Connect with us

Dalam Negeri

Sekolah Rendah Dicadangkan Untuk Tutup Semula. Sebab Kenapa Diberitahu

Published

on

Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan digesa supaya menutup semula sekolah rendah kerana penularan pandemik Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, murid sekolah rendah khususnya dari darjah satu hingga tiga, majoriti mereka tidak faham tentang apa itu penjarakan sosial.

“Mereka (murid SK) ini tidak akan buat dan tidak faham penjarakan sosial, tak akan hendak mengharapkan cikgu jaga semua.

“Saya sendiri sempat meninjau di SK Jalan Bahagia, Temerloh dan saya dapati murid-murid khususnya darjah satu hingga darjah tiga, mereka tidak faham dan tidak bersedia untuk mula bersekolah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sesi persekolahan murid tahun lima dan enam dibuka semula bermula 15 Julai lalu manakala bagi murid darjah satu hingga empat, sesi persekolahan mereka bermula semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, kerajaan tidak seharusnya bertindak tergesa-gesa dan jangan nanti apabila wujud kluster baharu membabitkan murid SK, baharu mahu bertindak.

Selain SK ditutup semula, beliau juga mencadangkan supaya pelajar dari tingkatan satu hingga tiga turut diarahkan bercuti.

“Hanya pelajar dari tingkatan empat hingga lima yang terlibat dalam sesi persekolahan sehingga kita benar-benar yakin penularan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya dan vaksin ditemui,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dalam Negeri

Terlalu Ramai Yang Datang Ke Pantai Teluk Cempedak. Ini Cadangan PDRM Untuk Masa Akan Datang

Published

on

By

Polis di bandar ini melihat wujud keperluan untuk mengehadkan jumlah pengunjung ke pantai peranginan Teluk Cempedak, di sini dalam usaha mengawal penularan semula wabak COVID-19.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata cadangan itu akan dibincangkan dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Katanya, langkah itu juga bertujuan untuk menyekat jumlah pengunjung yang terlalu ramai berada di pantai peranginan itu pada satu-satu masa.

“Polis mendapati terlalu ramai orang berada di pantai peranginan itu, bukan saja pengunjung tempatan, malah dari luar Pahang.

“Walaupun kita dapati keseluruhan pengunjung mematuhi arahan pemakaian pelitup muka yang berkuatkuasa 1 Ogos tetapi aspek penjarakan fizikal tidak diberi perhatian.

“Oleh itu, kita akan berbincang dengan MPK untuk mengehadkan jumlah pengunjung bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya kepada media, hari ini.

Mohamad Noor berkata, pihaknya juga akan meneruskan pemeriksaan untuk memastikan pelaksanaan kewajipan memakai pelitup muka dilakukan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat mematuhi SOP yang ditetapkan dan yang paling utama ialah penjarakan fizikal untuk keselamatan.

“Lokasi tumpuan orang ramai termasuk pasar tani dan pasar malam turut diberi perhatian dan diharapkan garis panduan yang ditetapkan PBT dipatuhi terutama peniaga,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Dalam Negeri

Digesa Siasat Penyokong Perhimpunan Di Luar Mahkamah. Komen Najib Razak Tentang Itu Memang ‘Berbeza’ Seperti Dalam Keadaan Marah

Published

on

By

Perhimpunan menyokong Najib semalam mengejutkan rakyat Malaysia yang bimbang penularan COV19 akan berlaku dalam kalangan mereka yang hadir berikutan tiada penjarakan sosial, selain ribuan yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur itu dilihat tidak mengendahkan arahan yang ditetapkan.

Ditanya mengapa tindakan tidak dilakukan segera oleh polis ketika penyokong berada di Kompleks Mahkamah semalam, Mazlan menjelaskan, polis tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana nasihat serta amaran sudah diberikan.

“Nasihat sudah dilakukan dan amaran juga sudah diberikan…pun begitu mungkin kerana keghairahan mereka yang hadir ia (arahan) tidak diendahkan.

