Politics
Ingat Tun Mahathir Kena Pecat Rupanya Orang Lain Yang Akan Dipecat. Siapa Yang Akan Dipecat Didedahkan Oleh Tun Mahathir

“SAYA sekarang di Ibu Pejabat Bersatu, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat.”
Itu ciapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Twitternya dipercayai berkaitan isu pemecatan sebagai ahli Bersatu, semalam.
Selain Dr Mahathir, beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat tiba di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, jam 3.30 petang tadi.
Dr Mahathir dipercayai datang ke Ibu Pejabat Bersatu untuk berdepan dengan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dijadual mengadakan sidang media di lokasi sama jam 4 petang.
Sementara itu Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditemui di perkarangan bangunan Yayasan Selangor enggan mengulas lanjut.
Tun M nak pecat Muhyiddin Sebenarnya
TUN Dr Mahathir Mohamad akan membawa isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Katanya perkara itu akan dilakukan menerusi mesyuarat berkenaan.
“Kita memang nak pecat dia, tapi saya kena tunggu Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT),” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Bersatu hari ini.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin sepatutnya mengadakan sidang media di lokasi sama pada 4 petang tadi berhubung isu semasa Bersatu sebelum kemunculan secara tiba-tiba Dr Mahathir.
Berikutan perubahan itu, difahamkan, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri bergerak ke sebuah hotel di ibu negara.
Sidang media Dr Mahathir itu turut dihadiri Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Dr Mahathir berkata, banyak perkara salah dilakukan Muhyiddin sejak kebelakangan ini terutama membabitkan pemberian jawatan kepada ahli Umno yang menyertai Bersatu.
“Parti sudah buat keputusan bahawa orang Umno yang masuk Bersatu mesti melalui satu proses.
“Orang Umno tidak boleh pegang apa-apa jawatan. Apa yang dibuat oleh Muhyiddin adalah salah,” katanya.
LIVE: Dr Mahathir, supporters at Bersatu HQ
Sumber : HMETRO ONLINE
Politics
Selepas Isteri Lim Guan Eng Pulang Dari Pejabat SPRM, Ini Kata Kata LGE Kepada Isteri Dia

Betty Chew Gek Cheng, isteri bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan dituduh di Mahkamah Butterworth di sini, Selasa ini.
Peguamnya, Lee Khai mengesahkan perkara itu ketika ditemui selepas meninggalkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, petang tadi.
“Beliau akan dituduh mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001,” katanya.
Difahamkan siasatan dilakukan berkaitan syarikat Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd.
SPRM menahan isteri bekas Menteri Kewangan itu pada jam 10.45 pagi, selepas hadir ke pejabat SPRM di sini.
Beliau membayar ikat jamin RM50,000 dan meninggalkan pejabat SPRM kira-kira jam 4.30 petang.
Lim Guan Eng Risau
Hati saya sangat pedih dan pilu apabila isteri saya Betty Chew ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia walaupun dia tidak ada kaitan dengan projek terowong mahupun apa-apa hal kerajaan.
Sedikit lega apabila dia telah dilepaskan daripada tahanan. Bimbang juga jika dia ditahan bermalam di lokap SPRM seperti saya semalam.
Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam), dan tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun dalam lokap. Sama ada ini satu bentuk pilih kasih atau tidak, hanya SPRM yang boleh menjawabnya.
Saya tidak hairan PN cuba menekan saya dengan tuduhan tidak berasas. Ini kerana kerajaan yang tidak dipilih rakyat ini perlu mengukuhkan majoriti tipis mereka di Parlimen. Tetapi untuk mereka menjadikan isteri saya sebagai sasaran, yang walaupun seorang peguam namun tidak pernah hidup dengan mewah, membuktikan bahawa mereka sanggup menyeksa jiwa tanpa perasaan belas kasihan.
Sumber : BHARIAN ONLINE / FB Lim Guan Eng
Politics
Sesudah Subuh, Pelawak Mat Over Sudah Sampai Di Mahkamah Untuk Sokong Bossku Najib Razak

