Connect with us

Selebriti

Raya Pertama Dengan Isteri Dan Anak Anak Tetapi Issey Mungkin Tidak Dapat Penuhi Hajat Itu

Published

on

Penyampai radio dan pelawak, Issey mendedahkan kemungkinan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan disambut berseorangan.

Jelas Issey, memandangkan anak-anak tirinya masih di Kelantan, isterinya, Noor Aimi Jamel akan pulang ke sana memandangkan dia mendapat kelonggaran untuk perjalanan rentas negeri.

“Sebenarnya perancangan raya belum pasti lagi, kemungkinan isteri balik ke Kelantan berseorangan.

“Walaupun dia sudah berpindah ke Kuala Lumpur namun masih ada kerja yang harus diselesaikan di Kelantan jadi dia mempunyai kelonggaran untuk bergerak rentas negeri.

“Untuk raya kali ini, saya korban demi anak-anak. Ikut hati memang sedih dah la ini tahun pertama saya beraya dengan isteri dan anak-anak.

“Tapi fikir balik ini adalah masa untuk kita bersabar sekejap bagi memutuskan rantaian Covid-19. Insya-Allah apabila semua dah okay, kita semua kembali seperti sedia kala,” katanya ketika dihubungi Gempak.

 Issey Mungkin Raya Tanpa Isteri & Anak-Anak,

Dalam pada itu, Issey atau nama sebenar, Fazlisham Mat Hussin, 32, akui kehidupannya lebih terjaga selepas isteri tinggal bersama.

“Alhamdulillah selepas isteri pindah ke Kuala Lumpur kehidupan lebih terjaga dan tersusun. Saya dah tak risau bab makan minum malah sekarang ini dah ada teman yang menemani.

“Kami manfaatkan bulan Ramadan ini dengan melakukan ibadah bersama. Setiap malam kami dapat berterawih sekali.

“Sejujurnya, saya ni tak berapa pandai bab agama jadi sedikit sebanyak isteri yang menolong, dia yang ajar mengaji. Sementara nak tunggu waktu Isyak, Aimi juga akan ‘video call’ dengan anak-anak untuk ajar mereka sekali.

“Selain itu, saya ada cuba benda baru dekat rumah seperti belajar memasak. Tapi selalunya Aimi yang akan memasak walaupun pada hari dia bekerja. Rasanya sekali saja dia tak masak itu pun sebab ada kawan bagi makanan untuk rasa.

“Saya paling suka singgang Kelantan dengan sotong telur masin Aimi buat. Memang terbaik,” katanya lagi.

Terdahulu, Issey menamatkan zaman duda dengan rakan sekolah yang bekerja sebagai pengurus sumber manusia pada 22 Disember 2019 dan mempunyai tiga orang anak tiri.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selebriti

Rupanya Aina Abdul Dalam Kostum Bunga Raya. Ini Kata Kata Aina Yang Selepas Dia Jadi Juara

Published

on

By

Selepas lapan minggu bersiaran, pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia melabuhkan tirainya sebentar tadi.

Pentas akhir itu juga menyaksikan Bunga Raya diangkat sebagai juara selepas berjaya mengenepikan empat peserta lain.

Bunga Raya yang dipakai oleh penyanyi Aina Abdul berjaya mencuri hati juri selepas membuat persembahan memukau dengan nyanyian lagu Listen nyanyian asal Beyonce dan Malam Ini Kita Punya dari kumpulan Bunkface.

Aina membawa pulang trofi dan gelaran seperti mana mengikut format asal negara-negara lain.

INI KATA KATA AINA ABDUL SELEPAS MENANG THE MASKED SINGER MALAYSIA

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi atas kemenangan dan kejayaan yg tidak disangka-sangka ini…

Omgggg, sangat susahhhhhh Aina nak tahan rahsia ini.. almost 2 months !!

Aina minta maaf sangat2 kat semua yang di luar , family, rakan2 dan all my lovely followers, aina takde niat nak tipu tapiii , aina dah sign contract and aina kene patuh… Maaf yaaa semua!

Aina juga di sini nak ucapkan jutaaan terima kasih buat semua team produksi dan team2 yang berada di belakang Aina sepanjang program ini berjalan.. semoga Allah Swt rahmati anda semua

And last but not least, to Bunga Raya we did it! Alhamdulillah!

Bunga Raya, Aina Abdul Juara The Masked Singer Malaysia!

Tempat kedua pula jadi milik Rajah Brooke yang dipakai oleh penyanyi Vaneesa Reynauld.

Orang Utan yang dipakai oleh anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju berada di kedudukan tempat ketiga.

Sementara Wau yang dipakai penyanyi Datin Alyah menduduki tempat keempat manakala kelima adalah Enggang iaitu Vince Chong.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading

Selebriti

Netizen Kecam Tiz Zaqyah Kerana Muat Naik Paid Review ‘Tak Senonoh’. Azza Elite Pula Kena Dipersoal

Published

on

By

Pelakon Tiz Zaqyah menerima kecaman warganet gara-gara tidak menapis produk sebelum membuat ulasan (review).

