Connect with us

Viral

Gadis Berusia 21 Tahun Ini Merupakan Seorang Pemandu Trak Tercantik Di Jepun

Published

on

Secara realitinya, kerja sebagai pemandu banyak diceburi oleh golongan lelaki, lebih-lebih lagi jika memandu kenderaan ataupun jentera berat seperti trak. Namun selari dengan era yang lebih moden, kini golongan wanita juga mampu menggalas tanggungjawab berkenaan dan terdapat peningkatan terhadap penglibatan golongan hawa dalam profesyen tersebut.

Seperti gadis ini yang baru berusia 21 tahun, iaitu Rino Sasaki yang berasal dari Jepun ini sudah mahr membawa trak bagi membantu menyara dirinya. Rino membuat keputusan untuk mengorbankan cita-citanya untuk menjadi seorang guru tarian bagi menggantikan bapanya yang sakit.

Dia kemudian mengambil lesen yang membolehkannya mengendalikan jentera berat lalu menemani bapanya yang bertugas membawa trak dalam jarak jauh, di mana dia akan bergilir-gilir memandu bersama bapanya dan bertukar-tukar syif

“Saya sebenarnya suka mengajar tarian tradisional kimono tetapi saya tidak sanggup membiarkan bapa memandu keseorangan di saat saya lihat dia saklt. Jadi, saya meninggalkan semuanya dan memilih untuk membantu bapa saya,” cerita Rino.

Semenjak daripada itu, minatnya terhadap kerja ini bertambah sehinggakan dia berupaya memandu sendiri trak Volvo SR12.

Ramai orang termasuklah ibunya cuba memujuk Rino untuk tidak meneruskan karier sebagai pemandu trak namun Rino tetap mahu meneruskannya.

Kini, dia sangat dikenali, terutamanya dalam industri logistik dalam talian sebagai pemandu trak paling cantik. “Saya hargai pujian yang diberikan tetapi harus diingat walaupun cantik, saya juga seorang yang kuat,” katanya.

Dia akan memandu trak Vovlo berkenaan 10,000 batu jauhnya yang membawa barangan akuatiik, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dihantar ke destinasi.

Dia berharap dirinya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain untuk turut sama menceburi industri logistik dan pengangkutan.

Lazimnya, pemandu trak memainkan peranan yang amat penting kerana mereka menyediakan perkhidmatan masyarakat dengan menghantar barangan dalam jarak yang jauh melalui jalan darat, kebiasaannya daripada industri pertanian kepada pusat pengagihan.

Perjalanan yang panjang memakan masa selama beberapa jam di atas jalan raya membuktikan bahawa seseorang pemandu trak berkenaan harus berupaya menjalankan tanggungjawab daripada aspek mental dan fizikal dengan baik.

 

Sumber: sr8x4volvo/Instagram, autoevolution via CerKosong

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Viral

Tak Pernah Dibuat Orang Bila Tetamu Hotel Kena Kemas Bilik Sendiri. Apa Sebenar Terjadi Diceritakan

Published

on

By

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun lalu rata-ratanya digunakan untuk bercuti bersama keluarga dan rakan rapat.

Namun, percutian seorang individu yang bernama Aira ini malang kerana bertukar tragedi yang menyakitkan hati.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Aira meluahkan rasa bengang apabila servis hotel yang didudukinya di Cameron Highland, Pahang sangat tidak memuaskan.

Menurut gadis itu, bilik yang ditempahnya tidak dikemas dan terpaksa dilakukan sendiri walaupun ketika itu sudah jam 11.30 malam.

“Nova Hotel Cancel. Seumur hidup. Tak pernah lagi check in hotel kena tukar cadar sendiri.

“Tukar sarung bantal sendiri. Kemas bilik. Buang sampah orang duduk sebelum ni.

“Kami sampai kul 10 malam tadi. Hotel bagi alasan bilik belum kemas. Suruh pergi bilik dulu. Tunggu.

“Tunggu sampai 11.30malam. Bilik masih belum kemas. Pergi lobi buat aduan. Berderet pelanggan lain kena masalah sama. Tak apa la kami kemas sendiri,” luahnya.

Tambah Aira, dia sudah meminta kembali bayaran namun didakwa tidak ada dalam polisi pemulangan hotel.

“Semalam RM480 . Ambil dua hari. Tak apa la. Esok check out balik je. Hotel paling seram pernah check in.

“Kenapa tak refund ja? Dah minta. Depa cakap tak ada polisi pemulangan. Pengurus duduk belakang takut kena maki,” tulisnya lagi.

RESPOND NETIZEN YANG ALAMI MASALAH SAMA

Perkongsian yang dibuat pada Sabtu lalu telah mendapat 7,500 kicauan (retweet) dan hampir 4,700 tanda suka (likes).

