10, di atas tarikh yang cantik. Within 6-7 bulan perpisahan kami, Zuhri telah selamat diijab qabul dengan wanita tersebut. Alhamdulillah dipermudahkan.
Cuma yang mengejutkan aku, location majlis yang di tag adalah di daerah dimana Zuhri bekerja.
Bukan dari daerah kampungnya yang kononnya pilihan keluarganya. Maksudnya kenal ditempat kerja nya atau wanita di sekitar situ la kan?
Mungkin sudah lama mereka menjalin hubungan, tinggal saja aku yang tidak mengetahuinya. Wallahualam.
Aku masih tergantung jawapan, juga tergantung cerita yang sebenar benarnya. Awalnya nampak keluarganya sedikit dingin terhadapku.
Tapi mungkin juga Zuhri play v1ctim, tergamak dia menipu aku dan keluargaku hidup hidup. Ibu serta seluruh ahli keluarganya bersubahat juga atas cerita yang mereka cipta. Kenapa tidak jujur saja?
Takpelah, tidak semua perkara harus ada jawapan. inshaallah aku kuat. Doakan aku selalu kuat ya. Tidak juga ku salahkan pihak mereka sepenuhnya,
Aku juga pasti banyak sangat kekurangan. Kita manusia hanya bisa berencana. Tapi andai Tuhan tidak berkehendak siapa aku untuk menghalanginya.
Dari akhir pertunangan kami, hingga ke hari ini, aku telah ikhlaskan semua. Jujur dari lubuk hati paling dalam, tiada sedikit dendam yang aku simpan. Kalian sekeluarga sentiasa ada dalam doaku.
Usai subuh pagi tadi, ibuku tiba tiba masuk ke bilik ku memeluk ku sambil menangis.
Katanya dia sangat mengerti perasaanku saat ini. Terus makin kuat tangis aku umpama tiada hari esok.
Diluar juga hujan seakan mengerti perasaanku. Syukur aku masih punya keluarga yang sangat memahami.
Buat Zuhri, selamat pengantin baru. Semoga mahligai yang dibina, kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Menjadi keluarga yang sakinnah mawaddah warahmah.
Menjadi suami yang baik dan penuh kelembutan. Semoga selalu yang terbaik mengiringi setiap langkah kalian.
Terima kasih pernah memilih diri ini. Dari awal perkenalan hingga ke akhir pertunangan kita adalah hal terindah yang pernah hadir dalam diri ini. Tiada sedikit pun penyesalan kerana menerima dirimu dahulu. Semoga bahagia.
Ya, putus pertunangan tidak sehebat percerraian. Tapi bagiku, selagi bermain dengan perasaan, Ia tetap memberi luka yang dalam.
Andai aku ada rezeki jodoh didunia ini, semoga dia dan keluarganya ikhlas menerima aku dan keluargaku.Hidup mesti diteruskan,– Tya (Bukan nama sebenar).
Reaksi warganet.
Julie Anme – Kpd tya. Simpan nasihat ini baik2. Dia memilih utk terbang, maka lepaskanlah. Mungkin ada padi yg lebih baik di telapak tangan org lain lalu dia pilih utk mkn di situ. Tya yg tinggal tidak perlu pandang dia lagi.
Anggap dia sudah mti. Tya perlu hidup dan teruskan hidup ini. Lepaskan semua kenangan. Tya kuat, boleh berjalan sendirian. Satu hari nanti saat tumbuh musim baru, tunjukkan tya bkn lagi tya yg dulu. Semoga allah merahmatimu, tya yg baik.
Syhirah Mohamad – Take your time, Tya. Bukan mudah untuk move on saat kita bakal bersatu dengan cinta hati tak sampai 4 bulan lagi.
Kalau perlu menangis, menangis ya. Jangan berlakon kuat atau happy. It will drag you down further.
Bila air mata dah kering, keluarlah dan berkawan dengan circle baru. Zuhri bukan jodoh awak, Tya. Jodoh awak yang lebih baik mungkin ada di luar sana. Pelihara diri awak, spend more time with your family.
Jangan buang masa untuk paksa relationship ni. Sebab once family belah lelaki tak suka kita, makin payah untuk bahagia lepas berkahwin. Trust me.
Moga terus dalam rahmat Allah. Chin up!
Rohaizah Abwahab – Alhamdulillah. Allah dah tunjukkan awal2 the true colour of that guy. Memang sakit dan perit diperlakukan sebegini tetapi sabarlah dik.
MyAchik dapat rasa kebaikan dan keikhlasan adik. Achik percaya orang yg baik akan mendapat jodoh yg baik. Semoga akan tiba jodoh yg terbaik utk adik. Semoga Allah merahmati adik.
Azlean Jailnal – Ada ketika apa yg terjadi..x perlukan penjelasan..Hanya yg pernah mengalaminya shj.yg dpt merasai keperitan.
Semoga anak ini kuat hadapi ujian hidup..Satu hari nanti kamu akan berterima kasih pd bekas tunang krn dgn ujian ini..
Allah hadirkan org yg baik serta ikhlas menerima dirimu n membahagiakanmu InsyaaAllah.
leeza Zain – ya betul.. sujud syukur laa tya. sebab terlepas azab sepanjang hidup dgn keluarga yg xmenghargai.
baca kisah2 dalam ni betapa mereka yg tetap teruskan hubungan dgn org yg salah, merana menderita walau dah beranak pinak.
tya terlalu baik, xkisah berhabis duit. ada potensi utk keluarga yg jahat utk hisap darah u. nasib laa terlepas dari bala. sesungguhnya Allah xnak tya dianiaya. mesti tya ni sngt2 baik orgnya.
