Connect with us

Uncategorized

Pr0fesi0nal, Khir Rahman ketepi isu hutang, bergandingan dengan Ogy dalam telefilem – “Itu masalah kami berdua, tiada kaitan orang lain”

Published

on

PELAKON dan pengarah, Khir Rahman memilih untuk bersikap profesional digandingkan bersama Fauziah Ahmad Daud dalam telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3) yang baru selesai menjalani penggambaran pada Isnin.

Khir atau Khairulizam Abdul Rahman, 47, berkata isu tuntutan bayaran tertangguh teater Korupsi Dewan Semandung hanya membabitkan mereka berdua dan tiada kaitan dengan produksi telefilem berkenaan.

“Saya sebagai pihak yang menuntut hutang mungkin tak rasa janggal sangat, tapi di pihak dia mungkin ada rasa lain! Apa-apa pun saya cuba elakkan rasa serba salah itu supaya penggambaran kami semua lancar.

“Alhamdulillah proses penggambaran berjalan baik tanpa timbul sebarang isu. Kami dah kenal lama dan industri kita pun kecil… ke mana pergi tetap akan berjumpa!,” katanya kepada mStar.

 

Netizen puji sikap profesional yang ditunjukkan Ogy dan Khir.

Pada Ahad lalu, tersebar foto Khir bersama Fauziah atau Ogy dan Que Haidar menjalani penggambaran telefilem tersebut di laman Instagram.

Rata-ratanya memuji sikap profesional yang ditunjukkan oleh Khir sepanjang berlakon dalam telefilem istimewa sempena Aidiladha ini.

Pada Mei lalu, beberapa pelakon teater Korupsi Dewan Semandung memuat naik status di laman sosial mendakwa Ogy mendiamkan diri selepas didesak untuk melunaskan bayaran tersebut.

Saya dan Ogy sudah kenal lama, dia tahu saya bukan orang yang suka buat hal dan dia tahu saya sentiasa profesional apabila membabitkan hal kerja

KHIR RAHMAN

PELAKON DAN PENGARAH

Namun, Ogy yang juga pemilik Syarikat Ogy Ventures & Network Sdn Bhd, menafikan dia melarikan diri dan memberitahu sedang berusaha mencari dana bagi menyelesaikan bayaran tertunggak itu.

Sementara itu, Khir berkata, dia sudah dimaklumkan lebih awal oleh pihak produksi mengenai penglibatan Ogy dalam telefilem berkenaan.

“Ya! saya tahu Ogy ada berlakon sekali setelah dimaklumkan produksi… saya tiada masalah untuk berlakon sama.

 

Ogy bersama barisan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung.

“Saya dan Ogy sudah kenal lama, dia tahu saya bukan orang yang suka buat hal dan dia tahu saya sentiasa profesional apabila membabitkan hal kerja,” ujarnya.

Ditanya mengenai bayaran teater Korupsi Dewan Semandung yang masih belum dilunaskan, Khir berkata mereka masih belum menerima bayaran tertangguh itu.

Bagaimanapun dia dapat melihat usaha yang dilakukan oleh pelakon filem Ali Setan itu dalam menyelesaikan masalah itu.

“Soal bayaran belum tahu lagi bila akan selesai. Saya pun tak mahu hukum dia atas apa yang berlaku tapi saya nampak usaha itu ada.

“Buat masa ini kita dah tak boleh ikut kontrak perjanjian itu… dia dapat bayar sikit-sikit pun kita terima!,” katanya.

Sumber:Mstar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Uncategorized

Shuib Keluar Berjalan Satu Keluarga Tapi Ada Sesuatu Yg Netizen Perasan Dan Terus Tegur Shuib

Published

on

By

Hantaran dimuat naik oleh Shuib semalam mengundang pelbagai respon dan komen daripada warganet selepas dia berkongsi video meluangkan masa bersama keluarga.

Menerusi rakaman itu, Shuib bersama isterinya, Watie membawa tiga anak mereka keluar berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah.

