Kisah Benar
Gaji Suami Tak Banyak Tapi Apa Isteri Nak Boleh Dapat. Satu Hari Isteri Ini Nampak Sesuatu Dalam Kereta Suami

Lepas setahun kahwin,aku disahkan mengandung dan mengalami alahan teruk. Terpaksa berhenti kerja. Gaji suami selau tak cukup, tapi pelik , dia tak pernah menghampakan aku bila mengidam. Satu hari terjumpa tin-tin kosong kat belakang kereta.
Bila di tanya,jawapan dia buat aku sebak. Saya dan suami berkenalan dari zaman sekolah lagi sekarang dah 10 thun kenal dia dan kami telah berkahwin hampir 2 tahun. Di sini saya ingin bercerita tentang kesusahan yang kami harungi sebagai suami isteri.
Pada awalnya kami masing² bekerja. Hanya kerja biasa, kalau disatukan gaji kami berdua tak smpai 3K pun. Duit itu lah kami beli segala keperluan kami.
Segala bill² akan dibayar dahulu dan selebihnya dihulurkan untuk orang tua kami, tinggallah beberapa ratus untuk keperluan makan kami berdua. 2 bulan kami berkahwin masih lagi tiada tanda² saya mengandung, orang pun dah mula tanya. saya fikir mungkin belum tiba masanya lagi untuk saya mengandung dengan ekonomi kami yang tidak seberapa.
Tapi suami selalu pesan “Percaya pada rezeki Allah”. Dan saya terus diuji dengan kehilangan orang tua yang saya cintai.
Saya tidak ada sesiapa lagi selain suami. Dialah tempat bermanja, dialah tempat mengadu. Alhamdulillah, Setahun lebih kami berkahwin saya disahkan mengandung dengan kebenaran suami saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana mengalami alahan yang teruk.
Bermulalah episod dimana kami terpaksa menyekat segala keperluan dan kehendak kami untuk cukupkan sampai ke akhir bulan. Lepas bayar segala bill, duit yang ada dalam tangan kami hanya tiggal dalam 3-4 ratus shja. itu lah duit untuk isi minyak kereta, itu lah duit untuk makan kami smpai hujung bulan.
Tentang nafkah seorang isteri, saya tak ambil kira itu semua yang penting kami sama² dapat makan. Dapat survive sampai hujung bulan pun dah memadai.
Kalau masak, saya akan catu lauk² supaya tak terbazir. Kalau beli ayam seekor, saya mintak potong 20. Satu hari masak 4 ketul sahaja boleh tahan sampai 4-5 hari untuk seekor ayam.
Suami saya sangat penyabar. dia selalu tolong saya buat kerja rumah, basuh baju, sapu lantai, sebelum keluar kerja dia akan masakkan dulu untuk saya. Setelah 4 bulan mengandung, saya mula mendapat kekuatan untuk menjalankan tugas² harian di rumah dengan ekonomi kami yang tak berapa elok.
Saya ambil upah buat macam2 kerja untuk bantu suami dan tunaikan keinginan saya yang mula mengidam tapi tak lama sebab saya mengalami alahan semula, segala tulang dan sendi mula sakit².. mula tak larat macam mula² mengandung dulu.
PERMINTAAN ISTERI DITUNAIKAN
Suami saya kata ‘tak apa, abang akan usaha untuk tunaikan permintaan sayang kalau sayang teringin nak makan apa²’. tapi saya cuba pendam, saya tak beritahu dia pun kalau saya teringin nak makan apa² cuma kadang² je mulut ni lincah sangat terlepas juga lah.
Saya cakap, kalau abang tak ada duit tak apa. Sayang ok boleh tahan keinginan ni walaupun sebenarnya tak tertahan pun. wanita mengandung yang mengidam je akan tahu perasaan macam ni. Walaupun lambat, suami akan usaha juga tunaikan permintaan saya walaupun dia sendiri pun ada keinginan dia akan dahulukan permintaan saya berbanding dirinya. kadang² di tempat kerja dia langsung tak makan sebab nak berjimat.
Kadang² dia beli kuih² dan cucur je sebagai makan tengah hari. Start tahu macam tu, saya mula bekalkan makanan untuk suami. Walaupun hanya nasi kosong, kadang² saya buat nasi goreng kalau tak ada lauk. Asalkan suami tak kelaparan di tempat kerja.
Kadang² suami bawak balik makanan sedap² time dah hujung² bulan.. saya pelik, suami cakap duit dah nak habis. tinggal beberapa puluh je untuk duit minyak kereta. Tiba² dia bawa balik makanan yang saya hajatkan.
INI KERJA ‘PART TIME’ SUAMI RUPANYA
Bila saya tanya mana dapat duit, dia cuma jawab ‘abang buat partime’.. jadi saya tahu lahh suami taknak bercerita dengan lebih lanjut tentang mana dia dapat duit lebih. Sehinggalah saya terperasan dalam kereta ade beberapa tin minuman kosong dalam plastik di kerusi belakang.
Bila saya tanya dia jawab saje² kumpul. lama kelamaan baru saya tahu rupa-rupanya suami kumpul tin² kosong dan kotak² terpakai untuk dijual. duit hasil jualan itu lah dia simpan untuk tunaikan keinginan saya.
Saya rasa bersalah.. saya rasa terharu.. saya menangis mengenangkan usaha suami untuk saya.. suami cakap itu tanggungjawab dia.. jangan rasa bersalah.. ‘untuk sayang dan anak kita yang selama ini kita tunggu² abang akan buat apa je..’
