Connect with us

Dalam Negeri

Jiran Buat Aduan Sehingga Tadika Ini Terpaksa Berpindah Lokasi. Sebab Kenapa Jiran Tak Suka Dengan Tadika Itu Didedahkan

Published

on

PETRA JAYA: Aduan jiran yang tidak suka mendengar kanak-kanak menyanyi menjadi antara punca beberapa Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) di Sarawak terpaksa berpindah.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata sembilan aduan diterima dalam tempoh 1 Januari tahun lalu hingga 31 Mei tahun ini, daripada jiran yang tidak mahu TASKA beroperasi berhampiran kediaman mereka.

Dalam tempoh sama, katanya, tiga aduan sama diterima daripada jiran terhadap operasi TADIKA.

“Masalah itu timbul di kawasan perumahan apabila jiran tidak suka mendengar suara kanak-kanak termasuk apabila murid menyanyi, malah ada yang mendakwa tertekan mendengar kanak-kanak menangis.

“Susulan aduan itu, ada TASKA terpaksa berpindah empat kali,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat prosedur operasi standard (SOP) pendaftaran TASKA di Sarawak di Bangunan Baitulmakmur, di sini, hari ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, pada sidang sidang media di Kuching, hari ini. - NSTP/MOHD ROJI KAWI

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, pada sidang sidang media di Kuching, hari ini.

Fatimah berkata, dua TASKA terpaksa dipindahkan kerana beroperasi di jalan mati manakala enam tidak diluluskan permohonan dibuka kerana lokasinya di persimpangan jalan sibuk.

Bagi TADIKA, katanya, satu permohonan ditolak kerana lokasi yang dicadangkan turut berada di persimpangan jalan.

“Kami sering memaklumkan kepada pengendali TASKA dan TADIKA supaya meneliti lokasi dicadangkan dengan terperinci bagi mengelak timbul masalah kemudian,” katanya.

Sehingga 9 Jun lalu, Fatimah berkata, sebanyak 119 TASKA swasta berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) manakala TADIKA swasta pula sebanyak 484.

“Sehingga 31 Mei lalu, sebanyak 28 TASKA dan lima TADIKA swasta masih dalam proses kelulusan oleh pihak Jabatan Tanah dan Survei,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dalam Negeri

Ketua Puteri Umno Beritahu Siapa Berkemunkinan Menjadi Dalang Dalam Dokumentari Tidak Sahih Al Jazeera Terhadap Malaysia

Published

on

By

Tindakan salah lapor oleh Al -Jazeera jelas sekali menunjukkan media ini mempunyai niat jahat terhadap Malaysia bagi memberi gambaran buruk Malaysia menzalimi warga asing.

Lantaran itu, ketegasan kerajaan sangat diperlukan pada saat-saat banyak pihak cuba untuk memburuk-burukkan imej negara, kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

”Ramai tahu Al Jazeera juga sering menyiarkan berita berat sebelah dan sering menyerang kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, tapi perkara itu tidak berlaku ketika 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan.

“ADAKAH PAKATAN HARAPAN MENJADI DALANG?” – Zahida

MGF16012019_ZAHIDA-KOMUNITI-ORANG-ASLI08-1-681x454

“Hari ini media asing itu sudah mula untuk memburuk-burukkan kerajaan Perikatan Nasional pula. Kenapa? Adakah ada pemimpin PH yang berada di belakang media asing tersebut?,” soalnya.

Beliau mengulas dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan kerajaan terhadap pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan langkah-langkah penularan Cov-19.

Katanya, sayap UMNO itu mengecam sekeras-kerasnya sebarang tindakan jahat dan biadap pihak luar yang cuba menjatuhkan imej negara termasuk warga asing yang tinggal dalam negara ini.

Sumber : Malaysia Gazette

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Continue Reading

Dalam Negeri

Doktor Dedah Layanan Sebenar Malaysia Terhadap PATI Di Pusat Kuarantin

Published

on

By

Sebelum ini, laporan dokumentari Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ mendakwa terdapat isu perkauman di Malaysia ketika mengendalikan pandemik Cov19.

Terbaru, Dr Kenneth yang pernah berkhidmat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Cov-19 di Maeps, Serdang membuka cerita sebenar mengenai cara Malaysia mengurus dan merawat pendatang asing tanpa izin (PATI).

Dilayan dengan baik dan adil

Al-Jazeera making false claims (pembohongan/tuduhan tidak wajar) against Malaysia regarding the management and treatment of Illegal immigrants with Covid-19! I was doing my service in Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, MAEPS Serdang for 1 month and 1 week.

We treated almost 700-800 Covid-19 Positive illegal immigrants (Pendatang Asing Tanpa Izin/PATI) in our centre. All the PATIs were treated fairly and well. We respect them as normal human beings. 3 meals per day. Each meal with vegetables, meat and rice. Nice bed with aircond environment.

