Connect with us

Semasa

“Kenapa babah tak sama dengan ayah orang lain? Boleh bawa jalan-jalan, main sama-sama.”

Published

on

KUALA TERENGGANU – “Kenapa babah tak sama dengan ayah orang lain? Boleh bawa jalan-jalan, main sama-sama.”

“Kenapa ALLAH buat babah sakit, kalau babah tidak sakitkan, senang Awfiyah hendak sentuh babah.”

Itu antara persoalan sering dilontarkan tiga beradik, Muhammad Aqif Rayyan, 7; Awatif Nur Adawiyah, 6 dan Awfiyah Nur Umairah, 4, yang menyentuh hati dan perasaan ibu mereka, Norhaspida Yatim, 34.

Hati wanita itu sebak apabila anak kecilnya sering dimarahi kerana menerpa dan menepuk badan ayah mereka, Azlan Bahrum, 36, yang menderita gout kronik iaitu penyakit membuatkan semua sendinya bengkak akibat lebihan asid urik.

“Sayu hati saya, dalam banyak-banyak hal saya boleh terima tapi bila saya dengar sendiri anak kecil saya sebut macam itu lepas kena marah, hati saya rasa sayu.

“Saya juga susah hendak menangis, tapi bila terkenangkan soalan yang macam-macam terkeluar dari mulut anak-anak, laju air mata ini mengalir,” luah Norhaspida kepada Sinar Harian hari ini.

Awfiyah Nur Umairah (kanan) dan kakaknya, Awatif Nur Adawiyah serta abangnya, Muhammad Aqif Rayyan bersama bapanya, Azlan di kediaman mereka setelah bapanya itu dibenarkan pulang dari hospital dua hari lalu.

Awfiyah Nur Umairah (kanan) dan kakaknya, Awatif Nur Adawiyah serta abangnya, Muhammad Aqif Rayyan bersama bapanya, Azlan di kediaman mereka setelah bapanya itu dibenarkan pulang dari hospital dua hari lalu.

Keadaan kesihatan Azlan yang semakin hari makin merosot menyebabkan beliau tidak mampu mempamerkan kasih sayang dan menunaikan tanggungjawab kepada anak-anaknya dengan sempurna sama seperti ayah lain.

“Anak kecil yang tidak tahu apa-apa, sejak lahir hingga seusia ini kurang mendapat perhatian dan kasih sayang ayah akibat kekangan kesihatan yang dialami sejak bertahun-tahun lamanya.

“Bayangkan, dia tidak berapa boleh pegang anak kecil apatah lagi dukung, takut terlucut, terlepas anak. Jadi, tiga-tiga anak saya yang uruskan seorang diri sejak dari bayi hingga kanak-kanak.

“Boleh kira dengan jari dia mandikan anak, pakaikan baju. Bukan dia tidak mahu tapi dia tidak mampu kerana penyakitnya itu.

“Tapi saya ‘tabik’ dalam keadaan sakit dia cuba sedaya mungkin untuk tolong saya, itu sikap yang ada pada dia yang saya benar-benar kagum,” katanya.

Awfiyah Nur Umairah mencium dahi ayahnya yang kini tidak mampu berjalan.

Awfiyah Nur Umairah mencium dahi ayahnya yang kini tidak mampu berjalan.

Norhaspida yang merupakan wartawan akhbar Sinar Harian Terengganu berasal dari Pahang mendirikan rumahtangga dengan Azlan, bekas jurugambar akhbar Utusan Malaysia lapan tahun lalu.

Wanita kecil molek berjiwa kental itu berkata, sewaktu mula-mula berkahwin suaminya memang ada penyakit gout namun beliau tidak menyangka ia seteruk ini.

“Sejak kahwin lapan tahun lalu hingga sekarang tiada hari yang dia tidak sakit, teruk dengan tidak teruk sahaja. Ada hari sakit sikit, ada hari sakit banyak (gout attack). Ada hari jem satu badan, waktu itu makan bersuap, kencing bertadah, macam yang berlaku sekarang ini.

“Saya pasrah dengan ketentuan ini, saya menerima ujian dan takdir ini walaupun awal-awal dulu hati ini sering memberontak,” katanya.

