Connect with us

Uncategorized

Netizen Kecam Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Taja Program Hiburan, Baik Taja Orang Pergi Haji. Sekali Ini Respond Balas Aeril

Published

on

TINDAKAN pelakon dan usahawan Wawa Zainal mengeluarkan belanja jutaan ringgit bagi menaja program Big Stage musim kelima (BS5) kurang disenangi segelintir pihak.

Tanpa usul periksa, netizen bertindak mengecam Wawa dan suami, pelakon Aeril Zafrel yang disifatkan sebagai melakukan pembaziran dengan menaja program berbentuk hiburan dan tidak mendatangkan faedah.

Menerusi ruang komen di Instagram mStar, ada segelintir pula beranggapan Wawa dan Aeril sepatutnya menjaga program berbentuk keagamaan dan bukannya hiburan.

Malah ada menyarankan pasangan itu membuat sumbangan kepada rancangan yang dapat membantu golongan fakir miskin.

Selain memperkenalkan jenama produk, pasangan ini mahu membantu meningkatkan ekonomi reseller.

Tenang menjawab tuduhan dilemparkan terhadap mereka, Aeril atau Suhairil Sunari, 35, menjelaskan bukan menjadi fokus mereka untuk sering berkongsi tentang amalan yang dilakukan di media sosial.

Sebaliknya kata Aeril, apa sahaja berkaitan dengan amalan mereka, biarlah ia di antara mereka dengan Allah SWT.

“Segala amal kami, jarang kami tunjuk atau viralkan di media sosial dan mungkin sebab itu ada menganggap kami tak pernah beramal.

“Kalau mahu saya senaraikan satu peratu apa amal kebajikan yang kami buat, orang akan mengata pula. Apatah lagi kalau nak tunjuk di media sosial.

“Kita tidak ada kuasa untuk menentukan dosa dan pahala seseorang kalau kita sendiri tak tahu niat di sebaliknya. Cukup-cukuplah menjatuhkan hukum pada orang lain,” katanya.

aeril 4

Sebelum ini, menerusi laporan mStar pada 8 Mei lalu, Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, menerusi jenama produknya iaitu Wawa Cosmetic menjadi artis pertama menaja program nyanyian.

Pasangan ini mengeluarkan modal besar dalam usaha memperkenalkan jenama tersebut selain meningkatkan jualan produk keluaran mereka.

Dalam pada itu, Aeril turut melahirkan rasa terima kasih kepada netizen atas teguran dibuat dan menerimanya dengan hati terbuka.

Jelasnya, menjadi tanggungjawab mereka sebagai usahawan melakukan pemasaran yang bukan sahaja untuk memperkenalkan produk tetapi membantu reseller meningkatkan jualan.

aeril 1

Antara komen netizen yang tak berpuas hati dengan pasangan itu.

“Tujuan saya dan Wawa menaja BS5 adalah untuk membantu reseller menjana pendapatan. Kalau kami di pihak pengurusan tidak promosikan produk, bagaimana masyarakat hendak tahu?

“Mereka (reseller) terdiri daripada peniaga kecil, ibu tunggal, suri rumah dan malah golongan pelajar. Kesemua mereka ini mahu mengubah nasib diri dan membantu menjana pendapatan keluarga.

“Alhamdulillah sudah ramai peniaga kecil yang dilahirkan sehingga ada bergelar usahawan dan jutawan,” jelasnya.

Sementara itu, pasangan ini juga mengumumkan bakal membina sebuah masjid yang mampu memuatkan seramai 700 orang jemaah di kampung halaman Aeril di Johor sebagai salah satu kerja amal kebajikan mereka.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Uncategorized

Shuib Keluar Berjalan Satu Keluarga Tapi Ada Sesuatu Yg Netizen Perasan Dan Terus Tegur Shuib

Published

on

By

Hantaran dimuat naik oleh Shuib semalam mengundang pelbagai respon dan komen daripada warganet selepas dia berkongsi video meluangkan masa bersama keluarga.

Menerusi rakaman itu, Shuib bersama isterinya, Watie membawa tiga anak mereka keluar berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah.

