Connect with us

Semasa

Upah Runner Dekat Sama Harga Kek. Pelanggan Komplen Runner Cas Harga Melampau

Published

on

PERMINTAAN terhadap perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan mengalami kenaikan mendadak berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa yang mengecewakan ada segelintir pengendali penghantaran dan penghantar persendirian mengambil kesempatan atau ‘cekik darah’ dengan mengenakan caj penghantaran tinggi.

Berkongsi pengalaman, kakitangan kerajaan yang mahu dikenali sebagai Laila, 33, mendakwa pernah menempah kek berharga RM40 dan caj penghantaran dikenakan RM38.

Menurutnya, dia menempah kek untuk menyambut ulang tahun kelahiran adik iparnya dari sebuah kedai kek di Setia Alam, Selangor menerusi aplikasi WhatsApp.

“Pengusaha kedai menggunakan perkhidmatan penghantaran dalam talian untuk menghantar kek ke rumah saya di Pelabuhan Klang.

“Sebaik penghantar bermotosikal tiba di rumah, saya terkejut apabila perlu membayar caj penghantaran RM38. Barang sudah dihantar, saya tiada pilihan.

“Saya kemudian lihat Google Maps jarak penghantaran kira-kira 27 kilometer. Saya tidak menyalahkan penghantar itu kerana dia hanya jalankan tugas, cuma saya keliru bagaimana pengiraan dibuat oleh syarikat penghantar terbabit,” katanya.

Menurutnya, itu pengalaman pertamanya dikenakan caj penghantaran tinggi kerana sebelum ini dia hanya buat tempahan di sekitar kawasan perumahan menggunakan khidmat penghantar persendirian yang mengenakan caj antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Bagi Anis Khalidi, 30, berkata, dia menggunakan khidmat penghantar daripada syarikat berdaftar kerana lebih selamat dan segala butiran boleh diakses menerusi aplikasi disediakan.

“Bagaimanapun, saya jarang menggunakannya kerana lebih selesa ke kedai sendiri. Tetapi kenalan saya pernah menempah makanan daripada peniaga yang menggunakan khidmat penghantar persendirian.

“Apa yang mengejutkan kenalan saya itu dikenakan caj penghantaran RM15 sedangkan jarak kedai dan kediamannya kira-kira tujuh kilometer.

“Bagi saya jika penghantar menggunakan kereta, mungkin ada logiknya caj mahal, tetapi dia menunggang motosikal dan kos petrol lebih murah,” katanya.

Anis yang mengusahakan perkhidmatan pembersihan sejak tahun lalu berpengalaman membuat penghantaran sendiri dan beliau hanya mengenakan caj RM5 bagi setiap penghantaran.

Menurutnya, caj dikenakan itu memadai untuk menampung kos penghantaran selain tidak mahu membebankan pelanggan.

Selain itu, pelakon popular, Sharnaaz Ahmad menerusi saluran YouTube miliknya juga berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan penghantaran.

Beliau mempersoalkan caj penghantaran yang terlampau tinggi dikenakan dalam radius yang dekat.

“Aku tak salahkan rider, dia orang adalah hero, tetapi aku tak faham management (pihak pengurusan). Hangpa kena beri penjelasan kepada orang yang tengah menggunakan servis hangpa.

“Kami tiada pilihan. Dalam keadaan kita dituntut mengikut peraturan (PKP), tetapi hangpa jangan racuni dengan mengenakan harga menekan,” katanya.

Sharnaaz meminta syarikat pengendali memberi penjelasan mengenai keuntungan diperoleh mereka dan bayaran diberikan kepada penghantar yang membahayakan nyawa di atas jalan untuk membuat penghantaran.

Tanda tanya kaedah pengiraan kos penghantaran

Kemunculan lambakan perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan ke rumah atau pejabat dimanfaatkan pelbagai golongan yang mahu mendapatkan keperluan dengan mudah secara dalam talian.

Permintaan yang tinggi seakan-akan kemunculan e-hailing itu membuatkan ramai anak muda mendaftar sebagai penghantar kepada syarikat penyedia perkhidmatan sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

Tambahan pula apabila kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengawal penularan pandemik Covid-19 yang memberi kelonggaran kepada perkhidmatan itu untuk beroperasi seperti biasa.

Dalam waktu ‘darurat’ ketika ini, ada pengendali dikatakan mengambil kesempatan dengan mengenakan caj penghantaran yang tinggi hingga mencecah RM30 bagi jarak kurang daripada 10 kilometer.

Banyak persoalan bermain di fikiran ramai pengguna mengenai pengiraan kos penghantaran yang nyata berbeza antara satu sama lain sehinggakan menjadi topik hangat dan perbalahan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Mengulas isu itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, setakat ini tiada garis panduan daripada kerajaan untuk mengawal dan menetapkan caj maksimum penghantaran.

Beliau berkata, setiap pengendali perkhidmatan itu mengenakan caj penghantaran berbeza mengikut jenis perkhidmatan ditawarkan selain tempoh penghantaran.

“Syarikat penghantaran sepatutnya menawarkan harga kompetitif supaya jadi pilihan kepada peniaga.

