Connect with us

Islamik

Kisah Sedih Dugaan Dari Kecil Sehingga Ke Dewasa Tanpa Kasih Sayang Keluarga. Ini Saat Penting Dalam Hidup Wanita Ini

Published

on

Assalamualaikum. Hi. Nama aku A. Aku anak 2 dari 3 beradik asalnya. Atas dan bawah aku lelaki. Kiranya aku seorang perempuan. Masa kecil dulu aku selalu list kan impian-impian aku apabila aku dewasa nanti. Impian pertama aku tercipta masa umur 12 tahun. Masa tu upsr. Aku dapat 3A untuk exam tu. Dari permulaan tu aku terus berharap akan mencapai impian aku yg lain.

Masa umur aku 13 tahun ibu aku keluar dari rumah. Berpindah ke suatu tempat yang lain jauh dari aku, ayah, abang dan adik. Perpindahan dia langsung tak membuatkan hati aku sedih. Sebab dari kecil aku memang tak rapat dengan dia sebab dari kecil nenek aku yang bela aku. Dari adik beradik yang lain aku dianggap anak tak berguna. Walau kesalahanku kecil. Aku akan disebat dengan hanger, tali pinggang dan macam-macam lagi. Kata2 makian memang dah biasa aku dengar. Sampai dalam hati aku sering berkata. Adakah aku anak angkat dalam keluarga ni. Masa tu aku selalu berfikir nak lari rumah. Tapi aku masih waras dan kasihan kan nenek aku.

Dalam adik beradik aku yang ibu paling sayang adalah adik aku. Walaupun adik kurang pandai antara kami. Ibu tetap puji adik. Kalau adik buat salah. Ibu tak akan marah dia macamana yang abang dan aku kena. Tapi aku lebih teruk. Pernah abang aku dapat 6A masa exam PMR ibu aku cabar aku untuk lawan dia. Aku nekad untuk buktikan aku juga boleh. Bila result keluar aku tunjuk aku dapat 8A.

Dia diam je. 4 tahun dia berjauhan dengan kami, hubungan ibu dan ayah jadi semakin renggang. Bila dia balik pun untuk jumpa dengan anak kesayangan dia iaitu adik. Aku pernah dengar orang cakap Allah akan ambil benda yang kita terlalu sayang. Tapi walaupun kasih sayang ibu macam tu. Hubungan kita orang adik beradik baik. Tak ada dengki. Ditakdirkan adik meninggl accidnt motor.

Ibu dan ayah seperti orang tak siuman. Sering termenung. Kalau dulu ayah malas sangat solat. Lepas dari tu. Hari-hari ke masjid. Sebab masa arwah adik meninggl aku dan abang tinggal di asrama. Jadi mungkin ayah sunyi. Ayah berubah jadi lain. Jadi pendiam. Dulu ketawa terbahak bahak. Ibu pun. Dari pemarah jadi pendiam. Kalau duduk dengan mereka. Mesti bercerita tentang arwah adik. Sampai aku naik meluat.

Nampak seperti mereka tak pernah redha dengan pemergian adik. 2 tahun perkara begitu terjadi. Ibu dah jarang balik. Tapi sejak tu, ibu mula berubah. Kalau dulu dia selalu dingin dengan aku. Duduk sebelah pun tak mahu. Dia mula berbaik dengan aku. Bercakap dengan lembut. Ambil berat tentang aku. Aku anggap mungkin dia berasa kehilangan. Lama kelamaan aku dah boleh dekat dengan ibu. Berbual dan ketawa.

Bila spm sekali lagi impian aku tercapai. Aku dapat 8A. Dan diterima masuk ke matrik. 1 tahun di matrik. Aku sambung buat degree 4 tahun sambil bekerja. Lepastu aku ditawarkan untuk bekerja dalam gov. Alhamdulillah sekali lagi. Segala apa yang aku rancang Allah makbulkan. Tamat nya pelajaran aku di ipta. Aku terus berjumpa jodoh dan dikurniakan anak seorang. Ya semuanya perjalanan hidupku dipermudahkan kan satu persatu.

Aku anggap ni lah hikmah nya jika kita sentiasa bersabar. Dalam tahun yang sama aku diberi rezeki untuk membeli rumah pertama pada usia 25tahun. Tapi masa ni aku duduk berjauhan dengan suami ku. Sehingga tahun ni aku dapat bertukar dan dapat tinggal bersama.

Nampak semua impian aku ikut flow yang aku rancang. Tapi dalam setiap doa kita yang kita pinta hari-hari. Tak akan semuanya termakbul. Setiap hari ku. Aku selalu termenung. Sehingga hari ini aku dikurniakan semua yang aku nak. Tapi cuma satu yang aku tak ada iaitu “sebuah keluarga” yang lengkap seperti orang lain. Ya impian terbesar dalam hidup aku adalah mempunyai sebuah potret keluarga seperti orang lain.

