Connect with us

Uncategorized

PMX Anwar Ibrahim Bangga Dapat Tonton Filem Anwar, The Untold Story. PMX Beritahu Ada Satu Babak Ini Mmg Tersentuh

Published

on

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keseluruhan dialog dan penceritaan filem Anwar, The Untold Story tidak 100 peratus sama namun isu dibangkitkan adalah tepat.

Menyedari bukan mudah merumuskan kejadian menimpanya lebih 20 tahun lalu dalam sebuah filem namun Anwar, 73, berasa terharu kerana kisahnya diangkat untuk tontonan umum.

“Sebagai orang yang diceritakan, tentunya saya dan Azizah tersentuh. Kisah tentang buah pala (salah satu babak dalam filem) memang betul dan bukan direka-reka.

“Dialog itu walaupun tidak 100 peratus sama tapi isu-isu yang dibangkitkan dalam filem ini adalah benar.

Sekitar sidang media filem Anwar, The Untold Story.

“Peristiwa puluhan tahun tidak mungkin dapat disingkatkan dalam satu jam,” katanya kepada pemberita.

Anwar berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media tayangan perdana filem Anwar, The Untold Story yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Anwar turut memuji hasil karya sutradara dari Indonesia, Viva Westi itu yang disifatkan pintar dan hebat kerana mampu meringkaskan penceritaan selama 23 tahun kepada filem berdurasi kira-kira 90 minit.

ANWAR2 - 1

Dalam pada itu, Perdana Menteri kesepuluh Malaysia itu juga tidak menafikan babak yang berlaku antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipaparkan menerusi filem ini juga adalah benar.

“Perbualan itu panjang tetapi ia dirumuskan dengan tepat. Kalau dirumuskan mana boleh 100 peratus sama.

“Tapi konteks yang dibawa adalah benar dan segala tawaran yang diberikan juga adalah benar,” jawabnya ringkas.

Tambah Anwar lagi, beliau memberikan kebebasan untuk penggiat seni berkarya tanpa memikirkan tentang isu politik yang dibangkitkan.

Kata Anwar, filem ini dijalankan sebelum beliau bergelar Perdana Menteri dan proses temu bual bersama individu terkait juga tidak dapat dilakukan secara menyeluruh.

“Filem ini dijalankan sebelum saya menjadi Perdana Menteri. Ada beberapa individu tidak ditemu bual kerana terlalu berisiko untuk mereka. Kuasa pemerintah mungkin tidak menyukainya.

“Namun saya memberitahu Finas mereka mempunyai kebebasan bukan hanya bercakap soal Anwar tetapi sesiapa sahaja.

ANWAR1 - 1

Ketibaan Anwar disambut meriah oleh penonton.

“Sama ada ia memberikan impak kepada dunia politik itu bukan isu utama. Pokoknya, cerita ini perlu diberitahu,” ujarnya.

Sementara itu, isteri beliau iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut hadir sewaktu tayangan perdana filem Anwar, The Untold Story memberitahu naskhah ini sedikit sebanyak dapat menepis persepsi masyarakat yang melabel Anwar sebagai seorang penjenayah.

“Filem ini memberikan sedikit gambaran bagaimana perjalanan kami daripada dulu.

“Ini juga untuk menangkis apa yang persepsi dahulu seperti kita sering memaparkan bahawa Anwar seorang penjenayah dan banduan yang tidak mempunyai moral.

“Ini yang saya rasa satu tujuan yang kita nak capaikan,” katanya.

Anwar, The Untold Story mengisahkan tentang jatuh bangun perjuangan Anwar dalam dunia politik terutama melawan rasuah.

Filem yang diusahakan pembikinannya sejak Ogos 2021 ini mengambil latar masa sekitar tahun 1993 sehingga September 1998.

Selain Malaysia, filem yang dibintangi oleh Farid Kamil, Acha Septriasa dan Hasnol Rahmat itu juga bakal ditayangkan di beberapa negara termasuk Brunei dan Singapura.

Anwar, The Untold Story bakal ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula 18 Mei ini.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Uncategorized

Shuib Keluar Berjalan Satu Keluarga Tapi Ada Sesuatu Yg Netizen Perasan Dan Terus Tegur Shuib

Published

on

By

Hantaran dimuat naik oleh Shuib semalam mengundang pelbagai respon dan komen daripada warganet selepas dia berkongsi video meluangkan masa bersama keluarga.