“Peniaga yang menggunakan perkhidmatan itu untuk menghantar produk kepada pembeli pula perlu bijak memilih syarikat yang menawarkan harga munasabah atau meletakkan pilihan di tangan pembeli,” katanya.

Mohd Yusof berkata, ekosistem perkhidmatan yang terdiri daripada penghantar, peniaga dan pengguna itu tidak boleh memberi keuntungan kepada dua pihak sahaja manakala pengguna tertindas.

Beliau berkata, apa yang berlaku sekarang ini adalah pengguna tiada pilihan apabila mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran dipilih peniaga sedangkan caj penghantaran ditanggung pengguna.

“Kadangkala caj penghantaran lebih mahal daripada harga barangan dibeli pengguna. Namun pengguna tiada pilihan.

“Peniaga sepatutnya beri pilihan kepada pembeli nak guna khidmat penghantaran mana dan mengikut berapa lama tempoh penghantaran itu.

“Ada pengguna yang tidak kisah bayar caj penghantaran tinggi untuk dapat barangan dengan kadar segera, begitu juga sebaliknya. Jika pengguna rasa tidak puas hati sudah tentu akan merugikan peniaga juga,” katanya.

Ada ‘runner’ dibayar hingga RM15 ikut jarak

Jawatan pekerja penghantaran atau lebih dikenali sebagai runner dipandang sebelah mata sebelum ini namun kini ia menjadi pekerjaan penting dan mendapat permintaan tinggi.

Golongan itu sering mendapat perhatian dan penghargaan kerana perkhidmatan diberikan, namun tidak kurang juga yang menyalahkan serta memarahi mereka jika kos penghantaran tinggi.

Namun tidak ramai yang tahu bagaimana golongan itu menerima bayaran daripada setiap penghantaran dilakukan mereka.

Mendedahkan perkara itu, seorang runner yang mahu dikenali sebagai Hafiz, 30, berkata, kebanyakan penghantar memang tidak mengetahui caj penghantaran pelanggan kerana pesanan dibuat pelanggan menerusi aplikasi yang dikendalikan syarikat.

Hafiz yang bekerja sebagai runner selepas terbabit dalam skim pemberhentian pekerja di syarikat lama berkata, dia menerima bayaran antara RM4 hingga RM10 mengikut jarak bagi setiap penghantaran dibuat.

“Jumlah bayaran itu akan dikira oleh pihak syarikat dan bayaran dibuat melalui aplikasi.

“Kebiasaannya saya menerima antara RM4 ke RM5 saja bagi seorang pelanggan walaupun kadangkala kena hantar ke tempat jauh,” katanya.

Penghantar makanan yang mahu dikenali sebagai Rudy, 28, berkata, dia bekerja sepenuh masa dan mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan.

“Komisen bergantung kepada waktu pesanan dibuat dan jarak antara restoran dengan kediaman pelanggan.

“Penghantar akan dapat komisen daripada setiap pesanan dan jumlah waktu bekerja. Syarikat pula difahamkan mendapat keuntungan 30 peratus daripada setiap tempahan,” katanya.

Situasi itu berbeza bagi penghantar persendirian yang menerima bayaran terus daripada pelanggan tanpa terikat dengan mana-mana syarikat pengendali.

Golongan ini bukan sekadar menghantar barang, tetapi turut menunaikan apa sahaja permintaan pelanggan termasuk membelikan makanan, barang runcit dan menghantar hadiah.

Muhammad Fawwaz Zulkifli, 28, berkata, dia menggunakan khidmat penghantar persendirian untuk menghantar nasi ambeng kepada pelanggan.

Fawwaz yang membantu ibunya mengusahakan perniagaan itu di Paya Dalam, Melaka, berkata, pelanggan akan dimaklumkan mengenai caj penghantaran sebelum tempahan dibuat supaya tidak berlaku salah faham antara ketiga-tiga pihak.

“Berikutan permintaan tinggi untuk penghantaran ketika musim PKP ini, saya mengambil runner persendirian dan mengenakan caj penghantaran antara RM3 hingga RM15 mengikut jarak.

“Runner saya guna kereta untuk buat penghantaran dan caj itu dibayar kepadanya sepenuhnya.

“Kami tidak ambil komisen daripada caj penghantaran itu. Dalam sehari, dia perlu menghantar lapan hingga 10 tempahan yang mengambil masa sehingga tiga jam,” katanya.

Ditanya mengenai rungutan sesetengah individu mengenai penghantar persendirian yang mengenakan caj tinggi, Fawwaz berpandangan ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penghantar berkorban masa dan risiko untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

Peniaga roti john di Kuala Terengganu, Ahmad Fadil Ideris, 28, turut mengakui menggunakan khidmat penghantar persendirian sepanjang tempoh PKP.

Bagaimanapun, katanya, dia akan menanggung kos penghantaran sekiranya pelanggan membuat tempahan yang banyak.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Lepas Tular Jual Kasut Emas, Khalid Jamlus Buat Kontroversi Dengan Memberi Jawapan Kepada Wartawan Secara Kurang Sopan

Published

on

By

Nama Khalid Jamlus, bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia menjadi buah mulut orang ramai selepas ceritanya melelong kasut emas melalui live Facebook tersebar. Terbaru, Khalid sekali lagi menjadi perhatian apabila caranya menjawab soalan wartawan ketika satu sidang media semalam menjadi kritikan netizen.

