Connect with us

Luar Negara

Degil. Wanita Ni Slumber Anjur Birthday Party Ank Masa Kuarntin, Sekali 17 Tetamu Dijngkiti C0vid

Published

on

gambar hiasan

Dilaporkan seramai 17 individu dijangk1iti C0vid-19 selepas menghadiri majlis hari jadi dianjurkan seorang wanita di Jharsuguda, Odisha, India.

Difahamkan majlis tersebut adalah bagi meraikan hari lahir anak wanita tersebut.

Menurut sumber wanita itu bersama suami dan anaknya baru pulang dari Gurugam pada 6 Jun lalu dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Bagaimanapun dilaporkan wanita itu yang tinggal di rumah pakciknya di Brajrajnagar tidak menghiraukan arahan kerajaan sebaliknya menganjurkan birthday party untuk anaknya dan menjemput jiran terdekat.

Lebih meny4kitkan hati, wanita tersebut telah diuji POSITIF C0V-19 pada 15 Jun lalu.

Sehingga hari ini dilaporkan seramai 17 tetamu majlis tersebut yang disahkan positif C0vid-19. Lebih teruk lagi, ada antara tetamu tersebut turut menghadiri majlis perkahwinan selepas itu, lapor indiatimes

Pihak berkuasa masih menjalankan pengesanan ke atas kontak rapat pesakit, malah kawasan dijangkiti juga diisytiharkan sebagai zon bah4ya ekoran k3s berkenaan.

Untuk rekod India merupakan negara ke-4 di dunia yang terjejas C0vid-19 dengan hampir 450,000 k3s dicatatkan sehingg hari ini melibatkan lebih 14,000 kem4tian.

Monyet pun jaga jarak

Dalam perkembangan lain NEW DELHI: Bukan hanya manusia, haiwan pun tahu menjaga penjarakan sosial bagi mengekang penularan Covi1d-19.

Itu yang diamalkan sekumpulan monyet di India apabila ‘menjaga’ jarak masing-masing ketika makan.

Aksi kumpulan haiwan terbabit duduk dalam dua barisan tular selepas meraih lebih 7,500 kali ulang ciap itu.

Ketika menikmati potongan tembikai masing-masing, haiwan itu tidak berganjak sebaliknya masih ‘menjaga’ penjarakan sosial antara satu sama lain.

The Indian Express melaporkan, gambar kumpulan haiwan itu sedang melakukan penjarakan sosial dirakam Arup Kalita di Tezpur di negeri Assam, India.

Gambar berkenaan dikongsikan Menteri Negara Kementerian Hal Ehwal Belia dan Sukan, Kiren Rijiju.

Dalam ciapan Twitter, Kiren mengesahkan penjarakan sosial sempurna itu berdekatan Bhalukpong di Arunachal Pradesh sempadan Assam-Arunachal.

“Jika kita perhatikan betul-betul, haiwan boleh mengajar kita banyak perkara yang mana mungkin kita terlepas dalam rutin harian kita,” katanya.

India dengan jumlah penduduk 1.3 bilion sebelum ini melaksanakan perintah ‘lockd0wn’ terbesar dunia.

Perintah selama lebih dua bulan bermula 25 Mac sehingga 1 Jun lalu menyaksikan rakyatnya berkurung dalam rumah dan operasi pengangkutan awamnya tidak beroperasi.

Setakat semalam, berdasarkan worldometer, India merekodkan 207,615 positif Covid-19 dengan 5,829 kes kemati1an.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : TTK

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Luar Negara

Kucing Pertama Yang Mendapat C0VlD19. Bagaimana Kucing Itu Boleh Terkena Diberitahu

Published

on

By

Gambar diatas hanya sekadar hiasan

Seekor kucing peliharaan didiagnos menghidap COV-19, sekali gus menjadi kes pertama membabitkan haiwan di United Kingdom (UK) dan ia disahkan kerajaan.

Kucing itu dipercayai dijangkiti v1rus daripada pemiliknya, yang semuanya sudah sembuh sepenuhnya.

