Connect with us

Uncategorized

Ini Respond Padu Ketua Polis Negara Berkenaan PKP Yang Disalahguna Oleh Rakyat

Published

on

“Jangan hilang pedoman dan hilang akal apabila dibolehkan bergerak mulai Isnin ini,” demikian saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, kepada orang ramai apabila kerajaan melonggarkan beberapa syarat, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlangsung.

Orang ramai diminta untuk bersabar dan sentiasa membuat pertimbangan yang sebaiknya semasa ingin keluar dari rumah kerana penularan dan penyebaran wabak COVID-19 masih berlaku.

Abdul Hamid berkata, sebaiknya hanya mereka yang benar-benar perlu keluar sama ada untuk bekerja di sektor yang sudah dibenarkan, membeli barang keperluan, mendapatkan rawatan kesihatan, selain mempunyai kaitan dengan kebenaran kerajaan boleh bergerak untuk menjalankan aktiviti harian mereka.

“Keputusan yang dibuat kerajaan ini bukanlah satu jaminan bahawa penyakit ini sudah berjaya diatasi. Namun, kerajaan memberikan kelonggaran disebabkan atas kepentingan ekonomi. Jadi orang ramai perlu bersabar dan tidak tergopoh-gapah.

“Jadi saya menyarankan orang ramai untuk tidak mengambil kesempatan dan menggunakan peluang ini untuk mereka keluar beramai-ramai tanpa tujuan semata-mata untuk berada di luar rumah,” katanya selepas melawat penugasan sekatan jalan raya di Jalan Rawang-Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (kiri) ketika melawat penugasan sekatan jalan raya di Jalan Rawang-Kuala Lumpur.. - NSTP/Safeek Affendy Razali

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (kiri) ketika melawat penugasan sekatan jalan raya di Jalan Rawang-Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kerajaan sebenarnya akan melonggarkan lagi syarat yang ada dalam PKP pada masa akan datang supaya orang ramai boleh keluar untuk beriadah.

“Itu memang ada dalam perancangan kerajaan tetapi masih belum diputuskan masa yang sesuai. Namun, harus dipastikan keadaan benar-benar selamat dan penjarakan sosial sentiasa diamalkan.

“Justeru saya sekali lagi menegaskan, jangan pula pada hari Isnin ini, keadaan menjadi kelam-kabut, kesesakan panjang berlaku dan orang ramai keluar sehingga keadaan menjadi tidak tentu arah. Ikutlah saranan kerajaan dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kita berjaya mengatasi penyebaran dan penularan COVID-19,” katanya.

Sumber : Bharian Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Pendedahan Perangai Anak Murid Biadap Apabila Mereka Kencing Dalam Botol Hand Sanitizer Sekolah

Published

on

By

Di Twitter, seorang guru berkongsi kisah mengenai sikap pelajar yang biadap sewaktu di sekolah. Menurutnya, pelajar tersebut telah membuang air kecil di dalam botol ‘hand sanitizer’ yang disediakan oleh pihak sekolah buat kegunaan para pendidik.

Kuasa merotan sudah tiada

Guru yang dikenali sebagai Shaafaz, memberitahu dia tidak tahu bagaimana hendak mendidik para pelajar zaman sekarang. Tambahnya, mereka tergamak mempermainkan guru dengan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Ujarnya lagi, kuasa merotan sudah tiada kesan.

Tolong didik anak

Di samping itu, dia turut memberi nasihat buat bakal ibu bapa di luar sana agar mendidik anak dengan cara yang elok. Di akhir perkongsian itu, Shaafaz memberitahu bahawa pendidikan utama adalah di rumah bukannya di sekolah.

Gives me a heart attack

Rata-rata netizen, meluahkan perasaan kecewa dan geram apabila segelintir pelajar sanggup melakukan perbuatan biadap terhadap guru mereka.

Sumber: Shaafaz via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Mereka Berkahwin Pada Usia Muda Tetapi Wanita Ini Ceritakan Kenapa Suami Sanggup Ceraikan Dia Semata Mata Kerana Ini

Published

on

By

Kalau dah jodoh tiba diawal waktu, tak salah untuk mendirikan perkahwinan walaupun usia masih lagi setahun jagung. Paling penting adalah untuk sentiasa bersedia untuk selalu belajar ilmu rumah tangga dan memperbaikai kelemahan antara satu sama lain.