Lagi beberapa bulan dah nak bersalin, segala keperluan untuk menyambut kelahiran anak kami beli sikit².. bulan ini baju dua helai..bulan depan 2 helai lagi.. Kadang² bila tengok tv sama², suami akan renung saya tiba².. bila saya tanye kenapa dia hanya tersenyum
Lepastu dia cakap “terima kasih sayang dah hidup dengan abang, maaf kalau sayang susah hidup dengan abang”.. haaa mula lahh suami isteri ni berdrama kan.. lagi² isterinya ni kalau tak mengalirkn air mata memang tak sah..
Dia selalu yakinkan saya, rezeki Allah tu ada di mana².. cepat atau lambat pasti akan ada.. Allah dah rancang segalanya.
Kami tak dapat hidup senang macam orang lain.. tapi insyaAllah mungkin suatu hari nanti kami diberi rezeki yang tak terduga oleh Allah.
Minta doa kalian supaya kami dilimpahkan rezeki untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung kami ini dan doakan saya supaya dilancarkan urusan bersalin nanti ya. Amin.. Maaf kalau penceritaan dan ayat saya tunggang langgang dan susah untuk difahami.
Sumber:-eksidenz.com
Kisah Benar
Pakcik Ini Jalan Kaki Jual Askrim Sambil Pikul Tong Besar

Wang ringgit merupakan satu perkara yang sangat penting bagi seseorang untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi mengikut peredaran waktu.
Dengan mengerah kudrat yang ada, seorang insan separuh abab usianya ini masih cekal mencari rezeki halal untuk menyara kehidupannya telah membuatkan ramai yang mengalir air mata sebak.
Perkongsian ini daripada seorang wanita di laman Facebooknya, Nurdiana Mohd Rapi tentang kisah seorang pakcik penjual ais krim sanggup berjalan kaki semata menjual ais krim dari satu tempat ke satu tempat yang jauh untuk habiskan jualan hariannya.
Sangat menjentik hati dan perasaanku petang ni …
Terbaca satu posting dari adik Atma Febrianti baru ja tadi. Bangun dan terus duduk, khusyuk baca smpai habis. Baca punya baca, terus teringat anak buah yang turun mau membeli jajan katanya.
Keluar ke beranda, terus pulak dengar bunyi hon hon mcm org jual aiskrim motor tu. Niat memang mau memanggil konon mau makan aiskrim roti. Sekalinya, pakcik ni pulak yang lalu.
Berbaju hitam, bermask, dengan kudrat ndak seberapa angkat tong pink di bahu kanannya, tangan kiri memicit honnya. Allahu, automatik terus sebak!
Tidak fikir apapa, terus teriak pacik tu. Tanya dari mana, dia jawab dari Kg Pukat berjalan kaki sampai ke Logpond terus putar sampai ke sini. Jalan kaki Pakcik? Jawabnyaa YA !!
Terus mengalir airmata bahh sebab bapa ku sendiri berdiri di sebelahku tengok dalam tongnya. Pulun habis jualannya, terus minta dia balik ke rumah.
Bukan mau cakap aku baik ya gais, cuma ntah kenapa aku rasa sebaknya tu lain mcm. Membayangkan org tua kita dlm keadaan bgtu, memang kau akan terus rasa insaf tiba tiba.
Tidak aku minta banyak sama kamulah yang membaca ni, tapi kalau kamu jumpa pakcik ni, belilah aiskrimnya.
Rm1 ja dia jualkan tu. Sedap jugakk aiskrim nyaa. Anggap lah sebagai bantuan kecil kita untuk dia. Dia tinggal di Jalan Kelapa, naik bas lepastu turun mana-mana kampung dan teruskan cari rezeki dengan berjalan kaki jaa.
“Nikmat tuhan yang mana lagi ingin kamu dustakan?”
Masa aku tulis ni pun masih sebak aku rasa. Mampu doakan jaa pakcik ni semoga diberikan kesihatan yang baik, dan dilindungi sentiasa. Terima kasih atas doanya tadi Pakcik. Semoga Allah memberikan rezeki yang banyak lagi lepas ni ya.
Sumber : Siakap Keli
Kisah Benar
Suami ckp pergi main futsal, rupanya dating dgn jiran bertudung labuh. Aku tanya satu soalan dan tak sangka ini jawapan aku dapat

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan-lahan. Semoga dapat pengajaran. Assalam semua pembaca. Maaf, confession aku agak panjang sebab rasa nak luahkan segalanya di sini sebelum nak buka lembaran baru dalam hidup kami. Kami psangan yang bahagia. Luaran, dalaman. Maksudnya, bukan pura-pura bahagia ye. Salah faham sikit tu ada, tapi tak sampai tahap kr0nik hinggalah satu hari muncul HH dalam hidup kami.
Semua jadi secara tak tersangka sebab aku tak pernah fikir yang jiran kami akan jadi orang ketiga dalam rumahtangga kami. Ye, jiran okay, jiran. Dan terjadi di saat hubungan kami suami isteri memang okay sangat-sangat, tak ada masalah apa pun.
Kantoi pun bila aku check bil telefon suami, (walhal selama ni aku tak pernah check pun, betapa ALLAH nak tunjuk) dan aku jumpa nombor HH. Rupanya, setiap petang suami aku akan call HH lepas dia main futsal.
Kalau weekend pulak, call setiap pagi lepas jogging. Aku yang solehah sangat ni pun mengiyakan tanpa banyak tanya walaupun sebenarnya aku tak gemar suami aku aktif sangat main futsal sebab aku wanita bekerja, penat jugak urus rumah sorang-sorang dengan anak lagi setiap hari. Rasa macam bodoh kejap.
