Connect with us

Politics

Sesudah Subuh, Pelawak Mat Over Sudah Sampai Di Mahkamah Untuk Sokong Bossku Najib Razak

Published

on

“SAYA datang ke sini selepas solat Subuh tadi bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana mengenang jasanya kepada rakyat,” kata pelawak, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, dia datang awal kerana bimbang tidak dapat masuk jika berlaku kesesakan.

“Saya dari dulu memang penyokong Najib kerana beliau seorang yang dan ikhlas menolong rakyat.

“Sebab itu saya datang juga hari ini bagi menyatakan sokongan kepadanya, cuma apabila mengetahui Najib dijatuhkan hukuman bersalah, saya agak tidak suka,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Wangsa Maju, Noriah Ibrahim berkata, dia amat sedih dengan keputusan mahkamah terhadap bekas Perdana Menteri itu.

“Saya memang penyokong setianya dari awal dan pondok keselamatan mahkamah ini menjadi saksi saya sentiasa ada di sini sejak dari awal Najib dituduh di mahkamah,” katanya.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib bersalah atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Sumber : HMETRO ONLINE

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Politics

Tak bagi muka dan tolak pelarian, Ismail Sabri minta UNCHR cari negara ketiga buat rohingya

Published

on

By

Kisah pelarian atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Rohingya bukan lah isu baru buat rakyat Malaysia. Kisah mereka ini mula menjadi hangat awal tahun lalu apabila kemasukan mereka secara haram ke Negara ini semakin mendadak saban hari.

Boleh dikatakan Malaysia menjadi tumpuan utama untuk mereka mendarat menerusi jalan laut. Jumlah pelarian Rohingya juga dilaporkan semakin meningkat apabila dikhabarkan mereka telah mewujudkan penempatan tersendiri di beberapa tempat dalam Negara ini.

Merasakan kemasukan mereka secara besar-besaran membawa beban kepada Negara, Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa Malaysia tidak akan lagi menerima pelarian tersebut.

Perkara ini turut diluahkan menerusi laman Facebook Ismail Sabri sendiri pada beberapa jam yang lalu. Menurutnya, pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNCHR) perlu mencari negara ketiga lain untuk pelarian Rohingya.

UNCHR PERLU SEDIAKAN PELAN JANGKA SEDERHANA DAN JANGKA PANJANG

Malah, mereka juga perlu menyediakan pelan jangka sederhana dan jangka panjang agar isu pelarian Rohingya di Malaysia ini tidak berpanjangan dan menjadi suatu beban lain.

“Kunjung hormat oleh Mr. Thomas Albrecht, wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNCHR). Perbincangan kami khusus mengenai pelarian Rohingya di Malaysia.”

“Saya maklumkan Malaysia tidak boleh menerima kehadiran pelarian Rohingya lagi. Saya meminta beliau mencari Negara ketiga untuk menerima pelarian Rohingya di Malaysia.”

“Saya juga meminta beliau menyediakan pelan jangka sederhana dan jangka panjang untuk selesaikan isu Rohingya di Malaysia.” Kongsi Menteri Kanan Keselamatan lanjut.

RAKYAT SETUJU KEPUTUSAN KERAJAAN

Keputusan yang dibuat oleh Ismail Sabri dan pihak kerajaan disambut baik oleh warganet. Mereka dilihat bersetuju dengan keputusan kerajaan yang mana tidak lagi berlembut atau pun memberi muka kerana apa yang ada kini sudah jadi menjadi suatu masalah untuk orang ramai.

Apa pun, sebagai manusia sama-sama lah kita doakan agar bangsa Rohingya mendapat pembelaan dan dapat hidup aman damai di bumi sendiri kelak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Politics

Anwar Ibrahim Ingin Jadi Perdana Menteri. Tun Mahathir Tampil Beritahu Sebab Kenapa DSAI Tidak Layak

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa mendedahkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Perdana Menteri kelapan itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak popular dalam kalangan orang Melayu, selain menyifatkan sokongan tersebut penting untuk mana-mana parti menang dalam pilihan raya.

“… Dan kerana beliau (Anwar) tidak begitu popular menjadi ketua parti berbilang bangsa, beliau memerlukan seorang pemimpin Melayu yang mampu membantu memenangi pilihan raya.

