Connect with us

Dalam Negeri

Klvster Sivagangga Antara Paling Tervk. DG Noor Hisham Beritahu Jumlah Terkini Yang Sudah Dijangk1ti

Published

on

Kementerian Kesihatan melaporkan pertambahan 13 lagi kes positif dalam Kluster Pes4kit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga, termasuk 12 jangkitan baharu, hari ini.

Hingga jam 12 tengah hari semalam, seramai 3,246 orang telah disaring dalam kluster itu dengan 43 kes dikesan positif membabitkan 31 di Kedah, Perlis (11) serta Pulau Pinang (satu), manakala 2,320 lagi negatif dan 883 masih menunggu keputusan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata seramai 1,884 kontak rapat telah dikenal pasti dan bakal disampel di Perlis dan Pulau Pinang susulan kes positif yang diumumkan hari ini.

“Sebanyak 10 jangkitan baharu di Perlis, hari ini, serta kes ke-9,002 yang dilaporkan di negeri itu pada 4 Ogos lalu, terdiri daripada sebuah keluarga. Ini menjadikan kesemua 11 kes di Perlis itu adalah daripada Kluster Sivagangga.

Kluster PUI Sivagangga: 12 kes baharu hari ini

“Hasil siasatan mendapati salah seorang ahli keluarga itu (kes ke-9,054) adalah pelanggan tetap gerai milik kes ke-8,976 (generasi pertama kluster terbabit). Ini menjadikan kes ke-9,054 adalah generasi kedua dan 10 ahli keluarganya pula generasi ketiga kluster itu.

“Kesemua 10 kes baharu ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Perlis, untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelaskan lanjut, Dr Noor Hisham berkata, satu kes baharu di Kedah (kes ke-9,053) adalah kontak rapat kepada kes ke-9,035 (suami kepada kes ke-90) yang telah dilaporkan, semalam.

“Satu kes baharu di Pulau Pinang (kes ke-9,052) pula disaring kerana pada 30 Julai lalu, beliau telah pulang ke kampung halaman yang juga antara kawasan yang kini berada bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO).

“Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif diteruskan. Langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar dijalankan di kawasan yang telah dikenal pasti berkait rapat dengan kluster ini,” katanya.

Dalam pada itu, 15 pesakit pulih dilaporkan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 8,728 (96.3 peratus), manakala tiada kem4tian baharu akibat COV-19 dengan angka kes kekal 125 (1.38 peratus).

Ketika ini, dua kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan satu memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dalam Negeri

Semalam Budak Darjah 3 Bawa Kereta Dan Sudah Ditangkap. Hari Ini Budak Lain Bawa Lori Pula, Ini Kenyataan Polis

Published

on

By

SEREMBAN – Selepas tular video seorang kanak-kanak Tahun Tiga memandu kereta di Rembau, muncul pula video seorang kanak-kanak memandu lori tangki dipercayai berlaku di Rantau di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, video berdurasi 1:18 minit yang memaparkan sorang kanak-kanak lelaki sedang mengalihkan lori itu tular menerusi aplikasi WhatsApp petang tadi.

Video kanak-kanak yang membawa lori dipercayai berlaku di Rantau, Negeri Sembilan. Lori yang dipandu kanak-kanak berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis kini sedang mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Berdasarkan video itu, kanak-kanak lelaki berkenaan memandu sebuah lori jenis Hino dan semakan mendapati ia berlaku di kawasan Rantau di sini.

“Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Said berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber : Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiriTerima kasih!

Continue Reading

Dalam Negeri

Menteri Ismail Sabri Jelaskan Kenapa Dia P0T0NG Kad Kredit. Ada Sebab Yang Penting Rupanya

Published

on

By

Dulu sebelum PKP munkin ramai rakyat tidak kenal siapakah Menteri yang bernama Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Sekarang rasanya hampir semua rakyat Malaysia kenal beliau. Selama berbulan bulan wajah beliau akan keluar di semua platform media pada tengah hari untuk memberi kita maklumat terkini tentang apa terjadi kepada negara apabila dilanda C0VlD19.

