Connect with us

Kisah Benar

Dulu Disanjung Ramai Sekarang Ramai Yang Lupa. Khalid Jamlus Beritahu Apa Yang Dia Sanggup Buat Untuk Hidup

Published

on

Tindakan bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus menjual jersi dan medal kemenangan, termasuk trofi kasut emas yang dimenanginya pada 2002 telah mengejutkan ramai pihak.

Tindakan berkenaan juga telah membongkar kehidupan sukar pemain berkenaan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.

Namun, dalam pada orang ramai bersimpati dengan nasib malang Khalid, ada juga kata-kata ‘nakal’ yang mendakwa pemain berkenaan malas dan malu untuk mencari pekerjaan biasa.

Enggan tindakannya itu disalah erti, Khalid kemudian tampil memperjelaskan perkara sebenar.

Menurut Khalid, orang di luar hanya pandai bercakap, namun tidak tahu apa yang terpaksa dilaluinya.

“Ada orang cakap kau sihat, boleh cari kerja, ya betul. Memang saya boleh cari kerja, jadi jaga (pengawal keselamatan) pun boleh no problem.

“Tapi nanti orang akan lalu, Khalid keje jaga je? Apa yang dia ada tu kenapa tak bawa dia duduk dalam satu pasukan,” katanya.

Tambah Khalid lagi, dia tidak menolak suatu hari nanti dia akan bekerja seperti itu.

“Kalau sampai satu masa hakitkatnya tertulis itu pekerjaan aku, saya proceed, tiada perasaan malu.

“Kalau nak tahu lepas aku habis main boleh pada 2011, saya kerja sebagai kuli je. Jaga jalan sampai berkilat muka.

“Aku ok je, tapi bila ada hamba Allah kata aku pemalas..,” katanya.

Khalid berkata demikian menerusi siaran langsung di Facebooknya malam semalam.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

Difahamkan, Khalid hari ini akan berjumpa dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi membincangkan situasi yang melanda pemain berkenaan.

LELONG KASUT EMAS

Terdahulu, menerusi bidaan secara langsung di Facebook, kasut emas milik Khalid dijual pada harga RM10,500.

Mengikut rekod, kali terakhir beliau memimpin pasukan dalam saingan Liga Malaysia adalah sebagai penolong jurulatih PDRM FA tiga tahun lalu dengan memiliki lesen kelas B.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah Benar

Aku pgawai gred 41, suami pen0reh getah je. Suami tak mampu bagi lebih, terasanya aku.

Published

on

By

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Warga pembaca sekalian. Pertama sekali aku mengucapkan berbanyak-banyak terma kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan hati aku ini.

Namaku Zainab (bukan nama sebenar). Aku adalah pegawai kerajaan gred 41 di mana gajiku mencecah RM4000 sebulan dan telah pun berkahwin sebelum aku dapat kerja.

Untuk makluman semua, suamiku hanyalah bekerja kampung sebagai penoreh getah dengan anggaran pendapatan RM60 sehari. Jika hari cuaca hujan, memang langsung tak masuk duit apatah lagi bila tiba musim tengkujuh.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suamiku bekas pelajar madrasah pondok, tak belajar tinggi macam aku yang ada degree dari universiti tempatan.

Suamiku memang baik. Solat tak tinggal. Takde skandal. Kawan-kawan perempuan pun takde. Tak pernah naik suara terhadap aku dan anak-anak, jauh sekali nak naik tangan.

Dia selalu tolong aku uruskan rumahtangga. Anak-anak dia yang mandikan, tolong hantar dan ambik dari taska.

Kadang-kadang urusan dapur dia yang tolong settlekan bermula dari urusan beli barang dapur sehinggalah ke memasak dan kemas dapur termasuklah mengemop sisa-sisa tumpahan makanan anak-anak aku.

Pendek kata, semua perfect lah. Kiranya aku balik rumah goyang kaki je sebab semua urusan rumahtangga dah settle bila aku balik kerja.

Cuma kadang-kadang aku rasa kecil hati. Sebab duit gajiku habis di hari kedua selepas terima gaji.

Aku bayar loan perumahan, loan kereta, yuran taska anak 2 orang, beli stok pampers dan susu untuk sebulan, bayar loan PTPTN, bagi mak aku RM100 sehinggalah yang tersisa dalam akaun aku hanyalah RM50.

Dalam masa 1 hari duit gaji aku habis untuk selesaikan benda tu semua sampaikan nak reward diri sendiri pun tak dapat. Nak makan KFC dan MCD jauh sekali.

Suamiku hanya keluarkan duit untuk beli barang dapur, minyak kereta dan bil elektrik.

Nak beli baju baru jauh sekali. Pakaian dalam aku pun tak pernah dibeli dan tak pernah nak offer untuk beli.

