Connect with us

Malaysia

“Nak refund, tak bagi” – Hotel ‘Viral’ Di Cameron Highland Suruh Tetamu Tukar Cadar, Kemas Bilik Sendiri Lepas ‘Check In’

Published

on

Rancangan untuk bercuti di hujung minggu dan waktu yang diharapkan dapat dihabiskan dengan tawa riang dirosakkan oleh pihak penginapan. Melalui Twitter, Aira berkongsi pengalaman buruk dia dan abangnya menginap di sebuah hotel dekat Cameron Highland pada 3 Julai lepas.

Seumur hidup. Tak pernah lagi check in hotel kena tukar cadar sendiri. Tukar sarung bantal sendiri. Kemas bilik. Buang sampah orang duduk sebelum ni.”

Berkongsi dengan Lobak Merah, Aira berkata dia telah buat tempahan melalui Traveloka lebih awal dan telah tiba di hotel tersebut pada jam 10 malam.

 

Namun, staf hotel beritahu bilik itu belum sempat dikemas dan mereka minta Aira dan abangnya tunggu saja di dalam bilik. Tapi, sehingga jam 11.30 malam masih tiada staf yang datang untuk kemas bilik. Aira pun terus hubungi lobi tapi tak ada yang jawab panggilan.

Mula-mula depa suh saya tunggu kat bilik. Waktu saya check in jam 10 malam. Bila dah tunggu dalam 11.30 malam takde staff yang datang. Saya cuba call lobi banyak kali. Tak jawab. Jadi saya buat keputusan untuk ke lobi.”

Bila ditanya, staf masih suruh mereka tunggu di dalam bilik. Tapi, tiba-tiba ada seorang staf berkata,

Kalau abang nak cepat. Abang boleh pasang (cadar) sendiri.”

 

  

Difahamkan, bukan Aira dan abangnya saja yang kena nasib macam tu tapi ada lebih kurang 5 tetamu lain yang dah tunggu lagi lama dari mereka. Salah seorang tetamu memberitahu Aira, mereka dah tunggu sejak pukul 3 petang tapi tiada staf yang datang tukar cadar.

Tunggu sampai 11.30 malam. Bilik masih belum kemas. Pergi lobi buat aduan. Berderet customer lain kena masalah sama.”

Lebih teruk lagi, menurut Aira pihak pengurusan berkata mereka tidak boleh refund duit tetamu kerana tiada di dalam polisi. Bukan itu saja, tiada staf yang datang untuk sanitize bilik seperti yang dimaklumkan.

Kerana tiada pilihan lain, Aira dan abangnya terpaksa akur untuk tukar cadar sendiri, kemaskan bilik yang dipenuhi sampah daripada tetamu sebelum ini. namun mereka hanya tidur di hotel tersebut selama satu malam. Pihak hotel juga dikatakan tidak memohon maaf di atas apa yang berlaku kepada tetamu mereka.

 

  

 

Tak apa la kami kemas sendiri. Semalam RM480 . Ambil dua hari. Tak apa la. Esok check out. Balik je. Hotel paling horror penah check in.”

 

Tiada kata maaf dari pihak hotel, patutnya kami check in untuk 2 hari , tapi esoknya kami dah check out, sebab tak tahan bilik bau busuk.”

Korang pernah ada pengalaman dilayan staff hotel macam ni?

Sumber: lobakmerah

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia

Imigresen buru Md Rayhan Kabir. Ini lokasi tempat tinggal dia terakhir

Published

on

By

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir.

Pemuda berusia 25 tahun itu dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Alamat Terakhir

Alamat terakhir dilapor di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, No 85, Jalan Loke Yew, 52000, Kuala Lumpur.

Untuk itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Imigresen, Nurulmasha Nazlinan Hussin di talian 03-88801298 sambungan 1294 pada waktu pejabat.

Maklumat juga boleh disalur ke Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mencabar agensi berita antarabangsa, Aljazeera untuk menyenaraikan negara yang memberi kebebasan mutlak kepada warga asing.

“Kita boleh tanya Aljazeera ini, berikan kita nama mana-mana negara dalam dunia ini membenarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau dokumen tidak sah boleh bebas di negara mereka.

“Saya cabar Aljazeera tunjukkan negara mana yang memberikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak berdokumen. Jawapannya setahu saya, tidak ada,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Beliau berkata demikian dalam mengulas isu sebuah dokumentari terbitan Aljazeera yang membuat tuduhan kerajaan Malaysia bertindak ‘kejam’ ke atas migran dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang tempoh PKP sebelum ini.

Berikut reaksi dari netizan

“Mmg dasar hanjengg!! Dtg x jemput acah nk layanan cam raja. Mula2 pijak kaki kt sini buat muka kesian, dh sihat gemuk tlebih makan dpt enjoy serba serbi nikmat kt malaysia kau acah nk jadi tuan pulak..dasar x tahu diuntung.buat taik kt tempat kau cari makan!