Hari ini beliau memuat naik satu posting di Facebook rasmi beliau, Ismail Sabri Yaakob untuk memberitahu satu posting yang tular sejak semalam.

Jelas kelihatan gambar yang diambil kelihatan beliau lebih muda. Jadi kenapa Ismail Sabri memotong kad kredit tersebut? Ini penjelasan beliau.

Foreigners must renew expired visas, says Ismail Sabri | The Star

Semalam banyak viral di media sosial. Sebenarnya peristiwa berlaku pada 2014.

HSBC London mengumumkan menutup semua akaun penyumbang kepada Palestin kerana mengaitkan pejuang Palestin sebagai kumpulan pengganas.

Ini merupakan satu ketidakadilan kepada perjuangan rakyat Palestin yang berjuang membebaskan negara mereka yang terjajah dengan sokongan kuasa besar dan menghalalkan kekejaman yang terus berlaku terhadap rakyat Palestin.

Pemotongan kad kredit HSBC itu merupakan satu simbolik penentangan saya terhadap tindakan tidak professional mereka yang menyokong kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Saya tahu tindakan itu tidak akan menghentikan kekejaman Israel kepada rakyat Palestin tapi sekurang-kurangnya saya dapat menzahirkan perasaan saya.

Ismail Sabri

Sejak dimuat naik ke laman Facebook, sebanyak 13 ribu tanda suka telah diterima dengan hampir 450 jumlah perkongsian.

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Dalam Negeri

Wanita Langgar Kuarantln Kena Masuk Penj4ra. Sebelum Jatuh Hukvm, Ini Rayuan Yang Dibuat Oleh Wanita Tersebut

Published

on

By

WANITA warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara lima hari dan didenda RM4,000 selepas didapati bersalah di Mahkamah Majistret Kluang, hari ini kerana melanggar Perintah Kuarantin

Mengikut kertas pertuduhan, Maksan, 41, tiba dari Lombok, Indonesia di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), 2 Julai lalu dan diarahkan berada di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian selama 14 hari mengikut peruntukan Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Berdasarkan fakta kes, tertuduh keluar dari bilik pengasingan dalam tempoh perintah kuarantin di antara 2 Julai sehingga 18 Julai, lalu yang boleh mendatangkan risiko penularan Covid-19 di Pusat Jagaan Warga Emas Bahagia, Taman Bahagia, Kluang.

Dalam pertuduhan berkenaan, tertuduh didapati melanggar peruntukan Seksyen 22(b) dengan tidak mematuhi apa-apa perintah sah yang dikeluarkan oleh pegawai diberkuasa mengikut Akta 342 dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 24(a) iaitu penjara tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-dua mengikut akta yang sama.

RAYUAN DIBUAT

Ketika rayuan mengurangkan hukuman, Maksan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan, dengan alasan dia sudah menyesal kerana melanggar perintah itu dan dia perlu menjaga anaknya yang tidak sihat.

Pegawai Pendakwa Anuar Nordin bagaimanapun memohon mahkamah untuk mengenakan hukuman setimpal dan maksima ke atas tertuduh sebagai satu bentuk pengajaran kepada yang lain memandangkan masih ramai yang mengingkari perintah berkenaan.

Majistret ND Arun menjatuhkan hukuman itu terhadap Maksan selepas menimbang kepentingan awam, terutama bagi menghalang orang ramai melakukan kesalahan yang sama seperti tertuduh.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Kluang, Mohamad Nizam Subakir ketika ditemui pemberita berkata, kes itu adalah kes pertama pelanggaran kuarantin yang dibawa ke mahkamah di daerah Kluang dan ianya menunjukkan kesungguhan Jabatan Kesihatan dalam mengekang penularan Covid-19.

Sumber : HMETRO ONLINE

Continue Reading

Popular