Connect with us

Kisah Benar

Pengantin lelaki menangis baca mesej dihantar sahabat ‘mulut laser’ malam pertama selepas n1k4h – “Paling terkesan point kedua…”

Published

on

JARANG-jarang sekali kita melihat lelaki menangis dan jika air mata itu jatuh pastinya ada sesuatu yang amat menyentuh perasaannya.

Begitulah yang dialami seorang pengantin lelaki yang sebak apabila menerima mesej panjang daripada seorang sahabat, memberi nasihat buat dirinya yang kini bergelar suami dalam menempuh alam rumah tangga.

“Malam tadi sebelum nak tidur, dapat pesan daripada sahabat, speechless teruk aku. Sedih, nangis, sebak wehh. Tahniah dan takziah buat diri sendiri.

“Semoga dipermudahkan, diberkati perkahwinan dan dapat berjumpa di syurga Allah kelak,” tulis seorang pemuda sambil berkongsi paparan mesej yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp, di laman Twitter.

 

Mesej berbentuk nasihat daripada seorang sahabat mengundang sebak pengantin lelaki.

Pengantin lelaki itu, Al-Amin Rosdiyanto berkata, dia bernikah pada Jumaat lalu di Batu Pahat, Johor dan mesej daripada sahabatnya itu diterima pada malam hari yang sama.

Mengulas mengenai perkongsiannya di laman sosial, pemuda berusia 25 tahun itu menjelaskan bahawa ucapan tahniah dan takziah itu ditujukan kepada diri sendiri kerana telah mendirikan rumah tangga.

“Saya kenal isteri di sekolah menengah sejak 2009. Maksud takziah pun saya tujukan untuk diri sendiri sebab saya kini sudah memikul tanggungjawab yang besar sebagai suami dan akan dipersoal di akhirat kelak terhadap tanggungjawab baharu saya.

“Kiranya perkahwinan ini bukanlah melalui detik-detik indah sahaja. Apa yang berlaku pada masa akan datang bersama isteri tidak diketahui apa ujian atau dugaan yang akan dilalui bersama,” katanya kepada mStar.

 

Nasihat-nasihat yang memberi kesan amat mendalam buat pengantin lelaki.

Mengenai mesej yang dikongsikan, Al-Amin dari Johor Bahru berkata, dia mengenali sahabatnya yang lebih mesra dengan panggilan Botak sejak di sekolah menengah pada 2013.

“Saya dapat mesej pada malam pertama saya berkahwin. Saya ni hati tisu bab kawan ni. Sedih sebab saya tak sangka dia akan bagi nasihat tentang rumah tangga macam tu sekali.

“Personaliti dia dalam teks tersebut tak sama dengan diri dia yang saya kenal. Lagipun dia pun dah kahwin tahun lepas dan sudah mempunyai anak seorang,” katanya.

Al-Amin berkata, sahabatnya itu mempunyai personaliti yang ceria dan suka bergurau dengan rakan-rakannya.

 

Al-Amin mengenali isterinya sejak 2009. Foto Irfan Dzahier

“Tahan telinga sajalah sebab dia memang kuat ‘membahan’ orang dan agak laser mulut dia. Dalam circle kami, memang ada lagi empat hingga lima orang yang mulut ‘puaka’ sikit.

“Bila libatkan hubungan sahabat, saya akan cari dia dahulu kalau memerlukan pertolongan. Tidak kira masa atau di mana, dia selalu ada bila diperlukan,” katanya dengan nada sebak.

Bila libatkan hubungan sahabat, saya akan cari dia dahulu kalau memerlukan pertolongan. Tidak kira masa atau di mana, dia selalu ada bila diperlukan.

AL-AMIN ROSDIYANTO

Menurut anak kelima daripada lapan adik-beradik itu, dia mengalirkan air mata sewaktu membaca mesej tersebut berikutan kandungannya memberi kesan yang amat mendalam.

“Saya terkesan sangat dengan pesanan dia dari point pertama sehingga habis. Setiap ayat dalam teks tu saya hayati satu-persatu.

“Kesan yang paling mendalam buat saya adalah point kedua mengenai saya sebagai suami. Pagi saya nikah tu, semasa membaca lafaz taklik… saya terkedu dan agak tersangkut semasa sebut bahagian meninggalkan isteri dan mencederakan tubuh badan isteri,” ujarnya.

 

Al-Amin turut berkongsi mesej berkenaan bersama isterinya. Foto Irfan Dzahier

Al-Amin yang merupakan penolong juruukur bahan turut berkongsi mesej tersebut bersama isterinya, sehari selepas mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri.

“Isteri pun sedih juga dan akan mempraktikkan segala nasihat-nasihat dalam mesej tersebut. Dan setiap kali saya tengok tweet tersebut dan reaksi netizen yang highlight pasal persahabatan dan brotherhood antara saya dengan Botak, mata saya akan berkaca,” katanya.

