Dalam Negeri
Sebab Tidak Mahu Buat Ini, Peniaga Durian Terpaksa Membayar Denda RM1000

JASIN: Dalam keghairahan peniaga durian di daerah ini melayan sambutan amat baik pelanggan terhadap raja buah itu, dua daripada mereka didenda RM1,000 setiap seorang kerana gagal mempamerkan tanda harga.
Dua peniaga berusia lingkungan 40-an itu dikesan melakukan kesalahan itu dalam pemeriksaan dijalankan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka di beberapa lokasi di daerah ini hari ini.
Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, pemeriksaan itu dijalankan berikutan aduan pengguna mengenai sesetengah peniaga durian tidak meletakkan tanda harga pada jualan mereka, dikhuatiri cuba mengeksploitasi harga.
Katanya, denda berkenaan dikenakan mengikut Perintah 3 (1), Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993.
“Pengguna mendakwa ada peniaga sengaja tidak mahu meletakkan tanda harga kerana bimbang pelanggan tidak mahu singgah atau berhenti untuk membeli jika mereka berbuat demikian atau mahu mengenakan harga lebih tinggi kepada pengguna,” katanya.
Beliau menjelaskan, tumpuan pemeriksaan adalah kepada penjualan durian kerana musim raja buah itu sudah bermula sejak minggu lalu dan dijangka berterusan hingga hujung Ogos depan.
Katanya, pemeriksaan seumpama itu bukan untuk menganiaya peniaga durian, sebaliknya bagi menjaga kepentingan pengguna dan peniaga kerana kedua-dua pihak saling memerlukan.
“Pemeriksaan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa, bukan setakat di daerah ini, malah Melaka Tengah dan Alor Gajah,” katanya.
Beliau meminta pengguna supaya membuat aduan kepada pejabat kementerian itu jika mengesyaki ada peniaga durian mengeksploitasi harga dengan tujuan mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Sumber : BHARIAN ONLINE
Dalam Negeri
Lelaki Ini Selamber Makan Kat Kedai Dengan Pakai Gelang Pink. Ini Kenyataan Dari PDRM

Di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu telah ditahan oleh pihak polis kerana melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKKP).
Menerusi laporan Berita Harian, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan ketika sedang makan malam di sebuah restoran.
Pulang dari Sabah
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, lelaki tersebut telah mendapat arahan daripada KKM untuk menjalani kuarantin di rumah bermula semalam sehingga 16 Oktober ini. Namun, dia telah mengingkar arahan tersebut dan keluar makan di tempat awam.
Lelaki itu sudah menjalani ujian saringan COVID-19 selepas tiba dari Kota Kinabalu, Sabah dengan satu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) semalam dan keputusan ujian masih belum diterima.
Justeru kita tangkap dia kerana melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jangkitan penyakit COVID-19 mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Bejangkit 1988.
Tambah Arifai, proses reman terhadap lelaki tersebut bakal dijalankan hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Manakala, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sebarang perbuatan yang dilakukan menyebabkan merebaknya penyakit yang membahayakan kepada nyawa.
Patuh perintah kuarantin
Perbuatannya yang tidak mematuhi arahan menjalani kuarantin jelas boleh menggusarkan masyarakat sekitar. Justeru kita nasihatkan orang ramai supaya mematuhi perintah menjalani kuarantin seperti yang diarahkan pihak KKM bagi memastikan keselamatan mereka, keluarga mereka serta orang lain.
Ujar Arifai lagi, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar perintah kuarantin. Pada masa yang sama, orang awam boleh melakukan aduan sekiranya mereka ternampak mana-mana individu memakai gelang merah jambu.
Sumber: Berita Harian via Oh Bulan
Dalam Negeri
Semalam Budak Darjah 3 Bawa Kereta Dan Sudah Ditangkap. Hari Ini Budak Lain Bawa Lori Pula, Ini Kenyataan Polis

