Connect with us

Dalam Negeri

Jika Sebelum Ini Tidak Boleh, Kali Ini Jika Suami Rindu Isteri Dibenarkan Rentas Negeri

Published

on

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan memberikan kelonggaran kepada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi berjumpa keluarga.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata permohonan untuk melakukan perjalanan itu boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan.

Keputusan itu dibuat susulan terdapat pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja, sebagai contoh suami bekerja di Perlis, manakala isteri di Johor.

“Disebabkan larangan perjalanan rentas sempadan negeri, ada suami yang sudah tak berjumpa anak dan isteri selama dua bulan.

“Jadi, saya nak mengumumkan kita berikan kelonggaran kepada pasangan suami atau isteri ini untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga,” kata beliau dalam perutusan khasnya, hari ini.

Muhyiddin berkata, bagi perjalanan rentas negeri di Sabah dan Sarawak, beliau meminta kerajaan negeri itu untuk memberikan kelonggaran yang sama.

Ramai buat perjalanan malam berbanding waktu siang

Keadaan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuala Lumpur agak lengang pada hari ketiga pelaksanaan kebenaran merentas negeri menerusi aplikasi Gerak Malaysia. Pemandu memilih untuk memulakan perjalanan masing-masing di sebelah petang atau selepas waktu berbuka puasa. - Foto BERNAMA

Pergerakan aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari arah utara dan selatan ke Lembah Klang mencatat pertambahan kenderaan pada waktu malam pada hari ketiga perjalanan rentas negeri.

Tinjauan BH bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), bermula jam 9 malam tadi mendapati jumlah kenderaan dari arah utara di lebuh raya PLUS dari arah Tanjung Malim ke Rawang seterusnya ke Sungai Buloh bergerak lancar dan terkawal.

Begitu juga dengan aliran trafik dari arah selatan masuk ke Lebuhraya PLUS ke Sungai Besi seterusnya ke ibu negara turut menunjukkan aliran trafik yang tinggi namun tiada sebarang kesesakan berlaku.

Bagaimanapun dalam tinjauan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ke arah Plaza Tol Gombak, suasana agak berbeza apabila laluan di situ agak lengang dengan jumlah kenderaan yang rendah.

Tinjauan udara dilakukan bersama Timbalan Komander (Operasi) PGU, Senior Asisten Komisioner Noor Sham Md Jani selaku kapten dibantu pembantu juruterbang, Asisten Superintendan Mohammad Firdaus Rosli serta Lans Korperal Nurfaseha Rahmat dan Lans Korperal Noorhayati Md Saad selaku pemerhati udara menaiki helikopter Agusta Westland AW139 bermula di Pangkalan PGU Subang, dekat sini.

Menurut Noor Sham, jumlah kenderaan agak banyak pada waktu malam berkemungkinan atas sikap pemandu yang lebih suka memandu pada waktu malam dengan keadaan cuaca lebih selesa berbanding siang.

Keadaan aliran trafik di Lebuhraya Utara- Selatan kelihatan terkawal ketika tinjauan udara bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari ketiga Pergerakan Rentas Negeri Bagi Pemohon Gerak Malaysia malam tadi. - Foto BERNAMA

“Mungkin juga ramai di antara pemandu yang memulakan perjalanan masing-masing pada waktu petang dan juga selepas selesai berbuka puasa.

“Walaupun ada pertambahan jumlah kenderaan pada waktu malam, namun secara keseluruhannya aliran trafik bergerak amat lancar dan tiada kesesakan lalu lintas dikesan. Cuaca yang baik pada malam ini juga turut menyumbang kepada kelancaran trafik,” katanya.

Selain di lebuh raya utama, tinjauan udara malam tadi turut meliputi laluan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur serta Putrajaya yang mana laluan-laluan di sekitar ibu negara dilihat mula menunjukkan jumlah kenderaan yang banyak berbanding semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

Noor Sham berkata, keadaan amat berbeza setelah kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei lalu, apabila bilangan kenderaan di beberapa laluan utama di ibu negara meningkat sedikit demi sedikit sehingga tengah malam, makala keadaan trafik di sekitar Putrajaya malam tadi agak lengang.

Selain tinjauan aliran trafik, PGU turut melakukan pemantauan daripada udara keadaan keselamatan secara keseluruhan.

Perjalanan rentas negeri menggunakan aplikasi Gerak Malaysia masuk hari ketiga, semalam dikhususkan kepada mereka yang bergerak dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang ke ibu negara.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dalam Negeri

Lelaki Ini Selamber Makan Kat Kedai Dengan Pakai Gelang Pink. Ini Kenyataan Dari PDRM

Published

on

By

Di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu telah ditahan oleh pihak polis kerana melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKKP).