Fatin Tajudin – Tyaaaa, saya faham perasaan awak. Pernah rasa n pernah lalui hal yg sama. Sedih bila Ibu kita peluk ikut nangis sama. Sebak bila orang yg kita dah anggap mcm Ibu tapi kita terpaksa tengok dari jauh.
Cuma alasan saya putus & situasi kita berbeza. Moga awak terus kuat. InshaAllah ada yang baik n sgt baik untuk awak nanti. Bersangka baik dengan takdir Allah. Allah akan gantikan dengan yg jauh lebih indah dari yg kita impikan. Sabar n terus kuat ya!
jgn risaukan jodoh. sampai masa dia akan hadir. ceriakan diri, lupakan kisah lama dan bina kewangan utk bakal anak2 nanti.
semoga tya baik2 je, dipertemukan jodoh yg menyayangi, keluarga mertua yg terbaik dan selamanya berbahagia.a aaaaminnn.
Amelia Zainuddin – Aku pernah ada ditempat kau cuma belum level bertunang. Insyallah, satu hari nnti kau jumpa org yg baik n ikhlas menyayangi kau.
Insyaallah kau akan happy. Move tu sakit tp banyak hikmahnya. Dan ingat.. Macam mana sekali pun jangan sesekali terima mangkuk ni balik walaupun dia merangkak depan kau mcm kucing nazak. Ingat tu. Cukup jadi pengajaran.
Nurizzati – That zuhri guy is a sore loser. Takde lesen, takde kete, and takde stand. Your future children don’t deserve a man like him as their father and of course that nenek kebayan as their granny.
Good luck in finding a man with a better quality and mak mentua yang menyenangkan hati. Most importantly, You lose nothing.
Leen Syazleen – Stay strong sis. Saya nk komen… Tpi saya pn msih merangkak2 nk move on. Mintak kekuatan dari Allah sis. Mengadulah pada Allah sepuas – puasnya. Redha akan takdir yg Allah tetapkan. Teruskan berdoa dan percayalah Allah sedang merancang sesuatu yg lebih baik utk sis.
Sumber: IIUMC
Kisah Benar
Pakcik Ini Jalan Kaki Jual Askrim Sambil Pikul Tong Besar

Wang ringgit merupakan satu perkara yang sangat penting bagi seseorang untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi mengikut peredaran waktu.
Dengan mengerah kudrat yang ada, seorang insan separuh abab usianya ini masih cekal mencari rezeki halal untuk menyara kehidupannya telah membuatkan ramai yang mengalir air mata sebak.
Perkongsian ini daripada seorang wanita di laman Facebooknya, Nurdiana Mohd Rapi tentang kisah seorang pakcik penjual ais krim sanggup berjalan kaki semata menjual ais krim dari satu tempat ke satu tempat yang jauh untuk habiskan jualan hariannya.
Sangat menjentik hati dan perasaanku petang ni …
Terbaca satu posting dari adik Atma Febrianti baru ja tadi. Bangun dan terus duduk, khusyuk baca smpai habis. Baca punya baca, terus teringat anak buah yang turun mau membeli jajan katanya.
Keluar ke beranda, terus pulak dengar bunyi hon hon mcm org jual aiskrim motor tu. Niat memang mau memanggil konon mau makan aiskrim roti. Sekalinya, pakcik ni pulak yang lalu.
Berbaju hitam, bermask, dengan kudrat ndak seberapa angkat tong pink di bahu kanannya, tangan kiri memicit honnya. Allahu, automatik terus sebak!
Tidak fikir apapa, terus teriak pacik tu. Tanya dari mana, dia jawab dari Kg Pukat berjalan kaki sampai ke Logpond terus putar sampai ke sini. Jalan kaki Pakcik? Jawabnyaa YA !!
Terus mengalir airmata bahh sebab bapa ku sendiri berdiri di sebelahku tengok dalam tongnya. Pulun habis jualannya, terus minta dia balik ke rumah.
Bukan mau cakap aku baik ya gais, cuma ntah kenapa aku rasa sebaknya tu lain mcm. Membayangkan org tua kita dlm keadaan bgtu, memang kau akan terus rasa insaf tiba tiba.
Tidak aku minta banyak sama kamulah yang membaca ni, tapi kalau kamu jumpa pakcik ni, belilah aiskrimnya.
Rm1 ja dia jualkan tu. Sedap jugakk aiskrim nyaa. Anggap lah sebagai bantuan kecil kita untuk dia. Dia tinggal di Jalan Kelapa, naik bas lepastu turun mana-mana kampung dan teruskan cari rezeki dengan berjalan kaki jaa.
“Nikmat tuhan yang mana lagi ingin kamu dustakan?”
Masa aku tulis ni pun masih sebak aku rasa. Mampu doakan jaa pakcik ni semoga diberikan kesihatan yang baik, dan dilindungi sentiasa. Terima kasih atas doanya tadi Pakcik. Semoga Allah memberikan rezeki yang banyak lagi lepas ni ya.
Sumber : Siakap Keli
Kisah Benar
Suami ckp pergi main futsal, rupanya dating dgn jiran bertudung labuh. Aku tanya satu soalan dan tak sangka ini jawapan aku dapat

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan-lahan. Semoga dapat pengajaran. Assalam semua pembaca. Maaf, confession aku agak panjang sebab rasa nak luahkan segalanya di sini sebelum nak buka lembaran baru dalam hidup kami. Kami psangan yang bahagia. Luaran, dalaman. Maksudnya, bukan pura-pura bahagia ye. Salah faham sikit tu ada, tapi tak sampai tahap kr0nik hinggalah satu hari muncul HH dalam hidup kami.