Haiwan itu hanya menunjukkan gejala ringan, sekali gus dipercayai tidak menjadi punca menyebarkan penyakit berkenaan kepada pemiliknya atau manusia dan binatang lain.

Ketua Pegawai Veterinar UK, Prof Christine Middlemiss, berkata masih tiada bukti haiwan peliharaan dapat menyebarkan virus itu kepada manusia.

Jangkitan itu disahkan hasil keputusan ujian di Makmal Badan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan (APHA) di Weybridge pada Rabu lalu.

Katanya, kejadian itu sangat jarang berlaku berikutan haiwan dijangkiti sehingga kini hanya menunjukkan gejala klinikal ringan dan sembuh dalam beberapa hari.

“Tiada bukti menunjukkan haiwan peliharaan secara langsung menyebarkan virus kepada manusia. Kami akan memantau situasi ini dengan teliti dan akan mengemas kini panduan kepada pemiliknya sekiranya keadaan berubah,” katanya.

Pengarah perubatan di Public Health England, Yvonne Doyle, berkata orang ramai diingatkan supaya sentiasa mencuci tangan selepas bersentuhan dengan binatang peliharaan.

“Ini adalah kes pertama kucing domestik yang positif COV-19 di UK, tetapi tidak seharusnya diambil ringan.

“Penyelidikan terhadap kes ini menunjukkan jangkitan disebarkan daripada manusia ke haiwan dan bukan sebaliknya.

“Pada masa ini, tiada bukti haiwan peliharaan menyebarkan penyakit berkenaan kepada manusia,” katanya.

Kucing peliharaan yang pada mulanya didiagnosis doktor haiwan swasta dengan virus herpes kucing, iaitu jangkitan pernafasan kucing yang biasa, tetapi selepas sampel ia diuji untuk COVID-19 sebagai sebahagian daripada program penyelidikan.

Sampel susulan yang diuji di makmal APHA di Weybridge mengesahkan kucing itu juga dijangkiti COV-19.

Sehingga kini, terdapat sebilangan kecil kes haiwan yang dijangkiti COVID-19 yang dilaporkan di seluruh dunia, termasuk beberapa ekor harimau dan singa di Zoo Bronx di New York. – AGENSI

Cats Can Spread COVID-19 Coronavirus Infection to Other Cats

Sumber : BHARIAN ONLINE

Continue Reading

Luar Negara

Aishwarya Rai Dan Anak Perempuan Terpaksa Dimasukkan Ke H0spital

Published

on

By

Selepas seminggu disahkan positif Cov-19 bintang Bollywood, Aishwarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya dimasukkan ke hospital.

Menurut laporan Hindutan Times dua beranak itu dilaporkan memerlukan bantuan perubatan selepas sukar bernafas.

Bagaimanapun menurut sumber, Aishwarya dan Aaradhya berada dalam keadaan baik.

COVID-19: Sukar Bernafas, Aishwarya & Anak Masuk Hospital

Sebelum ini Abhishek Bachchan menerusi Twitter mengesahkan isteri dan anaknya, positif Cov-19.

Abhishek dan bapanya, Amitabh Bachchan juga disahkan positif virus dan sebelum ini dimasukkan ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, ketika itu, Aishwarya Rai dan Aaradhya hanya menjalani pengasingan sendiri di kediaman mereka.

Pada masa sama ibu, Abhishek Jaya Bachchan disahkan negatif Cov-19.

Amitabh & Abhishek Bachchan Positif COV19

Amitabh & Abhishek Bachchan Positif COVID-19

Pelakon Bollywood terkenal Amitabh Bachchan dan anaknya, Abhishek Bachchan kini dirawat di Hospital Nanavati selepas disahkan positif COV-19, semalam.

Memetik laporan Indiatoday, Amitabh Bachchan dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas.

Menerusi laman sosial Twitter dan Instagram, pelakon itu turut mengesahkan perkara itu dan meminta sesiapa yang pernah berhubung atau bertemunya membuat ujian COVID-19.