Tiap kali raya aku yang support semua, dari baju raya hinggalalah ke duit raya dan kuih raya. Aku pergi kerja hanya pakai baju yang sama hampir setiap minggu.

Kadang-kadang aku malu kepada staff-staff lain dan cemburu bila tengok mereka pakai baju cantik-cantik walaupun mereka tu hanyalah kerani gred 19.

Alat solek aku pun aku beli di kedai Eco je (kedai RM2.10) sebab takde duit nak beli kat drugstore.

Aku cuba nak mintak semua tu dari suami tapi aku rasa serba salah sangat bila memikirkan yang dia hanya kerja sebagai penoreh getah.

Dia pernah minta izin aku untuk buat kerja sampingan, nak cari duit lebih katanya. Tapi aku tak izinkan sebab nanti siapa yang nak uruskan anak-anak.

Duit dari hasil menoreh getah itulah dia beli barang dapur dan isi minyak kereta serta bayar bil elektrik. Duit beli baju anak-anak pun aku guna duit gaji sendiri yang berbekalkan baki RM50 sebulan.

Dan aku ikat perut setiap hari di tempat kerja. Aku hanya mengambil sarapan pagi sahaja sebab nak jimatkan wang sehinggakan aku terkena gastrik.

Aku stress. Kadang-kadang aku terfikir seolah-olah aku ni ketua keluarga yang terpaksa menanggung semuanya.

Wahai pembaca sekalian, adakah aku terlalu overthingking? Berdosakah aku berfikiran begini? Derhakakah aku terhadap suamiku? Adakah aku isteri yang tidak bersyukur?

Tolong berikan aku kata-kata semangat. Aku cintakan suami aku sangat-sangat dan sayangkan perkahwinan ini. Sekian. Terima kasih.

Reaksi warganet

Zaffran Mikhael –Woi zainab… Haderrrrr…aku sedang bersabar daripada taip yang bukan2 ni… Bersyukurlah zainab…. Bersyukurlah

Puan Zuera –Bersyukurlah.. Suami bukan biawak hidup, cuma dia tak mampu nak bagi lebih.. Apa yang dia dapat, dia beli barang dapur dan bayar bil… Kalau dia mampu, mungkin dia nak tanggung semua…

Suami pun jaga anak dan buat keje rumah… Kalau tengok orang lain, dah dapat suami biawak hidup, kaki pukul lagi.. Jadi bersyukurlah…

Suami nak buat part time, puan tak bagi.. Jadi nak macam mana lagi? Saya rasa, kalau suami puan baca ni, mesti dia menangis sebab dia tak mampu nak bagi lebih pada puan..

Syazana Kadir –“Dia pernah mintak izin buat kerja sampingan, cari duit lebih katanya. Tapi aku tak izinkan sebab nanti siapa yg nak uruskan anak anak”.

Ok to be honest confessor, aku rasa nak lempang kau lepas baca statement tu. Dah dia offer diri untuk cari duit lebih, kira dia tu suami yang bertanggungjawab lah.

Pastu kau nak bising dia tak kasi baju baru lah baju raya lah baju dalam lah. Eh emo pulak aku!

Sumaiyah Mohd Rusdi –Ya Allah, nikmat mana lagi awak nak dustakan..suami urus rumhtangga dengan baik, segala banyak kebaikan yang awak sebut tentang suami awk tapi hanya kerana gajinya kecil tapi bukan smpai dia abaikan tanggungjwb dia cuma bezanya gaji awak besar.

Jangan ikut bisikan syaitan sangat, awak kena lah pndai2 manage kewangan tu betul2 dan kalau tak boleh pun, awk bersyukur saja sebab bila awk dah plih suami awak tu bermakna awak sedia untuk terima sedikit kekurangan dia (bukan jenis kkurangan yang teruk macam kaki pukul dan seumpamanya). Perkhwinan itu melengkapi, memahami dan tolak ansur.

Din Ganu –Laki hang nak keja part time nak tambah pendapatan hang tak bagi, laki hang mintak izin dengan hang, amboi terbalik dah cek oii.

Nak kata laki hang tak bertanggungjawab dia dah ada inisiatif cuma hang tak setuju. Aku tak paham hang nak apa pun tak tau.

Hang kira ok la ada laki yang bertanggungjawab sebagai mana hang cerita la, at least dia kerja, dia uruskan anak, dia ada la bagi sikit2..