Semua jadi secara tak tersangka sebab aku tak pernah fikir yang jiran kami akan jadi orang ketiga dalam rumahtangga kami. Ye, jiran okay, jiran. Dan terjadi di saat hubungan kami suami isteri memang okay sangat-sangat, tak ada masalah apa pun.
Kantoi pun bila aku check bil telefon suami, (walhal selama ni aku tak pernah check pun, betapa ALLAH nak tunjuk) dan aku jumpa nombor HH. Rupanya, setiap petang suami aku akan call HH lepas dia main futsal.
Kalau weekend pulak, call setiap pagi lepas jogging. Aku yang solehah sangat ni pun mengiyakan tanpa banyak tanya walaupun sebenarnya aku tak gemar suami aku aktif sangat main futsal sebab aku wanita bekerja, penat jugak urus rumah sorang-sorang dengan anak lagi setiap hari. Rasa macam bodoh kejap.
Yang lebih menyedihkan adalah mereka siap dating tepi pantai lagi seminggu sekali selama sebulan, sedang aku struggle kat rumah mengemas, siapkan anak, siapkan kerja pejabat yang tak siap. Keluar lepas Asar balik dekat nak Isya’. Cakap pergi main futsal, tapi rupanya pergi jumpa HH. Dan aku pun percaya. Lagi sekali bodoh.
Bila kantoi, dengan masih terkejut beruk sebab dengan jiran sendiri, aku pun jumpa HH nak bincang hati ke hati. Yang lagi terkejut beruk, HH pakai tudung labuh, pakai handsocks, stokin bagai tau.
Macam tak percaya pulak. Aku tanya, memang nak kahwin dengan suami aku ke, nak bermadu ke. Dia kata, kalau dah jodoh, nak buat macam mana. Amboi, jawapan artis mslimah sangat kan.
Sumpah rasa nak pijak muka dia. Tapi masa jumpa HH, aku tak menangis pun. Siap aku boleh pluk dia sebelum balik. Entah mana dapat kekuatan.
Aku tanya dia, kenapa masih layan walaupun dah tahu status suami aku? Kenapa ikut pergi tepi pantai? Sumpah, aku tak salahkan HH 100% sebab aku tahu it takes two to tango. Mesti sama-sama gatal miang.
HH balas, dia pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Dia pun tak percaya yang dia boleh jadi orang ketiga. Erm.. korang rasa apa, dengar jawapan dia? Yang tak tahan tu HH cakap, dia & suami aku keluar, duduk & berbual-bual jek, bukan buat apa-apa tak baik.
Ya Tuhan.. keluar dengan suami orang tu perbuatan baik ke? Hahaha.. mudah betul penunggang agama mensucikan perbuatan mereka. Mendidih jek aku dengar.
Bila aku tanya suami (depan HH sebab aku nak dia dengar sendiri dari mulut suami), suami kata dia tak nak kahwin pun dengan HH sebab dia tak nak duakan aku dan sayang anak kami.
Suami cakap dia tak sengaja, tergelincir, terjatuh kasihan sebab HH selalu cerita pasal kisah cinta sedih dia. Umur HH 36, tapi masih bujang, suami aku 32. Oh, lupa nak bagitahu, suami aku dan HH pernah ada urusan bersama walaupun lain syarikat, so ada contact number masing-masing. Tu yang boleh tukar-tukar cerita sampai berputik kasih sayang tu kononnya.
Pertemuan kami pun tamat dengan keputusan– mereka putus. HH janji dengan nama ALLAH yang dia takkan ganggu suami aku lagi & akan buat-buat tak kenal walaupun berjumpa dalam urusan atau majlis syarikat.
Baiklah, aku pegang janji dia sebab dengan imej mslimah yang dia bawak. Tapi selang dua hari, tiba-tiba aku dapat mesej dari HH.
HH mintak izin untuk jumpa suami aku untuk kali terakhir weh Hahahaha.. aku tak tahu nak gelak ke nak nangis. Siap nak aku ada sekali. Jumpa kat taman dekat dengan rumah kami.
Dia nak aku jadi saksi pertemuan terakhir Romeo & Juliet cinta tak kesampaian ke macam mana? Nak pitam rasa. Aku pun apa lagi, aku sekolahkan HH dengan ayat berlapik. Memang aku tak bagi jumpalah ceritanya.
Ingatkan habis cerita, rupanya HH meroyan kat FB dan IG. Post lagu-lagu jiwang, tulis ayat-ayat putus cinta, siap buat puisi untuk suami aku weh. Tak boleh blah, siap counting days dah berapa hari putus, tak dapat jumpa suami aku, post kat IG story. Hahahahaha.. buruk rupa betul orang tua bercinta ni tau. Muntah hijau aku.
So aku sound direct ke HH, aku tanya masih tak boleh lupa ke? Sebab aku risaulah kot dia meroyan cari suami aku balik. Tapi HH cakap, dia dah boleh lupa.
Aku kata, kalau dah boleh lupa, stop lah meroyan dalam FB & IG macam perempuan kurang kasih sayang. Suami orang kot, dok sibuk gila nak buat apa. Aku bagi sedas dua, tarbiah sikit. Dia ingat aku tudung bidang 45 ni tak boleh tarbiah perempuan tudung bidang 60 ke. Cet.
Sejak tu, aku pilih untuk tak lagi fikir dan ambil tahu pasal HH. Cuma kalau keluar rumah, nampak kereta & rumah dia tu, rasa tersksa jugak jiwa raga. Tapi takkan nak pindah rumah semata-mata? Rumah dahlah mahal sekarang. Sabar banyak-banyak jek lah.