Sumber : GEMPAK

Continue Reading

Viral

Ambil Gambar Lesen Ada Topeng Muka Di Dagu, Gadis Ini Ceritakan Apa Yang Terjadi Sebenarnya

Published

on

By

SEJAK pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), banyak perkhidmatan kaunter kerajaan termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah beroperasi seperti biasa.

Namun kunjungan seorang gadis ke kaunter JPJ di Kemaman, Terengganu pada Ahad lalu pasti akan dikenang sepanjang hayat gara-gara pengalaman lucu semasa memperbaharui lesen memandunya.

Perkongsian gadis tersebut dengan kapsyen ‘Lesen PKP yalll. Korang ada ke?’ mendapat 13,400 ulang kicau dan 31,300 tanda suka gara-gara gambar ‘rare’ pada lesen memandunya itu.

Dalam gambar lesen tersebut, Nurul Nabihah Aiman Asmadi dilihat memakai penutup muka di bawah dagu selain turut menampakkan tali beg yang disandangnya.

Berkongsi cerita kepada mStar, Nurul Nabihah berkata dia terlupa menanggalkan penutup muka dan beg disandangnya gara-gara gelabah gambarnya tiada di dalam sistem.

“Ni kiranya first time nak renew lesen P ke lesen biasa. Sampai turn saya, pegawai perempuan dekat kaunter beritahu gambar saya tak ada dalam sistem lagi.

“Jadi dia minta saya pergi ambil gambar dekat kaunter sebelah. Saya jadi kalutlah sebab mindset saya ingatkan boleh je scan gambar dari lesen P atau IC.

“Itu yang sampai tak perasan ada mask dekat dagu dengan tali beg sekali. Masa tu dengan pakai tudung sarung sebab nak cepat dan tak terfikir kena ambil gambar dekat situ juga,” katanya.

Jelas gadis berusia 20 tahun itu, dia hanya menyedari insiden melucukan itu selepas ditegur seorang lagi pegawai yang menyerahkan lesennya yang telah siap.

“Saya tunggu kat luar, dalam lima minit lesen tu siap. Ada pegawai jaga kat pintu dia tegur dik tadi snap gambar tak buang mask eh?. Masa tu barulah saya perasan mask ada kat bawah dagu.

“Memang saya terkejut dan malulah. Ya Allah kenapalah saya tak terfikir, mungkin sebab dah terbiasa pakai mask. Saya pun cakap kat abang tu tak pelah buat kenangan.

“Tapi masa dekat kaunter ambil gambar sebelum tu, pegawai tu tak tegur apa-apa pun. Dia suruh duduk situ cakap 1,2, 3 je. Nasib baiklah sempat senyum,” katanya yang juga penuntut di sebuah universiti tempatan dalam negara.

Nurul Nabihah (kanan) menganggap insiden itu sebagai pengalaman yang melucukan.

Meskipun lesen itu diperbaharui selama tiga tahun, Nurul Nabihah berkata dia reda dan menganggap insiden itu sebagai satu pengalaman melucukan.

“Saya renew lesen tu tiga tahun pula tu. Kiranya nanti nak renew lepas tempoh tu saya nak pergi ambil gambar baharu lagi sekali. Buat masa ini saya pakai dulu lesen ni.

“Saya tak plan nak tukar baharu sebab malas nak pergi JPJ semula lagipun ramai orang. Nak kena beratur lama dalam tiga jam sebab kena ikut SOP. Last-last dapat lesen macam tu.

“Tak pelah saya anggap semua tu kenangan. Bila lagi nak ambil gambar pakai mask. Saya beritahu abah, abah pun gelak, ” katanya dalam nada berseloroh.

Pada masa sama, Nurul Nabihah tidak menduga perkongsiannya itu akan mendapat perhatian netizen.

Antara komen netizen yang terhibur dengan perkongsian Nurul Nabihah di Twitternya.

“Sebenarnya saya tak de niat nak viral ke apa sebab saya ni memang sejenis suka share sesuatu dekat Twitter. Lagipun saya just nak share dengan kawan-kawan saya je.

“Tiba-tiba Isnin petang tu saya dapat banyak notification. Tengok-tengok tweet saya tu dah blow up. Memang terkejutlah bila viral,” katanya.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan perkongsian Nurul Nabihah di Twitter.

Limited edition ni dik oii. Comel hahahaha,” kata Ayesha.

“Ini kalau kena tahan polis nak check lesen mesti kena gelak dulu,” kata Iman.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading

Viral

Gadis Ini Mengadu Nasib Yang Timpa Diri Ditipu Bengkel Motor. Pomen Bengkel Tampil Untuk Cerita Belah Dia Pula

Published

on

By

“SAYA tidak berkira soal wang cuma mahu dia bersikap jujur, bukan menganiaya pelanggan,” luah Azmariyati Yahya.

Azmariyati, 41, mengulas mengenai perkongsian pengalamannya yang mendakwa dipermainkan dan ditindas oleh seorang mekanik.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook itu, dia meluahkan kekesalan dengan tindakan mekanik terbabit yang mengenakan caj tanpa membaik pulih kerosakan pada skuter miliknya.

