Viral
Rakyat Malaysia Ramai Marah Dengan Bros Gang Kerana Gadis Curang 20k. Bros Gang Beri Satu Kenyataan Yang Pasti Gegarkan Netizen Semua

Sebuah video ‘prank’ yang menunjukkan seorang gadis kantoi curang dengan teman lelakinya selepas ditawarkan RM20,000 telah tular di media sosial.
Malah, video tersebut telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen. Rata-rata netizen memberikan pendapat yang berbeza, ada yang tidak bersetuju untuk buat ‘prank’ seperti ini untuk menguji kesetiaan.
DiTawarkan 20K nak tengok Gf setia or tak pic.twitter.com/1zSENIKIHu
— kacang sweet (@peanutanisa) July 19, 2020
Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa wanita itu tersepit dan menerima tawaran wang tersebut untuk bina kerjaya sendiri. Malah, ada yang berpendapat wanita itu salah kerana menerima tawaran tersebut.
Setelah hampir seminggu video sosial eksperimen ‘Gold Digger Test’ yang menguji kesetiaan seorang gadis di muat naik di laman Youtube Bros Gang TV, video ini masih lagi hangat diperkatakan di rata-rata laman sosial. Ada yang memuji hasil kerja Bros Gang, tak kurang juga yang mengecam tindakan mereka itu kerana menganggap mereka sebenarnya hanya melagakan pasangan di dalam video ini dan hanya mahukan ‘viewers’.
Disebabkan terlalu ramai yang mengecam dan inginkan penjelasan, Harif dan Aniq dari pihak Bros Gang TV terpanggil untuk memberi penjelasan dengan memuat naik satu video di laman sosial rasmi Instagram mereka @brosgang.tv.
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan jalan cerita video sosial eksperimen tersebut kerana menganggap mereka memaksa perempuan itu untuk curang dengan pasangannya. Mengulas lanjut tentang penjelasan Bros Gang TV, mereka tegas mengatakan pilihan untuk curang itu adalah pilihan perempuan itu sendiri.
Dan mereka juga memberitahu bahawa sebelum memuat naik video itu, mereka sudah pun mendapatkan kebenaran daripada gadis itu sendiri untuk memberi pengajaran kepada masyarakat dan supaya pihak mereka juga tidak akan disaman.
1 MALAYSIA KENA TIPU DENGAN BROS GANG
Setelah teruk dikecam sehingga melibatkan orang lain seperti ustaz, pencetus ummah dan sehingga ada yang berbalah sesama sendiri pihak Bros Gang telah buat satu video kenyataan tentang apa yang sebenar berlaku.
Video Gold Digger Prank Gadis Curang 20k ini sebenarnya adalah LAKONAN ye hanya LAKONAN semata mata. Watak Erin dan teman lelaki adalah rekaan semata mata dan mereka hanya berlakon sahaja.
Kerana impak dari video mereka terlalu besar mereka terpaksa ‘pecah lobang’ sendiri untuk perkara ini melarat ke arah lebih teruk.
Segala kenyataan seperti jiran erin, erin depress, adik erin mengadu adalah BOHONG. Ini disahkan oleh tuan punya badan (Erin) sendiri.
Jom tengok video pendedahan mereka.
Artikel By : The Tular
Rujukan : Vocket/HotFM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
SEGALA SALIN SEMULA TIDAK DIBENARKAN TANPA KEBENARAN
Viral
4 tahun jadi ibu tunggal, wanita teruja pilih baju terbaik nak keluar dating… selepas 10 minit bersua segalanya terbongkar

SETELAH empat tahun bergelar ibu tunggal, seorang wanita ternyata teruja apabila mula didekati seorang lelaki.
Menerusi video yang tular di TikTok, wanita dikenali sebagai Nik Hajar Nik Hassan itu memperincikan semula detik-detik yang dilalui sehinggalah dia bertemu dengan lelaki tersebut.
Mesra disapa Nik, wanita berusia 37 itu mengakui gembira dapat berborak dengan ‘teman istimewa’ itu setiap hari.
Malah, dia juga buntu untuk memilih pakaian sebelum berjumpa dengannya buat pertama kali.
Kegembiraannya bagaimanapun hanya sementara apabila lelaki yang ditemuinya itu bukanlah berniat untuk melindunginya sebagai suri hati sebagaimana yang dinyatakan dalam perbualan sebelum ini, sebaliknya menawarkan perlindungan menerusi skim insuran yang ditawarkan.
Meraih hampir 300,000 ribu tontonan, Nik bagaimanapun tampil memberi penjelasan bahawa video tular itu adalah lakonan semata-mata.
Namun katanya, idea jalan cerita itu dioalah berdasarkan kisah sebenar dan dia mengakui dirinya sememangnya berstatus ibu tunggal dengan dua cahaya mata.
“Saya baru join TikTok tiga bulan lepas. Saya sekadar buat content video je. Memang terkejut sebab tak jangka akan viral.