Sumber: Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah Benar

Dulu Disanjung Ramai Sekarang Ramai Yang Lupa. Khalid Jamlus Beritahu Apa Yang Dia Sanggup Buat Untuk Hidup

Published

on

By

Tindakan bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus menjual jersi dan medal kemenangan, termasuk trofi kasut emas yang dimenanginya pada 2002 telah mengejutkan ramai pihak.

Tindakan berkenaan juga telah membongkar kehidupan sukar pemain berkenaan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.

Namun, dalam pada orang ramai bersimpati dengan nasib malang Khalid, ada juga kata-kata ‘nakal’ yang mendakwa pemain berkenaan malas dan malu untuk mencari pekerjaan biasa.

Enggan tindakannya itu disalah erti, Khalid kemudian tampil memperjelaskan perkara sebenar.

Menurut Khalid, orang di luar hanya pandai bercakap, namun tidak tahu apa yang terpaksa dilaluinya.

“Ada orang cakap kau sihat, boleh cari kerja, ya betul. Memang saya boleh cari kerja, jadi jaga (pengawal keselamatan) pun boleh no problem.

“Tapi nanti orang akan lalu, Khalid keje jaga je? Apa yang dia ada tu kenapa tak bawa dia duduk dalam satu pasukan,” katanya.

Tambah Khalid lagi, dia tidak menolak suatu hari nanti dia akan bekerja seperti itu.

“Kalau sampai satu masa hakitkatnya tertulis itu pekerjaan aku, saya proceed, tiada perasaan malu.

“Kalau nak tahu lepas aku habis main boleh pada 2011, saya kerja sebagai kuli je. Jaga jalan sampai berkilat muka.

“Aku ok je, tapi bila ada hamba Allah kata aku pemalas..,” katanya.

Khalid berkata demikian menerusi siaran langsung di Facebooknya malam semalam.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

Difahamkan, Khalid hari ini akan berjumpa dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi membincangkan situasi yang melanda pemain berkenaan.

LELONG KASUT EMAS

Terdahulu, menerusi bidaan secara langsung di Facebook, kasut emas milik Khalid dijual pada harga RM10,500.

Mengikut rekod, kali terakhir beliau memimpin pasukan dalam saingan Liga Malaysia adalah sebagai penolong jurulatih PDRM FA tiga tahun lalu dengan memiliki lesen kelas B.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading

Kisah Benar

Suami Ini Bagi Pesanan Supaya Para Isteri Jangan Suruh Suami Cuci Pinggan

Published

on

By

Entah di mana letaknya kewarasan akal si lelaki ini yang berang dengan isteri hanya kerana ditegur tidak membasuh pinggan selepas makan.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu meluahkan rasa geramnya di Facebook Kisah Rumah Tangga pada awal bulan ini.

SAYA kesal dengan sikap isteri saya. Waktu makan pun dia suka cari pasal nak naikkan darah saya. Dia mempertikaikan sikap saya yang tidak membasuh pinggan selepas makan.

Saya balas balik, “Itu pasal lah lelaki suka makan kat kedai. Lepas makan je, boleh terus blah. Kalau makan kat rumah, kena basuh pinggan. Kalau tak basuh, kena bebel!”.

Kepada isteri di luar sana, dengarlah nasihat saya. Kami lelaki bukan dikhadam-khadamkan oleh bini. Jangan suruh kami basuh pinggan. Tak sesuai.

Kami boleh angkat barang berat atau kerja berat tetapi please, kami tidak membasuh pinggan mangkuk. Rasa geram je nak puk-puk kepala bini saya ni.

Sementara itu di ruang komen, netizen mengecam kebodohan lelaki terbabit yang pemalas dan tidak mempunyai sikap bertimbang rasa membantu isteri di dapur.

Malah, ada golongan lelaki juga menyelar lelaki itu yang kononnya bercakap mewakili semua lelaki yang dianggap mempunyai pendirian yang sama dengannya, walhal bukan semua begitu.

Sumber : The Reporter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Kisah Benar

Anak Ada 4 Orang. Semua Berjaya Kecuali Anak Ke-3. Selalu Ungkit Dia, Sehingga Satu Hari

Published

on

By

Ayah yang tua ada 4 orang anak, semua berjaya kecuali yang no.3 . Kerja kilang je. Selalu ungkit dia, kata buat malu keluarga. Sehinggalah satu hari… Pandangan terhadap dia terus berubah. Ya Allah.

“Saya ada 4 orang anak. Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, enginer dan lawyer. Tapi anak yang ke 3 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM.

Sangat mengecewakan saya. Tusyen beratus ringgit sebulan. Tapi hasil tak da. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A.

Dapatlah kerja kilang.

Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia.

‘Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga aje.’

Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.

Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Tak juga.

Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.

Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah.

Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.

Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya.

Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu.

Bersangka baiklah dengan Allah.

Bagi ibubapa yang dapat result anak tidak cemerlang. Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. itulah sebenar-benarnya bala yang paling besar bagi manusia.

Sumber : Khalifah Media Networks

Continue Reading

Popular