“Jadi, saya (Dr Mahathir) dengan beliau di dalam pilihan raya ini dengan saya sebagai calon Perdana Menteri, saya rasa kami akan dapat sokongan daripada orang Melayu,” katanya dalam temu bual bersama CNBC, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Anwar gagal mendapat sokongan Melayu dalam tiga pilihan raya sebelum ini.

Tidak cukup popular? Dr Mahathir beri sebab kenapa Anwar tidak layak jadi calon PM

Menurut Perdana Menteri kelapan itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak popular dalam kalangan orang Melayu, selain menyifatkan sokongan tersebut penting untuk mana-mana parti menang dalam pilihan raya.

Anwar juga jelas beliau, tidak boleh mencalonkan dirinya ketika itu kerana masih berada di dalam penjara.

Anwar dipenj4ra pada 2015 atas kesalahan meliw4t dan dibebaskan pada 16 Mei 2018 selepas memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Ketika saya memimpin parti pembangkang, kita berjaya menang dan ini merupakan pencapaian kerana untuk tempoh 60 tahun, Malaysia dipimpin oleh kerajaan daripada parti yang sama.

“Ini pertama kali perubahan (kerajaan) dicapai,” tambahnya.

Ketika ditanya mengapa Dr Mahathir mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Februari lalu, beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana komponen parti PH menolak pandangan beliau agar tidak meninggalkan gabungan parti kerajaan.

“Mereka menolak cadangan saya, dan selepas penolakan tersebut… mereka mahu saya memimpin parti bersama parti kerajaan terdahulu.

“Saya sentiasa menentang kerajaan terdahulu berikutan skandal yang mereka terlibat. Jadi, saya tolak untuk bekerja dengan parti yang kalah dalam pilihan raya (Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.

Sumber : ASTRO AWANI

Continue Reading

Politics

Kenapa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Tidak Pernah Bercakap Tentang Politik Sehingga Sekarang. Ini Jawapan Yang Beliau Beri

Published

on

By

“SAYA tidak mahu sentuh pasal politik ketika ini,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata, perkara yang menjadi keutamaannya kini adalah kebajikan rakyat, pembangunan negara, ekonomi dan kesihatan rakyat.

“Ramai orang tanya saya, mengapa tidak cakap atau ulas mengenai politik yang berlaku di luar sana.

“Saya sudah 40 tahun dalam bidang politik namun tidak mahu sentuh pasal politik ketika ini.

“Apa yang jadi perhatian utama saya ketika ini adalah kebajikan rakyat, pembangunan negara dan ekonomi serta menjaga kesihatan rakyat,” katanya disambut tepukan gemuruh pemimpin masyarakat di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, dekat Muar, hari ini.

‘Saya tidak mahu sentuh pasal politik ketika ini’

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di dewan berkenaan, hari ini.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gambir berkata, pembukaan sektor ekonomi yang dilakukan kerajaan tidak dilakukan secara tergesa-gesa, sebaliknya bersandarkan data dan kajian pelbagai pihak.

“Ekonomi kita kehilangan RM2.4 bilion sehari apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus memberitahu berita yang membimbangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, jika ekonomi tidak dibuka, seluruh sistem perbankan negara akan runtuh dengan nilai kerugian RM1 trilion.

“Saya terpaksa buat keputusan untuk buka semula ekonomi secara beransur-ansur serta perlu bertindak dengan berani dan tegas.

“Jika tidak ekonomi kita akan lumpuh. Pekerja akan dibuang. Tidak boleh ada pilihan lain kecuali buka semula ekonomi negara secara beransur-ansur sehingga sekarang sudah 95 sektor ekonomi yang sudah dibuka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin turut melahirkan kebimbangan sejuta pekerja di negara ini akan hilang pekerjaan terutama anak muda berikutan kesan pandemik Covid-19.

“Sektor ekonomi sudah dibuka namun ia masih perlahan. Oleh itu, saya minta kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya ambil langkah proaktif bagi mempermudahkan perniagaan di kawasan masing-masing.

“Contohnya pengeluaran lesen perniagaan oleh PBT. Jika prosesnya macam biasa namun keadaan sekarang normal baharu, dengan pemohon perlu menunggu berbulan-bulan sehingga enam bulan untuk dapatkan lesan, itu amat lama.

“Ada pula sebelum PKP boleh berniaga di satu lokasi tetapi selepas PKP tidak dibenarkan pula berniaga di lokasi sama. Jadi saya harap kerajaan negeri dan PBT permudahkan bagi rakyat kita,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Continue Reading

Popular