Aku share sini untuk pengajaran bersama :
Suami
1. Kalau dah ada isteri tu, tolonglah tak payah nak baik sangat dengar cerita manusia berlainan jantina ni. Aku percaya, lelaki & perempuan tak mungkin boleh jadi kawan baik. Salah sorang mesti akan ada feeling.
Kalau dua-dua ada feeling, lagilah haru. Baik kau balik rumah, kau dengar luahan & cerita isteri kau, dapat jugak menambah pahala. Jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri.
Tak baik tau aniaya perempuan yang dah lahirkan anak kau. Isteri dah bertoleransi kau bersosial dengan kawan-kawan, jangan salah guna.
2. Janganlah mainkan perasaan anak dara orang. Sebenarnya saja suka-suka jek nak cuba try test. Macam suami aku, dia cakap saja jek try chat. Nak test market. Tak sangka pulak HH membalas sampai jatuh cinta.
Sebagai perempuan, aku marah sangat. Kalau dah sampai HH tu meroyan, dah memang sayang sangatlah. Siap bagitahu mak dia. Siap sanggup bermadu, walhal suami aku tak niat pun nak buat isteri. Ingat ye, nanti kau ada anak perempuan, suka ke orang buat anak kau macam tu?
Isteri
1. Ada orang cakap, jangan check phone suami supaya tak skit hati. Berdasarkan pengalaman aku, ada pro & kon. Aku check jugak phone suami aku, tapi biasalah lelaki, pandai.
Dia dah buang segala conversation, call log segala. Memang clean & clear. Tapi kalau ALLAH nak tunjuk, bila-bila masa jek. Doalah banyak-banyak. Tunjukkan keprihatinan anda. At least, suami ada jugak rasa fikir banyak kali sebelum nak buat pelik-pelik.
2. Jangan stress sangat nak jadi yang terbaik. Macam aku, semua benda aku buat sebab nak jadi solehah terbaik. Makan suami pun aku cedok berhidang segala tau. Tinggal tak suap ke mulut dia jek.
Baju semua aku basuh, sidai, lipat, gosok. Cebok berak anak pun dia tak pernah sebab dia kata nak muntah bau busuk. Hahaha.. tapi kena cvrang jugak.
Bukanlah maksud aku kita abaikan tanggungjawab, cuma jangan paksa diri melampau sampai boleh makan diri sendiri. Bahagi tugas sama-sama supaya ada rasa tanggungjawab.
Suami & isteri
1. Selalulah bincang hati ke hati bersama. Bagitahu apa yang kurang, apa tak puas hati. Lelaki ni suka simpan. Bila ada orang luar sudi mendengar, mulalah jadi cerita lain. Yang perempuan pulak suka buruk sangka & overthinking.
Kongsilah cerita setiap hari untuk lepaskan rasa dalam hati supaya tak terbeban, tapi jangan jadi medan memburukkan pasngan pulak. Lebih kepada muhasabah diri bersama untuk jadi lebih baik.
2. Solat berjemaah dan di awal waktu adalah kunci bahagia rumahtangga. Itu yang kami suami isteri lalai lepas ada anak. Sibuk kejarkan anak, sampai solat jemaah entah ke mana.
Bila salam c1um dahi lepas solat tu, rasa syahdu, rasa sayang makin mendalam, harapnya dapat tutup hati masing-masing dari kecvrangan. Dapat jauhkan hati dari rasa tak cukup, sunyi & perasaan negatif yang menjurus kepada cuurang.
Aku pun masih mencari kekuatan untuk melupakan. Ye, aku maafkan suami & HH, tapi tak mungkin sesekali aku lupakan. Jiran pulak tu, lagilah susah nak lupa weh. Hahaha.. korang, doakan aku ye.
Aku tahu banyak lagi k3s cur4ng yang lagi teruk, aku patut bersyukur sebab ALLAH tunjukkan segalanya sebelum jadi semakin melarat. Sebab tu, jangan sesekali lupa ALLAH. Jaga hubungan dengan DIA, DIA akan jaga kita. InsyaALLAH.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini. Apa reaksi warganet
Farah idora, Benda paling aku elak ialah kawan dgn suami org. bkn nak kecam tp minta simpang la benda2 tak elok tu. fikir fikir la nak kacau rumah tangga org. kau bukan hncurkan hubungan suami isteri tp anak2 dorang jgk.
Faiz Akmal, Alhamdulillah. Suami isteri saling percaya. Aku kenalkan isteri dengan kawan aku tak kira jantina. Isteri aku juga begitu. Isteri aku ada all access to my phone. Dia boleh buka all my sosial media.
Pesan aku pada semua. Jangan salahkan jantina. Ini masalah individu tersebut. Kita jangan terlalu mencerca orang. Kita pun tak tahu macam mana masa depan kita. Ambil yang baik, buang yang buruk.
Ni Soalan Aku tanya suami, “Dah pernah berzina ke dgn jiran tudung labuh”
Assalam dan selamat sejahtera buat semua pembaca. Alhamdulillah, dah lebih 6 bulan aku survived lepas kess kami. Aku Rasa lega sangat-sangat bila dapat kongsi kat sini dan baca respon bernas dan rasional dari pembaca di confession sebelum ni. Tapi ada beberapa persoalan berbangkit yang agak kurang menyenangkan yang mungkin perluukan penjelasan.