SEREMBAN – Selepas tular video seorang kanak-kanak Tahun Tiga memandu kereta di Rembau, muncul pula video seorang kanak-kanak memandu lori tangki dipercayai berlaku di Rantau di sini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, video berdurasi 1:18 minit yang memaparkan sorang kanak-kanak lelaki sedang mengalihkan lori itu tular menerusi aplikasi WhatsApp petang tadi.
Video kanak-kanak yang membawa lori dipercayai berlaku di Rantau, Negeri Sembilan. Lori yang dipandu kanak-kanak berkenaan.
Sehubungan itu, beliau berkata, polis kini sedang mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut.
“Berdasarkan video itu, kanak-kanak lelaki berkenaan memandu sebuah lori jenis Hino dan semakan mendapati ia berlaku di kawasan Rantau di sini.
“Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.
Mohd Said berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber : Sinar Harian
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiriTerima kasih!
Dalam Negeri
Menteri Ismail Sabri Jelaskan Kenapa Dia P0T0NG Kad Kredit. Ada Sebab Yang Penting Rupanya

Dulu sebelum PKP munkin ramai rakyat tidak kenal siapakah Menteri yang bernama Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Sekarang rasanya hampir semua rakyat Malaysia kenal beliau. Selama berbulan bulan wajah beliau akan keluar di semua platform media pada tengah hari untuk memberi kita maklumat terkini tentang apa terjadi kepada negara apabila dilanda C0VlD19.
Hari ini beliau memuat naik satu posting di Facebook rasmi beliau, Ismail Sabri Yaakob untuk memberitahu satu posting yang tular sejak semalam.
Jelas kelihatan gambar yang diambil kelihatan beliau lebih muda. Jadi kenapa Ismail Sabri memotong kad kredit tersebut? Ini penjelasan beliau.
Semalam banyak viral di media sosial. Sebenarnya peristiwa berlaku pada 2014.
HSBC London mengumumkan menutup semua akaun penyumbang kepada Palestin kerana mengaitkan pejuang Palestin sebagai kumpulan pengganas.
Ini merupakan satu ketidakadilan kepada perjuangan rakyat Palestin yang berjuang membebaskan negara mereka yang terjajah dengan sokongan kuasa besar dan menghalalkan kekejaman yang terus berlaku terhadap rakyat Palestin.
Pemotongan kad kredit HSBC itu merupakan satu simbolik penentangan saya terhadap tindakan tidak professional mereka yang menyokong kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Saya tahu tindakan itu tidak akan menghentikan kekejaman Israel kepada rakyat Palestin tapi sekurang-kurangnya saya dapat menzahirkan perasaan saya.
Ismail Sabri
Sejak dimuat naik ke laman Facebook, sebanyak 13 ribu tanda suka telah diterima dengan hampir 450 jumlah perkongsian.
Artikel By: AwatttSyeikhh Network
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
-
Malaysia9 months ago
“Kesalahan Ebit Lew bukan Melayu, Tak Faham Budaya Melayu” – Lando Zawawi
-
Malaysia9 months ago
Lando Zawawi Sekolahkan Ustaz Ebit Lew
-
Malaysia9 months ago
Dapat tahu Ustaz Ebit berhenti bagi sumbangan, Anak Pak Aq mula buka mulut
-
Malaysia9 months ago
Abu Syafiq bercadang nak buat Pertubuhan Ktip Derma, PU Amin masuk Komen. Kena Stepek
-
Malaysia9 months ago
“Hanya 50 kes baharu positif CoV-19, Perlis kini Zon Hijau CoV-19”
-
Malaysia9 months ago
Usahawan berjaya walaupun tanpa Dokumen Diri Lengkap
-
Malaysia9 months ago
“Malaysia kini berada dalam fasa Penyembuhan” – Dr Noor Hisham
-
Dalam Negeri8 months ago
PM Kata 20 Orang Boleh Ziarah Waktu Hari Raya. Hari Ini DG Noor Hisham Jelaskan Maksud Sebenar 20 Orang Tersebut Dan Rupanya Ramai Yang Salah Sangka