Umpama jatuh ditimpa tangga, selain gout kronik, Azlan yang berasal dari Perak kini turut dikesan mempunyai masalah buah pinggang tahap tiga ke tahap empat.

Beliau juga sudah tidak mampu bangun dan berjalan seperti biasa sejak 10 hari dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hanya terlantar di katil sambil memerhatikan anak-anaknya bermain sesama sendiri dalam rumah.

Menurut Norhaspida, tahap kesihatan suaminya semakin merudum sejak Utusan Malaysia ditutup pada September lalu dipercayai stres kerana hilang punca pendapatan.

“Sebelum ini saya pernah juga berdepan beberapa episod sakit dia yang teruk, ada sampai terlantar dua bulan di rumah waktu itu anak-anak kecil lagi, sebab healing crisis setiap kali cuba ubat untuk sembuhkan penyakit dia.

“Selama ini dia bergantung dengan ubat tahan sakit, mungkin sebab itu juga buah pinggang rosak. Selama dia bekerja, hampir setiap hari telan ubat tahan sakit sebab nak cepat baik.

“Kesannya sekarang buah pinggang dah tidak boleh terima lagi, doktor pun sudah tidak bagi dia makan ubat tahan sakit dan saya hanya mampu menunggu bila dia boleh bangun dan berjalan dengan baik.

“Kalau ubat, macam-macam jenis ubat, cakap sahaja ubat apa yang tidak pernah cuba. Hampir semua dia cuba setakat ini tapi tiada yang berhasil, ada yang memberikan kesan healing crisis yang dia sendiri tidak boleh hendak hadapi,” katanya.

Berbekalkan kudrat wanita, beliau terpaksa kuatkan semangat menjaga suaminya tanpa kehadiran keluarga tersayang kerana mereka tidak dapat datang melihat Azlan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghalang pergerakan merentas negeri.

“Mujurlah ada kawan-kawan media lelaki yang boleh angkat untuk mandikan dia, cuci najis dalam lampin pakai buang ketika di wad hospital sebelum ni.

“Rasa bersyukur sangat-sangat mereka banyak menolong. Kalau saya sorang dengan badan yang kecil ini memang tidak boleh hendak uruskan dia seorang diri,” katanya.
Gambar kenangan Norhaspida bersama suami dan anak-anak ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu.

Gambar kenangan Norhaspida bersama suami dan anak-anak ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu.

Selagi hayat dikandung badan, beliau akan bertahan dan terus menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri, ibu dan ketua keluarga hingga anak-anak besar serta boleh memahami situasi bapa mereka.

Norhaspida juga berdoa supaya ALLAH SWT menghilangkan kesakitan dan memberi kesembuhan buat suaminya agar anak-anak dapat merasai nikmat kasih sayang seorang ayah.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban mereka sekeluarga boleh menghulurkan sumbangan ke dalam akaun Maybank bernombor 114076071284 atas nama Azlan Bahrum.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Lepas Tular Jual Kasut Emas, Khalid Jamlus Buat Kontroversi Dengan Memberi Jawapan Kepada Wartawan Secara Kurang Sopan

Published

on

By

Nama Khalid Jamlus, bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia menjadi buah mulut orang ramai selepas ceritanya melelong kasut emas melalui live Facebook tersebar. Terbaru, Khalid sekali lagi menjadi perhatian apabila caranya menjawab soalan wartawan ketika satu sidang media semalam menjadi kritikan netizen.

Sikap Khalid keterlaluan

Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal mengambil inisiatif bertemu Khalid Jamlus menerusi sidang media.

Walaubagaimanapun, bukan pertemuan itu yang menjadi tumpuan, tetapi sikap Khalid menjawab soalan wartawan dengan cara sarkastik itu menjadi kritikan warganet.

Attitude kelaut

Ramai menganggap sikapnya itu agak keterlaluan apabila soalan berkaitan jawatan yang ditawar kepadanya mengundang pelbagai reaksi bagi yang menonton sidang tersebut.

Perkara ini membuatkan netizen berasa menyampah dengan gaya pertuturannya yang acuh tak acuh itu. Ramai meninggalkan komen di laman Twitter milik E_Blackbeard yang memuat naik potongan sedutan sidang media tersebut.