Tak dinafikan juga, ada yang mendirikan rumah tangga pada usia yang muda kerana terlampau taksub mengejar trend. Sedangkan, persediaan dari segi pelbagai aspek terutamanya kewangan dan juga agama serta ilmu rumah tangga masih lagi terkontang-kanting.

Kahwin awal, akhirnya jadi janda…

Di Twitter, salah seorang pengguna laman tersebut telah berkongsikan satu peristiwa pahit yang telah dialami oleh rakannya sendiri. Rakannya itu kini telah diceraikan kerana bekas suaminya belum puas lagi untuk hidup berseronok.

Jelas pemuda itu lagi, kawan perempuannya itu telah mendirikan rumah tangga pada usianya yang muda.

Bekas suami tak bersedia nak kahwin lagi…

“Tak pernah nak ajak solat sekali…”

“Takutnya tersalah pilih orang…”

Sudah tentunya perkongsian lelaki ini telah membuatkan banyak pengguna Twitter memberikan pandangan dan kritikan terhadap pengalaman yang dikongsikan. Ada juga yang dilihat ketakutan jika berada dalam situasi yang sama suatu hari nanti.

Ada yang kahwin, suami asyik minta duit je…

Ada yang takut nak kahwin sebab jadi kes macam ni

Enjoy puas2 dulu, lepastu baru kahwin!

“Laki bawa balik perempuan?”

Kesimpulannya, pucuk pangkalnya sesuatu masalah itu berbaliklah kepada diri sendiri. Lakukan keputusan dengan muhasabah tanpa melibatkan nafsu dan pengaruh orang sekeliling

kredit borak daily via kartel dakwah

Continue Reading

Uncategorized

Budak Viral ‘Makanan Pun Beli Sendiri’ Hiba Di Sisi Jnazah. Al Fatihah

Published

on

By

“Makanan pun beli sendighi na” Siapa ingat lagi adik ni,Yang Gambar nya telah menjadi tular di laman sosial media.  Pernah tular dengan sebuah video yang petah bercakap dalam loghat kedah, berat ujian bagi Adyna Summayyah apabila mengetahui bapanya meninggal dunia petang Jumaat lalu.

Berikut rakaman video yang di kongis oleh Fakhrul UNIC

“sapa ingat adik mayah “makanan pun beli sendighi na” , telah pulang kerahmatullah ayahnya pada hari jumaat baru ni..sayu sy dgr tangisan anak ini..sama2 doakan adik sumayyah serta keluarganya kuat dan tabah..Allah tahu yg lebih baik, moga Allah sentiasa bimbing perjalanan keluarga ini dibawah rahmatNya sampai ke syurga..bertemu balik dgn org tersayang di sana. Allahummaghfirlahu Warhamhu  – alfatihah”


Berita sedih tersebut dikongsi di laman Instagram kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dengan memuat naik beberapa keping gambar yang duduk hiba di sisi jenazah bapanya.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diperolehi mengenai pemergiaan Allahyarham selain doa Summayyah agar arwah bapanya tenang di sana.

“Semoga ayah tenang di sana. Al-Fatihah untuk ayah. 9.7.2020 (Petang Jumaat),” tulis kapsyen pada posting murid yang bersekolah di sebuah sekolah di Jitra, Kedah itu.
Posting berkenaan mendapat ratusan komen netizen yang rata-rata menitipkan doa dan ucapan takziah serta berharap Summayyah terus kuat menerima takdir Allah SWT.

Kesian mata merah duduk menangis… Salam takziah buat keluarga. Moga Mayah selalu kuat sayang!

Posting kakak Summayyah

Innalillahi wainna ilaihi raji’un.  Mendoakan agar Mayah terus kuat membesar jadi anak yang solehah buat arwah ayah yg dikasihinya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Adyna Summayyah , Puteri Seri Mawar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Popular