Yang lebih menyedihkan adalah mereka siap dating tepi pantai lagi seminggu sekali selama sebulan, sedang aku struggle kat rumah mengemas, siapkan anak, siapkan kerja pejabat yang tak siap. Keluar lepas Asar balik dekat nak Isya’. Cakap pergi main futsal, tapi rupanya pergi jumpa HH. Dan aku pun percaya. Lagi sekali bodoh.
Bila kantoi, dengan masih terkejut beruk sebab dengan jiran sendiri, aku pun jumpa HH nak bincang hati ke hati. Yang lagi terkejut beruk, HH pakai tudung labuh, pakai handsocks, stokin bagai tau.
Macam tak percaya pulak. Aku tanya, memang nak kahwin dengan suami aku ke, nak bermadu ke. Dia kata, kalau dah jodoh, nak buat macam mana. Amboi, jawapan artis mslimah sangat kan.
Sumpah rasa nak pijak muka dia. Tapi masa jumpa HH, aku tak menangis pun. Siap aku boleh pluk dia sebelum balik. Entah mana dapat kekuatan.
Aku tanya dia, kenapa masih layan walaupun dah tahu status suami aku? Kenapa ikut pergi tepi pantai? Sumpah, aku tak salahkan HH 100% sebab aku tahu it takes two to tango. Mesti sama-sama gatal miang.
HH balas, dia pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Dia pun tak percaya yang dia boleh jadi orang ketiga. Erm.. korang rasa apa, dengar jawapan dia? Yang tak tahan tu HH cakap, dia & suami aku keluar, duduk & berbual-bual jek, bukan buat apa-apa tak baik.
Ya Tuhan.. keluar dengan suami orang tu perbuatan baik ke? Hahaha.. mudah betul penunggang agama mensucikan perbuatan mereka. Mendidih jek aku dengar.
Bila aku tanya suami (depan HH sebab aku nak dia dengar sendiri dari mulut suami), suami kata dia tak nak kahwin pun dengan HH sebab dia tak nak duakan aku dan sayang anak kami.
Suami cakap dia tak sengaja, tergelincir, terjatuh kasihan sebab HH selalu cerita pasal kisah cinta sedih dia. Umur HH 36, tapi masih bujang, suami aku 32. Oh, lupa nak bagitahu, suami aku dan HH pernah ada urusan bersama walaupun lain syarikat, so ada contact number masing-masing. Tu yang boleh tukar-tukar cerita sampai berputik kasih sayang tu kononnya.
Pertemuan kami pun tamat dengan keputusan– mereka putus. HH janji dengan nama ALLAH yang dia takkan ganggu suami aku lagi & akan buat-buat tak kenal walaupun berjumpa dalam urusan atau majlis syarikat.
Baiklah, aku pegang janji dia sebab dengan imej mslimah yang dia bawak. Tapi selang dua hari, tiba-tiba aku dapat mesej dari HH.
HH mintak izin untuk jumpa suami aku untuk kali terakhir weh Hahahaha.. aku tak tahu nak gelak ke nak nangis. Siap nak aku ada sekali. Jumpa kat taman dekat dengan rumah kami.
Dia nak aku jadi saksi pertemuan terakhir Romeo & Juliet cinta tak kesampaian ke macam mana? Nak pitam rasa. Aku pun apa lagi, aku sekolahkan HH dengan ayat berlapik. Memang aku tak bagi jumpalah ceritanya.
Ingatkan habis cerita, rupanya HH meroyan kat FB dan IG. Post lagu-lagu jiwang, tulis ayat-ayat putus cinta, siap buat puisi untuk suami aku weh. Tak boleh blah, siap counting days dah berapa hari putus, tak dapat jumpa suami aku, post kat IG story. Hahahahaha.. buruk rupa betul orang tua bercinta ni tau. Muntah hijau aku.
So aku sound direct ke HH, aku tanya masih tak boleh lupa ke? Sebab aku risaulah kot dia meroyan cari suami aku balik. Tapi HH cakap, dia dah boleh lupa.
Aku kata, kalau dah boleh lupa, stop lah meroyan dalam FB & IG macam perempuan kurang kasih sayang. Suami orang kot, dok sibuk gila nak buat apa. Aku bagi sedas dua, tarbiah sikit. Dia ingat aku tudung bidang 45 ni tak boleh tarbiah perempuan tudung bidang 60 ke. Cet.
Sejak tu, aku pilih untuk tak lagi fikir dan ambil tahu pasal HH. Cuma kalau keluar rumah, nampak kereta & rumah dia tu, rasa tersksa jugak jiwa raga. Tapi takkan nak pindah rumah semata-mata? Rumah dahlah mahal sekarang. Sabar banyak-banyak jek lah.
Aku share sini untuk pengajaran bersama :
Suami
1. Kalau dah ada isteri tu, tolonglah tak payah nak baik sangat dengar cerita manusia berlainan jantina ni. Aku percaya, lelaki & perempuan tak mungkin boleh jadi kawan baik. Salah sorang mesti akan ada feeling.
Kalau dua-dua ada feeling, lagilah haru. Baik kau balik rumah, kau dengar luahan & cerita isteri kau, dapat jugak menambah pahala. Jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri.
Tak baik tau aniaya perempuan yang dah lahirkan anak kau. Isteri dah bertoleransi kau bersosial dengan kawan-kawan, jangan salah guna.