Bukan kerja hina pun

Hilang respect aku

Kau punya bongkak

Tak perlu nak berlagak

Sumber : E_blackbeard via OH BULAN

 

Continue Reading

Semasa

Kenapa Duit RM1 Susah Nak Masuk Tempat Bayar Parking Atau Mesin Air Tin. Ini Jawapannya

Published

on

By

Pernah tak anda mengalami situasi di mana ketika anda cuba membayar tiket parking, wang kertas RM1.00 tidak diterima? Biarpun dicuba beberapa banyak kali, mesin tersebut tetap enggan menerima wang kertas itu?

Ada yang menyangka situasi itu berlaku berkemungkinan disebabkan oleh keadaan wang kertas yang remuk, kotor, terlipat dan sebagainya.

Namun menurut wanita itu, adakalanya mesin bayaran tiket parking atau mesin jual air dan yang sewaktu dengannya tidak dapat menerima wang kertas RM1.00 kerana wang kertas tersebut mempunyai tandatangan Muhammad bin Ibrahim.

“Fakta menarik, sesetengah ‘vending machine’ tidak menerima RM1.00 anda kerana ia mempunyai tandatangan Muhammad bin Ibrahim. Ia hanya boleh menerima wang kertas yang ditandatangani oleh Zeti Aziz.

“Begitu juga dengan mesin bayaran tiket parking dan yang sewaktu dengannya. Anda mungkin mahu menyemak tandatangan gabenor jika wang kertas yang anda masukkan itu ditolak oleh mesin,” kata Aini yang berkongsi mengenai perkara itu di Twitternya.

Sementara itu, kebanyakan netizen selama ini menyangka kegagalan memasukkan wang kertas itu disebabkan keadaan wang kertas itu yang remuk atau rosak.

ANTARA SEBAB UTAMA

Sumber: @Nurfitriainii via The Reporter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Semasa

Gadis Ini Ceritakan 7 Bulan Tidak Berjumpa Dengan Suami Dan Sekarang Dia Sarat Mengandung 8 Bulan

Published

on

By

Pengacara Dayah Bakar mendedahkan sudah masuk tujuh bulan dia berjauhan dengan suami, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang ditugaskan ke Australia.

Kata Dayah, ia bukan satu tempoh yang mudah namun dia bersyukur kerana dikelilingi orang yang yang tidak putus memberi sokongan.

“Suami saya pergi Australia pada bulan Januari lalu jadi dah tujuh bulan kami berjauhan. Masa dia pergi usia kandungan saya tak sampai sebulan lagi. Sepatutnya saya dah pergi sana tapi disebabkan Covid-19 ini semuanya terpaksa ditangguh.

“Saya masih bekerja dalam fasa hamil ini memandangkan saya seorang yang sangat aktif. Bila saya sibuk bekerja, itu yang membuatkan saya gembira.

“Keluarga saya memang antara penyumbang sokongan paling tinggi dengan anak-anak saudara saya pun tinggal bersama.

“Apa yang penting selalu ingat Allah, itu adalah kunci segalanya. Kita tahu Allah bagi dugaan sebab kita mampu. Jadi sentiasa bersyukur kerana ada hikmah dengan apa yang berlaku. Banyakkan berzikir dan baca al-Quran.

Video di saat suami pergi

“Macam saya aktif dekat media sosial dapat juga sokongan daripada pengikut. Itu pun memainkan peranan. Mereka sama-sama mendoakan saya dan suami, itu buat saya tenang,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar berasa terharu dengan usaha suaminya membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka kali kedua.

“Sejujurnya saya tidak menangis tetapi terkejut. Masa tu saya keluar bila balik tetiba tengok dah ada kat bilik. Semestinya rasa terharu walaupun jauh suami saya masih buat kejutkan untuk saya. Ingatan itu dekat,” katanya lagi.

Dayah dan Hanif berkahwin pada 29 Jun 2018 selepas berkenalan sejak sekian lama dari bangku sekolah lagi.

Kini, Dayah sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan Ogos ini.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading

Popular