Hang tengok orang lain tu, ada laki macam galas biawak hidup malas keja. Hang slow talk la ngan laki hang, biaq pi la dia nak keja. Pagi noreh, malam jadi jaga pun ok. Jaga pun gaji dekat rm2k jugak. Ringan la beban hang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Continue Reading

Kisah Benar

Dia Nekad Masuk Meminang Lelaki Yang Dia Suka Selepas 3 Bulan Kenal. Pasti Anda Tak Sangka Dimana Mereka Berjumpa

Published

on

By

Jodoh setiap manusia telah ditetapkan oleh Tuhan sama ada cepat ataupun lambat. Ini kisah yang dikongsi oleh Aty Razali yang berkongsi pengalamannya berjumpa suaminya di gunung. Siapa sangka perkenalan yang singkat membawa pasangan ini ke jinjang pelamin.

Jumpa jodoh di gunung

Aty mula mengenali suaminya pada 7.03.2020 ketika pertama kali mereka berdua mendaki gunung bersama.

Pada mulanya, Aty membuat open trip untuk mendaki Gunung Minitinduk dan suaminya ketika itu menjadi orang terakhir yang berminat dan mendaftar untuk menyertai trip tersebut.

Pada mulanya, suaminya tidak dapat menyertai trip tersebut kerana mempunyai hal yang lebih mustahak. Tapi pada saat akhir, suaminya kembali setuju untuk menyertai trip tersebut.

Sebelum ini, mereka hanya berkenalan melalui laman media sosial Facebook. Tarikh 7.0.3.2020 menjadi tarikh bermakna buat pasangan ini apabila mereka berjumpa untuk kali yang pertama.

Ajak kahwin

Perigi cari timba? Ikut la persepi masing-masing.Kalau suka usaha, kalau mahu tunggu orang bawa kawin padahal suka sama suka dua-dua sampai bila pun tidak jadi. Tiada salah pun kalau perempuan yang mulakan dulu.Yang penting dengan cara baik ja.Kalau ditolak mungkin bukan jodoh, berlapang dada.Tuhan akan bagi yg terbaik tepat pada masa. Jangan risau.

Ketika 15.5.2020 Aty bertindak menghantar pesanan kepada suaminya dan mengajak untuk berkahwin secara tiba-tiba. Suaminya ketika itu turut setuju dengan lamaran Aty dan diteruskan denga acara merisik pada 4.07.2020.

Aty ketika itu sempat bertanyakan kepada suaminya, kenapa terus memberi jawapan sanggup berkahwin dengannya. Jawapan suaminya ketika itu, cukup ringkas kerana dia takut jika dia yang terlebih dahulu membuat langkah, cintanya akan ditolak oleh Aty.

Aty turut menceritakan mereka berdua tidak sempat untuk bercinta seperti pasangan-pasangan lain disebabkan sibuk bekerja. Mereka hanya sering Whatsapp dan topik Covid-19 sering menjadi topik utama yang dibahaskan.

Tambahan pula, waktu kerja mereka yang berbeza di mana Aty bekerja di hospital manakala suaminya merupakan seorang guru.

Hiking bukan untuk cari jodoh

Jelas Aty, niatnya untuk mendaki gunung bukanlah untuk mencari jodoh semata-mata dan dia langsung tidak terfikir untuk mencari jodoh ketika mendaki.

Aktiviti ini merupakan aktiviti santai yang dilakukan bagi mengisi masa yang terluang ketika cuti setelah penat di tempat kerja. Aty mula aktif dengan aktiviti mendaki gunung sejak tahun 2019.

Pasangan ini turut meminta orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan mereka selepas mendirikan rumah tangga. Kini, perkahwinan pasangan ini telah menyambut sebulan ulang tahun perkahwinan mereka.

Sumber: Aty Razali via Oh Bulan

Continue Reading

Kisah Benar

Dengar Bunyi Gesel Yang Kuat Dari Buaian. Apa Yang Terjadi Memang Buat Dia Terkaku Sekejap

Published

on

By

Dunia ini bukan hanya milik kita. Ia turut menjadi tempat tinggal bagi makhluk lain tidak kira yang boleh dilihat dengan mata mahupun tidak.

Seorang pengguna Facebook berkongsi video seram ketika mana dia mendakwa menyaksikan buaian di perumahannya bergerak sendiri.

Menurut Elina Shaudi, kejadian tersebut berlaku pada tahun lepas ketika dia membawa dua anaknya bermain di kawasan tersebut.

Lebih kurang pukul 6 petang. Masa tu saya bawa 2 anak perempuan main kat taman permainan kawasan perumahan. Memang tiap-tiap petang selalu datang sini.

Tiba-tiba buaian tu berhayun sendiri. Bunyi besi bergesel yang agak kuat, sedangkan jarak dari tempat yang saya rakam tu agak jauh. Saya zoom bagi dekat.

Tak terfikir nak rasa takut lagi masa tu. Sempat rakam dulu. Pastu cabut lari. Sampai sekarang tak pergi dah situ.

RAKAMAN VIDEO YANG DIAMBIL

Sumber : Elina Shaudi via Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Popular