Tiz menerusi Instagram (IG) miliknya membuat posting yang ditujukan untuk wanita mempunyai masalah payudara dan punggung.

Entri tersebut memuat naik video yang menunjukkan seorang wanita menari sehingga menampakkan sebahagian payudara.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menegur dan memohon agar Tiz mencari duit sampingan dengan cara yang lain.

“@mat_jijan02: Tak faham dengan dunia akhir zaman ni, ada lagi yg berniaga tayang aset sendiri.

“@_.mhdamirull: Zina mata.

“@norhisham_69: Cari duit cara lain la dari buat review macam ni.

“@sh.rmro: Kes tak ada duit laa ni.

“@wne_awz_firshaz: Awak memang ada share ke dengan dosa macam ini?

“@cempaka125: Adakah awak pun dibayar banyak untuk review produk ini? Yang buat awak rasa rugi tolak.

“@jue_2020: Orang sekarang ni mana kenal halal haram yang penting perut kenyang! Bila hati dah hitam… Selalu-selalu dengar ceramah ustaz yang baik-baik. Insyallah jadi baik,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Walaubagaimanapun, ada segelintir peminat yang tidak percaya dan mendakwa akaun IG Tiz telah digodam.

“@ila.mohdkasim: Tak mungkin @tiz.zaqyah mempromosi produk seperti ini. Akaun dia kena hack kot? Kesian dia.

“@lyne.zana: Tolonglah kata akaun Tiz ni kena hack. Saya mempunyai persepsi yang satu ini bahawa Tiz adalah wanita yang pintar dan berkelas. Iklan ini sangat bertentangan dengan apa yang saya fikirkan mengenai Tiz,” antara yang ditulis.

Sebelum ini, usahawan kontroversi Safiey Illias dikritik selepas tidak menapis bahan sebelum dipromosikan di IG.

Azza Elite Dikecam Dalam Posting Tiz Zaqyah

Masa Silam Diungkit, Azza Elite Terima Permohonan Maaf Netizen | Artikel | Gempak

Azza Elite meninggalkan satu komen pada posting paid review Tiz Zaqyah ‘lawo’. Dengan satu perkataan itu seorang individu telah mempersoalkan Azza Elite.

“Sokong jugak ehhh paid review mcm ni….? Sbb artis yg post ehhh…? So sokong jelah…tegur nnt kena kecam pulak…kena boikot pulak dgn rakan artis”

Ini respond Azza Elite kepada individu tersebut.

Sumber : GEMPAK / IG Tiz Zaqyah

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiriTerima kasih!

Continue Reading

Selebriti

Neelofa Beritahu Sebab Kenapa Dia Letak Jawatan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia

Published

on

By

Sebut mengenai Neelofa pasti seluruh Malaysia mengenalinya. Berjaya menempa nama melalui industri lakonan, pengacaraan serta berjaya dalam bidang bisnes melalui syarikat Naelofar berjaya membuatkan Neelofa menjadi idola kepada orang ramai.

Kejayaan dan populariti beliau turut mengundang beberapa syarikat beliau untuk dilamar sebagai duta manakala AirAsia pula telah sebulat suara untuk melantik beliau sebagai pengarah bebas bukan eksekutif AirAsia pada Disember 2017

Neelofa Letak Jawatan Pengarah AirAsia Selepas 3 Tahun

Neelofa Letak Jawatan Pengarah AirAsia Selepas 3 Tahun

AirAsia Bhd mengumumkan aktres dan pengacara televisyen (TV), Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya.

AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos lalu, daripada Neelofa, pada Rabu.

Menurut syarikat itu, Neelofa menyatakan ‘komitmen peribadi lain’ sebagai alasan peletakan jawatan beliau.

Neelofa Dilaporkan Terima Gaji RM279,375 Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia

RBYPUT220717

Bukan sikit sikit gaji Neelofa dekat dalam Air Asia ni rupanya.

Pernah tular di Twitter @cocorello mengenai pendapatan Neelofa sebagai salah seorang ahli lembaga safety review board untuk AirAsia pada tahun 2018 telah mengejutkan pelbagai pihak dengan jumlah pendapatan RM279,375 setahun tidak termasuk elaun sebanyak RM8,000.

Di sebalik jumlah gaji besar yang diterima Neelofa, para netizen kebanyakannya tidak mempunyai masalah dengan gaji yang diterima Neelofa apatah lagi mengetahui AirAsia merupakan sebuah syarikat swasta yang berpeluang menentukan gaji yang setimpal buat ikon wanita ini.

Apa pun urusan Neelofa selepas ini kami doakan agar ia dipermudahkan. Insyallah..

Rujukan : Gempak / TheVocket

Continue Reading

Popular