Connect with us

Semasa

Lepas Tular Jual Kasut Emas, Khalid Jamlus Buat Kontroversi Dengan Memberi Jawapan Kepada Wartawan Secara Kurang Sopan

Published

on

Nama Khalid Jamlus, bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia menjadi buah mulut orang ramai selepas ceritanya melelong kasut emas melalui live Facebook tersebar. Terbaru, Khalid sekali lagi menjadi perhatian apabila caranya menjawab soalan wartawan ketika satu sidang media semalam menjadi kritikan netizen.

Sikap Khalid keterlaluan

Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal mengambil inisiatif bertemu Khalid Jamlus menerusi sidang media.

Walaubagaimanapun, bukan pertemuan itu yang menjadi tumpuan, tetapi sikap Khalid menjawab soalan wartawan dengan cara sarkastik itu menjadi kritikan warganet.

Attitude kelaut

Ramai menganggap sikapnya itu agak keterlaluan apabila soalan berkaitan jawatan yang ditawar kepadanya mengundang pelbagai reaksi bagi yang menonton sidang tersebut.

Perkara ini membuatkan netizen berasa menyampah dengan gaya pertuturannya yang acuh tak acuh itu. Ramai meninggalkan komen di laman Twitter milik E_Blackbeard yang memuat naik potongan sedutan sidang media tersebut.

Bukan kerja hina pun

Hilang respect aku

Kau punya bongkak

Tak perlu nak berlagak

Sumber : E_blackbeard via OH BULAN

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Kenapa Duit RM1 Susah Nak Masuk Tempat Bayar Parking Atau Mesin Air Tin. Ini Jawapannya

Published

on

By

Pernah tak anda mengalami situasi di mana ketika anda cuba membayar tiket parking, wang kertas RM1.00 tidak diterima? Biarpun dicuba beberapa banyak kali, mesin tersebut tetap enggan menerima wang kertas itu?

Ada yang menyangka situasi itu berlaku berkemungkinan disebabkan oleh keadaan wang kertas yang remuk, kotor, terlipat dan sebagainya.

Namun menurut wanita itu, adakalanya mesin bayaran tiket parking atau mesin jual air dan yang sewaktu dengannya tidak dapat menerima wang kertas RM1.00 kerana wang kertas tersebut mempunyai tandatangan Muhammad bin Ibrahim.

“Fakta menarik, sesetengah ‘vending machine’ tidak menerima RM1.00 anda kerana ia mempunyai tandatangan Muhammad bin Ibrahim. Ia hanya boleh menerima wang kertas yang ditandatangani oleh Zeti Aziz.

“Begitu juga dengan mesin bayaran tiket parking dan yang sewaktu dengannya. Anda mungkin mahu menyemak tandatangan gabenor jika wang kertas yang anda masukkan itu ditolak oleh mesin,” kata Aini yang berkongsi mengenai perkara itu di Twitternya.

Sementara itu, kebanyakan netizen selama ini menyangka kegagalan memasukkan wang kertas itu disebabkan keadaan wang kertas itu yang remuk atau rosak.

ANTARA SEBAB UTAMA

Sumber: @Nurfitriainii via The Reporter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Semasa

Gadis Ini Ceritakan 7 Bulan Tidak Berjumpa Dengan Suami Dan Sekarang Dia Sarat Mengandung 8 Bulan

Published

on

By

Pengacara Dayah Bakar mendedahkan sudah masuk tujuh bulan dia berjauhan dengan suami, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang ditugaskan ke Australia.

Kata Dayah, ia bukan satu tempoh yang mudah namun dia bersyukur kerana dikelilingi orang yang yang tidak putus memberi sokongan.

“Suami saya pergi Australia pada bulan Januari lalu jadi dah tujuh bulan kami berjauhan. Masa dia pergi usia kandungan saya tak sampai sebulan lagi. Sepatutnya saya dah pergi sana tapi disebabkan Covid-19 ini semuanya terpaksa ditangguh.

“Saya masih bekerja dalam fasa hamil ini memandangkan saya seorang yang sangat aktif. Bila saya sibuk bekerja, itu yang membuatkan saya gembira.

“Keluarga saya memang antara penyumbang sokongan paling tinggi dengan anak-anak saudara saya pun tinggal bersama.

“Apa yang penting selalu ingat Allah, itu adalah kunci segalanya. Kita tahu Allah bagi dugaan sebab kita mampu. Jadi sentiasa bersyukur kerana ada hikmah dengan apa yang berlaku. Banyakkan berzikir dan baca al-Quran.

