Connect with us

Selebriti

Pengurus Fazura ‘Pecah Lobang’ Jantina Anak Dalam Kandungan Fazura

Published

on

Pengurus kepada pelakon cantik Fazura, Iman Tang, memberi bayangan aktres tersebut bakal menimang cahaya mata lelaki Oktober ini.

Perkongsian tersebut dimuat naik Iman menerusi laman sosial Instagram (IG)nya selepas memenuhi jemputan makan malam bersama Fazura.

Iman turut memberitahu status terkini Fazura dan yang hampir memasuki usia enam bulan dalam keadaan sihat.

“Syukur Alhamdulillah Mommy and baby sihat walafiat, dan selepas diskusi dengan mommy @missfazura semalam kita berjaya “convinced and signed” soon to be born Baby to be a supporter for Liverpool FC.. Hooray!!

“Sebelum Daddy dia @fattahaminz minta dia support for Man Utd., kita awal2 hijack dulu.. hehe,” tulisnya.

Bagaimanapun Iman ketika dihubungi Gempak berkata, dia memuat naik posting tersebut adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada Fazura.

Tambahnya lagi, disebabkan posting tersebut ramai yang menyangka Fazura benar-benar akan menimang bayi lelaki.

“Ramai yang telefon dan bertanya betul ke Fazura akan dapat baby boy? Lagi-lagi bila saya masukkan dua nama pasukan bola sepak gergasi Eropah kata dalam tu kan?

“Sebenarnya saya dah ‘booking’ baby Faz untuk jadi penyokong Liverpool tak kiralah dia lelaki atau perempuan.

“Fazura dan Fattah sendiri belum tahu jantina bayi mereka sebab bulan depan baru mereka akan buat check-up untuk tujuan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Fazura sebelum ini memberitahu dia dan suami memilih untuk tidak membuat apa-apa pengumuman sehingga bayi

“Tak perlu teka baby lelaki atau perempuan ok semua? Kami sebagai parents to be pilih untuk tak buat apa-apa pengumuman sehingga baby lahir,” tulisnya di IG Story miliknya minggu lalu.

Dalam pada itu, pelakon filem J Revolusi turut berharap agar semua pihak mendoakan kesihatan dirinya dan dipermudahkan urusan bersalin nanti.

“Mohon doakan baby sihat dan Faz selamat melahirkan nanti. Itu harapan utama kami. Sayang semua,” tulisnya lagi.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selebriti

Ada Sesuatu Yang Menjadi Bualan Netizen Tentang Gambar Kamal Adli Dan Uqasha Senrose

Published

on

By

Pelakon Uqasha Senrose mengucapkan terima kasih kepada seorang jejaka yang sudi membuat kejutan untuk hari jadinya.

Uqasha memberitahu sambutan itu sangat istimewa apabila ia diadakan di atas bumbung sebuah banggunan bersama dekorasi oleh jejaka yang tidak dinyatakan namanya.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seseorang dan tiga orang rakannya untuk melakukan ‘set up’ buat kejutan hari jadi saya.

“Sangat comel dengan lilin di merata tempat dan ini pertama kali hari jadi saya di sambut di atas bumbung (roof top).

“Apa yang menariknya, dia (jejaka tersebut) sendiri yang masak semua ini meskipun mengenalinya dia tidak pandai masak.

“Bukan tu sahaja, kek hari jadi ini pun dia yang tempeh…I feel so special!” katanya.

Uqasha meluahkan perasaannya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto-foto sepanjang sambutan hari jadinya.

Meskipun Uqasha tidak menyatakan nama atau gerangan jejaka yang istimewa itu, namun rata-rata netizen sudah mula membuat andaian yang lelaki itu adalah Kamal Adli iaitu lelaki yang dikaitkan dengannya baru-baru ini.

“Aloloo Kamal is so sweet.

“Sweet lah Kamal!

“Semoga korang bertemu jodoh,” komen antara peminatnya.

Uqasha dan Kamal dikhabarkan kembali bercinta selepas sering dilhat bersama baru-baru ini.

EDIT GAMBAR SAMPAI BENGKOK LILIN? ANDA NILAIKAN

Kecoh di media sosial instagram dan Twitter dimana sekeping gambar Uqasha Senrose dikatakan telah diedit. Kesan edit dikatakan nampak ketara apabila lilin di atas kek harijadi Uqasha boleh bengkok.

Disini kami pamerkan 2 keping gambar dan anda nilaikan sendiri.

GAMBAR YANG DIKATAKAN EDIT

GAMBAR LAIN 

Jadi bagaimana? .. Kalau edit pun tiada masalah, biasalah tu kan huhu! Kita sangka baik jela, munkin lilin tu memang boleh dibengkokkan..

