Connect with us

Luar Negara

Kerana Sebuah Motorsikal, Anak Ini Tergamak Buat Perkara Tidak Elok Kepada Ibu Dia

Published

on

Di Indonesia, seorang lelaki bertindak melaporkan ibu kandungnya kepada polis hanya kerana sebuah motosikal. Lelaki tersebut difahamkan tidak berpuas hati apabila motosikal tersebut digunakan saudara yang lain.

Memetik laporan Kompas, Ketua Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Polis Lombok Tengah, Priyo Suhartono, walau bagaimanapun menolak laporan tidak munasabah lelaki tersebut.

Hanya kerana motor

Menurutnya, konflik yang dihadapi dua beranak itu adalah konflik dalaman keluarga dan jalan penyelesaian terbaik hendaklah diperolehi secara rundingan.

Menceritakan secara lebih lanjut, persengketaan mula tercetus apabila si anak menjual tanah warisan ayahnya bernilai Rp 200 juta (RM60,217). Hasil daripada jualan tersebut, si anak hanya memberikan ibu Rp 15 juta (RM4,516).

Dengan wang tersebut, si ibu membelikan sebuah motosikal dan diletakkan di rumah saudara mereka. Motosikal tersebut kemudian digunakan bersama-sama.

Si anak (pelapor) menjual tanah bapaknya Rp 200 juta, ibu nya dikasih Rp 15 juta, kemudian belilah motor ibunya. Kemudian motor itu dia pakai sama saudaranya, si anak keberatan.

Meski sudah berusaha dijelaskan, si anak tersebut tetap tak mau terima dan nekat melaporkannya ke polisi.

Iyaa, saya enggak mau nerima, saya menyarankan untuk dirundingkan keluarga.

Si anak yang tidak berpuas hati menuduh ibu sengaja mahu menyembunyikan motosikal tersebut daripadanya.

Pernah diusir dari rumah

Kompas melaporkan lagi ibu, Kalsum, berasa sangat kecewa apabila mengetahui hal tersebut. Dia sendiri tidak menyangka anaknya sanggup berlaku kasar dan berniat memenjarakannya.

Katanya lagi, hubungannya dengan anak memang tidak baik dan dia pernah diusir keluar daripada rumah.

Dia sering katain saya kotor, ditonjok pernah, dia juga sering menyuruh saya pergi (diusir).

Motor itu saya beli dari bagian uang warisan 15 juta, sebenarnya ada Rp 200 juta hasil penjualan, tapi M membawa uang warisan tersebut entah ke mana.

Sambil menitiskan air mata, si ibu tidak menyangka dia dituduh mahu menyembunyikan motosikal hanya kerana saudara meminjamnya buat seketika.

Sumber : Kompas.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Luar Negara

Kucing Pertama Yang Mendapat C0VlD19. Bagaimana Kucing Itu Boleh Terkena Diberitahu

Published

on

By

Gambar diatas hanya sekadar hiasan

Seekor kucing peliharaan didiagnos menghidap COV-19, sekali gus menjadi kes pertama membabitkan haiwan di United Kingdom (UK) dan ia disahkan kerajaan.

Kucing itu dipercayai dijangkiti v1rus daripada pemiliknya, yang semuanya sudah sembuh sepenuhnya.

Haiwan itu hanya menunjukkan gejala ringan, sekali gus dipercayai tidak menjadi punca menyebarkan penyakit berkenaan kepada pemiliknya atau manusia dan binatang lain.

Ketua Pegawai Veterinar UK, Prof Christine Middlemiss, berkata masih tiada bukti haiwan peliharaan dapat menyebarkan virus itu kepada manusia.

Jangkitan itu disahkan hasil keputusan ujian di Makmal Badan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan (APHA) di Weybridge pada Rabu lalu.

Katanya, kejadian itu sangat jarang berlaku berikutan haiwan dijangkiti sehingga kini hanya menunjukkan gejala klinikal ringan dan sembuh dalam beberapa hari.

“Tiada bukti menunjukkan haiwan peliharaan secara langsung menyebarkan virus kepada manusia. Kami akan memantau situasi ini dengan teliti dan akan mengemas kini panduan kepada pemiliknya sekiranya keadaan berubah,” katanya.

Pengarah perubatan di Public Health England, Yvonne Doyle, berkata orang ramai diingatkan supaya sentiasa mencuci tangan selepas bersentuhan dengan binatang peliharaan.

“Ini adalah kes pertama kucing domestik yang positif COV-19 di UK, tetapi tidak seharusnya diambil ringan.

“Penyelidikan terhadap kes ini menunjukkan jangkitan disebarkan daripada manusia ke haiwan dan bukan sebaliknya.

“Pada masa ini, tiada bukti haiwan peliharaan menyebarkan penyakit berkenaan kepada manusia,” katanya.

Kucing peliharaan yang pada mulanya didiagnosis doktor haiwan swasta dengan virus herpes kucing, iaitu jangkitan pernafasan kucing yang biasa, tetapi selepas sampel ia diuji untuk COVID-19 sebagai sebahagian daripada program penyelidikan.

Sampel susulan yang diuji di makmal APHA di Weybridge mengesahkan kucing itu juga dijangkiti COV-19.

Sehingga kini, terdapat sebilangan kecil kes haiwan yang dijangkiti COVID-19 yang dilaporkan di seluruh dunia, termasuk beberapa ekor harimau dan singa di Zoo Bronx di New York. – AGENSI

Cats Can Spread COVID-19 Coronavirus Infection to Other Cats

Sumber : BHARIAN ONLINE

Continue Reading

Luar Negara

Aishwarya Rai Dan Anak Perempuan Terpaksa Dimasukkan Ke H0spital

Published

on

By

Selepas seminggu disahkan positif Cov-19 bintang Bollywood, Aishwarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya dimasukkan ke hospital.

