Connect with us

Politics

Ibu Tunggal Ini Merasakan Sesuatu Tidak Kena Kerana Dipenjara Kerana Gagal Mematuhi PKP. Ini Pendedahan Wanita Tersebut

Published

on

Apabila ibu tunggal B Lisa Christina pertama kali dihukum penj4ra 30 hari kerana mela4nggar perintah kawalan pergerakan (PKP), dia sudah bersedia dari segi mental untuk menjalani hukuman penuh kerana percaya undang-undang adalah sama untuk semua orang.

Bagaimanapun, apabila dia mula berbual dengan 37 banduan lain di Penj4ra Kajang, Lisa sedar ada sesuatu yang tidak kena.

“Dalam sel ada 38 orang, termasuk saya dan yang lain semua warga asing, wanita Indonesia. Saya satu-satunya rakyat Malaysia di sana.

“Mereka dijatuhi hukuman kerana (mel4nggar) PKP dan juga kerana tidak ada permit, tetapi hukuman penj4ra mereka lebih rendah berbanding saya (dikenakan hukuman) 14 hari. Saya telah dibuvli (oleh mereka dalam penj4ra).

“Hukuman terhadap saya paling tinggi dalam sel, itu sebabnya mereka tanya, kenapa Wanita Malaysia dipenj4ra 30 hari hanya kerana (mel4nggar) PKP?

“Orang ketawakan saya (dalam penja4ra), mereka kata saya seorang pembohong,” kata Lisa dalam satu sidang media di Pusat Khidmat Anggota Parlimen Batu, P Prabakaran hari ini.

Menurut Lisa, dia tidak tahu apa yang perlu diperkatakan kepada mereka kerana dia juga tidak tahu apa yang berlaku.

“Saya beritahu mereka mungkin ada sesuatu yang tak betul tapi mereka tidak percaya saya. Ia merupakan satu pengalaman buruk di sana,” katanya.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai pengalaman di penj4ra, Lisa berkata jika dia berbuat demikian, dia mungkin menangis kerana ia sangat traumatik.

Lisa dipenj4rakan selama lapan hari sebelum Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan dan menggantikan hukuman penjara dengan denda RM1,000 pada 29 April.

Selepas dia dibebaskan dari penj4ra, Lisa menjadi lebih marah dan tidak berpuas hati apabila mendapat tahu anak perempuan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan pasangannya hanya didenda RM800 bagi kesalahan yang sama.

Lisa sebelum ini menulis hantaran di Facebook mengenai rasa tidak puas hati terhadap hukuman denda terhadap Nurulhidayah Ahmad Zahid dan Saiful Nizam Mohd Yusoff yang disifatkan doubel standard.

Lisa berkata dia tidak bemaksud apa-apa selain menyatakan kemarahannya  dan mengatakan tidak mengenali siapa Ahmad Zahid sebelum itu.

“Saya marah pada masa itu, tak puas hati. Anak perempuan seorang Datuk hanya didenda RM800 bagi kesalahan yang sama seperti saya. Saya begitu marah.

“Oleh kerana saya fikir ini adalah undang-undang, ia sepatutnya berlaku adil kerana undang-undang untuk semua orang.

“Saya hanya kata apa yang saya rasa (dalam hantaran Facebook). Ia adalah dari hati saya. Saya hanya harap demi satu perkara, untuk keadilan saya. Saya ingin tahu apa yang salah,” katanya.

Lisa, yang bekerja dalam bidang pemasaran dan mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun, juga menceritakan apa yang berlaku pada hari dia ditangkap pada 12 April.

Katanya, dia pergi ke kedai di tingkat bawah flat tempat dia menyewa bilik untuk membeli minuman botol.

Apabila dia meninggalkan kedai, dia ternampak teman serumah dan rakan sekerjanya yang juga seorang lelaki warga Indonesia dan mendekatinya untuk memberinya salah satu minuman botol tersebut.

Kata Lisa, selain itu terdapat dua lagi lelaki turut mengenali teman serumahnya dan mereka mendekati beliau, sebelum mereka ditahan oleh pihak polis.

Sumber : Malaysiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Politics

Selepas Isteri Lim Guan Eng Pulang Dari Pejabat SPRM, Ini Kata Kata LGE Kepada Isteri Dia

Published

on

By

Betty Chew Gek Cheng, isteri bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan dituduh di Mahkamah Butterworth di sini, Selasa ini.

Peguamnya, Lee Khai mengesahkan perkara itu ketika ditemui selepas meninggalkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, petang tadi.

“Beliau akan dituduh mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001,” katanya.

Difahamkan siasatan dilakukan berkaitan syarikat Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd.

SPRM menahan isteri bekas Menteri Kewangan itu pada jam 10.45 pagi, selepas hadir ke pejabat SPRM di sini.

Beliau membayar ikat jamin RM50,000 dan meninggalkan pejabat SPRM kira-kira jam 4.30 petang.