Video di saat suami pergi

“Macam saya aktif dekat media sosial dapat juga sokongan daripada pengikut. Itu pun memainkan peranan. Mereka sama-sama mendoakan saya dan suami, itu buat saya tenang,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar berasa terharu dengan usaha suaminya membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka kali kedua.

“Sejujurnya saya tidak menangis tetapi terkejut. Masa tu saya keluar bila balik tetiba tengok dah ada kat bilik. Semestinya rasa terharu walaupun jauh suami saya masih buat kejutkan untuk saya. Ingatan itu dekat,” katanya lagi.

Dayah dan Hanif berkahwin pada 29 Jun 2018 selepas berkenalan sejak sekian lama dari bangku sekolah lagi.

Kini, Dayah sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan Ogos ini.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading

Selebriti

Paknil Ingin Minta Sesuatu Dari Tunku Azizah. Apa Yang Dia Minta Memang Sangat Berharga Untuk Paknil

Published

on

By

Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi atau mesra dipanggil Pak Nil mengakui memohon perkenan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk memuatkan nama akaun Twitter ‘Che Minah Sayang’ yang pernah digunakan baginda sebelum ini.

Malah keizinan kepada perkara itu turut diminta Pak Nil sendiri kepada Raja Permaisuri Agong pada 4 Jun lalu.

“Saya ada bermesej dengan Raja Permaisuri Agong di Instagram dan ada maklumkan hal meletakkan nama akaun Twitter Baginda dulu dalam lirik lagu ini. Saya mahu minta perkenan Raja Permaisuri Agong.

“Selepas mendapat balasan nombor untuk dihubungi, saya menelefon Raja Permaisuri Agong. Malah ia turut dilakukan dengan cara protokol menulis surat dan memohon perkenan dalam Istana Negara. Alhamdulillah Raja Permaisuri Agong sendiri secara peribadi mengizinkannya.

“Saya sendiri punyalah gementar sampai menggigil gigil sebab nak bercakap dengan Baginda dalam telefon. Bayangkan boleh kejap tersasul bahasakan diri sebagai patik…kejap saya,” katanya dalam sesi pradengar santai lagi Apo baru-baru ini.

Tambah Pak Nil lagi, dia juga mempunyai impian untuk mendapatkan rakaman suara Baginda di dalam lagu berkenaan.

Masukkan Nama ‘Che Minah Sayang’ Dalam Single Baru, Pak Nil Mohon Perkenan Raja Permaisuri Agong

“Kalau dapat perkenan guna rakaman suara Raja Permaisuri Agong untuk diselit dalam lagu ini, lagilah saya akan rasa beruntung. Namun saya tahu hal seperti ini bukan mudah kerana membabitkan banyak protokol.

“Malah andai dapat Raja Permaisuri Agong mencemar duli hadir melancarkan lagu ini pada bulan depan bertambah istimewalah jadinya.

“Kalau sebelum ini, dapat bercakap terus dengan Baginda menerusi telefon bimbit pun sudah rasa kaki tak cecah tanah. Bayangkan kalau Raja Permaisuri Agong hadir di hari pelancaran, rasa seperti lutut tak cecah tanahlah!,” katanya.

Selepas 12 tahun tidak mengeluarkan lagu baru, single Apo ciptaan Archie Nasution dan Reza Ramsay itu bakal dilancarkan pada 17 Julai ini.

Single yang berkisarkan tentang buli siber itu liriknya merupakan cetusan idea Pak Nil dan diterbitkan atas inisiatif sendiri menerusi paksi tanggungjawab sosial Yayasan Pesona (milik Pak Nik) bersama Scifi Record dan Sony Music.

Pak Nil yang pernah diiktiraf Malaysia Book of Records (Kategori Pengacara Paling Lama Berkhidmat) berkata, single itu dihasilkan bukan untuk berentap dengan sesiapa apatah lagi dipertandingkan dalam pertandingan

“Single ini tak saya anggap sebagai comeback dalam dunia nyanyian. Saya bukan penyanyi serius. Saya penyanyi yang ‘fun’ dan santai.

“Lagu ini lahir lebih kepada tanggungjawab. Tambahan pula hal buli siber ini terus bermaharajela hingga kini apabila dunia media sosial tiada kawalan.

“Warganet dan juga wira papan kekunci bebas melontarkan kata kata nista dan kecaman. Begitu juga hal seperti ejekan tubuh, rasis, mempersenda agama, politik dan macam macam lagi.

“InsyaAllah saya juga berharap lagu ini dapat membuka mata mana mana agensi berkaitan atau kementerian untuk menjalinkan kerjasama dalam usaha mengangkat isu buli siber,” katanya yang mengambil masa lapan jam untuk menyiapkan lirik lagu Apo.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading

Popular