1. Kenapa mesti jiran?
Kebetulan. Atau spesifiknya, takdir. Walaupun lain syarikat, tapi masa bulan Nov 2018, suami aku & HH (bersama beberapa staf yang lain) ada bekerjasama untuk satu projek. Diaorang spent masa hampir sebulan jugaklah, jumpa hari-hari untuk settlekan projek tu. Dan… ianya dalam pengetahuan aku. Cuma yang aku tak tahu, mereka masih berhubung walaupun lepas projek dah tamat.
2. Bagaimana bermula?
Rupanya HH dah suka suami aku (macam crush gitu) sejak tahun 2012. Ini aku tanya sendiri kat HH, bukan aku buat cerita ye. Masa tu suami aku bujang lagi. Mungkin sebab HH stok mslimah pemalu bertudung bidang 60, so HH simpan jek perasaan tu.
Bila terjumpa semula, berjiran pulak, suami dah kahwin dengan aku & ada anak. Bila dapat peluang bekerjasama, macam pucuk dicita ulam mendatang lah ceritanya. Yang suami aku pulak bangga lah bila tahu ada perempuan bujang dah admire dia selama enam tahun. Enam tahun, gais.
3. Macam mana aku boleh tenang?
Sebab utama aku boleh bersikap tenang adalah kerana aku sangat2 malu dengan perbuatan suami aku. Macam aku cakap sebelum ni, it takes two to tango. Kalau suami aku tak menyumbang kepada kegatalan, takkan jadi jugak kan? Aku rasa macam HH teraniaya & aku simpati dengan dia.
Aku tak naik suara sikit pun masa pertemuan hati ke hati dengan HH. Siap aku tanya, betul ke nak suami aku? Kalau betul nak, aku sanggup undur diri sebab aku tak nak bermadu.
4. Kenapa aku pilih untuk bertahan?
Jujur cakap, masa mula-mula kantoi, aku tak nampak benda lain kecuali perpisahan. Sebab tu aku berani offer HH untuk ambik suami aku. Sebab masa tu aku sangat-sangat benci mereka berdua. Sumpah, aku paling benci suami aku.
Tapi sebab suami pilih aku, mintak peluang kedua, aku cuba. Sebab aku percaya, everyone deserves a second chance. Dan aku nak buktikan pada HH yang aku adalah lebih baik & bagus dari HH, sebab tu suami pilih aku, bukan HH.
Jujur, mula-mula memang atas dasar ego & rasa nak menang, tapi lama-lama Allah tunjuk aku jalan yang sepatutnya.
5. Apa aku buat untuk legakan hati?
Aku bagitahu A to Z pada ibu aku. Aku anak bongsu so aku sangat-sangat rapat dengan ibu & ayah. Aku nangis macam orang gila depan ibu & ayah. Ayah cakap, tak apa, pisah jek. Sebab aku masih muda & boleh cari lelaki lain yang lebih baik. Hahaha.. chill jek ayah aku kan?
Ibu cakap, sabarlah & bagi peluang. Anggaplah sebagai ujian dalam rumahtangga. Yang best, layanan mereka pada suami aku tak berubah langsung walaupun mereka tahu cerita sebenar.
Aku cerita jugak pada sorang kawan baik aku. Benda macam ni tak boleh simpan sorang. Nanti boleh jadi gila.
6. Kenapa tak pindah rumah?
Rumah kami sekarang atas nama aku, tapi kami kongsi bayar. Dua bulan lepas kantoi, suami aku dah mohon rumah baru, tapi malangnya loan dia tak lepas walaupun ikutkan gaji, suami aku layak.
Aku pun pelik bila baca surat pemberitahuan tu. Tapi entahlah. Aku pun dah give up sebab kami akan bertengkar bila cakap pasal rumah.
7. Tak seram ke duduk dekat dengan madu tak jadi?
Gila tak seram. Hahaha.. Allah jek yang tahu perasaan aku tapi aku cuba lawan & tenang. Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang, tak pernah lagi aku terserempak dengan HH masa balik kerja ke, bukak pintu pagar ke, kat shopping mall ke, kat kenduri kahwin ke.
Tapi aku dah pesan kat HH, sila lari jauh-jauh kalau ternampak aku. Hahaha.. Semoga takkan jumpa lah sampai bila-bila.
8. Dua manusia tu dah berzina ke sampai HH meroyan?
Aku dah tanya dua-dua. Mereka sumpah dengan nama Allah yang mereka tak ada buat apa. Berpegangan tangan pun tak pernah. Atas dasar penampilan HH yang lebih alim & mslimah dari aku, aku pilih untuk percaya HH.
HH meroyan mungkin sebab dia ingat suami aku bersungguh nak buat HH jadi isteri, rupanya tidak. Mungkin HH ingat dah jumpa lelaki impian dia selepas tunggu 6 tahun, rupanya belum lagi.
9. Apa khabar suami aku sekarang?
Seperti nasihat pembaca sekelian, aku dah bahagi-bahagi tugas & ikuuuuuuut jek dia ke mana jua. Tiada lagi jogging & main futsal. Tiada lagi nak keluar malam lepak mamak. Sosial kat tempat kerja, cukup. Habis kerja, berhiburlah di rumah dengan anak bini. Aku duplicate WhatsApp dia di laptop aku (dengan pengetahuan suami ye).
Aku simpan password segala socmed yang suami ada. Nak pergi isi minyak kereta, nak basuh kereta, nak beli garam kejap pun aku ikut. Tiap-tiap bulan aku check bil telefon.
Bila ada suspicious number, aku tanya suami direct. Agak-agak tak larat, aku biar jek baju tak berlipat & mainan anak bersepah. Alhamdulillah, pandai pulak suami melipat & mengemas.