Menerusi perkongsian Kenneth Wong Chen Fei atau lebih dikenali sebagai Dr Kenneth, beliau menceritakan pengalamannya sepanjang merawat PATI di pusat kuarantin di Maeps, Serdang. Dalam kesempatan itu juga, dia tidak bersetuju dengan dakwaan dan tuduhan palsu Al Jazeera mengenai layanan teruk Malaysia terhadap PATI.

Tambah Dr. Kenneth lagi, sepanjang perkhidmatannya selama 1 bulan seminggu, dia dan pasukan telah merawat hampir 800 orang PATI. Semua petugas di Malaysia melayan kesemua PATI ini dengan baik dan adil serta menghormati mereka seperti manusia biasa.

Tuduhan tidak berasas

They were each given free toiletry packs/towels/extra dry food. None of them were mistreated. All were given freedom to perform solat prayers and toilet breaks. When they discharged, all were given free new clothing.

Saringan percuma (1 test = RM 300-400), makanan percuma, rawatan percuma, baju percuma. Semua Kerajaan Malaysia tanggung! What more do they want? Laporan Al-Jazeera adalah tidak berasas dan tidak betul (one-sided news). We stand with Ministry of Health (KKM) and Malaysia for doing their best in fighting the Covid-19 pandemic!

Bukan itu sahaja, keperluan harian mereka turut dijaga dan dihidangkan makanan sebanyak 3 kali sehari dengan menu nasi, sayur dan daging. Malah, penginapan disediakan sangat selesa berserta katil dan persekitaran yang berhawa dingin. Mereka juga diberi pek, tuala dan makanan kering percuma. Tidak ada seorang pun yang dizalimi.

Kerajaan Malaysia turut bertanggungjawab terhadap saringan percuma dimana setiap ujiannya bernilai RM300 hingga RM400. Tegasnya lagi, laporan yang dikeluarkan Al Jazeera sama sekali tidak betul dan dakwaannya memang tidak berasas. Dr. Kenneth menyifatkan laporan tersebut adalah berita sebelah pihak. Sementara itu, Dr. Kenneth memberitahu mereka bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Malaysia akan berusaha sebaik mungkin untuk memerangi wabak Covid-19.

Sumber: Kenneth Wong Chen Fei

Continue Reading

Dalam Negeri

Wanita Ini Mempersoalkan Layanan Malaysia Terhadap PATI. Sekali DG Noor Hisham Masuk Komen

Published

on

By

Isu media antarabangsa Al Jazeera nampaknya semakin menjadi bualan hangat netizen apabila ianya turut mendapat perhatian kerajaan Malaysia sendiri. Tohmahan yang dibuat secara tidak tepat membuatkan ramai yang tidak berpuas hati kerana ianya boleh menjatuhkan reputasi Malaysia.

Terbaru, di Twitter seorang wanita meminta agar rakyat Malaysia menerima kritikan dari pihak media tersebut dengan hati terbuka. Malah dia turut bersetuju dengan media tersebut sehingga mendapat respon dari Datuk Dr Noor Hisham sendiri.

Mesti belajar terima kritikan

Malaysia mesti belajar menerima kritikan dengan bijak dan rendah hati. Malaysia mempunyai kejayaan relatif dalam menjaga kematian COVID-19 – tetapi cara kita layan pendatang asing adalah satu kesilapan. Terutama yang paling memalukan adalah menggari tangan anak-anak pendatang ini.

Menurut individu yang merupakan salah seorang ahli pertubuhan bukan kerajaan ini (NGO), rakyat Malaysia haruslah menerima kritikan dari pihak media Aljazeera mengenai Covid-19 di Malaysia. Malah dia turut menyokong kenyataan pihak media antarabangsa tersebut bahawa kerajaan melayan teruk warga asing terutama sekali anak-anak pendatang.

Komen tersebut mendapat pelbagai respon netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut termasuk Datuk Dr Noor Hisham sendiri yang memberi respon terhadap tweet itu.

Sila dapatkan fakta tepat sebelum komen

Dr Noor Hisham selar kenyataan dibuat individu tersebut dengan menyarankan agar individu terbabit mendapatkan fakta yang tepat sebelum memberi sebarang komen mengenai Covid-19 di Malaysia.

Selepas perbualan DM dengan DG Hisham hari ini berdasarkan tweet saya, saya dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu tidak digari seperti yang dilaporkan dalam dokumentari Al-Jazeera.

Walau bagaimanapun, individu ini mengaku bahawa kenyataan dibuat Al Jazeera adalah tidak tepat.

Sumber : Fifa via Oh Bulan

Continue Reading

Popular