2. Janganlah mainkan perasaan anak dara orang. Sebenarnya saja suka-suka jek nak cuba try test. Macam suami aku, dia cakap saja jek try chat. Nak test market. Tak sangka pulak HH membalas sampai jatuh cinta.
Sebagai perempuan, aku marah sangat. Kalau dah sampai HH tu meroyan, dah memang sayang sangatlah. Siap bagitahu mak dia. Siap sanggup bermadu, walhal suami aku tak niat pun nak buat isteri. Ingat ye, nanti kau ada anak perempuan, suka ke orang buat anak kau macam tu?
Isteri
1. Ada orang cakap, jangan check phone suami supaya tak skit hati. Berdasarkan pengalaman aku, ada pro & kon. Aku check jugak phone suami aku, tapi biasalah lelaki, pandai.
Dia dah buang segala conversation, call log segala. Memang clean & clear. Tapi kalau ALLAH nak tunjuk, bila-bila masa jek. Doalah banyak-banyak. Tunjukkan keprihatinan anda. At least, suami ada jugak rasa fikir banyak kali sebelum nak buat pelik-pelik.
2. Jangan stress sangat nak jadi yang terbaik. Macam aku, semua benda aku buat sebab nak jadi solehah terbaik. Makan suami pun aku cedok berhidang segala tau. Tinggal tak suap ke mulut dia jek.
Baju semua aku basuh, sidai, lipat, gosok. Cebok berak anak pun dia tak pernah sebab dia kata nak muntah bau busuk. Hahaha.. tapi kena cvrang jugak.
Bukanlah maksud aku kita abaikan tanggungjawab, cuma jangan paksa diri melampau sampai boleh makan diri sendiri. Bahagi tugas sama-sama supaya ada rasa tanggungjawab.
Suami & isteri
1. Selalulah bincang hati ke hati bersama. Bagitahu apa yang kurang, apa tak puas hati. Lelaki ni suka simpan. Bila ada orang luar sudi mendengar, mulalah jadi cerita lain. Yang perempuan pulak suka buruk sangka & overthinking.
Kongsilah cerita setiap hari untuk lepaskan rasa dalam hati supaya tak terbeban, tapi jangan jadi medan memburukkan pasngan pulak. Lebih kepada muhasabah diri bersama untuk jadi lebih baik.
2. Solat berjemaah dan di awal waktu adalah kunci bahagia rumahtangga. Itu yang kami suami isteri lalai lepas ada anak. Sibuk kejarkan anak, sampai solat jemaah entah ke mana.
Bila salam c1um dahi lepas solat tu, rasa syahdu, rasa sayang makin mendalam, harapnya dapat tutup hati masing-masing dari kecvrangan. Dapat jauhkan hati dari rasa tak cukup, sunyi & perasaan negatif yang menjurus kepada cuurang.
Aku pun masih mencari kekuatan untuk melupakan. Ye, aku maafkan suami & HH, tapi tak mungkin sesekali aku lupakan. Jiran pulak tu, lagilah susah nak lupa weh. Hahaha.. korang, doakan aku ye.
Aku tahu banyak lagi k3s cur4ng yang lagi teruk, aku patut bersyukur sebab ALLAH tunjukkan segalanya sebelum jadi semakin melarat. Sebab tu, jangan sesekali lupa ALLAH. Jaga hubungan dengan DIA, DIA akan jaga kita. InsyaALLAH.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini. Apa reaksi warganet
Farah idora, Benda paling aku elak ialah kawan dgn suami org. bkn nak kecam tp minta simpang la benda2 tak elok tu. fikir fikir la nak kacau rumah tangga org. kau bukan hncurkan hubungan suami isteri tp anak2 dorang jgk.
Faiz Akmal, Alhamdulillah. Suami isteri saling percaya. Aku kenalkan isteri dengan kawan aku tak kira jantina. Isteri aku juga begitu. Isteri aku ada all access to my phone. Dia boleh buka all my sosial media.
Pesan aku pada semua. Jangan salahkan jantina. Ini masalah individu tersebut. Kita jangan terlalu mencerca orang. Kita pun tak tahu macam mana masa depan kita. Ambil yang baik, buang yang buruk.
Ni Soalan Aku tanya suami, “Dah pernah berzina ke dgn jiran tudung labuh”
Assalam dan selamat sejahtera buat semua pembaca. Alhamdulillah, dah lebih 6 bulan aku survived lepas kess kami. Aku Rasa lega sangat-sangat bila dapat kongsi kat sini dan baca respon bernas dan rasional dari pembaca di confession sebelum ni. Tapi ada beberapa persoalan berbangkit yang agak kurang menyenangkan yang mungkin perluukan penjelasan.
1. Kenapa mesti jiran?
Kebetulan. Atau spesifiknya, takdir. Walaupun lain syarikat, tapi masa bulan Nov 2018, suami aku & HH (bersama beberapa staf yang lain) ada bekerjasama untuk satu projek. Diaorang spent masa hampir sebulan jugaklah, jumpa hari-hari untuk settlekan projek tu. Dan… ianya dalam pengetahuan aku. Cuma yang aku tak tahu, mereka masih berhubung walaupun lepas projek dah tamat.
2. Bagaimana bermula?
Rupanya HH dah suka suami aku (macam crush gitu) sejak tahun 2012. Ini aku tanya sendiri kat HH, bukan aku buat cerita ye. Masa tu suami aku bujang lagi. Mungkin sebab HH stok mslimah pemalu bertudung bidang 60, so HH simpan jek perasaan tu.