Lim Guan Eng Risau

Gek Cheng (depan), isteri kepada bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng ditemani anaknya Marcus Lim

Hati saya sangat pedih dan pilu apabila isteri saya Betty Chew ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia walaupun dia tidak ada kaitan dengan projek terowong mahupun apa-apa hal kerajaan.

Sedikit lega apabila dia telah dilepaskan daripada tahanan. Bimbang juga jika dia ditahan bermalam di lokap SPRM seperti saya semalam.

Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam), dan tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun dalam lokap. Sama ada ini satu bentuk pilih kasih atau tidak, hanya SPRM yang boleh menjawabnya.

Saya tidak hairan PN cuba menekan saya dengan tuduhan tidak berasas. Ini kerana kerajaan yang tidak dipilih rakyat ini perlu mengukuhkan majoriti tipis mereka di Parlimen. Tetapi untuk mereka menjadikan isteri saya sebagai sasaran, yang walaupun seorang peguam namun tidak pernah hidup dengan mewah, membuktikan bahawa mereka sanggup menyeksa jiwa tanpa perasaan belas kasihan.

Sumber : BHARIAN ONLINE / FB Lim Guan Eng

Continue Reading

Politics

Sesudah Subuh, Pelawak Mat Over Sudah Sampai Di Mahkamah Untuk Sokong Bossku Najib Razak

Published

on

By

“SAYA datang ke sini selepas solat Subuh tadi bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana mengenang jasanya kepada rakyat,” kata pelawak, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, dia datang awal kerana bimbang tidak dapat masuk jika berlaku kesesakan.

“Saya dari dulu memang penyokong Najib kerana beliau seorang yang dan ikhlas menolong rakyat.

“Sebab itu saya datang juga hari ini bagi menyatakan sokongan kepadanya, cuma apabila mengetahui Najib dijatuhkan hukuman bersalah, saya agak tidak suka,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Wangsa Maju, Noriah Ibrahim berkata, dia amat sedih dengan keputusan mahkamah terhadap bekas Perdana Menteri itu.

“Saya memang penyokong setianya dari awal dan pondok keselamatan mahkamah ini menjadi saksi saya sentiasa ada di sini sejak dari awal Najib dituduh di mahkamah,” katanya.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib bersalah atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Sumber : HMETRO ONLINE

Continue Reading

Politics

Tak bagi muka dan tolak pelarian, Ismail Sabri minta UNCHR cari negara ketiga buat rohingya

Published

on

By

Kisah pelarian atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Rohingya bukan lah isu baru buat rakyat Malaysia. Kisah mereka ini mula menjadi hangat awal tahun lalu apabila kemasukan mereka secara haram ke Negara ini semakin mendadak saban hari.

Boleh dikatakan Malaysia menjadi tumpuan utama untuk mereka mendarat menerusi jalan laut. Jumlah pelarian Rohingya juga dilaporkan semakin meningkat apabila dikhabarkan mereka telah mewujudkan penempatan tersendiri di beberapa tempat dalam Negara ini.

Merasakan kemasukan mereka secara besar-besaran membawa beban kepada Negara, Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa Malaysia tidak akan lagi menerima pelarian tersebut.

Perkara ini turut diluahkan menerusi laman Facebook Ismail Sabri sendiri pada beberapa jam yang lalu. Menurutnya, pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNCHR) perlu mencari negara ketiga lain untuk pelarian Rohingya.

UNCHR PERLU SEDIAKAN PELAN JANGKA SEDERHANA DAN JANGKA PANJANG

Malah, mereka juga perlu menyediakan pelan jangka sederhana dan jangka panjang agar isu pelarian Rohingya di Malaysia ini tidak berpanjangan dan menjadi suatu beban lain.

“Kunjung hormat oleh Mr. Thomas Albrecht, wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNCHR). Perbincangan kami khusus mengenai pelarian Rohingya di Malaysia.”

“Saya maklumkan Malaysia tidak boleh menerima kehadiran pelarian Rohingya lagi. Saya meminta beliau mencari Negara ketiga untuk menerima pelarian Rohingya di Malaysia.”

“Saya juga meminta beliau menyediakan pelan jangka sederhana dan jangka panjang untuk selesaikan isu Rohingya di Malaysia.” Kongsi Menteri Kanan Keselamatan lanjut.

RAKYAT SETUJU KEPUTUSAN KERAJAAN

Keputusan yang dibuat oleh Ismail Sabri dan pihak kerajaan disambut baik oleh warganet. Mereka dilihat bersetuju dengan keputusan kerajaan yang mana tidak lagi berlembut atau pun memberi muka kerana apa yang ada kini sudah jadi menjadi suatu masalah untuk orang ramai.

Apa pun, sebagai manusia sama-sama lah kita doakan agar bangsa Rohingya mendapat pembelaan dan dapat hidup aman damai di bumi sendiri kelak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Popular