Connect with us

Semasa

Tersentak Lelaki Ini Bila Terdengar Saudara Sendiri Kutuk Dia Ketika Ayah Lelaki Itu Sedang Dikebumikan Waktu Itu.

Published

on

BUKAN sahaja dihina gara-gara hanya memiliki sebuah kereta Proton Saga lama, pemuda ini turut dipandang rendah kerana tidak memilih untuk menjadi peguam selepas tamat pengajiannya.

Lebih menyedihkan, kata-kata itu keluar daripada mulut saudara terdekat ketika majlis pengebumian bapanya, tiga tahun lalu.

Itulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan Anas Abdul Rahim sehingga hari ini.

Kisah itu dikongsi pemuda berusia 34 tahun itu dalam satu bebenang di Twitternya sehingga menjadi tular.

Menurut Anas, dia terpanggil untuk berkongsi kisah itu selepas terlihat satu tweet seakan-akan sama dengan pengalamannya sendiri.

Kereta Proton Saga Anas turut digunakan untuk mengangkut barang keperluan yang akan dihulurkan kepada keluarga memerlukan.

“Saya tweet tu pun sebab ternampak satu quote seorang ‘brader’ yang dihina saudara sendiri kerana jadi petani.

“Jadi saya hanya meluahkan apa yang terbuku di hati. Sebelum ni saya tak cerita dekat orang, hanya adik-beradik yang tahu.

“Ni kiranya saya share dekat public dan tak expect pun tweet tu akan blow up,” katanya kepada mStar.

Jelas anak sulung daripada lima beradik itu, perasaannya ketika itu sukar diungkapkan dengan kata-kata dan dia hanya mampu bersabar dengan umpatan-umpatan tersebut.

“Waktu tu kita tengah sedih ayah dimasukkan ke dalam liang lahad, mereka di belakang pula mengumpat macam-macam.

“Perasaan masa tu hanya Allah saja yang tahu. Marah, sakit hati semua ada. Tapi saya sabar jelah mengenang masa tu majlis pengebumian arwah ayah.

“Saya sebenarnya ambil jurusan undang-undang di UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Waktu pengebumian ayah saya tu, mereka cakap saya lawyer yang loser.

Anas dan adik-beradiknya serta sepupu amat aktif membungkus barang keperluan sebelum diagihkan kepada keluarga yang memerlukan.

“Mereka kata lawyer lain pakai kereta mahal-mahal tapi saya pakai Proton Saga je. Saya graduate tapi lepas tu pilih untuk berniaga. Tu sebab kena kecam sebab mereka nampak pilihan hidup saya tu tak ada masa depan,” katanya.

Meskipun mengusahakan pelbagai perniagaan, Anas mengakui dia masih menggunakan kereta pemberian arwah bapanya itu.

“Kereta tu ada nilai sentimental dalam diri saya sebab pemberian arwah ayah. Dia belikan pada 2009 sewaktu saya sambung pengajian di UIAM.

“Sampai sekarang saya masih guna kereta tu. Itu satu-satunya kereta yang saya ada. Lagipun kereta tu elok lagi, masih boleh pergi ke KL sampailah Kuala Terengganu.

“Tak ada keperluan untuk saya ada dua, tiga biji kereta. Selagi elok pakai jelah. Buat apa nak puaskan mata orang lain,” katanya.

Malah pemuda dari Permatang Pauh, Pulau Pinang itu berkata dia turut menggunakan kereta yang sudah berusia 11 tahun itu untuk melakukan kerja amal.

Orang ramai beratur menerima agihan pemberian Anas bersama adik-beradik dan sepupunya.

“Alhamdulillah banyak bakti kereta tu. Dengan kereta Proton Saga yang sama, saya dan adik-beradik membantu keluarga yang memerlukan.

“Kereta tu antara yang digunakan untuk angkut bekalan makanan sebelum diagihkan kepada penduduk sekitar kawasan Mak Mandin, Pulau Pinang,” katanya yang turut mengusahakan kebun getah, ladang kelapa sawit dan juga bendang.

Perkongsian Anas turut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Rata-rata berpendapat kereta tidak melambangkan kejayaan seseorang.

“Kalaulah jenama atau material yang melambangkan kekayaan seseorang, ex bos aku (owner architecture firm) tak delah pakai Myvi lama. Kereta kancil yang dah lebih 11 tahun pun kadang dia pakai bawa pi kerja. Sangat rendah diri, sampai sekarang aku keep in touch dengan company dia,” tulis Athena.

Lecturer aku Dr ada PhD. Still pakai Kancil datang universiti. Tak leh rileks orang macam ni,” kata Tokabahtabah.

Sumber : MSTAR ONLINE

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Lepas Tular Jual Kasut Emas, Khalid Jamlus Buat Kontroversi Dengan Memberi Jawapan Kepada Wartawan Secara Kurang Sopan

Published

on

By

Nama Khalid Jamlus, bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia menjadi buah mulut orang ramai selepas ceritanya melelong kasut emas melalui live Facebook tersebar. Terbaru, Khalid sekali lagi menjadi perhatian apabila caranya menjawab soalan wartawan ketika satu sidang media semalam menjadi kritikan netizen.