Namun begitu, ada pula sesetengah individu yang mengkritik pasangan itu tidak memimpin tangan anak dan membiarkan Uwais menolak stroller adiknya.

Bagaimanapun, segelintir warganet berpendapat perkara itu tidak perlu dijadikan isu atau diperbesarkan dan biarkan sahaja keluarga tersebut dengan cara mereka.

komen

Sementara itu, Watie yang menyedari hal itu telah membalas komen negatif warganet menerusi caption gambar dimuat naik olehnya di Instagram.

RESPOND WATIE

watie

Kalau keluar tu 5 jam, tapi sebenarnya 5 minit je pun daddy pegang tangan mommy. So aunty dan uncle sekalian janganlah risau.”

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber : BeautifulNara

Continue Reading

Uncategorized

Dulu Menyanyi Rap Sekarang Jadi ADUN. Ini Perkara Pertama Yang Altimet Akan Buat

Published

on

By

SELEPAS menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), penyanyi rap Altimet memulakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor pada Ahad.

Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, cukup bersemangat untuk bersama rakyat yang telah turun mengundi meskipun bertungkus-lumus menjalankan kempen sebelum PRN berlangsung pada Sabtu.

Melihat masjid dan rumah ibadah lain sebagai kawasan tumpuan ramai, Altimet yakin majlis agama antara salah satu kaedah terbaik untuk dia mendekati rakyat.

Altimet mahu dekati pelbagai golongan masyarakat.

“Kerja bermula hari ini. Pukul 6 pagi, Masjid Taman Kosas. Semangat!

“Antara perancangan saya adalah ke arah itu (program agama). Kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan komuniti. Perlu sentuh dan prihatin terhadap semua golongan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Altimet sebelum itu berkongsi serangkap pantun mengajak orang ramai ke masjid berkenaan selepas namanya diumumkan menang bagi DUN Lembah Jaya.

Berkesempatan berjumpa penduduk sekitar kawasan masjid, Altimet sudah menerima beberapa maklum balas yang perlu diberi perhatian kelak.

Justeru baginya tiada istilah rehat panjang selepas diberi tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum perkara tersebut.

altimet 7

“Apa pun kena tunggu upacara angkat sumpah dahulu untuk teruskan kerja. Selangor pun masih cuti umum esok (Isnin),” ujarnya.

Syukur atas kemenangan sebagai Adun, penyanyi lagu Amboi ini juga sedar namanya kini terus menjadi perhatian dalam arena politik.

“Syukur dan teruja dengan tugas yang diberikan ini. Sekarang tugas saya lebih besar dan perlu lakukan dengan betul.

“Saya sedia menjalankan tanggungjawab ini,” jelasnya.

Dalam PRN kali ini Altimet bertanding menentang calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslziah Syed Ariffin.

Altimet mendapat undian sebanyak 26,172 undian dengan majoriti sebanyak 6,320.

Manakala Sharifah Haslziah mendapat 19,852 undian.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading

Uncategorized

Janna Nick Masuk Hospital, Beliau Beritahu Sakit Apa Dan Ianya Amat Serius

Published

on

By

PELAKON Janna Nick dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya sejak Khamis lalu akibat mengalami masalah radang usus.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, bagaimanapun memaklumkan dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad namun masih dalam proses pemulihan.

“Sudah dibenarkan pulang namun masih dalam proses pemulihan,” katanya.

Janna berkongsi keadaannya di laman Instagram miliknya berserta beberapa foto ketika dia terbaring di atas katil wad.

Suami aktres itu, Dini Schatzmann turut dilihat menemani Janna sepanjang berada di wad.

Janna masih dalam tempoh pulih selepas dibenarkan pulang.

Sementara itu, Dini ketika dihubungi mStar memaklumkan Janna berada dalam keadaan baik.

“Dia okey sekarang,” ujarnya ringkas.

Perkongsian Janna di Instagram itu turut menerima komen rakan-rakan artis yang mendoakan dia segara pulih.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading

Popular