Perhimpunan menyokong Najib semalam mengejutkan rakyat Malaysia yang bimbang penularan COVID-19 akan berlaku dalam kalangan mereka yang hadir berikutan tiada penjarakan sosial. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

“Kenapa mahu undang masalah, kerajaan juga sudah berkali-kali memberi amaran dan nasihat. Ini (situasi perhimpunan) bukan kita jaga kita lagi… akhirnya pihak polis yang dipersalahkan,” katanya.

Tambah Mazlan, laporan polis sudah dibuat oleh orang awam dan siasatan berhubung perkara berkenaan sudah dijalankan.

Polis guna CCTV kesan peserta perhimpunan kes Najib

Polis akan mengesan mereka yang berhimpun di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semasa keputusan perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

INI KOMEN NAJIB RAZAK TENTANG ITU

Malaysia's ex-prime minister falls further - Najib Razak is ...

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak tidak berdiam diri apabila ada pihak tertentu menggesa pihak polis untuk ambil tindakan.

Menerusi posting beliau di akaun Facebook Najib Razak, beliau menyatakan kenapa tidak siasat perhimpunan yang lain sebelum ini?

“Jika nak siasat, perlu siasat semua. Barulah adil. Semua pihak termasuk kita perlu ambil ini sebagai satu pengajaran bahawa penjarakan sosial dalam zaman Covid-19 adalah amat penting dan perlu diamalkan pada bila-bila masa.” – Najib Razak

KOMEN NAJIB RAZAK MACAM BUNYI MARAH SANGAT

Di dalam posting yang sama, Najib Razak telah meninggalkan satu komen yang menarik perhatian netizen. Sebelum ini semua komen Dato Seri Najib Razak seperti dalam keadaan tenang walau apa pun jua keadaan.

Tetapi kali ini beliau meninggalkan komen seperti sedang sangat marah.

“Tak kira lah kluster bossku, kluster atok giler kuasa ataupun kluster kencing memanjang, semua perlu siasat. Baru adil” – Najib Razak

Najib yang menjadi perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia diheret ke mahkamah.

Perbicaraan bermula pada 3 April 2019 dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama.

Pada 11 November 2019, Najib diarahkan membela diri atas kesemua pertuduhan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes ‘prima facie’ terhadapnya.

Pada 3 Disember 2019, Najib memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan untuk menjawab pertuduhan terhadapnya dengan membaca penyataan saksi setebal 243 muka surat.

Pada 5 Jun lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk mengumumkan keputusan dalam kes itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan yang bermula pada 1 Jun.

Pertama kali Najib dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Pada 8 Ogos 2018, Najib sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.

Artikel By: The Tular

Rujukan : BHARIAN ONLINE / HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Dalam Negeri

Ini ‘Amaran’ Ketua Polis Negara Bagi 2800 Individu Yang Belum Buat Ujian Kedua C0VlD

Published

on

By

Lebih 2,800 rakyat Malaysia yang masih belum melakukan ujian saringan kedua COV-19 selepas 13 hari menjalani kuarantin sebaik pulang dari luar negara bakal ditahan dan didakwa, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata tindakan akan bermula hari ini dengan senarai nama diperoleh daripada Kementerian Kesihatan.

BERDEPAN HvKUMAN BERAT JIKA DEGIL

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. - Foto BERNAMA

“Mereka akan berdepan hukman penj4ra dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika masih enggan menjalani ujian saringan COV-19 kali kedua, bermula hari ini.

“Sekiranya mereka yang ditahan ini positif COV-19, kita akan dakwa mereka selepas pulih. Saya amat tegas mengenai perkara ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat khas Kabinet bersama Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, taklimat mendedahkan punca penularan baharu disebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan polis telah diminta meningkatkan penguatkuasaan undang-undang.

Abdul Hamid turut memberi amaran sama kepada lebih 9,600 rakyat Malaysia yang kini menjalani kuarantin di rumah supaya mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

“Kami akan buat pemeriksaan mengejut di rumah mereka bermula hari ini, jangan degil,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Popular