10. Apa khabar aku sekarang?
Dalam proses bertenang. Kurangkan stress pada diri sendiri yang konon nak jadi isteri solehah, ibu mithali sangat. Berhenti paksa diri nak semua benda sempurna. Sekarang ni apa-apa aku tulis kat diari & bagi suami baca. Aku nak suarakan tak puas hati, aku nak ungkit, semua aku luah.
Kalau cakap berdepan, risau ternaik suara & boleh jadi gaduh pulak. Aku usahakan supaya kami solat berjemaah untuk setiap waktu. Kalau ada tak puas hati, tak bertegur untuk 5minit jek. Salah sorang kena mengalah tegur dulu & buat pas4ngan gelak. Dan biasanya suami aku yang mengalah.
11. Apa khabar HH sekarang?
Aku pun tak pasti walaupun kami berjiran. Hahaha.. tapi aku contact sepupu dia sebagai langkah berjaga-jaga. Hari tu aku mintak sepupu HH screenshot IG HH dan aku nampak HH post masak asam pedas ikan & tiru caption IG aku (IG aku memang set public).
Aku tak tahu apa tujuan HH, tapi aku malas nak fikir. Asalkan HH stop kacau suami aku, sudah. Aku hafal nombor plet kereta HH. Kalau tempat kerja HH tu memang aku tahu sangat, bila-bila masa boleh pergi. Aku kenal pasti kawan-kawan baik HH, tapi aku tak kacau lah. Just in caase perlu contact, aku dah ada nombor mereka.
Aku boleh kata, this is blessing in disguise. Ye, hati aku pecah. Tapi sekurang-kurangnya Allah uji aku dengan perempuan yang sedar diri & tak ganggu kami lagi lepas ditarbiah. Suami aku dah berubah & cuba jadi lebih baik.
Masa depan aku tak tahu & aku tak nak fikir sangat. Aku cuba untuk jaga semuanya dengan baik sekarang, semoga berakhir dengan perkara baik jugak.
Untuk yang diduakan, anda boleh pilih untuk mempertahankan, mengalah atau menerima orang kedua. Untuk aku, aku pilih untuk mempertahankan, dengan izin Allah aku berjaya. Semua terserah pada anda sebab anda yang menentukan hidup anda.
Terima kasih kepada yang membaca. Terima kasih kepada yang memberi pelbagai nasihat & idea untuk aku hadap masalah kami ni. Terima kasih jugak pada HH yang hadir dalam hidup kami untuk mengajar kami jadi manusia lebih baik.
Aku tak berani nak benci HH sangat sebab kami masih berjiran. Aku takut beria membenci, tiba-tiba Allah uji aku perlu minta bantuan HH ke kot anak aku skit, atau aku yang skit. Masa tu tak ada sesiapa kecuali dia sebagai jiran aku. Ya Allah.. seramnya. Yang paling aku tak nak, benci-benci nanti jadi sayang. Simpang malaikat 44.
Semoga kisah ini jadi pengajaran buat semua. Doakan kami bahagia, sampai syurgaNYA. InsyaAllah.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet.
Intan Farina, madu pun ape salahnye. sama2 membahagiakan tp klo ikut gaji pun xlepas nak tanggung. hmm xtaula samada diorang boleh bertahan bape lama macam tu. Jangan ada ikut jalan belakang udahle. penat hari2 nk jd FBI. suami redha x kat isteri..bahagia xdia Allah jela tau.
Sakinah Zulkifli, Tahniah puan sbb pilih utk bertahan. Terima kasih bg peluang kami yg bujang cuba selami kehidupan berumah tangga. Makin banyak membaca kadang makin down,tapi cuba positif sbb pegang 1 kata2 sahabat “hidup rumah tangga bukan bahagia sepanjang masa” semoga terus dipelihara hubungan puan & pas4ngan. Aamiin.
Lynda Lin, Perghh best btul cite tt ni. Tahniah sbb memilih utk menjadi positif wlaupun sush tp hasilnya berbaloi. Pucuk pangkal tt jd lembut hati sbb suami sendiri berubah. Alhamdulillah. Kalau masih miang ak rse xd maknanya nk berbalik semula kan.
Pape pn smoga ap yg jd ni jd pengajaran utk suami tt n tt jgak.. tuhan nk uji skit je tu utk kuatkan kembali ikatan rumahtgga tt. Smoga bahagia hingga syurga.
Nur Aira, Asyik kahwin . Crai. Mak mertua. Pak mertua. Keluarga 69 jer manjang. Saya ni yg xkawin lagi macam mana min. Muda lagi tau 24. Saya suka baca IIUM ni.
Tapi kisah rumahtangga je. Xde ke cerita pasal bisnes ke. Kemajuan islam ke. Yg berilmu sikit. Baca tadi ada sesetengah kata mcm KRT page dah. Share yg berilmiah la sikit. Ni dah macam diari pulak.
Dapur Kak Ros, Tarik nafas panjang2 dan lepaskan perlahan2.kosongkan minda.istigfar dan berkata Allah tetap ada.setinggi2 layang2 terbang tali nyer masih berada di dlm tangan kita.so lepaskan bukan buang.
Pasti puan akan tenang.kita berada dlm rumahtangga bukan dlm persidangan mahkamah.kebahgiaan dan ketenangan adalah dua perkara yg berbeza walaupun ia perkara yg baik.
Sarinah Hj Salleh, Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk awak mempertahankan. Ada yang x diberi peluang sebab suami kahwin senyap-senyap kat sempadan. X apa, lain org lain dugaanNya. Akak doakan semoga Mawar dan keluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.. selalu. Aamiin.