Bila terjumpa semula, berjiran pulak, suami dah kahwin dengan aku & ada anak. Bila dapat peluang bekerjasama, macam pucuk dicita ulam mendatang lah ceritanya. Yang suami aku pulak bangga lah bila tahu ada perempuan bujang dah admire dia selama enam tahun. Enam tahun, gais.
3. Macam mana aku boleh tenang?
Sebab utama aku boleh bersikap tenang adalah kerana aku sangat2 malu dengan perbuatan suami aku. Macam aku cakap sebelum ni, it takes two to tango. Kalau suami aku tak menyumbang kepada kegatalan, takkan jadi jugak kan? Aku rasa macam HH teraniaya & aku simpati dengan dia.
Aku tak naik suara sikit pun masa pertemuan hati ke hati dengan HH. Siap aku tanya, betul ke nak suami aku? Kalau betul nak, aku sanggup undur diri sebab aku tak nak bermadu.
4. Kenapa aku pilih untuk bertahan?
Jujur cakap, masa mula-mula kantoi, aku tak nampak benda lain kecuali perpisahan. Sebab tu aku berani offer HH untuk ambik suami aku. Sebab masa tu aku sangat-sangat benci mereka berdua. Sumpah, aku paling benci suami aku.
Tapi sebab suami pilih aku, mintak peluang kedua, aku cuba. Sebab aku percaya, everyone deserves a second chance. Dan aku nak buktikan pada HH yang aku adalah lebih baik & bagus dari HH, sebab tu suami pilih aku, bukan HH.
Jujur, mula-mula memang atas dasar ego & rasa nak menang, tapi lama-lama Allah tunjuk aku jalan yang sepatutnya.
5. Apa aku buat untuk legakan hati?
Aku bagitahu A to Z pada ibu aku. Aku anak bongsu so aku sangat-sangat rapat dengan ibu & ayah. Aku nangis macam orang gila depan ibu & ayah. Ayah cakap, tak apa, pisah jek. Sebab aku masih muda & boleh cari lelaki lain yang lebih baik. Hahaha.. chill jek ayah aku kan?
Ibu cakap, sabarlah & bagi peluang. Anggaplah sebagai ujian dalam rumahtangga. Yang best, layanan mereka pada suami aku tak berubah langsung walaupun mereka tahu cerita sebenar.
Aku cerita jugak pada sorang kawan baik aku. Benda macam ni tak boleh simpan sorang. Nanti boleh jadi gila.
6. Kenapa tak pindah rumah?
Rumah kami sekarang atas nama aku, tapi kami kongsi bayar. Dua bulan lepas kantoi, suami aku dah mohon rumah baru, tapi malangnya loan dia tak lepas walaupun ikutkan gaji, suami aku layak.
Aku pun pelik bila baca surat pemberitahuan tu. Tapi entahlah. Aku pun dah give up sebab kami akan bertengkar bila cakap pasal rumah.
7. Tak seram ke duduk dekat dengan madu tak jadi?
Gila tak seram. Hahaha.. Allah jek yang tahu perasaan aku tapi aku cuba lawan & tenang. Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang, tak pernah lagi aku terserempak dengan HH masa balik kerja ke, bukak pintu pagar ke, kat shopping mall ke, kat kenduri kahwin ke.
Tapi aku dah pesan kat HH, sila lari jauh-jauh kalau ternampak aku. Hahaha.. Semoga takkan jumpa lah sampai bila-bila.
8. Dua manusia tu dah berzina ke sampai HH meroyan?
Aku dah tanya dua-dua. Mereka sumpah dengan nama Allah yang mereka tak ada buat apa. Berpegangan tangan pun tak pernah. Atas dasar penampilan HH yang lebih alim & mslimah dari aku, aku pilih untuk percaya HH.
HH meroyan mungkin sebab dia ingat suami aku bersungguh nak buat HH jadi isteri, rupanya tidak. Mungkin HH ingat dah jumpa lelaki impian dia selepas tunggu 6 tahun, rupanya belum lagi.
9. Apa khabar suami aku sekarang?
Seperti nasihat pembaca sekelian, aku dah bahagi-bahagi tugas & ikuuuuuuut jek dia ke mana jua. Tiada lagi jogging & main futsal. Tiada lagi nak keluar malam lepak mamak. Sosial kat tempat kerja, cukup. Habis kerja, berhiburlah di rumah dengan anak bini. Aku duplicate WhatsApp dia di laptop aku (dengan pengetahuan suami ye).
Aku simpan password segala socmed yang suami ada. Nak pergi isi minyak kereta, nak basuh kereta, nak beli garam kejap pun aku ikut. Tiap-tiap bulan aku check bil telefon.
Bila ada suspicious number, aku tanya suami direct. Agak-agak tak larat, aku biar jek baju tak berlipat & mainan anak bersepah. Alhamdulillah, pandai pulak suami melipat & mengemas.
10. Apa khabar aku sekarang?
Dalam proses bertenang. Kurangkan stress pada diri sendiri yang konon nak jadi isteri solehah, ibu mithali sangat. Berhenti paksa diri nak semua benda sempurna. Sekarang ni apa-apa aku tulis kat diari & bagi suami baca. Aku nak suarakan tak puas hati, aku nak ungkit, semua aku luah.
Kalau cakap berdepan, risau ternaik suara & boleh jadi gaduh pulak. Aku usahakan supaya kami solat berjemaah untuk setiap waktu. Kalau ada tak puas hati, tak bertegur untuk 5minit jek. Salah sorang kena mengalah tegur dulu & buat pas4ngan gelak. Dan biasanya suami aku yang mengalah.
