Connect with us

Dalam Negeri

Wanita Ini Sebar Maklumat C0VlD Palsu. Belum Sempat Polis Jumpa Dia Datang Serah Diri. Ini Kenyataan Dari P0LlS

Published

on

PEMILIK akaun Facebook ‘Siti Aminah Binti Ismail’ yang dicari pihak polis hari ini sudah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di Bagan Serai, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, wanita berusia 41 tahun itu tampil memberi keterangan jam 4. 30 petang tadi.

Menurutnya, hasil siasatan wanita berkenaan sebenarnya prihatin dan mahukan penduduk di Kuala Kurau supaya peka dengan penyakit Covid-19 yang melanda negara namun tersilap memberi maklumat.

“Wanita itu sudah tampil sendiri di IPD Kerian petang tadi dan memberi maklumat dan kerjasama kepada pihak polis berhubung kenyataan yang ditularkannya.

“Semakan polis dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sebenarnya di Kuala Kurau dan Parit Mat Ali, tiada kluster dari Singapura wujud sebaliknya terdapat penduduk dari luar Kuala Kurau yang pulang dari Singapura di kuarantin di rumah.

HANTARAN di Facebook yang tular di media sosial.

“Namun begitu penduduk itu bukanlah di Kuala Kurau atau di Parit Mat Ali, sebaliknya di kawasan lain manakala tempoh kuarantin sudah tamat pada 3 Ogos lalu dan hasilnya adalah negatif,” katanya dalam sidang media ringkas di pejabatnya di Bagan Serai, sebentar tadi.

Omar Bakhtiar berkata, pihaknya beranggapan wanita berkenaan hanyalah tersalah berkongsi informasi dengan penduduk di Kuala Kurau namun siasatan masih lagi diteruskan.

“Berdasarkan siasatan juga penama memaklumkan bahawa dia mendapat maklumat berhubung ‘kluster Singapore’ itu dari ahli keluarganya yang bertugas di pejabat kesihatan.

“Pihak polis menganggap kes ini hanyalah kesilapan informasi darinya. Tiada sebarang tangkapan dibuat namun siasatan masih diteruskan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Omar Bakhtiar menegaskan bahawa penutupan bank di Bagan Serai seperti yang disiarkan Harian Metro hari ini adalah bagi proses sanitasi dan pencegahan.

Menurutnya, hasil maklumat yang diperoleh mendapati kakitangan bank itu adalah kontak rapat dengan pesakit Covid-19 ketika dia pulang ke Kedah pada hari raya Aidiladha lalu.

“Namun staff bank berkenaan bukanlah penduduk di Bagan Serai dan tidak pun hadir semula ke sini selepas dapati dirinya ada tanda-tanda awal.

“Jadi keputusan pihak bank berkenaan membuat penutup hanyalah bagi membuat langkah-langkah awal pencegahan dan tiada kakitangan bank berkenaan dijangkiti Covid-19,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dalam Negeri

Semalam Budak Darjah 3 Bawa Kereta Dan Sudah Ditangkap. Hari Ini Budak Lain Bawa Lori Pula, Ini Kenyataan Polis

Published

on

By

SEREMBAN – Selepas tular video seorang kanak-kanak Tahun Tiga memandu kereta di Rembau, muncul pula video seorang kanak-kanak memandu lori tangki dipercayai berlaku di Rantau di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, video berdurasi 1:18 minit yang memaparkan sorang kanak-kanak lelaki sedang mengalihkan lori itu tular menerusi aplikasi WhatsApp petang tadi.

Video kanak-kanak yang membawa lori dipercayai berlaku di Rantau, Negeri Sembilan. Lori yang dipandu kanak-kanak berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis kini sedang mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Berdasarkan video itu, kanak-kanak lelaki berkenaan memandu sebuah lori jenis Hino dan semakan mendapati ia berlaku di kawasan Rantau di sini.

“Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Said berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber : Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiriTerima kasih!