Menerusi rakaman itu, Shuib bersama isterinya, Watie membawa tiga anak mereka keluar berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah.

Namun begitu, ada pula sesetengah individu yang mengkritik pasangan itu tidak memimpin tangan anak dan membiarkan Uwais menolak stroller adiknya.

Bagaimanapun, segelintir warganet berpendapat perkara itu tidak perlu dijadikan isu atau diperbesarkan dan biarkan sahaja keluarga tersebut dengan cara mereka.

komen

Sementara itu, Watie yang menyedari hal itu telah membalas komen negatif warganet menerusi caption gambar dimuat naik olehnya di Instagram.

RESPOND WATIE

watie

Kalau keluar tu 5 jam, tapi sebenarnya 5 minit je pun daddy pegang tangan mommy. So aunty dan uncle sekalian janganlah risau.”

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber : BeautifulNara

Continue Reading

Uncategorized

Dulu Menyanyi Rap Sekarang Jadi ADUN. Ini Perkara Pertama Yang Altimet Akan Buat

Published

on

By

SELEPAS menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), penyanyi rap Altimet memulakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor pada Ahad.

Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, cukup bersemangat untuk bersama rakyat yang telah turun mengundi meskipun bertungkus-lumus menjalankan kempen sebelum PRN berlangsung pada Sabtu.

Melihat masjid dan rumah ibadah lain sebagai kawasan tumpuan ramai, Altimet yakin majlis agama antara salah satu kaedah terbaik untuk dia mendekati rakyat.

Altimet mahu dekati pelbagai golongan masyarakat.

“Kerja bermula hari ini. Pukul 6 pagi, Masjid Taman Kosas. Semangat!

“Antara perancangan saya adalah ke arah itu (program agama). Kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan komuniti. Perlu sentuh dan prihatin terhadap semua golongan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Altimet sebelum itu berkongsi serangkap pantun mengajak orang ramai ke masjid berkenaan selepas namanya diumumkan menang bagi DUN Lembah Jaya.

Berkesempatan berjumpa penduduk sekitar kawasan masjid, Altimet sudah menerima beberapa maklum balas yang perlu diberi perhatian kelak.

Justeru baginya tiada istilah rehat panjang selepas diberi tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum perkara tersebut.

altimet 7

“Apa pun kena tunggu upacara angkat sumpah dahulu untuk teruskan kerja. Selangor pun masih cuti umum esok (Isnin),” ujarnya.

Syukur atas kemenangan sebagai Adun, penyanyi lagu Amboi ini juga sedar namanya kini terus menjadi perhatian dalam arena politik.

“Syukur dan teruja dengan tugas yang diberikan ini. Sekarang tugas saya lebih besar dan perlu lakukan dengan betul.

“Saya sedia menjalankan tanggungjawab ini,” jelasnya.

Dalam PRN kali ini Altimet bertanding menentang calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslziah Syed Ariffin.

Altimet mendapat undian sebanyak 26,172 undian dengan majoriti sebanyak 6,320.

Manakala Sharifah Haslziah mendapat 19,852 undian.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading

Uncategorized

Janna Nick Masuk Hospital, Beliau Beritahu Sakit Apa Dan Ianya Amat Serius

Published

on

By

PELAKON Janna Nick dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya sejak Khamis lalu akibat mengalami masalah radang usus.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, bagaimanapun memaklumkan dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad namun masih dalam proses pemulihan.

“Sudah dibenarkan pulang namun masih dalam proses pemulihan,” katanya.

Janna berkongsi keadaannya di laman Instagram miliknya berserta beberapa foto ketika dia terbaring di atas katil wad.

Suami aktres itu, Dini Schatzmann turut dilihat menemani Janna sepanjang berada di wad.

Janna masih dalam tempoh pulih selepas dibenarkan pulang.

Sementara itu, Dini ketika dihubungi mStar memaklumkan Janna berada dalam keadaan baik.

“Dia okey sekarang,” ujarnya ringkas.

Perkongsian Janna di Instagram itu turut menerima komen rakan-rakan artis yang mendoakan dia segara pulih.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading

Popular