Sikap Khalid keterlaluan

Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal mengambil inisiatif bertemu Khalid Jamlus menerusi sidang media.

Walaubagaimanapun, bukan pertemuan itu yang menjadi tumpuan, tetapi sikap Khalid menjawab soalan wartawan dengan cara sarkastik itu menjadi kritikan warganet.

Attitude kelaut

Ramai menganggap sikapnya itu agak keterlaluan apabila soalan berkaitan jawatan yang ditawar kepadanya mengundang pelbagai reaksi bagi yang menonton sidang tersebut.

Perkara ini membuatkan netizen berasa menyampah dengan gaya pertuturannya yang acuh tak acuh itu. Ramai meninggalkan komen di laman Twitter milik E_Blackbeard yang memuat naik potongan sedutan sidang media tersebut.

Bukan kerja hina pun

Hilang respect aku

Kau punya bongkak

Tak perlu nak berlagak

Sumber : E_blackbeard via OH BULAN

 

Continue Reading

Semasa

Kenapa Duit RM1 Susah Nak Masuk Tempat Bayar Parking Atau Mesin Air Tin. Ini Jawapannya

Published

on

By

Pernah tak anda mengalami situasi di mana ketika anda cuba membayar tiket parking, wang kertas RM1.00 tidak diterima? Biarpun dicuba beberapa banyak kali, mesin tersebut tetap enggan menerima wang kertas itu?

Ada yang menyangka situasi itu berlaku berkemungkinan disebabkan oleh keadaan wang kertas yang remuk, kotor, terlipat dan sebagainya.

Namun menurut wanita itu, adakalanya mesin bayaran tiket parking atau mesin jual air dan yang sewaktu dengannya tidak dapat menerima wang kertas RM1.00 kerana wang kertas tersebut mempunyai tandatangan Muhammad bin Ibrahim.

“Fakta menarik, sesetengah ‘vending machine’ tidak menerima RM1.00 anda kerana ia mempunyai tandatangan Muhammad bin Ibrahim. Ia hanya boleh menerima wang kertas yang ditandatangani oleh Zeti Aziz.

“Begitu juga dengan mesin bayaran tiket parking dan yang sewaktu dengannya. Anda mungkin mahu menyemak tandatangan gabenor jika wang kertas yang anda masukkan itu ditolak oleh mesin,” kata Aini yang berkongsi mengenai perkara itu di Twitternya.

Sementara itu, kebanyakan netizen selama ini menyangka kegagalan memasukkan wang kertas itu disebabkan keadaan wang kertas itu yang remuk atau rosak.

ANTARA SEBAB UTAMA

Sumber: @Nurfitriainii via The Reporter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Semasa

Gadis Ini Ceritakan 7 Bulan Tidak Berjumpa Dengan Suami Dan Sekarang Dia Sarat Mengandung 8 Bulan

Published

on

By

Pengacara Dayah Bakar mendedahkan sudah masuk tujuh bulan dia berjauhan dengan suami, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang ditugaskan ke Australia.

Kata Dayah, ia bukan satu tempoh yang mudah namun dia bersyukur kerana dikelilingi orang yang yang tidak putus memberi sokongan.

“Suami saya pergi Australia pada bulan Januari lalu jadi dah tujuh bulan kami berjauhan. Masa dia pergi usia kandungan saya tak sampai sebulan lagi. Sepatutnya saya dah pergi sana tapi disebabkan Covid-19 ini semuanya terpaksa ditangguh.

“Saya masih bekerja dalam fasa hamil ini memandangkan saya seorang yang sangat aktif. Bila saya sibuk bekerja, itu yang membuatkan saya gembira.

“Keluarga saya memang antara penyumbang sokongan paling tinggi dengan anak-anak saudara saya pun tinggal bersama.

“Apa yang penting selalu ingat Allah, itu adalah kunci segalanya. Kita tahu Allah bagi dugaan sebab kita mampu. Jadi sentiasa bersyukur kerana ada hikmah dengan apa yang berlaku. Banyakkan berzikir dan baca al-Quran.

Video di saat suami pergi

“Macam saya aktif dekat media sosial dapat juga sokongan daripada pengikut. Itu pun memainkan peranan. Mereka sama-sama mendoakan saya dan suami, itu buat saya tenang,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar berasa terharu dengan usaha suaminya membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka kali kedua.

“Sejujurnya saya tidak menangis tetapi terkejut. Masa tu saya keluar bila balik tetiba tengok dah ada kat bilik. Semestinya rasa terharu walaupun jauh suami saya masih buat kejutkan untuk saya. Ingatan itu dekat,” katanya lagi.

Dayah dan Hanif berkahwin pada 29 Jun 2018 selepas berkenalan sejak sekian lama dari bangku sekolah lagi.

Kini, Dayah sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan Ogos ini.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading

Popular