“Saya disahkan positif COV-19. Sudah dipindahkan ke hospital. Keluarga dan kakitangan sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan. Mana-mana individu yang berhubung atau bertemu saya dalam tempoh 10 hari lalu dimohon membuat ujian,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Sementara, Abhishek Bachchan menerusi kicauan di Twitternya turut memaklumkan dia turut disahkan positif coronavrus.

“Hari ini, saya dan ayah disahkan positif COV19. Kami berdua mempunyai simptom ringan dan dimasukkan ke hospital. Kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa, keluarga dan kakitangan supaya melakukan ujian. Saya meminta semua supaya tidak panik dan bertenang. Terima kasih”

Doktor turut mengesahkan perkara itu kepada India Today bahawa Amitabh Bachchan mempunyai gejala dan dikuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke Hospital Nanavati, petang Sabtu.

Pelakon veteran itu berada di rumah sejak perintah berkurung di negara itu pada 25 Mac lalu.

Sementara, Abhishek Bachchan, dilihat berada di studio dubbing di Mumbai beberapa kali minggu lalu.

Sumber: Harian Metro via GEMPAK

Continue Reading

Luar Negara

71 Orang P0SITlF C0VlD19 Disebabkan Wanita Ini Sahaja. Punca Bagaimana Boleh Terjadi Didedahkan

Published

on

By

Seorang wanita yang disahkan positif Cov-19 tidak menyedari bahawa dia telah menjangkiti sekurang-kurangnya 71 penduduk setempat selepas menggunakan lif di blok pangsapuri kediamannya yang terletak di China.

Baru pulang dari Amerika Syarikat

Menerusi laporan yang dipetik Metro UK, wanita yang tidak didedahkan identiti itu dipercayai baru sahaja pulang ke rumahnya yang terletak di Heilongjiang, China selepas bercuti ke Amerika Syarikat pada 19 Mac 2020 yang lalu.

Difahamkan, wanita berkenaan tidak menunjukkan sebarang gelaja malah dia juga disahkan negatif Cov-19. Walaupun begitu, dia diminta untuk menjalani kuarantin diri di rumahnya.

Menurut saintis, mereka percaya lif yang pernah digunakan oleh wanita berkenaan selepas kembali dari luar negara telah dicemari dengan virus Cov-19 sebelum menjangkiti penduduk setempat.

Menurut sumber, meskipun wanita terbabit menaiki lif sendirian untuk ke rumahnya tetapi pada keesokan harinya, lif yang sama telah digunakan oleh jiran di tingkat berlainan.

Jangkiti jiran tetangga

Difahamkan, pada 26 Mac 2020, ibu dan teman lelaki jirannya telah bermalam di pangsapuri berkenaan. Dua hari kemudian, kedua beranak ini keluar menghadiri satu parti bersama sekumpulan individu lain. Difahamkan, tanpa mereka sedari pada ketika itu kedua beranak ini sudah dijangkiti Cov-19.

Pada 2 April 2020, salah seorang individu daripada kumpulan parti berkenaan itu mengalami strok sebelum dikejarkan ke hospital. Namun pada ketika itu, pihak hospital tidak menjalankan ujian Covid-19 terhadap individu berkenaan.

Doktor dan jururawat turut dijangkiti

Namun pada 6 April 2020, individu terbabit didakwa telah dipindahkan ke hospital yang berlainan. Berikutan daripada insiden itu, dua orang anaknya telah datang menjaganya di hospital. Namun tidak lama selepas itu, individu yang mengalami str0k dan dua orang anaknya itu disahkan positif Cov19.

Lebih mengejutkan apabila mengetahui virus tersebut sudah menjangkiti seramai 28 orang pesakit termasuk doktor dan jururawat yang berkhidmat di hospital pertama.

Kemudian, virus tersebut turut menjangkiti 20 orang lagi pesakit di hospital kedua. Difahamkan, wanita berkenaan sekali lagi diminta menjalani ujian dan hasil pemerikasaan menunjukkan dia memang sudah dijangkiti Cov-19. Sementara itu, pihak berkuasa mula mengesan kontak rapat kesemua mereka yang dijangkiti Cov19.

Sumber: Metro UK, Independent UK

Continue Reading

Popular