Menerusi laporan Berita Harian, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan ketika sedang makan malam di sebuah restoran.

Pulang dari Sabah

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, lelaki tersebut telah mendapat arahan daripada KKM untuk menjalani kuarantin di rumah bermula semalam sehingga 16 Oktober ini. Namun, dia telah mengingkar arahan tersebut dan keluar makan di tempat awam.

Lelaki itu sudah menjalani ujian saringan COVID-19 selepas tiba dari Kota Kinabalu, Sabah dengan satu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) semalam dan keputusan ujian masih belum diterima.

Justeru kita tangkap dia kerana melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jangkitan penyakit COVID-19 mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Bejangkit 1988.

Tambah Arifai, proses reman terhadap lelaki tersebut bakal dijalankan hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Manakala, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sebarang perbuatan yang dilakukan menyebabkan merebaknya penyakit yang membahayakan kepada nyawa.

Patuh perintah kuarantin

Perbuatannya yang tidak mematuhi arahan menjalani kuarantin jelas boleh menggusarkan masyarakat sekitar. Justeru kita nasihatkan orang ramai supaya mematuhi perintah menjalani kuarantin seperti yang diarahkan pihak KKM bagi memastikan keselamatan mereka, keluarga mereka serta orang lain.

Ujar Arifai lagi, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar perintah kuarantin. Pada masa yang sama, orang awam boleh melakukan aduan sekiranya mereka ternampak mana-mana individu memakai gelang merah jambu.

Sumber: Berita Harian via Oh Bulan

Continue Reading

Dalam Negeri

Semalam Budak Darjah 3 Bawa Kereta Dan Sudah Ditangkap. Hari Ini Budak Lain Bawa Lori Pula, Ini Kenyataan Polis

Published

on

By

SEREMBAN – Selepas tular video seorang kanak-kanak Tahun Tiga memandu kereta di Rembau, muncul pula video seorang kanak-kanak memandu lori tangki dipercayai berlaku di Rantau di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, video berdurasi 1:18 minit yang memaparkan sorang kanak-kanak lelaki sedang mengalihkan lori itu tular menerusi aplikasi WhatsApp petang tadi.

Video kanak-kanak yang membawa lori dipercayai berlaku di Rantau, Negeri Sembilan. Lori yang dipandu kanak-kanak berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis kini sedang mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Berdasarkan video itu, kanak-kanak lelaki berkenaan memandu sebuah lori jenis Hino dan semakan mendapati ia berlaku di kawasan Rantau di sini.

“Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Said berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber : Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiriTerima kasih!

Continue Reading

Dalam Negeri

Menteri Ismail Sabri Jelaskan Kenapa Dia P0T0NG Kad Kredit. Ada Sebab Yang Penting Rupanya

Published

on

By

Dulu sebelum PKP munkin ramai rakyat tidak kenal siapakah Menteri yang bernama Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Sekarang rasanya hampir semua rakyat Malaysia kenal beliau. Selama berbulan bulan wajah beliau akan keluar di semua platform media pada tengah hari untuk memberi kita maklumat terkini tentang apa terjadi kepada negara apabila dilanda C0VlD19.

Hari ini beliau memuat naik satu posting di Facebook rasmi beliau, Ismail Sabri Yaakob untuk memberitahu satu posting yang tular sejak semalam.

Jelas kelihatan gambar yang diambil kelihatan beliau lebih muda. Jadi kenapa Ismail Sabri memotong kad kredit tersebut? Ini penjelasan beliau.

Foreigners must renew expired visas, says Ismail Sabri | The Star

Semalam banyak viral di media sosial. Sebenarnya peristiwa berlaku pada 2014.

HSBC London mengumumkan menutup semua akaun penyumbang kepada Palestin kerana mengaitkan pejuang Palestin sebagai kumpulan pengganas.

Ini merupakan satu ketidakadilan kepada perjuangan rakyat Palestin yang berjuang membebaskan negara mereka yang terjajah dengan sokongan kuasa besar dan menghalalkan kekejaman yang terus berlaku terhadap rakyat Palestin.

Pemotongan kad kredit HSBC itu merupakan satu simbolik penentangan saya terhadap tindakan tidak professional mereka yang menyokong kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Saya tahu tindakan itu tidak akan menghentikan kekejaman Israel kepada rakyat Palestin tapi sekurang-kurangnya saya dapat menzahirkan perasaan saya.

Ismail Sabri

Sejak dimuat naik ke laman Facebook, sebanyak 13 ribu tanda suka telah diterima dengan hampir 450 jumlah perkongsian.

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Popular