Continue Reading

Dalam Negeri

Menteri Ismail Sabri Jelaskan Kenapa Dia P0T0NG Kad Kredit. Ada Sebab Yang Penting Rupanya

Published

on

By

Dulu sebelum PKP munkin ramai rakyat tidak kenal siapakah Menteri yang bernama Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Sekarang rasanya hampir semua rakyat Malaysia kenal beliau. Selama berbulan bulan wajah beliau akan keluar di semua platform media pada tengah hari untuk memberi kita maklumat terkini tentang apa terjadi kepada negara apabila dilanda C0VlD19.

Hari ini beliau memuat naik satu posting di Facebook rasmi beliau, Ismail Sabri Yaakob untuk memberitahu satu posting yang tular sejak semalam.

Jelas kelihatan gambar yang diambil kelihatan beliau lebih muda. Jadi kenapa Ismail Sabri memotong kad kredit tersebut? Ini penjelasan beliau.

Foreigners must renew expired visas, says Ismail Sabri | The Star

Semalam banyak viral di media sosial. Sebenarnya peristiwa berlaku pada 2014.

HSBC London mengumumkan menutup semua akaun penyumbang kepada Palestin kerana mengaitkan pejuang Palestin sebagai kumpulan pengganas.

Ini merupakan satu ketidakadilan kepada perjuangan rakyat Palestin yang berjuang membebaskan negara mereka yang terjajah dengan sokongan kuasa besar dan menghalalkan kekejaman yang terus berlaku terhadap rakyat Palestin.

Pemotongan kad kredit HSBC itu merupakan satu simbolik penentangan saya terhadap tindakan tidak professional mereka yang menyokong kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Saya tahu tindakan itu tidak akan menghentikan kekejaman Israel kepada rakyat Palestin tapi sekurang-kurangnya saya dapat menzahirkan perasaan saya.

Ismail Sabri

Sejak dimuat naik ke laman Facebook, sebanyak 13 ribu tanda suka telah diterima dengan hampir 450 jumlah perkongsian.

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Dalam Negeri

Wanita Langgar Kuarantln Kena Masuk Penj4ra. Sebelum Jatuh Hukvm, Ini Rayuan Yang Dibuat Oleh Wanita Tersebut

Published

on

By

WANITA warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara lima hari dan didenda RM4,000 selepas didapati bersalah di Mahkamah Majistret Kluang, hari ini kerana melanggar Perintah Kuarantin

Mengikut kertas pertuduhan, Maksan, 41, tiba dari Lombok, Indonesia di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), 2 Julai lalu dan diarahkan berada di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian selama 14 hari mengikut peruntukan Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Berdasarkan fakta kes, tertuduh keluar dari bilik pengasingan dalam tempoh perintah kuarantin di antara 2 Julai sehingga 18 Julai, lalu yang boleh mendatangkan risiko penularan Covid-19 di Pusat Jagaan Warga Emas Bahagia, Taman Bahagia, Kluang.

Dalam pertuduhan berkenaan, tertuduh didapati melanggar peruntukan Seksyen 22(b) dengan tidak mematuhi apa-apa perintah sah yang dikeluarkan oleh pegawai diberkuasa mengikut Akta 342 dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 24(a) iaitu penjara tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-dua mengikut akta yang sama.

RAYUAN DIBUAT

Ketika rayuan mengurangkan hukuman, Maksan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan, dengan alasan dia sudah menyesal kerana melanggar perintah itu dan dia perlu menjaga anaknya yang tidak sihat.

Pegawai Pendakwa Anuar Nordin bagaimanapun memohon mahkamah untuk mengenakan hukuman setimpal dan maksima ke atas tertuduh sebagai satu bentuk pengajaran kepada yang lain memandangkan masih ramai yang mengingkari perintah berkenaan.

Majistret ND Arun menjatuhkan hukuman itu terhadap Maksan selepas menimbang kepentingan awam, terutama bagi menghalang orang ramai melakukan kesalahan yang sama seperti tertuduh.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Kluang, Mohamad Nizam Subakir ketika ditemui pemberita berkata, kes itu adalah kes pertama pelanggaran kuarantin yang dibawa ke mahkamah di daerah Kluang dan ianya menunjukkan kesungguhan Jabatan Kesihatan dalam mengekang penularan Covid-19.

Sumber : HMETRO ONLINE

Continue Reading

Popular