Sikap Khalid keterlaluan

Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal mengambil inisiatif bertemu Khalid Jamlus menerusi sidang media.

Walaubagaimanapun, bukan pertemuan itu yang menjadi tumpuan, tetapi sikap Khalid menjawab soalan wartawan dengan cara sarkastik itu menjadi kritikan warganet.

Attitude kelaut

Ramai menganggap sikapnya itu agak keterlaluan apabila soalan berkaitan jawatan yang ditawar kepadanya mengundang pelbagai reaksi bagi yang menonton sidang tersebut.

Perkara ini membuatkan netizen berasa menyampah dengan gaya pertuturannya yang acuh tak acuh itu. Ramai meninggalkan komen di laman Twitter milik E_Blackbeard yang memuat naik potongan sedutan sidang media tersebut.

Bukan kerja hina pun

Hilang respect aku

Kau punya bongkak

Tak perlu nak berlagak

Sumber : E_blackbeard via OH BULAN

 

Continue Reading

Semasa

Kenapa Duit RM1 Susah Nak Masuk Tempat Bayar Parking Atau Mesin Air Tin. Ini Jawapannya

Published

on

By

Pernah tak anda mengalami situasi di mana ketika anda cuba membayar tiket parking, wang kertas RM1.00 tidak diterima? Biarpun dicuba beberapa banyak kali, mesin tersebut tetap enggan menerima wang kertas itu?

Ada yang menyangka situasi itu berlaku berkemungkinan disebabkan oleh keadaan wang kertas yang remuk, kotor, terlipat dan sebagainya.

Namun menurut wanita itu, adakalanya mesin bayaran tiket parking atau mesin jual air dan yang sewaktu dengannya tidak dapat menerima wang kertas RM1.00 kerana wang kertas tersebut mempunyai tandatangan Muhammad bin Ibrahim.

“Fakta menarik, sesetengah ‘vending machine’ tidak menerima RM1.00 anda kerana ia mempunyai tandatangan Muhammad bin Ibrahim. Ia hanya boleh menerima wang kertas yang ditandatangani oleh Zeti Aziz.

“Begitu juga dengan mesin bayaran tiket parking dan yang sewaktu dengannya. Anda mungkin mahu menyemak tandatangan gabenor jika wang kertas yang anda masukkan itu ditolak oleh mesin,” kata Aini yang berkongsi mengenai perkara itu di Twitternya.

Sementara itu, kebanyakan netizen selama ini menyangka kegagalan memasukkan wang kertas itu disebabkan keadaan wang kertas itu yang remuk atau rosak.

ANTARA SEBAB UTAMA

Sumber: @Nurfitriainii via The Reporter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Semasa

Gadis Ini Ceritakan 7 Bulan Tidak Berjumpa Dengan Suami Dan Sekarang Dia Sarat Mengandung 8 Bulan

Published

on

By

Pengacara Dayah Bakar mendedahkan sudah masuk tujuh bulan dia berjauhan dengan suami, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang ditugaskan ke Australia.

Kata Dayah, ia bukan satu tempoh yang mudah namun dia bersyukur kerana dikelilingi orang yang yang tidak putus memberi sokongan.

“Suami saya pergi Australia pada bulan Januari lalu jadi dah tujuh bulan kami berjauhan. Masa dia pergi usia kandungan saya tak sampai sebulan lagi. Sepatutnya saya dah pergi sana tapi disebabkan Covid-19 ini semuanya terpaksa ditangguh.

“Saya masih bekerja dalam fasa hamil ini memandangkan saya seorang yang sangat aktif. Bila saya sibuk bekerja, itu yang membuatkan saya gembira.

“Keluarga saya memang antara penyumbang sokongan paling tinggi dengan anak-anak saudara saya pun tinggal bersama.

“Apa yang penting selalu ingat Allah, itu adalah kunci segalanya. Kita tahu Allah bagi dugaan sebab kita mampu. Jadi sentiasa bersyukur kerana ada hikmah dengan apa yang berlaku. Banyakkan berzikir dan baca al-Quran.

Video di saat suami pergi

“Macam saya aktif dekat media sosial dapat juga sokongan daripada pengikut. Itu pun memainkan peranan. Mereka sama-sama mendoakan saya dan suami, itu buat saya tenang,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar berasa terharu dengan usaha suaminya membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka kali kedua.

“Sejujurnya saya tidak menangis tetapi terkejut. Masa tu saya keluar bila balik tetiba tengok dah ada kat bilik. Semestinya rasa terharu walaupun jauh suami saya masih buat kejutkan untuk saya. Ingatan itu dekat,” katanya lagi.

Dayah dan Hanif berkahwin pada 29 Jun 2018 selepas berkenalan sejak sekian lama dari bangku sekolah lagi.

Kini, Dayah sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan Ogos ini.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading

Popular