11. Apa khabar HH sekarang?
Aku pun tak pasti walaupun kami berjiran. Hahaha.. tapi aku contact sepupu dia sebagai langkah berjaga-jaga. Hari tu aku mintak sepupu HH screenshot IG HH dan aku nampak HH post masak asam pedas ikan & tiru caption IG aku (IG aku memang set public).
Aku tak tahu apa tujuan HH, tapi aku malas nak fikir. Asalkan HH stop kacau suami aku, sudah. Aku hafal nombor plet kereta HH. Kalau tempat kerja HH tu memang aku tahu sangat, bila-bila masa boleh pergi. Aku kenal pasti kawan-kawan baik HH, tapi aku tak kacau lah. Just in caase perlu contact, aku dah ada nombor mereka.
Aku boleh kata, this is blessing in disguise. Ye, hati aku pecah. Tapi sekurang-kurangnya Allah uji aku dengan perempuan yang sedar diri & tak ganggu kami lagi lepas ditarbiah. Suami aku dah berubah & cuba jadi lebih baik.
Masa depan aku tak tahu & aku tak nak fikir sangat. Aku cuba untuk jaga semuanya dengan baik sekarang, semoga berakhir dengan perkara baik jugak.
Untuk yang diduakan, anda boleh pilih untuk mempertahankan, mengalah atau menerima orang kedua. Untuk aku, aku pilih untuk mempertahankan, dengan izin Allah aku berjaya. Semua terserah pada anda sebab anda yang menentukan hidup anda.
Terima kasih kepada yang membaca. Terima kasih kepada yang memberi pelbagai nasihat & idea untuk aku hadap masalah kami ni. Terima kasih jugak pada HH yang hadir dalam hidup kami untuk mengajar kami jadi manusia lebih baik.
Aku tak berani nak benci HH sangat sebab kami masih berjiran. Aku takut beria membenci, tiba-tiba Allah uji aku perlu minta bantuan HH ke kot anak aku skit, atau aku yang skit. Masa tu tak ada sesiapa kecuali dia sebagai jiran aku. Ya Allah.. seramnya. Yang paling aku tak nak, benci-benci nanti jadi sayang. Simpang malaikat 44.
Semoga kisah ini jadi pengajaran buat semua. Doakan kami bahagia, sampai syurgaNYA. InsyaAllah.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet.
Intan Farina, madu pun ape salahnye. sama2 membahagiakan tp klo ikut gaji pun xlepas nak tanggung. hmm xtaula samada diorang boleh bertahan bape lama macam tu. Jangan ada ikut jalan belakang udahle. penat hari2 nk jd FBI. suami redha x kat isteri..bahagia xdia Allah jela tau.
Sakinah Zulkifli, Tahniah puan sbb pilih utk bertahan. Terima kasih bg peluang kami yg bujang cuba selami kehidupan berumah tangga. Makin banyak membaca kadang makin down,tapi cuba positif sbb pegang 1 kata2 sahabat “hidup rumah tangga bukan bahagia sepanjang masa” semoga terus dipelihara hubungan puan & pas4ngan. Aamiin.
Lynda Lin, Perghh best btul cite tt ni. Tahniah sbb memilih utk menjadi positif wlaupun sush tp hasilnya berbaloi. Pucuk pangkal tt jd lembut hati sbb suami sendiri berubah. Alhamdulillah. Kalau masih miang ak rse xd maknanya nk berbalik semula kan.
Pape pn smoga ap yg jd ni jd pengajaran utk suami tt n tt jgak.. tuhan nk uji skit je tu utk kuatkan kembali ikatan rumahtgga tt. Smoga bahagia hingga syurga.
Nur Aira, Asyik kahwin . Crai. Mak mertua. Pak mertua. Keluarga 69 jer manjang. Saya ni yg xkawin lagi macam mana min. Muda lagi tau 24. Saya suka baca IIUM ni.
Tapi kisah rumahtangga je. Xde ke cerita pasal bisnes ke. Kemajuan islam ke. Yg berilmu sikit. Baca tadi ada sesetengah kata mcm KRT page dah. Share yg berilmiah la sikit. Ni dah macam diari pulak.
Dapur Kak Ros, Tarik nafas panjang2 dan lepaskan perlahan2.kosongkan minda.istigfar dan berkata Allah tetap ada.setinggi2 layang2 terbang tali nyer masih berada di dlm tangan kita.so lepaskan bukan buang.
Pasti puan akan tenang.kita berada dlm rumahtangga bukan dlm persidangan mahkamah.kebahgiaan dan ketenangan adalah dua perkara yg berbeza walaupun ia perkara yg baik.
Sarinah Hj Salleh, Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk awak mempertahankan. Ada yang x diberi peluang sebab suami kahwin senyap-senyap kat sempadan. X apa, lain org lain dugaanNya. Akak doakan semoga Mawar dan keluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.. selalu. Aamiin.
Khairul Kamariah, moga allah sentiasa kurniakan sis ketenangan…n jauh dr sifat syakwasangka terhadp HH n suami..pokok xkn bergoyang klu x ada angin yg bertiup..begitu juga la dgn hati n perasaan manusia..x kira lah dr segi sayang,cinta or benci pd seseorg..
bila pernah dikecewakn…
Akn ada rasa x percaya pada suami…itu yg pasti…cuma apa pun doalah moga suami btul2 insaf n btul2 berubah. moga sis terus tabah…bila kita dh bt yg terbaik utk suami semata2 utk dapat pahala dr allah..insy allah allah akn lindugi kita.