Khairul Kamariah, moga allah sentiasa kurniakan sis ketenangan…n jauh dr sifat syakwasangka terhadp HH n suami..pokok xkn bergoyang klu x ada angin yg bertiup..begitu juga la dgn hati n perasaan manusia..x kira lah dr segi sayang,cinta or benci pd seseorg..
bila pernah dikecewakn…
Akn ada rasa x percaya pada suami…itu yg pasti…cuma apa pun doalah moga suami btul2 insaf n btul2 berubah. moga sis terus tabah…bila kita dh bt yg terbaik utk suami semata2 utk dapat pahala dr allah..insy allah allah akn lindugi kita.
Ema Ri, Knapa bila pas4ngan kantoi dia jadi lebih baik ye?? Sebab nak cover kesilapan lalu ke? Mehh… Hati hncur, we may forgive but never be forgotten. Bagus la sis sentiasa berwaspada. For me, im just… Ambil pendekatan lantak kau la, itu kehidupan kau, aku tak nak masuk campur. Hmmmm
Syaidatina Hikmah, Mintak maaf cakap. Aku selalu sangat jumpa yg perangai pelik2 ni dr klgn tudung labuh, pak serban. Mcm mne lah org tak pndang serong. Penunggang agama diorg ni.
Tp tu lah..tu semua x boleh salahkan tudung labuh tu. Klau dah attitude nye buruk, pakai purdah pun buruk jgk. Cuma satu je lah nk kata, klu rase dah pakai tudung labuh, handsock bagai tlg lah tunjuk contoh yg baik pd kami yg biasa2 ni. Takde lah org pndang negatif. Silap hb ramai yg ikut jejak pkai tdung labuh.
Nur Suraya, Sebab tu kena biar laki kita busy buat kerja rumah sekali, jaga anak sama-sama. Kalau nak pegi dobi pun, kalau boleh bawak anak sekali. Nak main futsal, boleh je, sila bawa anak ya. Nak g ride? Boleh.. bawak anak skali… Haaa, gituuu.. xdela kita jaga anak sorang2, dia boleh berfoya-foya diluar. Nak g joging? Bolehhh, saya nak ikut skali. Takkan nak kuurus sorang2 kannn.. payah bawak anak? Ha, dok mereput menggemok kat rumah berdua.
Izzue Wana, HH pun, umur baru 36 tu. Ada kerja, ada kereta yg nak sondol suami orang tu desperate sangat ke. Kemain ramaiiii lelaki bujang, usaha la cari, buka ruang berkenalan, acah suci sangat konon nak mahalkan diri eh tersondol suami orang siap kena angkut tepi pantai tu pun tak boleh jugak la HH. Meroyan mengalahkan first wife, tp selalunya mcm tu la. Yg menyondol tu feeling lebih mcm kesayangan dia pulak kena rmpas, hmm.
Siti Fazila, Walaupun pjg tulisan ceritanya xboring baca smpai habis…kot kot kalau ada smbungan dr crita ni ok je aku tunggu. Semoga rumahtangga tt kekal bahagia selamanya. Buat jiran tt tu harap2 insaf la xganggu suami org lagi…carilah yg bujang atau duda ye tuk dijadikan suami.
Watie Rasid, Bak kata Umie Aida, mslimah di bawah lindungan kaabah gitew. Btw, initial nama saya dlm minit mesyuarat adalah ‘HH’ tapi tu bukan saya la ya. Lelaki macam suami awak tu saya pernah jumpa, tapi bujang. Konon nak “try”. Akhirnya saya yg merana kerana termakan harapan. saya hanya mampu doakan dia bahagia dan saya yakin saya juga boleh lebih bahagia dari dia. Aamiin.
Efa hamid, Adoi la ftnah ni memana pun ada. Dan sbb ni aku jenis menyombong dgn laki. Even laki kawan baik aku, xdak la sesuka hati mak tiri belah laki mak aku nak add fb nak inbox nak wasap bagai. Lagi nak bawak menyembang. Kalau pun kita xdak niat nak pangkah ke sailang kawan, mulut orang oii.. cepat benor berjalan nya.
Nur silah taslim, kita kena faham ramai d luar sana pki tudung labuh..pki pakaian mslimah dgn niat berbeza2… Mungkin dulu sksi dh tua berubah…mungkin berubah pemakaian kerana ikut kawan jd jgnlah kerana mereka pki tudung labuh…jubah kita dh cop mereka alim…sbb pderi pun pki tudung…..kedua jd isteri walaupun bahagia luar dlm jgn smpi tak ambik tahu hal somi….somi Allah anugerahkn akal y panjang dlm membuat penipuan dlm cita madu 3 pun kita boleh tgk mcmna….dan Alhamdullilah Allah bagi ujian nie bkn saja nk bg ujian pd somi, pd isteri dan pd org ketiga…
bila satu2 ujian itu Allah bg…Allah turunkn malaikat utk lihat reaction kita dgn masalah ini kerana Allah nk naikkn darjat sis….semoga selepas nie Allah dtgkn rahmat dan barakah dlm rumahtangga sis.