“Senang je…xdpt dia..jumpa bangla mana pun , sauk sedas dua ja..bagi bangsa depa rasa akibat xbersyukur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Malaysia

Berita Gembira Terkini Kepada Rakyat Internet Percuma 1GB Kepada Pengguna Ini.

Published

on

By

TAWARAN Internet 1GB secara percuma kepada semua pengguna pengendali telekomunikasi akan dipanjangkan selama 24 jam, bermula hari ini.

Tawaran itu membabitkan pengendali telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia Berhad (TM) boleh dinikmati pengguna sehingga 31 Disember ini.

Ia mampu meningkatkan kesalinghubungan rakyat negara ini khususnya untuk keperluan kerjaya dan pembelajaran selain pengendali menawarkan akses percuma tanpa had kepada pelbagai aplikasi perkhidmatan berita bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai Cov-19.

Senarai ini merangkumi aplikasi MySejahtera dan MyTrace serta sumber dan hotline kesihatan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebelum ini, akses percuma 1GB itu hanya dinikmati bermula 8 pagi hingga 6 petang setiap hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu ekoran Cov-19.

Tawaran ini boleh digunakan untuk alat produktiviti serta keperluan penyemakan imbas kecuali media sosial, penstriman video serta muzik dan permainan.

Internet percuma ini sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Malaysia

Di Sebalik Gelaran Abah, Siapakah Sebenarnya PM8 Muhyiddin. Ini Corak Kepimpinan Beliau Yang Kita Tak Sangka

Published

on

By

ULASAN | Perubahan tampuk pemerintahan sejak Mac lalu sedikit sebanyak merubah wajah politik di Malaysia. Walaupun ramai pemimpin yang memegang kuasa kini bukanlah baru, namun, kita dapat melihat perbezaan ketara komunikasi pentadbiran ini berbanding dengan yang lalu.

Sejak pertukaran kuasa daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mengambil tempat sebagai perdana menteri kelapan.

Namun, siapa sebenarnya Muhyiddin dan apakah corak kepimpinan beliau?

Walaupun kerjaya politik beliau bemula sejak 1978 sebagai ahli parlimen Pagoh, umumnya masih belum mengenali beliau dari dekat. Dengan keadaan krisis pandemik Cov-19 yang semakin meruncing ketika itu, ramai gelisah dan memerlukan imej yang boleh memberikan kepercayaan dan ketenteraman.

Tatkala digasak dengan gelaran pengkhianat dan kerajaan tiada mandat atau pilihan rakyat, semuanya tidak langsung memberi kesan yang besar kepada beliau.

Persoalannya, mampukah imej baru ini dapat bertahan lama atau sekadar perhiasan yang tidak mampu menangkis polemik politik yang mungkin bergelumang sekali lagi?

Rata-rata ramai yang tertarik dengan pendekatan baru sejak perutusan pertama beliau di kaca televisyen dengan penggunaan bahasa yang lebih mudah difahami dan bersifat kolokial. Pendekatan ini memberikan satu persepsi seolah-olah beliau cuba mendekati rakyat mengelakkan bahasa yang terlalu teknikal dan penuh dengan jargon.

Panggilan ‘Tok’ mahupun ‘Abah’ bukanlah sesuatu yang baru, malah ia sememangnya agak sinonim dalam politik Melayu sejak beberapa kurun yang lalu ketika zaman feudal. Ini merupakan budaya berdasarkan hierarki dan politik naungan (patronage).

Dalam pemerhatian dan kajian oleh Anthony Miller dalam buku beliau, Kerajaan: Budaya Politik Melayu sebelum Era Pemerintahan Kolonial. Penulisan beliau menyingkap bagaimana politik Melayu masih berpegang kuat kepada beberapa elemen-elemen yang masih bertapak kukuh yang merangkumi dalam era selepas kemerdekaan.

Aspek-aspek seperti ini selalunya kurang mendapat perhatian ramai dalam pemahaman strategi komunikasi politik dalam kalangan Melayu. Yang menarik, ia merupakan satu langkah yang efektif dan ‘halus’ tertumpu kepada pengundi-pengundi Melayu.

Berikut adalah empat elemen utama pemerhatian dan strategi komunikasi dalam membentuk naratif serta merubah persepsi imej Muhyiddin sebagai perdana menteri baru dalam pentadbiran PN.

1. Persona baru imej pemimpin politik Melayu

Persona ini memberikan satu gambaran bahawa perdana menteri sekarang lebih dekat di hati rakyat dan menunjukkan satu imej kebapaan, dengan kata lain penaungan. Ciri-ciri pimpinan beliau pada ketika era pemerintahan BN tidak berapa diketahui ramai, dan sememangnya bukan seorang yang agresif dalam arena perseteruan politik.

Penampilannya yang lebih simplistik atau minimal, tidak tampak terlalu elit berbanding dengan pimpinan terdahulu.