Ema Ri, Knapa bila pas4ngan kantoi dia jadi lebih baik ye?? Sebab nak cover kesilapan lalu ke? Mehh… Hati hncur, we may forgive but never be forgotten. Bagus la sis sentiasa berwaspada. For me, im just… Ambil pendekatan lantak kau la, itu kehidupan kau, aku tak nak masuk campur. Hmmmm
Syaidatina Hikmah, Mintak maaf cakap. Aku selalu sangat jumpa yg perangai pelik2 ni dr klgn tudung labuh, pak serban. Mcm mne lah org tak pndang serong. Penunggang agama diorg ni.
Tp tu lah..tu semua x boleh salahkan tudung labuh tu. Klau dah attitude nye buruk, pakai purdah pun buruk jgk. Cuma satu je lah nk kata, klu rase dah pakai tudung labuh, handsock bagai tlg lah tunjuk contoh yg baik pd kami yg biasa2 ni. Takde lah org pndang negatif. Silap hb ramai yg ikut jejak pkai tdung labuh.
Nur Suraya, Sebab tu kena biar laki kita busy buat kerja rumah sekali, jaga anak sama-sama. Kalau nak pegi dobi pun, kalau boleh bawak anak sekali. Nak main futsal, boleh je, sila bawa anak ya. Nak g ride? Boleh.. bawak anak skali… Haaa, gituuu.. xdela kita jaga anak sorang2, dia boleh berfoya-foya diluar. Nak g joging? Bolehhh, saya nak ikut skali. Takkan nak kuurus sorang2 kannn.. payah bawak anak? Ha, dok mereput menggemok kat rumah berdua.
Izzue Wana, HH pun, umur baru 36 tu. Ada kerja, ada kereta yg nak sondol suami orang tu desperate sangat ke. Kemain ramaiiii lelaki bujang, usaha la cari, buka ruang berkenalan, acah suci sangat konon nak mahalkan diri eh tersondol suami orang siap kena angkut tepi pantai tu pun tak boleh jugak la HH. Meroyan mengalahkan first wife, tp selalunya mcm tu la. Yg menyondol tu feeling lebih mcm kesayangan dia pulak kena rmpas, hmm.
Siti Fazila, Walaupun pjg tulisan ceritanya xboring baca smpai habis…kot kot kalau ada smbungan dr crita ni ok je aku tunggu. Semoga rumahtangga tt kekal bahagia selamanya. Buat jiran tt tu harap2 insaf la xganggu suami org lagi…carilah yg bujang atau duda ye tuk dijadikan suami.
Watie Rasid, Bak kata Umie Aida, mslimah di bawah lindungan kaabah gitew. Btw, initial nama saya dlm minit mesyuarat adalah ‘HH’ tapi tu bukan saya la ya. Lelaki macam suami awak tu saya pernah jumpa, tapi bujang. Konon nak “try”. Akhirnya saya yg merana kerana termakan harapan. saya hanya mampu doakan dia bahagia dan saya yakin saya juga boleh lebih bahagia dari dia. Aamiin.
Efa hamid, Adoi la ftnah ni memana pun ada. Dan sbb ni aku jenis menyombong dgn laki. Even laki kawan baik aku, xdak la sesuka hati mak tiri belah laki mak aku nak add fb nak inbox nak wasap bagai. Lagi nak bawak menyembang. Kalau pun kita xdak niat nak pangkah ke sailang kawan, mulut orang oii.. cepat benor berjalan nya.
Nur silah taslim, kita kena faham ramai d luar sana pki tudung labuh..pki pakaian mslimah dgn niat berbeza2… Mungkin dulu sksi dh tua berubah…mungkin berubah pemakaian kerana ikut kawan jd jgnlah kerana mereka pki tudung labuh…jubah kita dh cop mereka alim…sbb pderi pun pki tudung…..kedua jd isteri walaupun bahagia luar dlm jgn smpi tak ambik tahu hal somi….somi Allah anugerahkn akal y panjang dlm membuat penipuan dlm cita madu 3 pun kita boleh tgk mcmna….dan Alhamdullilah Allah bagi ujian nie bkn saja nk bg ujian pd somi, pd isteri dan pd org ketiga…
bila satu2 ujian itu Allah bg…Allah turunkn malaikat utk lihat reaction kita dgn masalah ini kerana Allah nk naikkn darjat sis….semoga selepas nie Allah dtgkn rahmat dan barakah dlm rumahtangga sis.
Sumber – Mawar (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Kisah Benar
10 thun kawin, pagi tu tiba2 laki aku nyatakan sesuatu kt aku dgn alasan aku ni asyik dgn hp je

Hai salam kepada semua pembaca. aku baru diceraikan .. alhamdulillah aku dilepaskan dengan cara baik. kisah bermula sehari sebelum raya baru2 ni pagi sebelum raya orang lain sibuk nak melemang Merendang Buat ketupat laki aku pulak pagi tu dok ketar kepala tegedk2 nak mintak kawin sorang lagi. sebagai seorang isteri.
sapa tak marah. Sapa tak kecewa. sapa tak sedih tiba2 tak ade angin tak ada ribut nak kawen.. Nak kawen dengan sapa.? bila kamu jumpa? kenal kat mana? langsung aku tak tau. bijaknya lelaki kan? 10 tahun percaya tiba2 hilang sekelip mata.. tak ada angin tak ada ribut. alasannya mudah. aku gila gadged.. aku tak layan dia.. aku tak jaga makan pakai.
tapi bila dipikirkan balik. Selama ini dia makan apa? Dia pakai baju apa? dia tidur atas apa? sapa yang buat semua tu? hantuuu kak limah ke? Dulu tak laki aku saiz x tapi sekarang ni dah jadi saiz XL. Ehh Sapa yang jaga? Hantu kak limah jugak ke ?