Sumber – Mawar (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Kisah Benar
10 thun kawin, pagi tu tiba2 laki aku nyatakan sesuatu kt aku dgn alasan aku ni asyik dgn hp je

Hai salam kepada semua pembaca. aku baru diceraikan .. alhamdulillah aku dilepaskan dengan cara baik. kisah bermula sehari sebelum raya baru2 ni pagi sebelum raya orang lain sibuk nak melemang Merendang Buat ketupat laki aku pulak pagi tu dok ketar kepala tegedk2 nak mintak kawin sorang lagi. sebagai seorang isteri.
sapa tak marah. Sapa tak kecewa. sapa tak sedih tiba2 tak ade angin tak ada ribut nak kawen.. Nak kawen dengan sapa.? bila kamu jumpa? kenal kat mana? langsung aku tak tau. bijaknya lelaki kan? 10 tahun percaya tiba2 hilang sekelip mata.. tak ada angin tak ada ribut. alasannya mudah. aku gila gadged.. aku tak layan dia.. aku tak jaga makan pakai.
tapi bila dipikirkan balik. Selama ini dia makan apa? Dia pakai baju apa? dia tidur atas apa? sapa yang buat semua tu? hantuuu kak limah ke? Dulu tak laki aku saiz x tapi sekarang ni dah jadi saiz XL. Ehh Sapa yang jaga? Hantu kak limah jugak ke ?
Aku kenal dia dari kosong sampai la sekarang. aku malas lah nak cakap dia pangkat apa.. dari susah sampai dah mula hidup senang. Dia tinggal aku macam tu je. sekelip mata Allah tarik semua dari aku.. aku mintak dia buat pilihan aku atau Dia. dia tak boleh nak buat keputusan.. dia tetap nak juga dengan yang sana. aku ambik jalan selamat aku tarik diri.. baru je sebulan benda ni jadi dan dengan mudah dan dengan sekali lafaz aku dilepaskan dengan talak 1… macam tu saja. Tak ada alasan kukuh lain.
Terbaru ni pula.. mak sedara bekas laki aku contac aku cakap bekas laki aku cakap pada sedara mara bila dia tak dak kat kem aku melayan jantan.. ya rabbi.. fitnah apakah itu? sepanjang sebulan aku kat kem dan kawan2 baik bkas laki aku banyak sangat tolong. Kawan baik dia.. bukan kawan baik aku.. dia kat mana masa tu. Dia abai aku seolah2 dah tak de ikatan.. mungkin orang lain boleh faham dan orang tau apa yang jadi bukan salah aku. tapi aku tak salahkan pon bekas laki aku tu.. mungkin pada mata dia..aku tak pandai jaga dia.
tapi pada aku. aku dah buat sehabis boleh.. lillahiitaaala aku buat semua benda Iklas untuk kamu. Walaupon kita dah tak dak apa2. aku tak simpan dendam. Yang jadi biar lahh. teruskan lah hidup macam biasa. Cuma agak susah untuk aku. sebab aku tak Punya apa2 mak abah pon dah lama pergi dulu.. pada yang merampas aku tak kisah awak nak kan suami aku.
Awak ada harta awak ada rupa awak ada segalanya.. perlu lagi ke nak kan suami orang. mula2 dulu aku pikir nak viral muka kamu tapi apa aku dapat. buang masa je. tau tak sebab apa aku tak nak jumpa kamu..
tak nak serang kamu.. walaupon kita dekat aku boleh sangat2 kalau nak buat… tapi jatuhlaa standart aku nak pegi jumpa orang macam kau.. bodh la aku kalu nak begaduh kerana seorang lelaki.. sebab tu aku ambil keputusan aku diam dan aku biar jee kamu dating depan2 mata aku..
aku tau dan aku nampak selalu. Berkali2 juga hancur bederai hati aku… rasa nak pengsan kat situ. Tapi aku kuatkan semangat.. aku tak duduk sorang2.. aku cari kawan2 aku. aku cari semangat aku balik. aku buat seolah2 tak dak apa yang jadi.. padahal dalam hati Allah saja yang tahu.. aku perempuan kamu pun perempuan sikit pon kamu tak jaga hati wanita lain.. kita Sama2 perempuan kak.. sepatutnya hormat perasaan orang lain.
Kalau nak pun sabar la. Tunggu selesai semuanya. ambik la. dating la ceruk mana kamu nak duduk. aku tak nak mendoakan yang buruk2 untuk kamu berdua. biar lah apa yang dah jadi jadikan pengajaran untuk diri aku sendiri. cuma pesanan untuk kamu. Mintak doa la pada tuhan…
supaya hidup kamu jangan merana macam aku bila satu hari benda yang sama jadi pada kamu atau anak2 kamu. baik kamu doa dari sekarang kak. Mintak kawan2 kamu tolong aminakan sekali. jaga2 kak sebab kifarah Allah ni selalunya cepat..
-
Malaysia3 years ago
“Kesalahan Ebit Lew bukan Melayu, Tak Faham Budaya Melayu” – Lando Zawawi
-
Malaysia3 years ago
Lando Zawawi Sekolahkan Ustaz Ebit Lew
-
Malaysia3 years ago
Dapat tahu Ustaz Ebit berhenti bagi sumbangan, Anak Pak Aq mula buka mulut
-
Malaysia3 years ago
Abu Syafiq bercadang nak buat Pertubuhan Ktip Derma, PU Amin masuk Komen. Kena Stepek
-
Malaysia3 years ago
“Hanya 50 kes baharu positif CoV-19, Perlis kini Zon Hijau CoV-19”
-
Malaysia3 years ago
Usahawan berjaya walaupun tanpa Dokumen Diri Lengkap
-
Malaysia3 years ago
“Malaysia kini berada dalam fasa Penyembuhan” – Dr Noor Hisham
-
Selebriti3 years ago
Suami Tiada Disisi Untuk Sambut Kelahiran Anak Kedua, Bella Pula Digelarkan Seperti Gemuk Macam ‘B4Bl’. Ini Respond Balas Bella Astillah