“Saya jangka dalam 20,000 ke 30,000 tontonan, tapi sekarang dah hampir 300,000. Video itu saya buat sekadar jenaka untuk suka-suka..
“Saya tahu ramai suka tengok content kelakar. Saya cari idea, fikir plot twist, olah berdasarkan kisah sebenar saya yang sememangnya ibu tunggal,” ujarnya kepada mStar.
Menurut wanita yang bekerja dalam bidang hartanah itu, lelaki yang muncul dalam video berkenaan juga bukanlah seorang ejen insurans.
“Ramai yang ada pengalaman macam video saya. Bila didekati seseorang, rupa-rupanya orang tu sebenarnya nak jual penapis air, ajak sertai skim MLM dan sebagainya.
“Lelaki dalam video tu kawan saya yang bergelar doktor. Kebetulan dia baru balik dari Pulau Redang, Terengganu. Dia nak bagi keropok lekor, so saya minta dia berlakon untuk video saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nik yang menetap di Kajang, Selangor turut berterima kasih kepada netizen yang banyak memberikan sokongan dan kata-kata positif buatnya.
Jelas Nik, jalan cerita yang dipaparkan hanyalah rekaan semata-mata, namun dia tetap menghargai segala doa netizen.
“Itu semua idea secara spontan, sebab saya pun memang suka buat lawak.
“Saya terharu, berterima kasih bila ada netizen yang doakan saya sebab mereka fikir ia kisah benar.
“Tapi saya buat video tu bukan untuk cari jodoh, cuma nak buat lawak je,” ujarnya.
Selain TikTok, video itu turut diulang siar di Twitter sehingga menerima hampir 200,000 tontonan.
Viral
Ebit Lew Disuruh Buat Permohonan Maaf Secara Rasmi Kerana Cuba Bantu Pelajar UPSI Pulang Ke Kampung

SEJAK Sabtu, media sosial kecoh dengan keluhan dan rasa kecewa orang ramai khususnya golongan pelajar susulan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mencadangkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka pelajar baharu dan lama ke kampus.
Keputusan yang didakwa dilakukan pada saat-saat terakhir itu sekali gus menimbulkan kesulitan lantaran kebanyakan pelajar sudah tiba di kampus masing-masing namun tidak dibenarkan untuk mendaftar serta diminta pulang.
Keadaan tersebut menyebabkan ramai pelajar terkandas khususnya mereka yang berasal dari lokasi yang jauh kerana mempunyai kekangan kewangan.
Namun begitu, di tengah-tengah kekecohan berkenaan, dapat disaksikan sikap prihatin dan pemurah rakyat Malaysia apabila ramai orang awam yang tampil sebagai sukarelawan untuk menawarkan bantuan kepada pelajar yang mempunyai masalah, termasuk pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Beliau tampil dengan inisiatif menyediakan bas percuma untuk menghantar para pelajar dari beberapa institusi, untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, selain menyumbangkan wang saku.
Bagaimanapun terbaharu, timbul pula isu kurang enak apabila pengurusan tertinggi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meminta beliau membuat permohonan maaf secara terbuka atas alasan menyalurkan bantuan tanpa mendapatkan kebenaran daripada pihak universiti dan pihak berwajib terlebih dahulu.
“Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam.
“Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Saya usahakan bas besar VVIP supaya ada ruang besar sikit ada jarak. Kerusi besar.
“Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga diberi kelulusan,” tulis Ebit pada perkongsian terbaharunya di Facebook.
Posting tersebut sehingga kini meraih sehingga 8,800 shares selain dibanjiri sehingga belasan ribu komen netizen yang rata-ratanya menyatakan sokongan dan berdiri teguh di belakang pendakwah tersebut.
Antara komen netizen yang menyatakan sokongan kepada Ustaz Ebit.
“Bantu pun salah tak bantu pun salah, buat baik pun salah tak buat baik pun salah. Dunia dunia oh dunia,” komen seorang netizen.
“Tidak perlu memohon maaf ustaz. Kami amat menghargai jasa dan niat bantuan ustaz yang sangat mulia dan cepat,” tulis seorang netizen lain.
“Kerja MPP la untuk urus semua tu alahaiii. Takkan ustaz nak buat semua kelulusan tu… ustaz dah sewakan bas percuma, MPP urus kelulusan je, sama-sama la bantu, kan nama Majlis Perwakilan Pelajar,” komen yang lain pula.
“Apa bezanya kalau student balik sendiri naik transport awam dengan naik bus yang Ustaz Ebit sedia kan?? SOP macam mana yang nak tu ?? Yang saya nampak bezanya dapat kurangkan beban student yang terkandas. Itu pun problem ka?,” komen seorang lagi netizen.
Kenyataan daripada UPSI bersabit bantuan yang dihulurkan Ustaz Ebit.