Aku kenal dia dari kosong sampai la sekarang. aku malas lah nak cakap dia pangkat apa.. dari susah sampai dah mula hidup senang. Dia tinggal aku macam tu je. sekelip mata Allah tarik semua dari aku.. aku mintak dia buat pilihan aku atau Dia. dia tak boleh nak buat keputusan.. dia tetap nak juga dengan yang sana. aku ambik jalan selamat aku tarik diri.. baru je sebulan benda ni jadi dan dengan mudah dan dengan sekali lafaz aku dilepaskan dengan talak 1… macam tu saja. Tak ada alasan kukuh lain.
Terbaru ni pula.. mak sedara bekas laki aku contac aku cakap bekas laki aku cakap pada sedara mara bila dia tak dak kat kem aku melayan jantan.. ya rabbi.. fitnah apakah itu? sepanjang sebulan aku kat kem dan kawan2 baik bkas laki aku banyak sangat tolong. Kawan baik dia.. bukan kawan baik aku.. dia kat mana masa tu. Dia abai aku seolah2 dah tak de ikatan.. mungkin orang lain boleh faham dan orang tau apa yang jadi bukan salah aku. tapi aku tak salahkan pon bekas laki aku tu.. mungkin pada mata dia..aku tak pandai jaga dia.
tapi pada aku. aku dah buat sehabis boleh.. lillahiitaaala aku buat semua benda Iklas untuk kamu. Walaupon kita dah tak dak apa2. aku tak simpan dendam. Yang jadi biar lahh. teruskan lah hidup macam biasa. Cuma agak susah untuk aku. sebab aku tak Punya apa2 mak abah pon dah lama pergi dulu.. pada yang merampas aku tak kisah awak nak kan suami aku.
Awak ada harta awak ada rupa awak ada segalanya.. perlu lagi ke nak kan suami orang. mula2 dulu aku pikir nak viral muka kamu tapi apa aku dapat. buang masa je. tau tak sebab apa aku tak nak jumpa kamu..
tak nak serang kamu.. walaupon kita dekat aku boleh sangat2 kalau nak buat… tapi jatuhlaa standart aku nak pegi jumpa orang macam kau.. bodh la aku kalu nak begaduh kerana seorang lelaki.. sebab tu aku ambil keputusan aku diam dan aku biar jee kamu dating depan2 mata aku..
aku tau dan aku nampak selalu. Berkali2 juga hancur bederai hati aku… rasa nak pengsan kat situ. Tapi aku kuatkan semangat.. aku tak duduk sorang2.. aku cari kawan2 aku. aku cari semangat aku balik. aku buat seolah2 tak dak apa yang jadi.. padahal dalam hati Allah saja yang tahu.. aku perempuan kamu pun perempuan sikit pon kamu tak jaga hati wanita lain.. kita Sama2 perempuan kak.. sepatutnya hormat perasaan orang lain.
Kalau nak pun sabar la. Tunggu selesai semuanya. ambik la. dating la ceruk mana kamu nak duduk. aku tak nak mendoakan yang buruk2 untuk kamu berdua. biar lah apa yang dah jadi jadikan pengajaran untuk diri aku sendiri. cuma pesanan untuk kamu. Mintak doa la pada tuhan…
supaya hidup kamu jangan merana macam aku bila satu hari benda yang sama jadi pada kamu atau anak2 kamu. baik kamu doa dari sekarang kak. Mintak kawan2 kamu tolong aminakan sekali. jaga2 kak sebab kifarah Allah ni selalunya cepat..
-
Selebriti3 years ago
Suami Tiada Disisi Untuk Sambut Kelahiran Anak Kedua, Bella Pula Digelarkan Seperti Gemuk Macam ‘B4Bl’. Ini Respond Balas Bella Astillah
-
Uncategorized3 years ago
Kami PJJ. Rupanya dah 2 tahun, suami lena dgn janda. Bila kant0i, aku tibai cukup2. J nangis2 merayu minta jgn call ofis dia
-
Selebriti3 years ago
Datin Eina Azman Ditegur Kenapa Aset Bahagian Atas Nampak Tak Sama Dengan Gambar Lain. Ini Respond Padu Eina Azman
-
Selebriti3 years ago
Sharifah Shahirah Pertama Kali Dedahkan Kehidupan Sebenar Sherry Alhadad Yang Ramai Tidak Tahu
-
Selebriti3 years ago
Sajat Kantoi Nampak Selulit Masa Tengah Berbikini. Ini Komen Balas Sajat Bila Orang Tanya Kenapa Ada Selulit
-
Viral3 years ago
Rakyat Malaysia Ramai Marah Dengan Bros Gang Kerana Gadis Curang 20k. Bros Gang Beri Satu Kenyataan Yang Pasti Gegarkan Netizen Semua
-
Selebriti3 years ago
Selalu Berbasikal Bersama Zizan Razak, Hawa Rizwana Keluar Kenyataan Tentang Hubungan Dia Dan Zizan
-
Selebriti3 years ago
Dulu Popular Dengan Lagu Itik Itik Gembo Gembo, Sekarang Keadaan Berubah. Ini Wajah Dan Keadaan Terkini Lan A to Z