Itu adalah permintaan ku daripada aku kecil lagi. Bila masa tiba raya. Setiap rumah yang aku pergi. Mesti ada potret keluarga. Tapi aku. Tak kan pernah ada. Dan impian itu telah pun aku anggap m4ti pada tahun ini. Pada saat aku menulis ini. Aku tahu keluarga aku takkan sempurna lagi. Dan aku patut sedar dari dulu lagi. Yang ibu dan ayah aku tak kan mampu untuk bersatu lagi.

Raya haritu. Seperti biasa. Aku dan abang aku cuba untuk pertemukan mereka. Tapi masing-masing memalingkan muka masam mencuka di pagi raya. Kalau ibu dan ayah berasa sedih. Ketahui lah dari lubuk hati aku yang dalam. Hati aku teramat kecewa dan sedih. Sebelum ni banyak kali kami cuba untuk berbaikkan mereka. Tapi tetap begitu. Dalam setiap doa. Aku selalu berharap keluarga aku akan bersatu macam dulu.

Tapi sekarang, bukan sekarang sepatutnya dah lama aku sedar hati orang tak mampu untuk dipaksa. Ibu dengan ego nya dan ayah dengan sikap membiarkan. Tahun lepas nenek meninggal kan aku. Masa tu aku mengandung. Dan sehingga sekarang aku masih belum pergi melihat kuburnya sbb pkp. Aku terlalu sedih. Ayah dengan haluan nya dan ibu tetap dengan egonya. Nasib baik aku dikurniakan suami yang baik.

Sekarang ni aku cuma boleh menumpang kasih dengan famili suami je. Tapi biasa lah. Famili orang tak akan sama dengan famili sendiri. Alhamdulillah dikurniakan keluarga mertua yang baik dan ipar yang baik. Kadang-kadang bila aku sedih aku selalu teringat kan nenek aku. Dulu masa dia ada aku jarang meluahkan kat dia. Tapi dia tetap faham apa yang aku rasa.

Ayah aku mula ada perempuan lain. Dan aku tahu tu sudah 4tahun yang lalu sampai sekarang tanpa berselindung dengan kami. Dia selalu bercerita tentang perempuan tu. Aku terpaksa terima sebab aku tahu ayah sunyi. Tapi bila disuruh kahwin tak mahu. Ayah masih sayangkan ibu. Aku faham ayah begitu sebab ibu tak pernah menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Tapi ayah tetap bagi nafkah belanja kat ibu. Walaupun ibu tak layan ayah dengan baik. Aku tak kan salah kan sesiapa. Baik ibu baik ayah. Aku masih berbuat baik dengan kedua nya.

Aku selalu belek gambar gambar yang pernah kami tangkap. Ya betul. Tak pernah lengkap untuk aku jadikan potret keluarga. Mungkin terkurang satu. Kalau semua ada pun akan terselit orang luar antara ibu dan ayah. Jadi gambarnya pelik sebab orang tak berkaitan masuk. Aku kadang terfikir apa punca susah sangat mereka nak bergambar bersama macam orang lain. Seolah “gel”i. Yang paling aku kecewa sebenarnya. Sehingga kehilangan arwah adik dan arwah nenek pun. Kitaorg tetap tak ada gambar keluarga yang sempurna.

Sekarang aku patut redha yang impian aku terakhir tak kan pernah tercapai…dan aku tak kan pernah memintanya lagi…

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Pemergian Yang Dicemburui, Remaja ‘Pergi’ Ketika Dalam Perjalanan Untuk Menjadi Imam Dan Ajar Mengaji. Ini Apa Yang Terjadi

Published

on

By

Jodoh, rezeki, ajal dan maut telah ditetapkan Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam rahim ibu lagi. Sebagai muslim, kita hendaklah berserah dan percaya kepada takdir yang telah ditetapkan ini.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Nordiah memaklumkan bahawa anak lelakinya iaitu Muammar Ashraf Bin Ahmad Faizuli telah jemput Ilahi selepas terlibat dalam kem4langan jalan raya. Lebih meruntun hati apabila Allahyar-ham pada ketika itu dalam perjalanan menjadi imam dan mengajar al-Quran.

Perginya seorang anak yang berbakti

Sebelum ini, ibu Allahyarham iaitu Nordiah menerusi akaun Facebook miliknya ada memaklumkan bahawa anak lelakinya itu telah terlibat dalam satu kem4langan jalan raya.

Berikutan daripada ins1den itu, Allah-yarham kemudian dimasukkan ke h0spital kerana mengalami keced3raan serlus pada bahagian otak.

Menerusi perkongsian terbaru Nordiah di Facebook, dia memaklumkan bahawa anak lelakinya itu telah dijemput Ilahi pada 10 Julai 2020.

Wanita ini sempat meluahkan rasa sedih dan dalam masa yang sama dia bersyukur dan berbangga kerana memiliki seorang anak yang sangat bertanggungjawab serta berbakti kepada keluarga.