“SAYA datang ke sini selepas solat Subuh tadi bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana mengenang jasanya kepada rakyat,” kata pelawak, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.
Menurutnya, dia datang awal kerana bimbang tidak dapat masuk jika berlaku kesesakan.
“Saya dari dulu memang penyokong Najib kerana beliau seorang yang dan ikhlas menolong rakyat.
“Sebab itu saya datang juga hari ini bagi menyatakan sokongan kepadanya, cuma apabila mengetahui Najib dijatuhkan hukuman bersalah, saya agak tidak suka,” katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Wangsa Maju, Noriah Ibrahim berkata, dia amat sedih dengan keputusan mahkamah terhadap bekas Perdana Menteri itu.
“Saya memang penyokong setianya dari awal dan pondok keselamatan mahkamah ini menjadi saksi saya sentiasa ada di sini sejak dari awal Najib dituduh di mahkamah,” katanya.
Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib bersalah atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.
Sumber : HMETRO ONLINE
Politics
Tak bagi muka dan tolak pelarian, Ismail Sabri minta UNCHR cari negara ketiga buat rohingya

Kisah pelarian atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Rohingya bukan lah isu baru buat rakyat Malaysia. Kisah mereka ini mula menjadi hangat awal tahun lalu apabila kemasukan mereka secara haram ke Negara ini semakin mendadak saban hari.
Boleh dikatakan Malaysia menjadi tumpuan utama untuk mereka mendarat menerusi jalan laut. Jumlah pelarian Rohingya juga dilaporkan semakin meningkat apabila dikhabarkan mereka telah mewujudkan penempatan tersendiri di beberapa tempat dalam Negara ini.
Merasakan kemasukan mereka secara besar-besaran membawa beban kepada Negara, Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa Malaysia tidak akan lagi menerima pelarian tersebut.
Perkara ini turut diluahkan menerusi laman Facebook Ismail Sabri sendiri pada beberapa jam yang lalu. Menurutnya, pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNCHR) perlu mencari negara ketiga lain untuk pelarian Rohingya.
UNCHR PERLU SEDIAKAN PELAN JANGKA SEDERHANA DAN JANGKA PANJANG
Malah, mereka juga perlu menyediakan pelan jangka sederhana dan jangka panjang agar isu pelarian Rohingya di Malaysia ini tidak berpanjangan dan menjadi suatu beban lain.
“Kunjung hormat oleh Mr. Thomas Albrecht, wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNCHR). Perbincangan kami khusus mengenai pelarian Rohingya di Malaysia.”
“Saya maklumkan Malaysia tidak boleh menerima kehadiran pelarian Rohingya lagi. Saya meminta beliau mencari Negara ketiga untuk menerima pelarian Rohingya di Malaysia.”
“Saya juga meminta beliau menyediakan pelan jangka sederhana dan jangka panjang untuk selesaikan isu Rohingya di Malaysia.” Kongsi Menteri Kanan Keselamatan lanjut.
RAKYAT SETUJU KEPUTUSAN KERAJAAN
Keputusan yang dibuat oleh Ismail Sabri dan pihak kerajaan disambut baik oleh warganet. Mereka dilihat bersetuju dengan keputusan kerajaan yang mana tidak lagi berlembut atau pun memberi muka kerana apa yang ada kini sudah jadi menjadi suatu masalah untuk orang ramai.
Apa pun, sebagai manusia sama-sama lah kita doakan agar bangsa Rohingya mendapat pembelaan dan dapat hidup aman damai di bumi sendiri kelak.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
-
Malaysia9 months ago
“Kesalahan Ebit Lew bukan Melayu, Tak Faham Budaya Melayu” – Lando Zawawi
-
Malaysia9 months ago
Lando Zawawi Sekolahkan Ustaz Ebit Lew
-
Malaysia9 months ago
Dapat tahu Ustaz Ebit berhenti bagi sumbangan, Anak Pak Aq mula buka mulut
-
Malaysia9 months ago
Abu Syafiq bercadang nak buat Pertubuhan Ktip Derma, PU Amin masuk Komen. Kena Stepek
-
Malaysia9 months ago
“Hanya 50 kes baharu positif CoV-19, Perlis kini Zon Hijau CoV-19”
-
Malaysia9 months ago
Usahawan berjaya walaupun tanpa Dokumen Diri Lengkap
-
Malaysia9 months ago
“Malaysia kini berada dalam fasa Penyembuhan” – Dr Noor Hisham
-
Dalam Negeri9 months ago
PM Kata 20 Orang Boleh Ziarah Waktu Hari Raya. Hari Ini DG Noor Hisham Jelaskan Maksud Sebenar 20 Orang Tersebut Dan Rupanya Ramai Yang Salah Sangka