“Terima kasih ustaz, semalam adik saya naik bas yang ustaz sediakan. Selamat sampai ke kampung. Terima kasih ustaz berikan duit poket RM50 setiap pelajar yang naik bas semalam. Saya doakan urusan ustaz sentiasa dipermudahkan dan diberi ganjaran syurga di sana,” demikian pula komen seorang netizen.
Sementara itu, kata kunci Ebit Lew dan MPP UPSI turut tersenarai sebagai 10 topik paling trending di Twitter pada hari ini.
Sumber : MSTAR ONLINE
Viral
Lelaki Ini Menangis Selepas Dikompaun Seribu Kerana Pakai Facemask Tak Betul

Sekarang di mana mana anda pergi mesti hampir semua akan memakai penutup hidung dan mulut. Jarang sangat untuk lihat orang tidak memakai topeng tersebut.
Tetapi adakah pemakaian penutup mulut dan hidung ini atas kerisauan penularan C0Vl19 atau mereka ini takut disaman oleh pihak berkuasa dengan nilai kompaun RM1000?
Inisiatif kerajaan untuk mengenakan kompaun kepada individu yang tidak mengamalkan penjarakkan sosial dan tidak mengenakan penutup muka di tempat awam amat berkesan.
Secara tidak langsung ia akan memutuskan rangkaian C0VlD19 dan kita boleh lakukan aktiviti harian kita seperti biasa.
Tetapi langit tidak selalunya cerah. Terdapat beberapa aduan dimana pihak berkuasa memberi saman secara tidak logik. Seperti yang berlaku sebelum ini, pemandu kereta persendirian disaman kerana tidak memakai penutup muka di dalam kereta dia sendiri dan tiada siapa lagi di dalam kereta.
Perkara ini telah dibetulkan oleh Menteri Ismail Sabri dimana beliau memberitahu sesiapa yang disaman kerana itu boleh meminta untuk membatalkan saman.
Lelaki Ini Menangis di Stesen Komuter Rawang Selepas Disaman
Satu rakaman dari Buletin Utama TV3 menunjukkan pasukan penguatkuasa telah memberi saman kepada seorang remaja lelaki di Stesen Komuter, Rawang.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan rata rata mengatakan saman itu tidak patut diberikan kerana kawasan itu tidak sesak.
Ada juga yang membezakan kenapa individu ini disaman sedangkan ramai lagi di tempat sesak ada yang tidak memakai topeng tidak disaman.
Lelaki tersebut terus menangis apabila menerima surat saman seribu ringgit tersebut. Wartawan bertanyakan kenapa dia tidak memakai? Remaja itu memberitahu dia pakai tetapi kerana tidak selesa dia menurunkan sekejap topeng muka ke dagu dan nasib dia tidak baik ditangkap oleh pihak berkuasa.
Xleh.. pic.twitter.com/r6D9I1rEzF
— Ihsan Complicated (@abamihsan) August 8, 2020
Pihak berkuasa akan sentiasa buat pemantauan dan tindakan akan diambil kepada sesiapa yang ingkar arahan SOP yang telah ditetapkan.
Remaja tersebut masih lagi belajar dan sekarang dia terpaksa mencari wang seribu ringgit untuk membayar kompaun.
Jadikan ini sebagai peringatan, ikut SOP yang telah ditetapkan.
Artikel By: AwatttSyeikhh Network
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
SALIN SEMULA TIDAK DIBENARKAN TANPA KEBENARAN
-
Selebriti3 years ago
Suami Tiada Disisi Untuk Sambut Kelahiran Anak Kedua, Bella Pula Digelarkan Seperti Gemuk Macam ‘B4Bl’. Ini Respond Balas Bella Astillah
-
Uncategorized3 years ago
Kami PJJ. Rupanya dah 2 tahun, suami lena dgn janda. Bila kant0i, aku tibai cukup2. J nangis2 merayu minta jgn call ofis dia
-
Selebriti3 years ago
Datin Eina Azman Ditegur Kenapa Aset Bahagian Atas Nampak Tak Sama Dengan Gambar Lain. Ini Respond Padu Eina Azman
-
Selebriti3 years ago
Sharifah Shahirah Pertama Kali Dedahkan Kehidupan Sebenar Sherry Alhadad Yang Ramai Tidak Tahu
-
Selebriti3 years ago
Sajat Kantoi Nampak Selulit Masa Tengah Berbikini. Ini Komen Balas Sajat Bila Orang Tanya Kenapa Ada Selulit
-
Kisah Benar3 years ago
Gaji Suami Tak Banyak Tapi Apa Isteri Nak Boleh Dapat. Satu Hari Isteri Ini Nampak Sesuatu Dalam Kereta Suami
-
Selebriti3 years ago
Selalu Berbasikal Bersama Zizan Razak, Hawa Rizwana Keluar Kenyataan Tentang Hubungan Dia Dan Zizan
-
Selebriti3 years ago
Dulu Popular Dengan Lagu Itik Itik Gembo Gembo, Sekarang Keadaan Berubah. Ini Wajah Dan Keadaan Terkini Lan A to Z