2. Penggunaan bahasa yang lebih mudah difahami

Perutusan pertama daripada beliau semasa pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lalu dengan menggunakan kata-kata yang mudah difahami dan mengelakkan penggunaan bahasa yang terlalu teknikal, seolah-olah ia satu nafas baru kepada orang ramai. Ini juga merupakan kali pertama seorang perdana menteri menggunakan Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris, dengan tujuan menjawab persoalan ramai dari kalangan pengundi bandar yang tidak berpuas hati dan kurang senang dengan perubahan kerajaan.

3. Faktor semasa, resepi terbaik merungkai persepsi negatif

Rata-rata rakyat berasa resah dan tidak puas hati dengan kemelut percaturan politik yang seolah-olah tiada kesudahan dalam pentadbiran yang lalu, dengan kata lain, fenomena keletihan politik. Saban hari, tajuk utama laporan akhbar sentiasa dipenuhi dengan polemik penyerahan jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibahim, memberikan peluang kepada pembangkang pada masa itu untuk mengalihkan kebencian kepada pentadbiran PH.

Dalam keadaan penularan pandemik Cov-19, rakyat menginginkan kepimpinan yang perlu dibawa. Walaupun pentadbiran baru bawah PN tidak kurang isunya, tetapi pengurusan persepsi negatif dan strategi naratif ‘mengalihkan’ fokus sememangnya agak efektif.

Pada ketika PN masih cuba menyesuaikan diri dengan permuafakatan baru, PH pula masih ‘bergaduh’ secara terbuka di alam maya.

4. Kawalan komunikasi lebih ketat, kurangkan akses maklumat dan elak pembocoran maklumat dalaman yang sensitif

Sepanjang 100 hari sejak Muhyiddin Yassin mengambil alih tampuk pimpinan di Putrajaya, hanya beberapa figura sahaja diberikan lampu hijau untuk bercakap dengan media, mahupun mengeluarkan kenyataan media. Bukan semua ahli jemaah menteri diberikan kebenaran, hanya menteri-menteri kanan dan juga birokrat kanan sahaja yang dibenarkan.

Selain itu, sidang media juga terhad kepada media kerajaan sahaja seperti Bernama dan RTM, wartawan daripada media swasta dan digital tidak dibenarkan. Setakat hari ini, perdana menteri hanya mengadakan satu sidang akhbar yang terbuka kepada semua sebelum pelaksanaan PKP. Sidang akhbar oleh ketua pengarah Kementerian Kesihatan sajalah yang terbuka kepada semua media, manakala sidang akhbar oleh menteri-menteri kanan hanya kepada media rasmi kerajaan.

Dalam siri program Bicara Minggu Ini, pensyarah kanan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor mengulas fenomena ini sebagai satu simbolisme gambaran tentang kerajaan semasa, iaitu konsep ‘Kemelayuan’ dan ‘keakraban’.

Muhamad Nadzri Mohamed 

“Kita dapat lihat kerajaan PN pada hari ini, kita boleh kata kerajaan yang hampir 95 peratus Melayu, lebih daripada itu. Ciri-ciri Kemelayuan itu nampaknya lebih tinggi berbanding dengan model Pakatan Harapan ataupun model Barisan Nasional pada sebelum ini.

“Pentadbiran ini juga cuba menggambarkan keakraban di antara pemerintah dan juga rakyat sebab kita kena faham di sebalik imej kemelayuan dan keakraban yang cuba ditonjolkan oleh kerajaan khasnya melalui retorik Bantuan Prihatin dan macam-macam cerita seperti Mak Cik Kiah dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga berpendapat bahawa ia juga memerihalkan satu situasi kerajaan yang rapuh dan timbul isu persoalan ketidak-absahan kerajaan pada hari ini iaitu dengan tuduhan tebuk atap, pintu belakang dan sebagainya.

Hal itu cuba dialihkan dengan sentimen kemelayuan dan bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang baik dan berbudi dengan menekankan kepada produk bantuan masyarakat berbanding dengan perbincangan isu-isu yang lebih asas seperti keperluan untuk mendapatkan sokongan ataupun pengesahan di parlimen.

“Dengan imej-imej kebapaan dan penaungan (Muhyiddin) memperlihatkan peranan kerajaan sebagai penaung masyarakat pada ketika ini dengan hubungan yang digambarkan sebagai cukup akrab, menjalankan tugasan yang sepatutnya kerajaan lakukan berbanding dengan jasa atau bantuan.

“Jadi, bagi saya itu yang cuba dipupuk sebenarnya dengan mempertahankan imej bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan Melayu, sama ada ikut pintu belakang atau pintu depan, ataupun mana-mana pintu, itu tidak relevan,” tambahnya lagi.

Walaupun kerajaan sekarang tidak ditubuhkan melalui proses pilihan raya, Nadzri berpendapat bahawa yang relevan adalah kerajaan Melayu yang dikehendaki atau dituntut sejak PH memerintah selama dua tahun. Kerajaan sekarang dilihat dipimpin oleh kumpulan-kumpulan etno-nasionalis dan kumpulan Islamis juga dan itu dianggap lebih penting daripada isu-isu sekitarnya.

Continue Reading

Popular