“Kejadian berlaku awal pagi Isnin lalu iaitu kira-kira 2 pagi apabila skuter saya rosak di Bukit Beruntung ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Saya menghubungi seorang mekanik untuk bantuan dan dia bersetuju untuk membaikinya, jadi saya tidak keberatan hantar skuter ke bengkelnya.

“Disebabkan tiada pengangkutan lain, saya minta bantuan daripadanya untuk mengambil saya di rumah untuk ke bengkel pada hari skuter itu siap dan dia bersetuju.

“Namun dia tidak datang sehingga saya terpaksa meminta bantuan rakan lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, setibanya di bengkel berkenaan, mekanik itu kemudiannya memaklumkan dia ‘overhaul’ enjin skuter untuk membaiki kerosakan berkenaan.

Atas dasar percaya dan tanpa banyak soal, Azmariyati akur untuk melangsaikan bayaran penuh dengan caj sebanyak RM900.

“Malangnya, skuter saya itu kembali meragam sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja di Setia Alam pada 4 pagi semalam.

“Apabila diperiksa semula, skuter itu kelihatan seperti tidak berusik malah palam dan bateri juga tidak ditukar.

“Sedangkan, dia juga yang memberitahu boleh membaiki kerosakan itu. Apa yang berlaku membuatkan saya kesal memandangkan bayaran sudah dilangsaikan tetapi hasil kerjanya amat mengecewakan,” katanya.

Menurut Azmariyati, dia ada meminta mekanik berkenaan menyatakan jenis alat ganti ditukar pada resit bayaran tetapi tidak diendahkan.

Kesal dengan apa yang terjadi, Azmariyati berkongsi pengalaman itu dan niatnya bukan untuk mengaibkan sesiapa sebaliknya berharap kisahnya menjadi pengajaran dan peringatan buat individu lain supaya berhati-hati.

“Dia caj berapa pun saya akan bayar cuma biarlah hasil kerja itu setimpal dengan bayaran yang diterima, barulah berbaloi.

“Namun, sebaliknya terjadi dan saya harap perkara sama tidak berulang lagi,” katanya.

POMEN BENGKEL TAMPIL PERTAHANKAN DIRI

Seorang pengguna facebook bernama Panjang Garage telah tampil mempertahankan diri. Jelas bahawa dia adalah mekanik yang membaiki motor gadis ini.

Menurut mekanik tersebut, kenyataan yang dibuat oleh gadis tersebut bukan 100% kisah sebenar.

Hati² laa kalauu nak berurusan dengan orng nii…. cakap banyak yang tak betul… dia kata dia overhol moto…. memang betul diaa repai tapi yang dia kata rosak balik kedai buat tak tau tuu salah tak betull dengan batery tak tukar tu pon salah.. malam tu siap pasang enjen dia terus nak amikk moto tak sabar²..

MOTOR ENJIN JEM TENGAH HIGHWAY

Tak dan nak rening enjin dulu malam tu dia amik jugak jam 10 malam pagi tu dia dah bawak pegi damansara piston baru pasang dengan raod bawak laju barang baru dah jem panas.. pagi tu formen pegi tegok dekat restoran jejantas sg buluh.. buat bagi hidup balik tapi moto dah berasap pomen kata tak apa kedai ganti balik yang mana rosak…

Nak buat macam mana dah jem ganti balik jelaa pomen suruh dia naik kete sebab nak hugak.. pomen bawak moto pelan² sampai daman sara pusing balik sampai bukit beruntung dengan hujan lebat habis basah…

SEBAB KENAPA RESIT TIADA LIST BARANG DITUKAR

Macam tu dia kata kedai buat tak tauu lepas tangan petang tadi dia naik dalam fb nape tak naik kan pagi tadi dalam fb kan senang tentang batery tu dia yang cakap tak payah tukar lagi nanti² baru tukarr salah pomen kaa salahh tuan moto tu… kalau jadi kat korang nak tolong kaa nak biar kaa…

sekarang moto orng ni dah bukak balik semua buat lain apa lagi yang dia nak resit tuu malam tu tak dan nak buat sebab nak tulis semua barang… dia kata takk payahh tulis jee totol rm900 tapi bayar tak sampai pon rm900

RESPOND NETIZEN

Cerita dua belah telah didengari, pihak mana yang salah yang mana yang betul? Ada yang menyokong mekanik tersebut tetapi ada juga yang mengatakan mekanik tersebut mengambil kesempatan terhadap gadis tersebut.

Pendapat admin, ia berbalik pada hak pengguna. Jadi sila salurkan aduan anda ke Tribunal Pengguna. Perkara ini akan disiasat, sekiranya bengkel tersebut betul tidak jujur memang akan diambil tindakan.

Kredit: HMETRO ONLINE

Sumber: Panjang Garage

Artikel By: The Tular

 

Continue Reading

Popular