Al-fatifah buat anak ummi. Amar adalah anak syurga ummi abah. Amar anak yang baik, adik dan abang yang baik. Ummi abah bangga dapat anak seperti Amar. Disaat-saat akhir Amar, Amar banyak berbakti kepada ummi abah. Banyak khidmat dengan keluarga. Allahhuakhbar. syurga tempat Mu. Muammar Ashraf, ummi rindu nak dengar suara gurauan mu dengan adik-adik.

Pengakhiran yang dicemburui

Sementara itu, seorang pengguna Facebook iaitu Muhammad Iqbal Maharani turut berkongsi rasa duka atas pemergian Allah-yarham walaupun mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain apatah lagi bersua muka.

Menurut individu ini, pengakhiran Allah-yarham amat dicemburui ramai kerana dijemput Ilahi pada hari Jumaat ditambah pula dengan segala kebaikan yang dilakukannya sebelum ini.

‘Rehat di taman syurga’

Sempat hadiahkan telefon dekat adik

Matikan suis mesin sokongan hayat

‘Terlalu banyak petanda baik’

Mereka turut mendoakan agar roh Muammar Ashraf bin Ahmad Faizul berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan khusnul khatimah menjadi miliknya.

Sumber: Nordiah, Muhammad Iqbal Maharani via Oh Bulan

Continue Reading

Islamik

“Habis Bulan Puasa Jadi Syaitan Balik…”- Noorkhiriah

Published

on

By

Pelakon Noorkhiriah akui pernah jahil dalam ilmu agama suatu ketika dahulu.

Menurut Noorkhiriah dia pernah bertudung sebelum ini tetapi hanya untuk ke masjid dan ketika di bulan Ramadan sahaja.

“Masa ini akak (Noorkhiriah bahasakan dirinya) hamil anak pertama 11 tahun lepas dan ketika ini adalah bulan puasa dan akak belum bertudung, ni (gambar) bertudung sebab pergi majlis berbuka puasa dekat masjid.

“Pandai pula tutup aurat, lepatu lengging balik. Masa itu akak tak tahu apa yang akak fikir..adakah akak fikir bulan puasa je kena sopan, habis poser setan balik? ‘ngoknyelah’ diri ini bila fikir balik..” katanya.

Pelakon Nur itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya bertudung satu ketika dahulu.

Pun begitu, Noorkhiriah akui apa yang berlaku adalah proses kehidupan yang dilaluinya, malah dia berkata masih memperbaiki diri.

“Tapi bila fikir balik itulah proses kehidupan. Kadang-kadang mata yang mandang, mulut yang menegur adalah disebabkan kita sndiri yang membuka jalan untuk diperkatakan..

“Akak tak baik dan belum baik tapi minta sangat kat Allah hujung -hujung usia ni sempat jumpa jalan dan dapatlah menyebut lailahaillah di hujung nyawa,” katanya lagi.

Noorkhirah mula aktif berlakon sejak 20 tahun yang lalu.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Continue Reading

Islamik

Ebit Lew Jumpa Remaja Bangsa Cina Yang Bungkus Baju Guna Suratkhabar. Remaja Itu Sudah Lama Cari Ebit Lew

Published

on

By

Seperti yang ramai tahu, Ebit Lew suka membantu orang memerlukan. Bagi beliau jika tidak dibantu dia tidak boleh tidur lena.

Keikhlasan Ebit Lew dikenali seluruh negara, merata beliau pergi ke pelusuk negeri untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Dari bantuan makanan,pakaian sehingga lah menyediakan tempat tinggal dan pengankutan untuk memudahkan orang yang dia tolong.

Hari ini, Ebit Lew memuat satu lagi status untuk beri pertolongan dan kali ini adalah seorang remaja berbangsa cina.

Balut Kain Baju Dalam Suratkhabar

Kasihan adik ni lee weng keong 14 tahun dah 6 bulan tinggal tepi jalan berbekalkan beg kecil jer. Baju dia balut dengan surat khabar jer. Sedih tengok. Saya terbaca dia nak jumpa saya dah 2bulan. Maafkan saya adik lambat jumpa awak. Mak dah lama dari kecil tak jumpa.

Koperal Azman dan semua polis ipd subang jaya bantu selalu beri makan pada adik ini. Terima kaseh ipd Subang. Polis di Ipd subang call dah lama juga minta tolong tengokkan adik ini.

Saya tanya Lee kenapa cari saya. Katanya selalu tengok ustaz tolong orang. Saya lapar dan tidur tepi jalan.Dia nak kerja dan lapar. Dia nak jadi macam saya katanya. Saya akan bantu dia untuk sambung belajar semula nanti. Saya nak cari rumah untuknya area subang jaya.

Saya nak cari rumah untuknya. Dan minta kawan tengokkan. Serta bawa dia pergi shoping baju seluar dan semua kelengkapan lain.

Berat ujianmu adik. Muda lagi. Maafkan saya yer-ebitlew

Kredit: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Continue Reading

Popular