Connect with us

Uncategorized

Janna Nick Masuk Hospital, Beliau Beritahu Sakit Apa Dan Ianya Amat Serius

Published

on

PELAKON Janna Nick dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya sejak Khamis lalu akibat mengalami masalah radang usus.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, bagaimanapun memaklumkan dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad namun masih dalam proses pemulihan.

“Sudah dibenarkan pulang namun masih dalam proses pemulihan,” katanya.

Janna berkongsi keadaannya di laman Instagram miliknya berserta beberapa foto ketika dia terbaring di atas katil wad.

Suami aktres itu, Dini Schatzmann turut dilihat menemani Janna sepanjang berada di wad.

Janna masih dalam tempoh pulih selepas dibenarkan pulang.

Sementara itu, Dini ketika dihubungi mStar memaklumkan Janna berada dalam keadaan baik.

“Dia okey sekarang,” ujarnya ringkas.

Perkongsian Janna di Instagram itu turut menerima komen rakan-rakan artis yang mendoakan dia segara pulih.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Uncategorized

Shuib Keluar Berjalan Satu Keluarga Tapi Ada Sesuatu Yg Netizen Perasan Dan Terus Tegur Shuib

Published

on

By

Hantaran dimuat naik oleh Shuib semalam mengundang pelbagai respon dan komen daripada warganet selepas dia berkongsi video meluangkan masa bersama keluarga.

Menerusi rakaman itu, Shuib bersama isterinya, Watie membawa tiga anak mereka keluar berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah.

Namun begitu, ada pula sesetengah individu yang mengkritik pasangan itu tidak memimpin tangan anak dan membiarkan Uwais menolak stroller adiknya.

Bagaimanapun, segelintir warganet berpendapat perkara itu tidak perlu dijadikan isu atau diperbesarkan dan biarkan sahaja keluarga tersebut dengan cara mereka.

komen

Sementara itu, Watie yang menyedari hal itu telah membalas komen negatif warganet menerusi caption gambar dimuat naik olehnya di Instagram.

RESPOND WATIE

watie

Kalau keluar tu 5 jam, tapi sebenarnya 5 minit je pun daddy pegang tangan mommy. So aunty dan uncle sekalian janganlah risau.”

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber : BeautifulNara

Continue Reading

Uncategorized

Dulu Menyanyi Rap Sekarang Jadi ADUN. Ini Perkara Pertama Yang Altimet Akan Buat

Published

on

By

SELEPAS menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), penyanyi rap Altimet memulakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor pada Ahad.

Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, cukup bersemangat untuk bersama rakyat yang telah turun mengundi meskipun bertungkus-lumus menjalankan kempen sebelum PRN berlangsung pada Sabtu.

Melihat masjid dan rumah ibadah lain sebagai kawasan tumpuan ramai, Altimet yakin majlis agama antara salah satu kaedah terbaik untuk dia mendekati rakyat.

Altimet mahu dekati pelbagai golongan masyarakat.

“Kerja bermula hari ini. Pukul 6 pagi, Masjid Taman Kosas. Semangat!

“Antara perancangan saya adalah ke arah itu (program agama). Kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan komuniti. Perlu sentuh dan prihatin terhadap semua golongan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Altimet sebelum itu berkongsi serangkap pantun mengajak orang ramai ke masjid berkenaan selepas namanya diumumkan menang bagi DUN Lembah Jaya.

Berkesempatan berjumpa penduduk sekitar kawasan masjid, Altimet sudah menerima beberapa maklum balas yang perlu diberi perhatian kelak.

Justeru baginya tiada istilah rehat panjang selepas diberi tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum perkara tersebut.

altimet 7

“Apa pun kena tunggu upacara angkat sumpah dahulu untuk teruskan kerja. Selangor pun masih cuti umum esok (Isnin),” ujarnya.

Syukur atas kemenangan sebagai Adun, penyanyi lagu Amboi ini juga sedar namanya kini terus menjadi perhatian dalam arena politik.

“Syukur dan teruja dengan tugas yang diberikan ini. Sekarang tugas saya lebih besar dan perlu lakukan dengan betul.

“Saya sedia menjalankan tanggungjawab ini,” jelasnya.

Dalam PRN kali ini Altimet bertanding menentang calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslziah Syed Ariffin.

Altimet mendapat undian sebanyak 26,172 undian dengan majoriti sebanyak 6,320.

Manakala Sharifah Haslziah mendapat 19,852 undian.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading

Uncategorized

Caprice Nak Beri Hadiah Kepada Peminatnya Sempena Selesai Kes Mahkamah. Hadiah Bukan Biasa Biasa Rupanya

Published

on

By

Penyanyi rap sensasi, Caprice mencari pengikut bertuah di Instagramnya untuk dihadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan sempena kes saman fitnah antaranya dengan ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal selesai secara baik hari ini.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, berkata, hadiah tersebut adalah Kia Sportage miliknya yang akan diberikan secara percuma kepada seorang pengikutnya.

“Siapa-siapa nak kereta lama cap (Caprice), komen dekat bawah ‘saya nak kete! (kereta), masuk Telegram cap link (pautan) dekat ‘bio’ dan bagi tahu nak kita buat cabutan bertuah atau pertandingan? Insya-Allah,” tulisnya pada ruangan kapsyen video yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi.

Menurut Caprice, dia tidak lagi mahu melihat kenderaan tersebut dan tekad untuk memberikan kepada pengikutnya.

Bagaimanapun, menurut Caprice kenderaan tersebut kini sedang diguna oleh adiknya, namun dia telah memaklumkan untuk mengambilnya kembali menerusi satu panggilan telefon yang dibuat.

“Assalamualaikum adik. Dengar sini, saya perlu kereta saya semula. Saya dah boleh nak terus jaga.

“Tak apa saya belikan awak (adik) kereta baharu. Kereta Perodua Myvi pun okey,” katanya ketika menghubungi adiknya.

Sementara itu, menerusi hantaran lain di Instagram Caprice, dia sempat meninggalkan pesanan ringkas kepada bekas isteri SM Faisal, Emilia Hanafi supaya munculkan diri sekiranya telah meminta bantuan orang.

“Salam Emelia, lain kali nak minta tolong orang, jangan tiba-tiba tak boleh hadir,” tulisnya.

Hantaran itu turut disertakan dengan gambar Emilia dalam keadaan lebam dan cedera.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Caprice dan SM Faisal sudah berdamai dan penyanyi rap sensasi itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan tersebut sekali gus menyelesaikan kes saman antara kedua-dua mereka.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Continue Reading

Popular