Namun begitu, ada pula sesetengah individu yang mengkritik pasangan itu tidak memimpin tangan anak dan membiarkan Uwais menolak stroller adiknya.

Bagaimanapun, segelintir warganet berpendapat perkara itu tidak perlu dijadikan isu atau diperbesarkan dan biarkan sahaja keluarga tersebut dengan cara mereka.

komen

Sementara itu, Watie yang menyedari hal itu telah membalas komen negatif warganet menerusi caption gambar dimuat naik olehnya di Instagram.

RESPOND WATIE

watie

Kalau keluar tu 5 jam, tapi sebenarnya 5 minit je pun daddy pegang tangan mommy. So aunty dan uncle sekalian janganlah risau.”

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber : BeautifulNara

Continue Reading

Uncategorized

Dulu Menyanyi Rap Sekarang Jadi ADUN. Ini Perkara Pertama Yang Altimet Akan Buat

Published

on

By

SELEPAS menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), penyanyi rap Altimet memulakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor pada Ahad.

Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, cukup bersemangat untuk bersama rakyat yang telah turun mengundi meskipun bertungkus-lumus menjalankan kempen sebelum PRN berlangsung pada Sabtu.

Melihat masjid dan rumah ibadah lain sebagai kawasan tumpuan ramai, Altimet yakin majlis agama antara salah satu kaedah terbaik untuk dia mendekati rakyat.

Altimet mahu dekati pelbagai golongan masyarakat.

“Kerja bermula hari ini. Pukul 6 pagi, Masjid Taman Kosas. Semangat!

“Antara perancangan saya adalah ke arah itu (program agama). Kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan komuniti. Perlu sentuh dan prihatin terhadap semua golongan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Altimet sebelum itu berkongsi serangkap pantun mengajak orang ramai ke masjid berkenaan selepas namanya diumumkan menang bagi DUN Lembah Jaya.

Berkesempatan berjumpa penduduk sekitar kawasan masjid, Altimet sudah menerima beberapa maklum balas yang perlu diberi perhatian kelak.

Justeru baginya tiada istilah rehat panjang selepas diberi tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum perkara tersebut.

altimet 7

“Apa pun kena tunggu upacara angkat sumpah dahulu untuk teruskan kerja. Selangor pun masih cuti umum esok (Isnin),” ujarnya.

Syukur atas kemenangan sebagai Adun, penyanyi lagu Amboi ini juga sedar namanya kini terus menjadi perhatian dalam arena politik.

“Syukur dan teruja dengan tugas yang diberikan ini. Sekarang tugas saya lebih besar dan perlu lakukan dengan betul.

“Saya sedia menjalankan tanggungjawab ini,” jelasnya.

Dalam PRN kali ini Altimet bertanding menentang calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslziah Syed Ariffin.

Altimet mendapat undian sebanyak 26,172 undian dengan majoriti sebanyak 6,320.

Manakala Sharifah Haslziah mendapat 19,852 undian.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading

Uncategorized

Janna Nick Masuk Hospital, Beliau Beritahu Sakit Apa Dan Ianya Amat Serius

Published

on

By

PELAKON Janna Nick dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya sejak Khamis lalu akibat mengalami masalah radang usus.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, bagaimanapun memaklumkan dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad namun masih dalam proses pemulihan.

“Sudah dibenarkan pulang namun masih dalam proses pemulihan,” katanya.

Janna berkongsi keadaannya di laman Instagram miliknya berserta beberapa foto ketika dia terbaring di atas katil wad.

Suami aktres itu, Dini Schatzmann turut dilihat menemani Janna sepanjang berada di wad.

Janna masih dalam tempoh pulih selepas dibenarkan pulang.

Sementara itu, Dini ketika dihubungi mStar memaklumkan Janna berada dalam keadaan baik.

“Dia okey sekarang,” ujarnya ringkas.

Perkongsian Janna di Instagram itu turut menerima komen rakan-rakan artis yang mendoakan dia segara pulih.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading

Popular