Menurut laporan Hindutan Times dua beranak itu dilaporkan memerlukan bantuan perubatan selepas sukar bernafas.

Bagaimanapun menurut sumber, Aishwarya dan Aaradhya berada dalam keadaan baik.

COVID-19: Sukar Bernafas, Aishwarya & Anak Masuk Hospital

Sebelum ini Abhishek Bachchan menerusi Twitter mengesahkan isteri dan anaknya, positif Cov-19.

Abhishek dan bapanya, Amitabh Bachchan juga disahkan positif virus dan sebelum ini dimasukkan ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, ketika itu, Aishwarya Rai dan Aaradhya hanya menjalani pengasingan sendiri di kediaman mereka.

Pada masa sama ibu, Abhishek Jaya Bachchan disahkan negatif Cov-19.

Amitabh & Abhishek Bachchan Positif COV19

Amitabh & Abhishek Bachchan Positif COVID-19

Pelakon Bollywood terkenal Amitabh Bachchan dan anaknya, Abhishek Bachchan kini dirawat di Hospital Nanavati selepas disahkan positif COV-19, semalam.

Memetik laporan Indiatoday, Amitabh Bachchan dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas.

Menerusi laman sosial Twitter dan Instagram, pelakon itu turut mengesahkan perkara itu dan meminta sesiapa yang pernah berhubung atau bertemunya membuat ujian COVID-19.

“Saya disahkan positif COV-19. Sudah dipindahkan ke hospital. Keluarga dan kakitangan sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan. Mana-mana individu yang berhubung atau bertemu saya dalam tempoh 10 hari lalu dimohon membuat ujian,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Sementara, Abhishek Bachchan menerusi kicauan di Twitternya turut memaklumkan dia turut disahkan positif coronavrus.

“Hari ini, saya dan ayah disahkan positif COV19. Kami berdua mempunyai simptom ringan dan dimasukkan ke hospital. Kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa, keluarga dan kakitangan supaya melakukan ujian. Saya meminta semua supaya tidak panik dan bertenang. Terima kasih”

Doktor turut mengesahkan perkara itu kepada India Today bahawa Amitabh Bachchan mempunyai gejala dan dikuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke Hospital Nanavati, petang Sabtu.

Pelakon veteran itu berada di rumah sejak perintah berkurung di negara itu pada 25 Mac lalu.

Sementara, Abhishek Bachchan, dilihat berada di studio dubbing di Mumbai beberapa kali minggu lalu.

Sumber: Harian Metro via GEMPAK

Continue Reading

Luar Negara

71 Orang P0SITlF C0VlD19 Disebabkan Wanita Ini Sahaja. Punca Bagaimana Boleh Terjadi Didedahkan

Published

on

By

Seorang wanita yang disahkan positif Cov-19 tidak menyedari bahawa dia telah menjangkiti sekurang-kurangnya 71 penduduk setempat selepas menggunakan lif di blok pangsapuri kediamannya yang terletak di China.

Baru pulang dari Amerika Syarikat

Menerusi laporan yang dipetik Metro UK, wanita yang tidak didedahkan identiti itu dipercayai baru sahaja pulang ke rumahnya yang terletak di Heilongjiang, China selepas bercuti ke Amerika Syarikat pada 19 Mac 2020 yang lalu.

Difahamkan, wanita berkenaan tidak menunjukkan sebarang gelaja malah dia juga disahkan negatif Cov-19. Walaupun begitu, dia diminta untuk menjalani kuarantin diri di rumahnya.

Menurut saintis, mereka percaya lif yang pernah digunakan oleh wanita berkenaan selepas kembali dari luar negara telah dicemari dengan virus Cov-19 sebelum menjangkiti penduduk setempat.

Menurut sumber, meskipun wanita terbabit menaiki lif sendirian untuk ke rumahnya tetapi pada keesokan harinya, lif yang sama telah digunakan oleh jiran di tingkat berlainan.

Jangkiti jiran tetangga

Difahamkan, pada 26 Mac 2020, ibu dan teman lelaki jirannya telah bermalam di pangsapuri berkenaan. Dua hari kemudian, kedua beranak ini keluar menghadiri satu parti bersama sekumpulan individu lain. Difahamkan, tanpa mereka sedari pada ketika itu kedua beranak ini sudah dijangkiti Cov-19.

Pada 2 April 2020, salah seorang individu daripada kumpulan parti berkenaan itu mengalami strok sebelum dikejarkan ke hospital. Namun pada ketika itu, pihak hospital tidak menjalankan ujian Covid-19 terhadap individu berkenaan.

Doktor dan jururawat turut dijangkiti

Namun pada 6 April 2020, individu terbabit didakwa telah dipindahkan ke hospital yang berlainan. Berikutan daripada insiden itu, dua orang anaknya telah datang menjaganya di hospital. Namun tidak lama selepas itu, individu yang mengalami str0k dan dua orang anaknya itu disahkan positif Cov19.

Lebih mengejutkan apabila mengetahui virus tersebut sudah menjangkiti seramai 28 orang pesakit termasuk doktor dan jururawat yang berkhidmat di hospital pertama.

Kemudian, virus tersebut turut menjangkiti 20 orang lagi pesakit di hospital kedua. Difahamkan, wanita berkenaan sekali lagi diminta menjalani ujian dan hasil pemerikasaan menunjukkan dia memang sudah dijangkiti Cov-19. Sementara itu, pihak berkuasa mula mengesan kontak rapat kesemua mereka yang dijangkiti Cov19.

Sumber: Metro UK, Independent UK

Continue Reading

Popular