Sumber : GEMPAK / IG Uqasha Senrose

Continue Reading

Selebriti

Sajat Kantoi Nampak Selulit Masa Tengah Berbikini. Ini Komen Balas Sajat Bila Orang Tanya Kenapa Ada Selulit

Published

on

By

Usahawan kosmetik popular, Nur Sajat Kamaruzzaman sekali lagi mengundang perhatian netizen apabila memuat naik sepotong video dia menari dengan hanya mengenakan bikini.

Video itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Menerusi video berdurasi sekitar 15 saat itu, Sajat dilihat menari sambil menggayakan bikini berwarna hijau.

“TikTok jap uols,” katanya ringkas sebagai kapsyen.

Video berkenaan kemudian telah mendapat kecaman ramai apabila beberapa netizen menganggap ianya agak keterlaluan dan seksi.

Malah, tidak kurang juga yang mencari kekurangan Sajat dengan meninggalkan komen berbaur penghinaan seperti menegurnya mempunyai banyak selulit.

SAJAT RESPOND PASAL SELULIT

Pakai Bikini Tapi Ada Selulit? Ini Jawapan Balas Sajat!  

Tidak melatah dengan hinaan tersebut, Sajat tampil membalas komen berkenaan.

“Normal lah kalau ada pun, bangga” katanya.

Anda boleh lihat antara komen ‘nakal’ netizen di bawah.

Sajat Mengadu Pada Mak Ayah

Selepas terima banyak kecaman posting berbikini, Sajat muat naik satu lagi status dan kali ini dia mengadu pada mak ayah dia.

Siapa kutuk saya,saya bagi tahu kat mak ayah saya…makkk ayahhh
Tengok ini!!! Ada org kacau sajat!

Maaf video tidak dapat kami paparkan. Sekiranya anda ingin melihat video sajat berbikini sila ke instagram rasmi Sajat.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Continue Reading

Selebriti

Artis Big Stage, Dinda Permata Ceritakan Bagaimana Nak Hadap Isu Perceraian Ibu Bapa

Published

on

By

Penyanyi kelahiran program realiti Big Stage, Dinda Permata menasihati golongan ibu bapa yang sudah bercerai untuk tidak memaksa anak-anak mereka menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

Ini kerana, menurut Dinda, perceraian ibu bapa itu juga turut meninggalkan kesan mendalam terhadap anak-anak yang menjadi mangsa pergolakan rumah tangga.

“Buat ibu bapa sekalian, jangan memaksa anak untuk menerima keadaan yang baru, sebab apa? Sebab luka kami, trauma kami, tidak semudah itu hilang.

Sebagai 'Mangsa' Perceraian Ibu Bapa, Ini Nasihat Dinda Permata...

“Kami lahir melihat kedua orang tua kami cintai, menjadikan kalian cinta pertama kami, tapi tiba-tiba kalian memutuskan untuk berpisah itu sangat melukakan kerana harus memilih dua orang yang amat kami cintai.

“Dan tiba-tiba, harus mengikhlaskan kalian menikah lagi dan kami menerima orang baru, itu juga satu luka. Ibu, ayah, jangan salahkan kami ketika kami tidak boleh menerima pasangan baru kalian,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dinda terpanggil untuk meluahkan hal tersebut selepas menerima mesej peribadi daripada pengikutnya di Instagram yang meluahkan rasa sedih selepas menjadi mangsa penceraian ibu bapa seperti yang pernah dilaluinya sendiri sebelum ini.

Katanya, sebagai ibu bapa, merekalah yang berperanan untuk menawan hati anak-anak semula selepas membiarkan anak-anak terheret sama dalam episod luka tersebut.

“Daripada kalian memaksa kami (untuk terima) kenapa kalian tidak berusaha lebih keras menjadikan pasangan kalian dekat dengan kami, menjaga hati kami, merebut hati kami dan kalian lebih berusaha mendengarkan setiap keluhan kami, kerinduan kami seperti kami yang selalu berusaha keras menutup luka kami perlahan-lahan,” coretnya.

Begitupun, pada masa sama, nasihat Dinda, sebagai anak, jangan terlalu menyalahkan ibu bapa yang gagal menjaga keharmonian perhubungan mereka sebagai pasangan suami isteri.

“Yakinlah ibu bapa kita pun tidak pernah menginginkan perceraian jika semuanya berjalan dengan baik.

“Ambil hikmahnya untuk kita belajar, kita pernah merasakan sakitnya daripada perpisahan ibu bapa, jadi baiknya kita berusaha untuk membina sebuah keluarga yang bahagia untuk anak-anak kita kemudian hari,” pesannya.

Posting tersebut kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang turut bersetuju dengan apa yang diluahkan Dinda itu.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading

Popular